Tuesday, June 2, 2009

Kesan Kemelut Perak dan implementasi AMK.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.

Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan.

Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk.

Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan Angkatan muda Keadilan wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti.

Majulah wahai Angkatan muda Keadilan Selangor.. Najib sudah mengatur strateginya di Selangor.. Langkah pertamanya : Satu Belia Satu Malaysia.. (Usaha menarik hati dan undi belia)

Monday, June 1, 2009

Konvensyen Pembangunan Belia

Tarikh : 2,3,4 & 6 Jun 2009
Hari : Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
Tempat : Hotel Hilton, PJ
Jemputan Khas: YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
Semua Belia Dijemput hadir

Thursday, May 28, 2009

Kerja orang tiada moral dan suka permainkan isu perkauman.



Jijik dan penakut.Itulah sebagaimana yang dikatakan oleh para penceramah khasnya DSAI dan juga Tn Guru hj Hadi Awang bahawa ada roh dan hantu tersebut masih ada dan mungkin itu yang dibawa.Mungkin bukan secara langsung , namun kerja ini adalah kerja penyokong dari parti yang tak bertanding.Memang inilah kerjanya.
Namun sebagai sebuah parti yang akan mengambil alih pemerintahan negara, isu ini tidak boleh ditangani dengan kekerasan kerana yang nak menangani dengan kekerasan ialah parti yang akan lingkup dan terjerumus dalam kejatuhan akan menindas dan bertindak dengan keras.
2 Banner diatas di tanggal oleh Angkatan Muda Keadilan di Simpang tiga Mengkuang.Tapi macam dikata.Rakyat Penanti bijak memilih dan setakat banner seperi ini akan menjadikan masyarakat membuat telahan bahawa kerja ini adalah kerja parti yang tidak berani melawan atau jentera calon Bebas yang tiada moral dan sensitif perkauman.

SIAPA KANTOI HARI INI? PKFZ?

SIAPA KANTOI HARI INI? PKFZ?

LAPORAN PKFZ DI DEDAH HARI JAM 3.30 Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didedahkan kepada umum hari ini.Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Lee Hwa Beng mengesahkan bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar hari ini..Dalam emelnya kepada media, beliau berkata, sidang akhbar tersebut akan diadakan di LPK pada jam 3.30 petang ini.Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata beliau akhirnya telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

BENDANYA PKFZ INI:
Pertama: Seperti biasa rampas tanah orang kampong.Satu kompeni beli paksa tanah rakyat 3 ringgit untuk satu kaki persegi.Lepas itu tanah yang sama di jual kembali kepada Port Kelang Authority dengan harga 25 ringgit untuk satu kaki persegi.Mangkuk hayun penyamun ni dah rembat 22 ringgit setiap kaki persegi. Luas tanah ialah 405 hektar.Port Kelang Authority itu ialah duit rakyat.Kelentong nak buat gudang, nak buat bangunan pejabat, nak buat hotel bertaraf 4 bintang. Mulanya belanja dicadangkan RM 2.5 bilion. Songlap punya songlap sudah jadi RM.4.6 bilion.

SOALAN :
1 – Siapa lanun-lanun pelabuhan Klang ini ?
2 – Macam mana projek tipu rakyat ini di luluskan?
3 – Gedebe politik mana yang cekup duit ini?

APA YANG AKAN TERJADI?
Taraaaaaaaaaaak kes…. kah kah kah. Semua tutup kes. Tidak di temui apa-apa bahan bukti kerana semua duit telah licin. Kah kah kah.
SATU LAGI PROJEK MEMBALUN HARTA RAKYAT

Saturday, May 16, 2009

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN KES MB PERAK ADALAH LANTIKAN LINGGAM

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN KES MB PERAK ADALAH LANTIKAN LINGGAM

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar. Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Thursday, April 30, 2009

Kelakarnya One Malaysia

Semakin hari semakin banyak kekeliruan yang dicetuskan oleh Najib.Permulaan awalnya PR memperkenalkan Ketuanan Rakyat.Si Najib dan pengikut melayu yang layu menentang sekeras-kerasnya walaupun jaminan daripada pimpinan PR bahawa hak perlembangaan artikel 153 tidak disentuh.Tetapi kini, dulunya hero melayu sekarang baru merasakan tanah ini perlu dikongsi bersama.Hei najib orang tua-tua duduk didalam di pendalaman bolehlah digulakan-gulakan.Tetapi generasi baru kini memandang ini sebagai rencah kebodohan PM Malaysia yang baru.Sekarang rakyat dulunya wang segalanya.Ingat Najib orang muda akan memerhatikan kamu.Tunggu dan saat masa kamu akan rebah ,terutamanya di shah alam .Kami anak muda akan pastikan umno itu menjadi legenda akhir zaman.

Thursday, April 23, 2009

Hidup Najib!!

Dalam langkah liberalisasi sektor ekonomi negara, Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan kuota 30% ekuiti Melayu dalam sektor awam sebagai satu langkah untuk merangsang ekonomi negara. Ternyata inilah dia rupanya topeng pemimpin Melayu. Memastikan yang kaya terus kaya dan tidak langsung endah dalam usaha membela mereka yang miskin. Dimanakah Pewaris, Pekida, Badan Bertindak Perpaduan Melayu? Dimanakah Pemuda, Wanita dan Puteri Umno? Dimanakah Putera Umno? Dimanakah Khairy Jamaluddin? Dimanakah Mukhriz Mahathir? Dimanakah Khir Toyo?

Dibawah ini adalah petikan artikel mengenai perkara di atas:

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.


Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: