Monday, May 26, 2008


AMK buat laporan polis serentak satu Negara..

KUALA LUMPUR, 24 Mei (SK) – Angkatan Muda KeADILan yang diketuai oleh Shamsul (Sam) Iskandar Mohamad Akin telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi yang terletak di No. 7, Jalan Raja Abdullah, Kampong Baru, Kuala Lumpur.

Laporan polis yang dibuat mengenai klip video VK Linggam berdasarkan kepada laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Klip Video Linggam itu.

Tujuan laporan polis dibuat kerana tiada siasatan dan tindakan yang diambil terhadap individu-individu yang telah dinyatakan oleh suruhanjaya terbabit.
Esok (Ahad) AMK di seluruh negara akan membuat laporan polis serentak di balai polis setiap negeri.

Antara individu-individu yang terlibat di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim kanan sebagaimana yang didapati oleh suruhanjaya ialah :

1. Dr Mahathir Mohamad
2. Adnan Mansor
3. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
4. Eusoff Chin
5. Vincent Tan
6. VK Linggam

Friday, May 16, 2008

Parti Keadilan Rakyat lahir hasil gabungan dua buah parti politik di Malaysia, iaitu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong Reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu oleh Pendaftar Pertubuhan maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Parti Keadilan Nasional kemudiannya membentuk Barisan Alternatif dengan PRM, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihanraya sulung pada tahun 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Pada pilihanraya kecil Lunas pada 2001, calon Keadilan, Saifuddin Nasution menewaskan calon Barisan Nasional dan menjadi ADUN kelima dari Parti Keadilan Nasional.

Jika Parti Keadilan Nasional menjadi peserta baru politik Malaysia, PRM pula peserta yang sudah berpengalaman dalam selok-belok politik negara. PRM ditubuhkan berikutan semangat menuntut kemerdekaan yang membuak-buak pada dekad-dekad 40an dan pengharaman suara progresif dalam politik negara, iaitu AMCJA-PUTERA. Pada 11 November 1955, PRM dilancarkan dengan dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al Helmy yang menjadi pemimpin PAS menyampaikan pidato utamanya.

PRM kemudian berjaya menjadi pemain politik utama negara, dan pada tahun-tahun 60an dan 70an mempunyai anggota dalam Parlimen dan beberapa DUN. Pilihanraya Majlis Perbandaran juga dimenangi oleh PRM di Pulau Pinang, Melaka dan Serdang.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selepas Pilihanraya Umum 2004, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.

Pada bulan Mei 2006 semasa pilihanraya Sarawak 2006, Keadilan berjaya menawan 1 kerusi menerusi Dominique Ng yang memenangi kerusi tersebut mengalahkan penyandang, Lily Wong (SUPP-BN) di DUN Padungan.

Tuesday, May 13, 2008


Kami Arus Perjuangan.

(Lagu Parti KeADILan Rakyat)

KeADILan! Keadilan rakyat kita,
Jana arus, kami arus perjuangan bangsa,
Keluhuran perlembagaan, perpaduan Negara,
Masa depan anak Malaysia,
Kebebasan! kebebasan rakyat kita,
Diberkati tuhan memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu, melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,
Membujur lalu, melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia.
(ULANG SEMULA)

Membujur lalu, melintang patah,
Keadilan rakyat Malaysia..

12 Mei 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memperkemaskan jentera organisasinya dengan melakukan beberapa rombakan di dalam kepimpinan AMK di peringkat Pusat dan Negeri. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini,rombakan tersebut melibatkan beberapa jawatan lantikan bertujuan untuk melicinkan operasi gerak kerja AMK di peringkat Pusat dan Negeri.Jelas Shamsul, AMK akan memperkemaskan dan memantau gerak kerja AMK Negeri dan Bahagian di mana 'grading system' mengikut skala akan mula diperkenalkan untuk meneliti keberkesanan jentera AMK di peringkat akar umbi.Jawatan Setiausaha AMK kini disandang oleh bekas Pengarah Pilihanraya AMK, Zulfikar Ali Ariffin dibantu oleh dua Penolong Setiausaha, YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak) dan Maharul Ismail. Manakala Ketua Penerangan pula disandang oleh ADUN Hutan Melintang, Perak iaitu YB S. Kesavan dibantu oleh Timbalan Ketua Penerangan yang baru, Fadhiah Nadwa Fitri.Setiausaha AMK Perak, Eric Khor; bekas Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani; dan peguam muda, Ahmad Nazif Johari dilantik menjadi Exco AMK Pusat.Untuk memperkukuhkan gerak kerja AMK di peringkat Parlimen dan DUN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Ahli Parlimen dan ADUN AMK bertujuan untuk menyelaraskan semua urusan pentadbiran Parlimen dan DUN yang melibatkan Ahli Yang Berhormat di kalangan pimpinan AMK.Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff diamanahkan sebagai Pengarah Strategi AMK, dan Fariz dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya AMK.

Berikut adalah merupakan senarai lantikan baru Ketua-Ketua AMK Negeri:
Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman
Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff
Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)
Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)
Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)
Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh
Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari
Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa
Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)
Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil
Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: