Wednesday, January 27, 2010

-Kekalkan kemakmuran 2..

Selangor Kutuk Perbuatan Lontar Khinzir Ke Masjid..

Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan melontar kepala khinzir di Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun dan Masjid Masjid Al-Tarmizi di Taman Sentosa.

"Kami percaya perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu beniat jahat dan bertujuan untuk menghasut permusuhan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
"Kami menyeru agar penduduk berdekatan kawasan masjid tersebut dan Rakyat Selangor amnya mengambil sikap tenang dalam menghadapi situasi ini kerana sebarang perbuatan atau kenyataan ekstrem hanya akan memudaratkan lagi keadaan.

Jika perkara ini berlaku, kita akan terjerumus dalam perangkap mereka yang mahu menimbulkan kekeliruan dan benci diantara kita," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Sehubunganya itu, kerajaan negeri menyeru pihak polis menyegerakan siasatan agar mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan dan bersedia untuk memberi bantuan jika perlu.
"Kami menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama. Saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia," kata beliau.

-SPR penipu.. Putar Alam..

PENGUNDIAN AWAL : SATU LAGI HELAH SPR.



Wanita KEADILAN memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR bahawa SPR sedang mengkaji untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan (stewards). Adakah ini jawapan SPR kepada kontroversi Undi Pos yang mengalami krisis kewibawaan akibat Daftar Pemilih yang tidak diyakini bersih, proses pengundian yang tidak telus dan undi yang tidak rahsia?


Bila pula terdapat laporan bahawa golongan pekerja ini menghadapi kesulitan untuk membuang undi sebelum ini sehingga SPR mengambil langkah yang sebegitu penting ini sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau tindakan ini diambil berdasarkan ’khabar angin’ semata-mata sama seperti keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas?


Sehingga kini, SPR masih membisu apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas dengan hanya bersandarkan ’khabar angin’ dan bukan atas sebab-sebab keselamatan.
SPR sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kewibawaan kepada proses pengundian pilihan raya yang dijalankannya dengan belajar dari pengalaman negara-negara lain tentang proses pilihan raya yang lebih telus dan cekap. Wanita KEADILAN menggesa agar SPR menumpukan usaha ke arah pembersihan Daftar Pemilih dan penguatkuasakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang untuk meningkatkan keyakinan orangramai terhadap SPR sebagai badan bebas yang menjalankan pilihan raya.



RODZIAH ISMAIL
Pengarah Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN
Merangkap ADUN Batu Tiga

-Kekalkan kemakmuran..

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
27 Januari 2010

Berani Ke PKR nak sentuh Orang Gila Kulim-Bandar Bahru?



Tak kira siapa pun orang yang disuruh tutup mulut, saya tak berkenan langsung perangai gatal nak menutup mulut orang. Jangan rogol hak demokratik orang untuk bersuara.

Hari ini, bila jawatankuasa disiplin PKR menjerkah Zulkifli Noordin supaya menjahit mulutnya, adakah PKR nampak cerdik? Siapa yang nampak bodoh sekarang? Zulkifli atau PKR sendiri?

Saya tak kenal Zulkifli. Pertama kali saya membaca tentang Zulkifli ialah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dihambat dari UMNO dulu. Saya tak peduli sangat.

Tetapi, apabila ada laman web ketika itu yang sakan-sakan menonjolkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar untuk memimpin perjuangan orang-orang yang pro-Anwar setelah Anwar ditangkap, saya mula rasa lain macam. Saya menanti kenyataan ala-ala disclaimer dari beliau. Tak ada.

zulnoordinposter-1.jpg image by malaysianunplug


Lagi la rasa semacam. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.

Saya pernah jumpa seseorang. Bila tiba time solat berjemaah, dia seperti menggelejat nak jadi imam. Bila mesyuarat dan ada pemilihan untuk jadi ketua, dia kelihatan menggelejat sakan pulak nak jadi ketua.

Sama. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.

Kadang-kadang, nak kenal seseorang, kita tak perlu banyak sangat hint atau isyarat.

Bagi saya, bodoh sangat kalau disekat kebebasan bersuara seseorang yang buruk kelaku. Biarkan dia menyalak. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kita terasa dia sebenarnya jenis tak boleh pakai punya manusia(inilah sebenarnya keperibadian Zulkifli Noordin).

Lagi banyak dia bercakap, semakin kuat keyakinan kita dia dipergunakan oleh celaka-celaka yang sudah banyak melanyak harta negara ini. Mengapa dilarang dia nak selak kainnya? Mengapa nak di larang dia tunjuk batang kemaluannya?Pergi lantak dia lah! dah memang kerjanya dia dah nak mampos macam Aduka Taruna yang menghina Raja.
Tapi...
Walaupun orang gila Kulim ini di hadapkan ke JawatanKuasa Displin,berani ke Anwar Ibrahim nak usik dia? berani ke JawatanKuasa Displin nak sentul Orang Gila Kulim nie?kita masih ingat pada beberapa bulan yang lalu apabila YB R.Sivarasa yang Ahli Parlimen Subang dan juga Naib Presiden PKR menegur sikap orang gila Kulim ini,tapi impak dari itu orang gila Kulim ini mencabar Sivarasa supaya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti.
Hari Iniorang gila Kulim ni dalam kenyataannya dalam mstar online mencabar amaran yang telah diberikan oleh Biro politik Majlis Pimpinan Pusat PKR.
SAYA TIDAK AKAN TUNDUK – ZUKKIFLI NORDIN - mStar

Walaupun Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Zulkifli Noordin supaya 'tutup mulut' atau berhenti daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas bahawa sebagai umat Islam beliau mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.

"Saya akan terus bercakap mengenainya, tidak ada siapa boleh halang saya untuk menegakkan Islam," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Memetik kata - kata Biro Politik Majlis Pimpinan Pusat iaitu Datuk Zaid Ibrahim;



Parti Keadilan Rakyat hari ini membuat keputusan merujuk kes Zulkifli Nordin kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk menyiasat serta membuat keputusan terhadap beliau dalam masa 30 hari. Parti juga mengeluarkan “gag order” atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti serta merosakkan perpaduan Pakatan Rakyat.


Hebat bunyi keputusan PKR. Nak ikut “due process “atau proses keadilan dalam undang undang.Sebenarnya ramai orang merasakan PKR tidak serius untok mengambil tindakan. Malah ada yang mengagak tidak akan ada satu keputusan yang tegas akan diambil dalam tempoh tersebut. Sementara itu Zulkifli Nordin setiap minit akan terus menghina pendirian Pakatan dalam TV UMNO dan surat khabar UMNO dan tidak akan peduli arahan parti, sama seperti yang telah dia lakukan pada masa-masa yang lepas.


Hairan juga keadaan ini, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang manusia yang tidak boleh disentuh oleh parti; entah mengapa ada keistimewaan itu. Sebab itulah Zulkifli menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai “Firaun Kecil” atau “Little Napoleon”, iaitu merujuk kepada pegawai parti yang tidak ada taring; maksudnya orang seperti saya.


Selepas hari ini, saya yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangan nya. Hanya yang mudah dan expedient,.PKR hari ini tak jauh bezanya dengan UMNO; cuma ia hanya seperti acuan atau “a poor man’s version of” UMNO.


Ada pihak amat takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin, walaupun jelas tindakannya yang mahu menghancurkan parti dari dalam, kerana bimbang dengan persepsi bahawa orang Melayu dan Islam sayang kapada Zulkifli Nordin . Dia konon nya popular dengan “isu Islam nya”. Tapi Zulkifli Nordin bukan wira Islam. Bukan wira Melayu. Sikap, perbuatan dan kata-katanya sama dengan jaguh-jaguh UMNO. Lagi pula Zulkifli Nordin terang-terang membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti dan Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukannya hanyalah memberi gambaran kepada umum bahawa PKR dan Pakatan Rakyat telah mengkhianati umat Islam dan Raja Melayu kerana kononnya sanggup membiarkan orang agama lain menghina Islam, terutamanya dalam isu penggunaan perkataan Allah.


Bagi saya, kalau kita tidak yakin dengan pendirian kita dalam soal penggunaan perkataaan Allah ini, dan isu lain yang dibawa olih Zulkifli Nordin ikut saja UMNO dan Zulkifli Nordin. Tapi kalau kita yakin, kalau kita berpegang kapada prinsip dalam Perlembaggaan Persekutuan , dan pendapat alim ulamak maka kita mesti teruskan dengan pendirian kita.. Sampai bila kita mahu berpolitik dua alam; di sana kita berpegang kepada satu prinsip, di sini kita bertukar kepada prinsip lain pula.


Mungkin ada rakan-rakan yang akan berkata tindakan akan diambil selepas siasatan jawatankuasa parti, dan minta saya bersabar. Ikut lunas undang undang. Saya memang setuju, sebab itu kita sepatutnya gantung Zulkifli Nordin sementara siasatan selesai. Kerana kesalahan nya jelas dan berterusan bagi mereka yang dapat dan mahu melihat. Kita perlu berlaku adil kapada dia , tetapi kita juga perlu berlaku adil kapada ratusan ribu ahli parti yang mengharapkan pembelaan dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti dan Pakatan Rakyat.


Dalam memperkatakan semua ini saya mungkin dipecat olih parti Keadilan kerana saya tidak ada kekebalan saperti sasetengah pemimpin PKR. Tapi saya biasa kena pecat dan saya akan terus menyuarakan perjuangasn politik yang sihat dan bermaruah untok kebaikan PKR dan Pakatan. Kita tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kapada politik dan pentadbiran Negara kalau Zulkifli Nordin pun kita tidak bolih selesai dengan cara yang sepatutnya. Nampaknya PAS lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan kapada ketua negeri Selangor nya Dr Hassan Ali, tetapi PKR takut kapada ahli Parlimen Kulim Bandar Baru


LSS: C'MON LAH PKR! TOLONG JANGAN JADI BACUL MACAM UMNO!

Tuesday, January 26, 2010

SPRM gagal main kelentong ! Hussein Tidak Bersalah!


Hussein Ahmad Bebas Dengan Ikat Jamin RM1,000



Tepat Petang semalam ketika ber"chat" dengan Naib Ketua AMK Shah Alam Mr.S.P SARAWANAN iaitu pegawai pejabat DUN Kota anggerik memaklum akan bergegas ke Putrajaya untuk menjemput Setiausaha Kerja kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Yaakob Sapari, Haji Hussein Ahmad, telah dibebaskan pada jam 3.10 petang ini di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.


Seperti yang di ceritakan oleh Naib Ketua AMK Shah Alam iaitu En.Ajai Bajan yang sendiri menyaksikan Drama penangkapan Encik Hussien di Pejabat SUK pada petang rabu yang lalu.
SPRM Putar Alam, Penipu..

Pada Rabu lepas di SUK, Mase SPRM nak bawa Abg Hussin ke Putrajaya, ramai rakan2 seperjuangan, lawyer dan pimpinan dah halang dan beritahu jika mahu siasat hanya di pejabat SUK.. Tapi Pegawai SPRM jelaskan bahawa SPRM sudah cukup BUKTI dan Abg Husin bukan Saksi tapi Orang Kene Tuduh dalam proses pendakwaan.. Helah nak heret Abg Husin ke Putrajaya.. Baru Heboh 1 Malaysia.....


Nak iring pun sampai nak bertekak.. Pegawai SPRM melarang kami iring Abg Husin ke Putrajaya.. Tapi kami berkeras iring juga sampai ke Putrajaya.. Kami risau keselamatan Abg Husin walaupun HQ SPRM Putrajaya cuma 3 Tingkat...

Sampai kat sana(kubu mereka) diberitahu bahawa Abg Husin akan direman dan dipasung kat lokap.. Anak2 Abg Husin sampai, bawa ubat Astma dan Kelengkapan peribadi beliau..

Berkawal sampai tengah malam sambil tunggu rakan2 seperjuangan yang datang lambat tapi tetap nak beri sokongan moral dan semangat kepada Abg Husin.. Mase kami nak balik sedih tengok Abg Husin.. Kami cuma dapat borak2 tak sampai 3 minit dengan Abg Husin.. Sombong SPRM ni.. Hanya mampu melambai dan berdoa waktu Abg Husin nak turun lokap..

Waktu balik sepanjang perjalanan terkenang Abg Husin same2 berkempen dulu dan menjadi topik perbualan kami malam itu.. Abg Husin jadi Singa YB Yaakob kerana tak takut dengan ugutan walaupun belum tentu akan menang.. Polis ke, SPR ke Gerak gempur UMNO ke semua boleh diurus oleh beliau.. Yakin Abg Husin akan tabah kerana sudah biasa dengan cabaran..

Terima kasih pada kawan2 lain yang turut hadir beri sokongan moral pada Abg Husin waktu ditangkap, semasa ambil reman di Mahkamah dan waktu dilepaskan

begitulah serba sedikit ulasan dan kisah yang diceritakan oleh Pejuang Muda Pembela Bangsa ini yang begitu rapat dengan Haji Hussien dalam Sama - sama berjuang membela nasib rakyat.
Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (Selproa) Abdul Razak Ismail, berkata, antara yang hadir menyambut beliau ialah YB Yaakob Sapari,Naib Ketua AMK Shah Alam yang juga Pegawai Pejabat DUN Kota Anggerik iaitu En.S.P Sarawanan(Apoi), Ketua AMK Kota Raja Azmizam Zaman Huri, dan kaum keluarga beliau serta beberapa pemimpin parti.

Terdahulu, dalam kenyataannya sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, kerjaan negeri Selangor menyeru SPRM supaya tidak mengamalkan sikap berat sebelah dalam penyiasatan penjawat awam negeri itu.

"Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana kerajaan negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Haji Hussein itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295," kata beliau.

Abdul Khalid sebelum ini melahirkan rasa hairannya berhubung perkembangan terakhir siasatan SPRM yang menggeledah rumah Hussein tanpa waran geledah yang sah.

"Kami mahu SPRM Selangor tampil memberikan penjelesan mengapa hal ini boleh berlaku," kata beliau, ketika mengingatkan SPRM bahawa tempoh siasatan ke atas penjawat awam hanya dibenarkan antara jam 8:30 pagi sehingga jam 6:30 petang sahaja.

Tambah Abdul Khalid, para pegawai SPRM mesti menghormati peraturan berhubung kaedah penyiasatan yang terkandung dalam pekeliling negeri kerana bantahan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sebelum ini, berhubung kesahihan kandungan pekeliling itu masih dalam kes mahkamah.





Gani Macam biasa lah,kalau dah kena dengan gaya MuNkEeE itu memang tak dapat di nafikan maka tindakannya juga adalah tindakan MuNkEeE.Oleh itu pedulikan MuNkEeE ni sebab kes enjin F5E itu seharusnya di jawab dulu oleh MuNkEeE sebelum dia jawab surat pekeliling tuh.

"Maka dalam hal ini, para pegawai SPRM sewajarnya menghormati pekeliling kerajaan negeri itu yang melindungi hak seluruh kakitangannya," katanya ketika mengulas hal serbuan siasatan pegawai SPRM ke atas penjawat awam Selangor, minggu lalu.

Tambahan pula, tambah beliau, penyiasatan SPRM itu melibatkan syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti perlombongan pasir.Ini semua telah menunjukkan yang mana Drama kelentong Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia telah gagal dalam operasinya dalam merealisasikan skrip yang telah di arahkan oleh Geng United MuNkEeE.


LSS : SEPATUTNYA ABANG LEMAN DAH KASI PENERAJANG SEDAS DUA KAT PEGAWAI SPRM TU SEBELUM DIA BAWAK EN.HUSSEIN PERGI.ABANG LEMAN PATUT SMS AKU DULU BAGI TAU YANG PEGAWAI SPRM DATANG NAK TANGKAP ABANG HUSSIEN.BOLEY KITA RAMAI - RAMAI BEBUDAK AMK TERMASUK SARA,AJAI,SAMAD,YAZID,JIM,BOB,SYAKIR DAN AKU "TRY" CAMPAK DIORANG(PEGAWAI SPRM) DARI TINGKAT 16 BANGUNAN S.U.K....KAH..KAH...KAH...KAH

BAGI DIORANG RASA SIKIT BAGAIMANA RASANYA.


-Sayangilah persekitaran kita.. Kempen "Hari Tanpa Beg Plastik."

Hari Tanpa Beg Plastik’ berterusan selama enam bulan.

SUBANG JAYA, 16 Januari - Kerajaan Selangor meneruskan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ yang dianjurkannya sejak minngu lalu untuk tempoh enam bulan akan datang.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata kempen itu memberi kesedaran kepada pengguna bahawa beg plastik boleh dikitar semula dan digunakan secara berulang kali.Elizabeth berkata, sebanyak 16 jenama terlibat dalam kempen berkenaan sedia memberi kerjasama termasuk 3 pasaraya ternama.

“Kami mahu orang ramai tahu penggunaan beg plastik boleh diguna berulangkali. kita bukan sahaja boleh menggunakannya sekali atau dua kali malah berkali-kali. Kita mahu beg plastik dijadikan barang yang memunyai nilai dan bukan hanya percuma dan boleh dibuang sesuka hati tetapi kita boleh menggunakan beg plastik berulangkali dan dikitar semula serta diguna pelbagai tujuan lain.”katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada acara turun padang mempromosikan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ negeri Selangor di Subang Parade hari ini.
Menurutnya, kempen ini sekaligus menggalakkan pengguna mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian.
Kempen ini mensasarkan secara berperingkat pengurangan 50 peratus penggunaan beg plastik dalam tempoh 6 bulan.“Bermula selepas Tahun Bru Cina, saya akan melawat serata Klang setiap hari Sabtu bersama-sama dengan team saya termasuk mereka dari Kerajaan Negeri, ADUN, dan ahli Parlimen. Kami bercadang untuk melakukan kempen ini diseluruh negeri Selangor termasuk dari Sabak Bernam hingga Sepang dan tidak hanya tertumpu pada Petaling Jaya dan Subang Jaya sahaja.” ujarnya lagi.

-Pembangunan tidak dilupakan.. Seiring dengan Program Kebajikan yang dijayakan oleh Kerajaan Negeri Selangor..

Usaha Bersihkan Sungai Klang
By: Ramjit-->


SHAH ALAM, 18 Jan (Bernama) -- Usaha sedang dibuat untuk membersihkan Sungai Klang di Selangor dan sehubungan itu kerajaan negeri akan mengadakan program penerangan kepada orang ramai mengenai langkah tersebut pada penghujung bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Beliau berkata menerusi program penerangan itu, nama syarikat yang bakal mengendalikan projek pembersihan dan pemulihan sungai tersebut turut bakal diumumkan.Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang terletak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai RM50 bilion yang diumumkan tahun lepas.Abdul Khalid juga berkata laporan kedudukan aset dan dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan dikeluarkan pada penghujung bulan ini.

Monday, January 25, 2010

Tanggunglah sendiri Aduka !




Akhirnya mangkuk ni menerima balasan setimpal dengan apa yang di lakukan dengan mata pena nya sendiri.Pada suatu masa dulu dia pernah menghentam Tuan Guru tanpa sebab dan cuma mengikut kata hati dan nafsu amarah.

Dia menyesal pada saat yang segala - galanya sudah menjadi bubur.Maka dalam blognya yang mana sebelum ini pernah menghentam Tuan Guru tentang isu PMBK dengan posting bertajuk "mari Menghentam Tuan Guru" dia menyatakan telah menyesal dengan apa yang di katakan dengan menulis sebagai;





Tapi saudara ku Aduka di sini LSS nak bagi tau segala - galanya dah terlewat(tapi bukan terlewat untuk bertaubat) untuk kaumenarik semula kata - kata nista.Kerana kata - kata kau telah di rakam dengan jelas kerana ia bukan suara tetapi penulisan.

Kau bukan sahaja menghina raja tapi jua ummul mukminin isteri nabi dan juga para tabi'in.di sini di lihat dengan begitu jelas sekali kata - kata kau;

Tulisan dalam blog kau berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikel kau yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

[aduka1.bmp]


Hah! macam mana di katakan si mangkuk ayun ini mengaku tak bersalah tidak menghina Sultan?

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan;

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”



Sah Ini semua hanya maki hamun semata - mata bukan kata di atas kebenaran dan menegak kan keadilan.

Posting bertarikh 27 november 2009 adalah pada ketika aku menghentam mangkuk ini yang mana aku sangka kan dia adalah Ejen UMNO yang sedang memecah belah kan geng - geng PAS tapi rupa - rupanya aku silap.Dia bukan Ejen UMNO tapi dia adalah kaki hentam membabi buta. sila baca posting itu.

ADUKA TARUNA : Lagi sekor MuNkeE di tengah - tengah landskap politik



kalau jumpa ular kasi ketuk dulu kepala MuNkeE(ADUKATARUNA) ni dulu yek...


Kadang kala kita tak akan sedar siapa yang akan jadi anjing,kadang kala kitak percaya siapa yang jadi barua.Tetapi kewujudan mangkuk ni di tengah - tengah landskap politik negara kita amat menggusarkan dan kadangkala amat membengangkan.Mangkuk ni cuba bagi komen yang paling merapu sama macam parpu kari.


Kadangkala kita pun jadi hairan dari mana kah munculnya MuNkeE yang konon nya berjaya menulis novel jebat lahanat! Barua ni belum buat "research" lagi tentang kewujudan Jebat.Mungkin baghal ni adalah antara salah seorang dari mereka yang pernah di MuNkEeE - MuNkeE kan oleh agen - agen United MuNkEeE,entah lah aku pun tak tau.Adakah MuNkEeE ni perasaan atau tak perasaan yang mana dalam kisah jebat tu wujud kekeliruan dalam 2 watak penderhaka.
Mungkin oleh kerana MuNkEeE tak banyak penyelidikan dan pembacaan baru lah dia hentam nak menulis,tu sebab mangkuk ni tak perasan yang mana dalam sulatuss - Salatin karya Tun Sri Lanang mengatakan watak penderhaka adalah Kasturi tapi dalam "movie" dan buku sejarah mengatakan Jebat yang menderhaka.

Jadi akhirnya Barua ni tak jumpa akan kekeliruan itu dan dia pun " main tembak" je lah,sebaiknya novel tu tak sepatutnya di beli.


Tapi kadang - kadang aku pun nak pesan gak pada pada Baghal ni tentang banyak perkara sebelum dia terasa dirinya pandai sangat nak mengulas akan tindakan Tuan Guru yang menasihatkan menantunya supaya meletak jawatan dalam PMBK.Yang paling baik sepatutnya di buat ialah baghal ni sendiri yang meletak jawatan sebagai blogger.


Barua ni takde pengalaman cuma sekadar nak seronok menghentam Tuan Guru hanya kerana Tuan Guru membatalkan rancangan nya nak menunaikan ibadah haji ,alasan Mangkuk ni kata kerana Tuan Guru nak menyelamatkan persepsi.


Mangkuk ni tak faham apa apa yang di maksudkan dengan istilah korban oleh itu aku rasa di tak payah ulas lah siapa yang patut berkorban, di korban dan siapa yang telah terkorban.Sebab aku takut nanti silap gaya barua ni pulak yang jadi mangsa korban kena langgar dek lori pasir aje....


Wallah..hu..alam


Hari ni Mangkuk ni ulas mengenai konpirasi "Kolonel Mat", tapi aku rasa antara Kolonel tuh...mangkuk ni adalah salah seorang dari "Sargeant" nya.Sarjan yang menyerang kiri dan kanan dengan Tujuan nak memecah belah kan Jemaah.


Jadi bagi aku,aku rasa mangkuk ni pun sama lah dengan kata - kata pepatah,musang berbulu ayam,setan bertopengkan malaikat atau lebih tepat lagi Si BARUA mengaku Pemerhati Bebas.Jadi ada baik Wak Banjar keluarkan Link dia dari ABO....sebab kehadirannya cuma nak melaga - laga kan jemaah.





Aku Rasa Barua ni tentu kenal dengan MuNkeE ni.....mana la tau kott sebab aku rasa haram jadah dua ekor ni member kamcing kott.....tapi style hentam nya ada beza sikit pasal MuNkeE ni ni hentam secara halus yang haramjadah dalam gambar di atas hentam secara gila - babi.
Nampaknya Telahan LSS yang lalu tepat.Wak Banjar telah pun mengeluarkan Feeds Link Aduka dari Laman blognya kerana pada LSS itu bagus untuk memadamkan badi bagi si penghentam yangmembabi - buta.
Pada Aduka ! Tanggunglah sendiri dari apa yang telah anda lakukan.Kita sebagai blogger boleh menghentam dan mengkritik tapi biarlah pada kebenaran bukan mengikut nafsu sendiri.Selama ini LSS juga menghentam tapi untuk menegak kan kebenaran dan mempertahankan hujah tapi bukannya memaki hamun sesuka hati.

Mampos lah Aduka!

[aduk2.jpg]


Saya sangat kesian dengan nasib rakan blogger bernama Aduka Taruna ini. Mungkin gaya penulisannya sudah begitu, apa nak buat. Saya yang selalu ikuti tulisannya juga kesal mengapa dia terlanjur hingga ke tahap itu. Yang pertama orang itu sudah meninggal, yang kedua baginda adalah Raja kita. Jika orang biasa, malah pengemis yang hina dina itupun, tidak tergamak bagi orang biasa menyelitkan perkataan "mampus". Itu sudah biadab namanya!!

Hingga kini, kononnya sudah 25 laporan polis dibuat terhadap Aduka. Yang lebih menyeramkan bulu roma keluarga Aduka tentunya ialah apabila Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kesalahan Aduka adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan. Apabila ketua polis negeri berkata begitu, maka mungkin tak sampai 24 jam lagi gambar Aduka yang bergari akan disiarkan oleh TV.

Itulah Aduka, selama ini dia cuma banyak hentam kiri kanan pemimpin PR saja. Orang yang berserban besar dan tinggi ilmu agamanya itupun tergamak dihentamnya lumat dengan bahasa super-celupar, apa lagi mereka yang kurang ilmu agama. Mungkin Aduka ingat orang yang berserban besar sama dengan orang yang bertengkolok, kerana kedua-duanya manusia biasa di sisi Allah. Tapi hakikatnya di Malaysia berbeza. Kita tidak sama dengan UK. Kita tidak sama dengan Denmark. Kita tidak sama dengan Monaco yang Rajanya boleh dikritik. Mungkin Aduka terlupa peribahasa Melayu 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' biar pun aku juga adalah salah seorang yang anti - feudalisme.

Aduka juga mungkin juga ingat, jika 20 tahun dahulu Dr Mahathir, UMNO, Utusan Malaysia dan Berita Harian boleh menghina Raja-Raja Melayu ke peringkat sangat mengaibkan sehingga kita yang mendengarnya boleh terkeluar air mata simpati kepada nasib Raja-Raja; dia ingat kini dia boleh mengulang sejarah lama. Sesuatu yang Aduka lupa ialah dia cuma blogger biasa, dia bukan Dr Mahathir, dia bukan Perdana Menteri dan dia juga bukan menteri-menteri yang dilindungi kekebalan kuasa. Dr Mahathir boleh bermulut celupar kerana dia melakukannya ketika dia ada kuasa. Tapi Aduka hanya seperti orang lain yang ada kuasa menulis tapi tidak dapat melindungi tulisannya sendiri.

Tapi Aduka sudah melakukannya. Dia sudah terlanjur. Harap pihak berkuasa dan Aduka dapat menyelesaikan masalah ini dengan jalan yang terbaik, Jika tidak, mungkin lepas ini kita akan kehilangan seorang blogger super-celupar yang banyak ilmu dan menulis dengan gayanya yang tersendiri untuk sesuatu tempoh yang mungkin agak panjang.

Tapi apapun dan apa hukumannya kelak (jika Aduka dihukum), saya percaya Aduka masih tetap akan bernasib baik. Jika di Thailand, orang seperti Aduka, Dr Mahathir dan menteri-menteri di zamannya dulu yang menghina institusi Raja itu mungkin sudah dihukum mati atau jika bernasib baik dipenjara seumur hidup!

Padan Muka United MuNkEeE.... akhirnya Melalui kerajaan Pakatan, Rakyat dapat Tanah!

Selama 50 tahun United MuNkEeE menyiksa orang melayu,selama 50 tahun United MuNkEeE menipu orang melayu.Setiap kali pilihanraya calon - calon United MuNkEeE akan menipu orang melayu dengan janji - janji kosong untuk memberikan hakmilik tanah.

Tapi bila dah menang Pilihanraya United MukEeE tak ubah macam Gorilla dapat bunga,mereka terus merampas tanah - tanah orang melayu.Inilah yang terjadi pada penduduk kampung berembang,Rimba Jaya,Kg. Chu Badak dan Kg. Melayu Ampang.

Masih ingatkah lagi dengan Posting Ini??

Woitt....Ini lah sialnya Ketuanan Melayu tu yek....



PERGI TENGOK DI BEREMBANG SEKARANG -KONDO MEWAH TOWKAY BESAR CINA YANG DULUNYA TANAH ORANG MELAYU




BEKAS TENTERA RAYU TIDAK DIPINDAHKAN DARI KAMPUNG WIRA JAYA – berita hairan

Penduduk Kampung Wira Jaya, Gombak dekat sini yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera merayu kerajaan prihatin dengan nasib mereka yang diarah berpindah dari kampung tersebut.

Penduduk diarahkan berpindah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak April lalu bagi memberi laluan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wira Jaya, Sharif Bahaman, 73, berkata, DBKL telah mengeluarkan notis agar mereka berpindah dari kawasan itu ke PPR Ayer Panas dan diberi pampasan RM1,000.

“Notis itu menyatakan kami perlu berpindah dari sini dalam tempoh dua minggu, ia sesuatu yang tidak munasabah dan jika kami enggan berpindah, DBKL akan robohkan rumah dan kami dikehendaki menanggung kos tersebut.

“Atas alasan itu, 40 keluarga yang tinggal di sini sepakat membawa kes ini ke mahkamah dan kes itu akan dibicarakan semula pada 13 Januari ini,” katanya.

Muhammad bertemu penduduk setempat bagi membincangkan masalah yang dihadapi sejak 35 tahun lalu. Sejak mula diteroka, kampung tersebut telah dihuni tiga generasi keluarga bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat sejak zaman penjajahan lagi.

Seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota tentera, Aris Talib, 58, berkata, walaupun ia kawasan setinggan, namun ia tersusun berbanding setinggan di tempat lain.

“Ketika pembukaan awal kampung ini dahulu, ia dilakukan secara tersusun demi keselesaan penduduk walaupun dalam keluasan 50 x 60 meter persegi untuk setiap rumah.

“Hanya terdapat 100 rumah dalam kawasan seluas dua hektar ini. Kalau sebelum ini penduduk Kampung Desa Pahlawan yang jauh lebih luas dari kawasan ini dapat hak milik, mengapa tidak bagi tanah sekangkang kera ini,” luahnya.

Tambahnya Aris, kini hanya terdapat lebih 30 keluarga bekas tentera yang menghuni kampung itu.

KAH KAH KAH…

INI LAH KERJA UNITED MUNKEE…. REMBAT TANAH RAKYAT MELAYU

KUNNUUUN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT. JAMIN ADA BAHAGIAN UNTUK PARA TOWKAY BESAR CINA DAN TOWKAY JUDI.

BEKAS TENTERA PUN… JADI HAMLAU

BEKAS TENTERA MACAM SELIPAR…. DAH ABIS PAKAI BUANG….

nota:
bila agaknya orang melayu akan memiliki kesedaran
selama 50 tahun mereka kena tipu
kenapa agaknya susah sangat nak bagi tahu
cukong dan United MuNkEeE ini berkongsi rompak negara
tapi gerombolan janji pada orang melayu allah hanya milik orang melayu
maka bila dengar ini senanglah hati orang melayu merempat kah.... kah... kah....

nota:
selama 35 tahun ditanah ini .
berapa ratus juta janji sudah didengar.
tiap kali pilihan raya - jangan undi parti cina.
akhirnya tanah di ambil oleh towkay besar china kah..... kah.... kah...........


nota:
ketika penduduk di berembang bangun berjuang
menentang tanah mereka dirampas
towkay - towkay telah mengupah... mengupah siapa untuk menekan dan memukul orang kampong ?

cuba teka?
cuba agak?

towkay mengupah abang long(Pekida) dan abang ngah kah.... kah.... kah.......


TAPI HARI INI !

YB Tan Sri Dato' Seri Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan melancarkan projek besar untuk membantu penduduk Ijok dan Kuala Selangor untuk mendapatkan geran tanah.

Para ahli parlimen Ijok mengatakan bahawa pejabatnya akan akan merilis jadwal bagi 6,000 keluarga yang mula menerima geran tanah awal bulan ini.

"Pada akhir tahun, lebih daripada 90 peratus daripada masalah geran tanah di Kuala Selangor akan diselesaikan.

"Banyak alasan yang diberikan saat itu. Mereka (Barisan Nasional) mempunyai lebih daripada 50 tahun tapi masalah itu (geran tanah ) yang masih belum diselesaikan tapi kami(Pakatan Rakyat) hanya Perlukan 30 bulan untuk menyelesaikan masalah itu, "katanya kepada wartawan di sini.

Terpulang pada Rakyat 1 malaysia ! lihat lah tanya mak cik dan pak cik felda.berapa ramai yang dapat geran. geran digunakan untukmengikat peneroka. kalau undi pakatan tak dapat geran.padan muka. di Perak beratus ribu warga negeri Perak yang dapat geran tanah.di selangor dan kedah pun sama. Anda Undi Pakatan atau tidak itu bukan persoalannya yang penting warga tempatan dapat tanah. kalau dapat tanah Mereka bebas merdeka. rakyat yang bebas merdeka pasti tidak akan mengundi United MuNkEeE kah... kah..... kah........

INGAT LAH WAHAI RAKYAT SATU MALAYSIA! INI BUKAN AMARAN ATAUPUN UGUTAN TAPI INI SATU PERINGATAN.ANDAI MAHU TERUS MEMILIKI BUMI MELAYU INI MAKA ALIH KAN LAH UNDI ANDA PADA PAKATAN.

TAPI.

ANDAI MAHU TERUS MEREMPAT DAN DI ZALIMI OLEH UNITED MUNKEE.TERUSKANLAH MEMANGKAH BN(BINI NAJIB)

Untuk MeNipu Orang

Zulkifli Noordin semakin hari semakin BIADAP !

zulnoordinposter-1.jpg image by malaysianunplug



Dalam berita bertajuk "Zulkifli buat aduan polis terhadap Khalid Samad", Utusan Malaysia hari ini melaporkan:

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Akhbar itu juga melaporkan:

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Saya sendiri tidak bersetuju apabila Haji Khalid Abdul Samad macam hyperactive sangat memberikan endorsement kepada puak-puak yang tebiang sangat nak guna kalimah Allah tu. Tetapi bagi saya, celaka sungguh kalau ada mana-mana Mamat kurang ajar yang mendakwa Khalid "mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam".


Celaka juga mana-mana Mamat yang mendakwa Khalid "menghina umat Islam". Ah, setakat celaka pun tak padan (teringat pula kecaman seorang pemimpin PAS malam tadi terhadap Pemuda PAS Selangor khususnya yang buat perangai lembu kenyang bila setan-setan memijak-mijak gambar Khalid, salah seorang Ahli Jawatankuasa Politik PAS serta Yang Dipertua PAS Shah Alam).

Tu bab celaka.Tetapi, dalam hati kita merasa tidak ada bezanya pecacai pemimpin-pemimpin yang menolak Islam itu dengan puak-puak yang menerbitkan Herald-The Catholic Weekly yang kononnya begitu innocent serta lurus dalam keinginan mereka hendak menggunakan nama Allah. Dalam hati, saya yakin mereka sama-sama telunjuk lurus kelingking berkait.Kesimpulannya, saya tak percaya sikit pun kepada kedua-dua pihak. Kedua-duanya berniat jahat. I dont want to mince my words.

Oleh kerana isu nama Allah nak digunakan sebagai senjata oleh UMNO untuk membodohkan orang-orang Melayu supaya menyokong parti itu, kebelakangan ini saya membaca pelbagai artikel mengenai perkara itu, sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju.

Agak malang bagi saya kerana semua huraian yang menolak penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi memberikan gambaran kepada saya bahawa hujah-hujah yang digunakan bersifat bir-ro'yi. Saya tak nak la kata hanya dugaan-dugaan yang bersifat zanni - spekulatif . Tetapi, saya belum jumpa lagi hujah yang bersifat qat'i. Memanglah, tak jumpa tak bermakna tak ada .

Malah saya terlajak menyatakan "hujah macam sial" di dalam hati setelah membaca tulisan yang menolak penggunaan nama Allah oleh orang-orang bukan Islam yang ditulis seorang fellow apa menatang saya pun tak tau. Nak buat lagu mana, terlajak dan tak sengaja. Tetapi, saya tidaklah pula rasa bersalah.

Saya taklah banyak akal sangat. Saya hanya memerlukan hujah yang apabila kita membacanya kita tak rasa sakit hati dan diperbodohkan. Saya teringat kelaku seseorang yang menulis artikel yang menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama samawi. Apabila dipersoalkan tulisannya, dia merapu tak tentu hala. Saya tidak fikir dia tahu apa yang dia tulis.

Tu yang masalah tu.

Benteng terakhir yang selalu kita lihat digunakan oleh mereka yang menentang ialah kesimpulan mereka bahawa orang-orang Kristian dan Yahudi hari ini bukan pengikut agama samawi. Tetapi, ada pula yang menyatakan orang-orang Kristian dan Yahudi hari ini masih lagi dalam kategori pengikut agama samawi.

kita tak tahu siapa yang betul. Saya benar-benar tak tahu. Apa nak heran kalau saya tak tahu. Saya jahil.

Saya hanya teringat apa yang saya salin dalam posting bertajuk "Kita terus menyalahkan Allah...":

Baru-baru ini, ketika bercakap mengenai orang Melayu dan umat Islam, Mat Sabu bertanya saya, "Allah s.w.t. mengutuskan beratus-ratus Rasul ('a.s.s.), Nabi Muhammad (s.'a.w.w.) berjuang punyalah teruk, adakah nak lahirkan umat macam kita la ni? Ajaran yang kita (umat Islam) amalkan ni, betul ka ajaran Muhammad ka? Ka dah ajaran lain dah?

"korang tengok la, orang Islam paling mundur, paling lemah, paling miskin, paling rasuah, paling zalim kepada rakyat sendiri, semua yang teruk-teruk. Umat macam ni ke yang Allah dan Nabi Muhammad nak cipta?"

Sunday, January 24, 2010

-Lain Rakyat tuntut lain dibuat SPR.. SPR putar alam..

SPR kaji tukar konsep undi pos dengan undi awal.


Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal. "Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya kepada Bernama.Wan Ahmad berkata mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.

Wan Ahmad berkata beliau dan beberapa pegawai SPR telah melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lepas bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan. "Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem itu dengan cukup baik," katanya. Beliau berkata SPR akan mengemukakan cadangan mengenai sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya. Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya SPR juga kini serius memikirkan kaedah untuk melaksanakannya. "Kita juga akan cuba mengesyorkan kemasukan kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti golongan wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari," katanya. Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.
Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftar mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan. Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, kesemua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin. Wan Ahmad berkata SPR sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.Walaupun SPR kini menetapkan bahawa kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata budaya politik yang diamalkan di negara ini disifatkan sebagai tidak menghormati peraturan itu."Di Malaysia, tiada siapa hormat atau yang mahu mengikut peraturan cooling off period (tempoh bertenang) yang ditetapkan SPR. Walaupun dilarang, pada hari mengundi, masih ada lagi yang mengambil kesempatan untuk meraih serta merayu undi, mengibarkan bendera dan berkonvoi," katanya. Wan Ahmad berkata perbuatan melanggar arahan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengapa SPR tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau berkata berdasarkan senario politik negara ketika ini, keadaan akan menjadi bertambah huru-hara pada hari pengundian.Sehubungan itu, beliau berharap tempoh bertenang boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang bagi memudahkan SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan mengundi daripada poster dan bendera yang dipasang.
Yang Rakyat Tuntut melalui memorandum BERSIH..



A. Sistem pilihanraya
i. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas ‘First-Past-The-Post’ atau ‘Yang-Pertama-Melepasi-Tiang’ dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan ‘agihan-timpang’ dan ‘curang’ atau ‘tipu-belit’;
ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin;
iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.

B. Pentadbiran pilihanraya
i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi;
ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan.

C. Penamaan calon dan parti – bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan
i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;
iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan;
iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.

D. Kempen pilihanraya – peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut
i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;
ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah;
iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.

E. Media
i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;
ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;
iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.

F. Kerajaan Sementara (Caretaker government)
i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.;
ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah;
iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.



G. Daftar Pemilih
i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’;
ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.



H. Pengundian
i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;
ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.

Saturday, January 23, 2010

Tanya Sama itu Wak Din Debab



Kecuali Haji Mahfuz Omar, saya tak jumpa ulasan pemimpin PAKATAN yang menyambut kutukan Muhyiddin kepada Anwar itu sebagai usaha Muhyiddin membuka jalan kepada pembangkang untuk menunjukkan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya.Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengorbankan begitu banyak kepentingan Melayu (baca: UMNO - bila UMNO sebut Melayu, tu solekan luar sahaja dan pembohong hidup-hidup!) melalui dasar liberalisasinya termasuk mengkudungkan Foreign Investments Committee (FIC)?



Anda baca pula berita NST semalam yang saya copy and paste di bawah. Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kalau tak reti-reti jugak, pi tanya Wak Din Debab.


MECD penyokong di sarankan untuk bertanya kepada PM


Miri (NST 22/1/10): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terakhir menyarankan enam pertubuhan menyerukan pemulihan daripada pengusaha dan perkhidmatan pengembangan koperasi (MECD) untuk menyerahkan usul mereka kepada perdana menteri.


"Biarkan perdana menteri memutuskan. Ini di bawah lingkup.


"Ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menerima. Kami tidak akan menutup diri terhadap sesiapa pun," katanya.


Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan kabinetnya selepas mengambil alih kemudi kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, tidak termasuk dalam senarai MECD jabatan di bawah pemerintahannya.


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata gerakan tidak bersetuju bahawa kementerian itu dipulihkan.


Dia berkata isu ini tidak boleh dibesarkan sebagai kementerian yang sudah dibubarkan bulan lepas dan badan-badan terserap ke jabatan lain.


Khairy menambah bahawa pembubaran kementerian tidak mempengaruhi masa depan sebagai ejen-ejen Bumiputera pengusaha dahulu di bawah itu, seperti Mara dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), terus berfungsi seperti biasa.


"Saya berharap bahawa masyarakat dan pemimpin pertubuhan bukan-kerajaan tidak akan jatuh ke dalam perangkap dengan berfikir bahawa tanpa MECD, Melayu tidak dapat bertahan hidup.


"Ini adalah alasan yang sangat lemah kerana menjadi hambatan bagi pengusaha ketika agensi masing-masing masih ada," katanya selepas mengetuai pertemuan Pemuda UMNO di Negri Sembilan . Panggilan untuk membina semula perkhidmatan itu dibuat oleh enam organisasi bukan kerajaan - Gabungan Pengusaha Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Kesatuan Aksi Front Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Ukhuwah Bukuonline Masyarakat dan Koperasi, Bahasa Melayu Bilik Dagang dan Persekutuan Bahasa Melayu Badan Ekonomi



Usahawan Bumiputera tetap dibela


Pelbagai jabatan, agensi khusus hulur bantuan: PM


Berita Harian (22/1/10): Kerajaan belum berhasrat mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana tanggungjawab menjaga kepentingan usahawan Bumiputera kini dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi khusus bagi memastikan kepentingan mereka sentiasa diberi keutamaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat Bumiputera tidak perlu bimbang kerana pelbagai agensi seperti Mara dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) memang dipertanggungjawabkan bagi membangunkan dan meneruskan agenda membela usahawan Bumiputera.



Walaupun tidak ada Kementerian Pembangunan Usahawan, ada agensi untuk membangunkan usahawan Bumiputera ditempatkan di kementerian lain seperti Mara di Kementerian Luar Bandar.

"Seorang Naib Presiden Umno (Menteri Pembangunan Luar) ditugaskan di situ. Jadi, tanpa kementerian (Kementerian Pembangunan Usahawan) ini pun agenda mewujudkan usahawan Bumiputera masih diteruskan.

"Kita juga ada instrumen baru seperti Ekuinas yang ditugaskan untuk membangunkan usahawan dan syarikat Bumiputera yang berpotensi. Kita tidak lupakan agenda ini...cuma ia disesuaikan dengan keadaan semasa," katanya di sini, semalam.

Ekuinas adalah entiti pengurus dana ekuiti swasta berkaitan kerajaan untuk mewujudkan gagasan syarikat Malaysia yang dapat berdaya saing hingga ke peringkat global dan pada masa sama memastikan penyertaan ekonomi Bumiputera yang lebih kukuh dan mapan.

Menerusi pelaburannya, Ekuinas memainkan peranan penting memperkasakan penyertaan ekonomi Bumiputera dan pada masa sama, membina perkongsian tulen di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat serta ekonomi negara.

Baru-baru ini enam pertubuhan Melayu meluluskan resolusi menuntut kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bagi menjamin kepentingan dan masa depan usahawan Bumiputera.

Resolusi diluluskan pada Forum Usahawan Melayu Kini di Persimpangan: Digugat dan Digigit, anjuran bersama Gabungan NGO Usahawan Melayu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) serta Koperasi Ukhuwah dan Komuniti Bukuonline.






Isu Kalimah Allah :Utusan Melalok bikin Pesta kelentong Kaw - Kaw






KHALID DITITAH MENGHADAP SUTAN SELANGOR - melalok

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dititah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

KHALID SAMAD BUAT HAL LAGI -melalok

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini mencadangkan supaya 25 kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam termasuk Allah di negeri ini dikaji semula kerana ia sudah ketinggalan zaman


Perhatikan pula yang ini!



God bukan Allah - IKIM



Jumaat, 2010 Januari 22

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.

''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin,

Panel lain ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.

Seramai 70 peserta mengikuti muzakarah itu termasuk wakil Jabatan Peguam Negara, pihak berkuasa agama negeri, ahli-ahli akademik daripada institusi pengajian tinggi (IPT), badan-badan dakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

''Saya berpuas hati kerana perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan harmoni walaupun para peserta datang daripada fahaman politik yang berbeza ,'' katanya.

Abdullah berkata, IKIM mengambil pendekatan menganjurkan muzakarah memandangkan kemelut isu penggunaan kalimah Allah telah menimbulkan kekeliruan, kecelaruan dan boleh membawa kesan negatif bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada penganut agama Kristian.

Beliau berkata, dalam perbincangan itu, peserta bersetuju bahawa mereka perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan beragama.


YANG NI PULAK !




USTAZ HADI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH – harakah daily

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Abdullah Md. Zain.


YANG NI APA PULAK LAGI??




SELAIN HADI, PKR DAN ASRI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH -MALAYSIAN INSIDER


PETALING JAYA, Jan 22 — Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.


Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.


“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.


Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.


“Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


“Oleh itu, satu garis panduan penggunaannya perlulah diwujudkan,” tambah mereka menerusi kenyataan itu.


Mereka juga menambah, sebagaimana telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan di akhir sesi muzakarah berkenaan.


Kenyataan itu dikeluarkan ketika Harakah Daily memetik Hadi melaporkan, muzakarah pakar anjuran IKIM semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.


Penjelasan tersebut sekali gus dilihat berbeza dengan berita ‘God bukan Allah — IKIM’ seperti yang dilaporkan oleh media bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.


“Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul,” jelas beliau ketika dihubungi Harakah Daily.


Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah “Allah” tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.


“Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali,” jelas beliau.


Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.


“Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini,” jelasnya.


“Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata beliau dalam kenyataannya bertarikh 7 Jan lalu.


Selain Hadi, Mohd Nur dan Asri turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md Asham Ahmad.


Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusinya yang juga bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md. Zain.


Laporan Bernama semalam menyebut, muzakarah pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran IKIM semalam bersetuju penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.


Abdullah berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.


“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” kata Abdullah.


Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Nik Mustapha.


Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang.


“Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya



LSS: Ni apahal nie? kalau setakat Melalok yang bikin kelentong aku tak kisah lah dah memang kerja Utusan Melalok jadi Penipu Besar dalam malaysia ni,patut pun akhbar Cabuk ni tak laku, tapi kalau dah masuk Istitut Kefahaman Islam Malaysia pun dah "disuruh" jadi kaki kelentong ini menunjukkan Index persepsi Islam di negara ini berada di tahap yang amat kronik.Pak Lah ngantuk pulak cam biasa lah...kat mana - mana pun dia akan jadi "kaki tidur" nak buat macam mana kalau dah macam tu "style" Pak Lah


-Lagi berita mengajak Sayangi Ibu-Bapa kita.. Restu ibu-bapa penting bagi meneruskan Perjuangan hidup dunia akhirat..

Buang ayah tepi jalan
Oleh Rashidi Karimam

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah. “Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

-Rakyat berikan mandat Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Selangor.. Pulangkan kuasa dan hak kerajaan Negeri Selangor..

Suhaimi: Subur Yang Tidak Subur

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dibidas kerana ia tidak menyeluruh untuk semua rakyat di negara ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie berkata, program itu tidak menampakkan ketelusan kerajaan kerana rakyat perlu mendapatkan baucar beras dari pejabat Umno kawasan sahaja.

Beliau berkata ini jelas lebih bermotif politik tambahan menterinya, Noh Omar lebih dilihat sebagai cuba mengangkat martabatnya sebagai orang nombor dua di Selangor selepas Najib Razak, Pengerusi BN dan Umno negeri. "Beliau terdesak untuk memastikan yang sokongan itu beralih kepada dia, maka dia menggunakan duit kementerian, saya nak tegaskan duit kementerian itu ialah duit rakyat, bukan duit daripada poket Dato Noh Omar sendiri, jadi duit ini dia tidak boleh dibelanjakan program di kepala otak dia saja, tak boleh sebab ini duit rakyat, dia mesti belanjakan di seluruh negara. Melalui program Subur memanglah dia katakan dia belanjakan di seluruh negara dan sebagainya, tetapi dari segi pelaksanaan, kita tidak nampak yang pelaksanaan itu diadakan untuk membantu rakyat, melainkan hanya untuk menaikkan imej Menteri Pertanian, iaitu Dato Noh Omar sendiri", kata Shuhaimi Shafie.

Beliau bercakap kepada Tv Selangor yang ditemui baru-baru ini berkata, Kerajaan Persekutuan juga mengguna pakai agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti program Subur.
Bagaimanapun katanya pengagihan keuntungan yang dibuat kerajaan pusat lebih mementingkan kantung mereka melalui beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Apa yang Noh Omar buat macam penubuhan Majlis Pembangunan, dia Umno ni mereka buat 3 perkara, pertamanya melalui ICU di bawah JPM mereka mengagihkan keuntungan ini melalui 3 agensi, melalui Kementerian Pertanian yang ada program Subur, MPPP dan melalui Jabatan Pembangunan Negeri", katanya lagi.

Walaupun rakyat Selangor sudah menolak Umno-BN namun mereka sanggup memberi kepercayaan dengan meletakkan pimpinan yang gagal untuk menerajui Subur, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen dan Jabatan Pembangunan Negeri.
Kata Shuhaimi, rakyat Selangor menuntut keterbukaan dalam segala aspek apabila menolak Umno kerana gagal mempamerkan pentadbiran yang telus dan tiada kebertanggungjawaban khususnya pengagihan peruntukan kerajaan pusat kepada negeri ini.
"Rakyat negeri Selangor menolak Umno, kalau rakyat Selangor menyokong Umno, mereka tindakan meletakkan Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah, jadi orang-orang yang dilantik di MPPP, Subur, Majlis Pembangunan ICU, ini adalah orang-orang yang telah ditolak rakyat daripada segi kebertanggungjawaban, ketelusan itu pun sudah terkeluar, orang yang minoriti yang mengagih-agihkan peruntukan kepada orang lain, jadi daripada segi kuasa dia tidak ada kuasa untuk melakukan itu", tambahnya lagi.

Oleh kerana itu, Noh Omar mensasarkan program Subur dapat memenangi semula hati rakyat Selangor walhal jangkaannya itu jelas meleset kerana program ini hanya boleh dinikmati rakyat sekiranya mendapat restu daripada ketua-ketua bahagian Umno", katanya.
Shuhaimi menyifatkan tindakan ini jelas menyalahi prinsip demokrasi dan melanggari undang-undang negara ini.

Inilah sebenarnya yang cuba dimanipulasi oleh Umno supaya akhirnya orang akan terpaksa beralih kepada Umno secara paksaan sebab mereka tiada pilihan, jadi pada saya ini sebenarnya satu tindakan yang melanggar undang-undang, satu tindakan yang tidak bertamadun, satu tindakan oleh Noh Omar yang biadap, kurang ajar, tindakan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat negeri Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Friday, January 22, 2010

Pro Mahasisiwa dan kemenangan demi kemenangan menumbangkan aspirasi yang menjadi barua UMNO

Kumpulan Pro-Mahasiswa yang mana astu gabungan gerakan Mahasisiwa yang pro Pakatan Rakyat mengekalkan “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam tadi, buat tahun ke-12 berturut-turut. Bagaimanapun dalam pilihan raya kampus itu yang diadakan semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa mengalami kemerosotan lima kerusi berbanding sesi pengajian sebelum ini.


Dalam pemilihan MPP sesi pengajian 2009/10 ini, mereka memperoleh 15 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan. Baki dimenangi oleh calon kumpulan yang mengelar diri mereka Pro-Mahasiswa, Bebas dan pelajar asing menerusi lima kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Sesi lalu mereka memperoleh 20 daripada 29 kerusi di MPP.

Wakil kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat UIAM, Mohd Zaki Shukri memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon pihaknya berjaya mengekalkan kemenangan dan penguasaan berturut-turut sejak tahun pengajian 1998/99.
“Walaupun menang 15 kerusi, kami yakin boleh memperoleh sokongan calon-calon Bebas dalam pentadbiran MPP,” katanya.

Ditanya sebab penurunan kerusi yang dimenangi kali, Zaki menjelaskan ia kemungkinan berkaitan dengan kempen “agresif” kumpulan Pro-Aspirasi, antaranya menggunakan cara-cara berkempen yang tidak diizinkan oleh pengurusan universiti.

“Mungkin pelajar tertarik dengan cara-cara kempen mereka dan mungkin mereka lebih menonjol dengan cara kempen mereka... bagaimanapun kami akan membuat kajian untuk memperbaiki kedudukan kami tahun depan. Kami juga akan membuat aduan kepada pengurusan universiti mengenai cara kempen kumpulan Pro-Aspirasi,” kata beliau lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga berkaitan dengan penurunan peratusan keluar mengundi di peringkat MPP.

“Maklumat yang kami terima peratusan keluar mengundi cuma 59 peratus berbanding 87 peratus sesi lalu.... ini juga mungkin salah satu punca. Mengapa peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah, juga satu situasi yang perlu dikaji,” katanya.
Ini lah slogan kita;
"hidup - hidup mahasiswa ! Hancur - hancur Aspirasi"


Sayangi Ibu-Bapa kita.. Restu ibu-bapa penting bagi meneruskan Perjuangan hidup dunia akhirat..

Si Tanggang moden dari Sarawak?
Oleh ANGELINA SINYANG

SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.
Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.
Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.
Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.
Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.
Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.
Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.
Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.
"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.
"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.
Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.
"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: