Saturday, September 5, 2009

-Al-Fatihah.. ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal dunia.



Malaysiakini : ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%). Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR). Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13. Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan. "Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya. Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.

"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.
Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan. Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).

"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.

-Memorandum Bantahan Penyambungan Kontrak Tan Sri Musa Hassan.

4 September 2009
Oleh : Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat.

Kami, mewakili organisasi-organisasi seperti di bawah, dengan ini menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk mencadangkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong agar menyambung kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara untuk tempoh setahun lagi.Penyambungan kontrak Tan Sri Musa Hassan ternyata membuktikan kegagalan Barisan Nasional untuk melaksanakan amanah sebagai kerajaan dengan sebaik-baiknya.Kami percaya cadangan dikemukakan tanpa mengambilkira dan tanpa menyatakan bantahan-bantahan rakyat selama ini terhadap prestasi kerja dan integriti Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.

Pelbagai dakwaan dan malah akuan bersumpah telah dibuat mengaitkan Tan Sri Musa Hassan dengan kumpulan-kumpulan jenayah terancang dan kongsi gelap. Beliau juga dikaitkan dengan amalan rasuah. Dakwaan-dakwaan ini telah tidak disiasat dengan sebaik-baiknya dan beliau sendiri gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau bebas daripada semua dakwaan-dakwaan yang dikemukakan.Sebagai penjawat awam yang memegang jawatan tertinggi di dalam Polis DiRaja Malaysia, Tan Sri Musa Hassan mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan, termasuk dengan menyaman pihak yang membuat dakwaan, bagi membersihkan nama beliau. Ini adalah amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap beliau utuh. Kegagalan berbuat demikian menimbulkan persoalan dan syak di kalangan rakyat. Dakwaan yang terpalit ke atas beliau juga menjejaskan nama baik dan integriti institusi polis yang diterajui beliau.
Seorang Ketua Polis Negara seharusnya mampu memperkukuhkan keyakinan kepada institusi yang diterajuinya jika beliau mempunyai integriti peribadi yang utuh. Namun perlantikan seorang pegawai polis, dengan melangkaui pegawai-pegawai yang lebih kanan, dan pernah terlibat dalam konspirasi jahat fitnah terhadap pemimpin utama negara, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau satu liabiliti kepada PDRM.

Pencapaian pasukan polis di bawah kepemimpinan Tan Sri Musa Hassan juga benar-benar mengecewakan. Kematian-kematian dalam tahanan polis membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen pihak polis untuk melindungi rakyat. Sekiranya rakyat yang di bawah tahanan pihak polis gagal dijamin keselamatan mereka, apa kemampuan polis untuk menjamin memastikan keselamatan rakyat. Ini menjadikan lebih parah tanggapan awam bahawa pihak polis menindas dan memeras rakyat melalui amalan rasuah dan salahguna kuasa yang meluas.Sepanjang kepemimpinan beliau juga, kadar jenayah terus meningkat. Rakyat kini tidak merasa selamat dengan kes-kes jenayah terhadap diri orang awam seperti rompak, bunuh, ragut dan sebagainya terus berleluasa.Kayu ukur utama pencapaian sebuah pasukan polis sudah tentu kemampuan untuk menjaga keselamatan rakyat. Menilai dari petanda aras itu, ternyata Tan Sri Musa Hassan telah gagal menjalankan tugas beliau dengan baik. Kegagalan beliau bukan kepalang.

Penentangan beliau terhadap cadangan penubuhan suruhanjaya bebas untuk mengawasi polis juga membuktikan bahawa ada yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Jika bukan penyelewengan, rasuah dan perlakuan jenayah; setidak-tidaknya kecuaian dan sikap tidak kompeten polis cuba diselindungi.Justeru kerajaan seharusnya mengambil peluang tamatnya kontrak Tan Sri Musa Hassan sebelum ini untuk melantik seorang pegawai yang mampu memulihkan prestasi PDRM dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.Kegagalan kerajaan untuk melakukannya menjadi bukti bahawa rakyat tidak didahulukan dan pencapaian tidak diutamakan. Malah ia adalah satu pengkhianatan kerajaan terhadap rakyat.
Kami dengan ini menuntut kerajaan untuk menyembah cadangan baru ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menarik balik penyambungan kontrak Tan Sri Musa Hassan berasaskan kegagalan cadangan sebelum ini untuk mengambilkira faktor-faktor yang dinyatakan di atas dengan sewajarnya.Seterusnya cadangan baru seorang tokoh yang mampu memulihkan imej dan integriti Polis DiRaja Malaysia, dan memperbaiki keyakinan rakyat terhadap PDRM harus dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baru.
Institusi polis ialah salah satu elemen utama sesebuah negara. Justeru persoalan penting perlantikan Ketua Polis Negara ini harus ditangani dengan serius demi meletakkan Malaysia pada landasan yang betul untuk pemulihan dan masa depan yang lebih untuk negara dan seluruh rakyat.


Shamsul Iskandar Mohd Akin Nasrudin Hj Hassan YB Loke Siew Fook
Ketua Ketua Ketua
Angkatan Muda Keadilan Dewan Pemuda Pas Pemuda Sosialis DAP

Friday, September 4, 2009

-Diseru semua supaya hadir.. TQ

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

03 September 2009

PENYERAHAN MEMORANDUM MEMBANTAH PENYAMBUNGAN KONTRAK MUSA HASSAN

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap penyambungan kontrak Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara kepada Menteri Dalam Negeri.

Penyerahan memorandum tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4 September 2009 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg.
Lokasi: Blok D2, Parcel D, Putrajaya

Orang awam dan wakil media kecuali Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Harap maklum

-Usaha MeUMNOkan Astro.

OSK: Semak semula lesen Astro dipandang negatif?

KUALA LUMPUR 3 Sept. - OSK Research berkata, pihaknya melihat sebarang langkah oleh kerajaan untuk menyemak semula lesen operasi Astro (All Asia Network Plc) sebagai negatif memandangkan aliran tunai kukuh yang dijana oleh operasi TV berbayar domestik itu.
"Kami mendapati sukar untuk memahami tujuan semakan semula bagi asas yang disebut dalam artikel itu memandangkan komitmen tinggi Astro dan tumpuan kepada kandungan tempatan," kata OSK dalam nota penyelidikan pelaburannya.

OSK mengulas mengenai laporan berita semalam bahawa kerajaan mungkin menyemak semula lesen operasi eksklusif 20 tahun Astro untuk memastikan syarikat itu memasukkan lebih banyak program yang mesra kerajaan dan menyokong konsep 1Malaysia.
Sumber kerajaan dipetik oleh akhbar dalam talian itu sebagai berkata, "terdapat perbincangan mengenai semakan semula tetapi Astro enggan menerima sebarang perubahan".
Perubahan itu akan melibatkan perubahan kontrak dan bayaran balik kerugian disebabkan hak eksklusif yang kini dinikmati Astro, kata sumber itu.

Bagaimanapun, OSK berkata, isu itu diperbesar-besarkan.
"Kami difahamkan daripada pihak pengurusan bahawa rundingan dengan kerajaan telah berlangsung sejak 12 bulan lepas bagi peralihan perjanjian pelesenan sebelum ini yang terkandung dalam Akta Telekomunikasi dan Penyiaran sebelum ini kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1999 yang mungkin melibatkan pemindaan kepada syarat-syarat tertentu," kata agensi itu.

Kelewatan itu disebabkan peralihan politik awal tahun ini dengan pelantikan menteri baharu bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
OSK berkata, pihaknya mengekalkan cadangan "beli" berdasarkan kepada harga sasaran RM3.92. - Bernama

Ni cobaan mengugut laa. ni.. Harap2 Astro Awani dan BRTV Astro tak jadi macam RTM 1, RTM2 dan TV3.. Berat Sebelah dan membodek..

-Pegawai Polis lain Tak Payah Naik Pangkat??

Kontrak Pengusung Tilam disambung setahun???



Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarahBahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.
Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang.



Kesian Pegawai Polis lain Tak dapat naik Pangkat kerana tiada kekosongan jawatan kosong.. Tunggu Urutan Mengikut struktur organisasi Pangkat PDRM tak sampai2..

Thursday, September 3, 2009

-Pemilik kepala Lembu ditemui!!!

Slogan PDRM Tegas, Adil dan Berhemah???? Berat Sebelah.. Kekerapan tekanan oleh Barisan Nasional dalam urusan serta siasatan PDRM melahirkan Pasukan Polis yang Porak Peranda dan tidak Profesional dalam menjalankan Tugas.. Kesalahan harus diletak pada kepimpinan tertinggi PDRM dan Barisan Nasional bukan keseluruhan anggota PDRM...


Ketua Pemuda UMNO Selayang; Sohaimi Shahadan.


Perhatikan Baju yang dipakai Sohaimi mempunai Logo (moa) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Pertanian Noh Omar cabar PR buktikan penglibatan UMNO dalam Demo Kepala Lembu..





Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu. Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pemberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 300 meter daripada kawasan perumahan.

Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.

Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan."Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Tuesday, September 1, 2009

-GAGASAN 1 MALAYSIA TERBARAI DI 31 OGOS

GAGASAN 1 MALAYSIA TERBARAI DI 31 OGOS



31 Ogos menjelang tiba hari di mana kita akan menyambut hari kemerdekaan yang "separuh masak" bak kata Allahyarham Dato' Onn Jaafar bersama slogan 1 malaysia.Apakah 1 malaysia? adakah satu bangsa? satu negara? semua kaum harus bersatu padu....tapi apa berlaku beberapa hari lalu secara tak langsung telah membuatkan jangan kita malah siamang dan Chimpanzee atau pun beruk api pun kan tergelak pecah - pecah perut sebab lain yang di laungkan lain pulak jadinya.

Lihatlah PM kita si Mat Monggol bersusah - payah melaungkan slogan 1 malaysia dalam tv,radio,internet ,surat khabar atau pun kat dalam Bas RapidKL.1 malaysia kita bersatu bersama - sama seluruh kaum termasuk cina melayu dan India.Tapi kali ini geng - geng algojo United Malays National Organisation terkengkeh - kengkeh pulak pulak pergi rosak kan slogan ini mengapa.Kalau sebelum ini geng - geng ini telompat -lompat dengan sentimen perkaumannya tapi kali ini dengan sentimen keagamaan yang pastinya akan memakan diri pada pilihanraraya yang seterusnya.Isu Kuil ini tak patutlah di mainkan oleh geng Algojo kerana ia akan menyentuh kesensitifan bangsa lain terutamanya India yang beragama Hindu dan ini akan membuat orang Hindu takkan percaya lagi pada geng algojo dan juak BN kerana ini akan menguatkan lagi s0kongan orang india kepada Pakatan dan menambahkan lagi benci orang melayu kepada geng algojo.Biarpun perarakan di nafikan oleh geng algojo tetapi banner yang di bawa menguatkan lagi persepsi yang mana geng algojo memang mendalangi perarakan kepala lembu tersebut.Tetapi hari ini kenyataan KPN Musa Hasan akan mengambil tindakan kepada mereka dengan mendakwa mereka di bawah akta hasutan,beranikah Musa Hasan mendakwa geng algojo?

Ini semua cuma sekadar gimik dan retorik sahaja kerana perarakan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghentam kaum india dan Wakil rakyat PR tetapi perarakan ini juga telah menghina nilai - nilai islam.Laungan Takbir yang suci telah mereka ejek dengan laungan "take beer" jadi di manakah maruah geng algojo sekarang?melayu kah mereka? islamkah mereka?

Kalau benar mereka islam....






kenapa pada ketika Surau al-ijtaimaiah Kampung Rimba Jaya Shah Alam di robohkan atas arahan kerajaan Wak Botox tak ada pula kita lihat berbondong - bondong geng algojo berarak ke bangunan SUK dengan membawa kepala kerbau ke? kepala babi ataupun kepala Butuh.......tak de pulak kita lihat berbondong - bondong geng al-gojo memaki hamun kerajaan Wak botox dengan membawa penyapu berlori - lori,tak ada pulak kita lihat ada pulak haram jadah yang nak berucap dengan heler di depan pintu pagar bangunan SUK?


Tapi bila hanya dengan isu Kuil hindu tahu pulak terlompat - lompat bawak kepala lembu,kerana ini di lihat jelas taktik - taktik demi taktik geng algojo nak huru - harakan di lakukan dalam keadaan terdesak.Namun walau bagaimanapun Pakatan tidak akan melatah dengan taktik geng algojo ini kerana kita tahu algojo sekarang sedang menari mengikut rentak gendang yang di palu oleh Pakatan jadi apa perlu Pakatan Melatah.Mereka sedar atau tidak dengan tindakan ini akan memberi kesan buruk kepada geng algojo United Malays National Organisation dalam PRU ke - 13 kerana sudah pastinya mereka akan kehilangan undi dari kaum india sebabnya 100%




-Selepas Jepun, Malaysia pula bertukar kerajaan memerintah..

Jepun bertukar Kerajaan Memerintah.


Pilihan Raya Umum Jepun dimana parti pembangkang telah mengalahkan parti pemerintah yang telah memerintah selama 54 tahun di Jepun.Parti Pembangkang (Democratic Party of Japan) berjaya memperolehi majoriti dalam parlimen di Jepun dari tangan Parti Pemerintah (Liberal Democratic Party).

Rakyat Jepun menolak Parti Pemerintah (Liberal Democratic Party) kerana parti pemeintah tersebut telah memerintah selama 52 tahun dan menguasai mejoriti dalam parlimen mereka lalu menyebabkan pelbagai masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, polisi yang gagal memberangsangkan ekonomi dan sebagainya kerana gagal membentuk sistem pemerintahan 2 parti dimana mereka boleh saling mengimbangi.

Kes ini seperti yang berlaku di Malaysia, sistem 1 parti yang menguasai majoriti 2/3 dalam parlimen Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah berlaku seperti penyalahgunaan kuasa sama ada di pemerintahan ataupun penguatkuasaan undang-undang.Jadi, Rakyat Jepun telah menunjukkan kuasa Rakyat mereka, bagaimana dengan Malaysia?

Saya menyeru supaya semua Rakyat Malaysia sedar keperluan menukar kerajaan pada PRU-13.. Ayuh kita buktikan bahawa Rakyat Malaysia tidak mudah terus ditipu.. Pakatan Rakyat mampu mentadbir Negara ini lebih baik daripada Barisan Nasional dengan sokongan padu Rakyat.. Insyaallah.
Jangan Khuatir dan Takut untuk berubah.

"Reformasi" Hidup Ketuanan Rakyat..

Undilah 3 parti diatas.






Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: