Saturday, October 16, 2010

Jom Pakat - pakat sokong Chegu Bard





Chegu Bard, satu nama dimana personalitinya menggerunkan ramai. Sebut nama Chegu Bard, semua orang tahu, ini orang tak takut pada siapa-siapa pun dalam 'circle' politik di-Malaysia. Kalau kita lawat blog "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" nya disini: http://chegubard.blogspot.com/ , blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar dia turun berdemonstrasi mewakili rakyat-rakyat marhein bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu benda, gambar-gambar dia bakar seseorang (gambar bakar patung yang menyerupai seseorang), bantah sana-sini. Gambar kena 'katok', gambar kena gari, gambar kena usung dengan polis, macam-macam lagi lah gambar-gambar yang menunjukan dia seorang 'fighter'. Gurkah-gurkah politik di'port' kata, kalau tanya dia siapa hero atau idola dia, gerenti dia jawab Che Guevara.

Chegu Bard adalah anak-anak muda 'GENERASI REFORMASI'

Gurkah-gurkah politik di'port' tak kan lupa peranan Chegu Bard pada satu tunjuk perasaan beberapa tahun lepas, dimana dia telah mengusung tilam untuk dihadiahkan kepada Dollah Badawi kerana sikap Perdana Menteri Dollah Badawi yang didakwa suka tidor. Begitu juga dengan perhimpunan untuk dia hadiahkan 'kek harijadi Altantunya' kepada Najib.

"Tak ada hal kalau saya tidak mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Banyak calon-calon yang dok jual nama Anwar pun, tapi bila bertanding, keputusan dalam pemilihan tak bagus juga," Chegu Bard memulangkan paku buah keras kepada gurkah-gurkah yang bekerja untuk sesiapa juga pada mana-mana pemilihan parti PKR 2010.


CHEGU BARD akhirnya menetapkan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Ketua AMK di dalam pemilihan PKR kali ini. Tahniah diucapkan kepada Chegu Bard kerana akur akhirnya dengan kehendak akar umbi, khususnya dari golongan yang tidak mahu semangat atau roh reformasi disemadikan.

Satu aspek yang saya cukup hormati dengan Chegu Bard adalah sepanjang tempoh kempen kali ini, beliau berjaya menjarakkan dirinya dari kontroversi. Tidak seperti YB Azmin dan Dato Zaid, Chegu Bard berjaya menempuhi kempen beliau dengan suasana yang sihat. Namun demikian, dalam politik ini jika kita tidak `mengusik', orang lain pula `mengusik'. Itulah adat berpolitik terutamanya di dalam sebuah parti yang boleh dikatakan masih ramai pemimpin dan ahlinya yang belum suci dirinya dari `berbau UMNO'.

Lihatlah, YB Azmin mulanya sepi tetapi apabila Dato Zaid `mengusik', maka YB Azmin pun membalasnya. Bahkan, usikan Dato Zaid merata-rata sehingga ke Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden habis diusiknya. Arahan parti agar memboikot akhbar Utusan pun dipersendakan oleh Dato Zaid. Inilah hebatnya Dato Zaid yang Chegu Bard tidak boleh nak ikut.

Ada pendapat yang menyebut Chegu Bard mendapat `sokongan' kuat dari DS Anwar kerana beliau adalah di antara `ahli keluarga' terdekat dengan Ketua Umum PKR itu. Ada juga yang menyebut Sdr Rafizi pun mendapat sokongan dari DS Anwar kerana beliau berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu. Setakat ini calon Ketua AMK yang popular adalah Chegu Bard dan Sdr Rafizi. Mustahil DS Anwar mahu kedua-duanya serentak menjadi Ketua AMK. Jelas pada kita, banyak yang tidak betul persepsi orang ramai terhadap sokongan DS Anwar kepada calon-calon Ketua AMK ini.

Setahu kita, Chegu Bard tidak pernah menggunakan pengaruh DS Anwar sepanjang kerjaya beliau di dalam politik. Lihatlah Chegu Bard sekarang, apa yang ada pada beliau selain dari Ketua Cabang PKR Rembau yang dipilih oleh orang Rembau sendiri. Jika beliau mahu gunakan pengaruh DS Anwar, sudah tentu sekarang Chegu Bard menjadi YB kerana DS Anwar akan letakkan beliau di kawasan yang selamat semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Chegu Bard tidak kisah apabila beliau tewas di Parlimen Rembau. Beliau juga tidak mengkhianati parti untuk mengikut bekas bosnya di dalam Gerak iaitu Ezam Sesumpah. Mungkin jika beliau ikut Ezam sesumpah, sekarang ini kita panggil Chegu Bard Senator Badrul Hisham. Tidak mustahil kan?

Kita tahu Chegu Bard tidak pernah `usik' sesiapa sepanjang kempen beliau untuk menjadi Ketua AMK. Bahkan, secara terbuka Chegu Bard menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli di dalam pemilihan kali ini. Baca di sini. Namun, ada yang tergamak buat fitnah kepada beliau. Baru-baru ini ada cerita tentang Chegu Bard `dapat jutaan' duit dari satu pihak untuk menyokongnya. Kalau begitu kayalah Chegu Bard, tetapi mengapa handphone Chegu Bard pun jenis `cokia' bukan Nokia canggih ? Dengar ceritanya handphone pun ada yang tolong belikan kerana katanya beliau pernah kehilangan handphone `Blackberry' buatan China. Kalau berjuta Chegu Bard dapat, jomlah kita tengok rumah banglo atau kereta mewah Chegu Bard.

Kesimpulannya, keputusan Chegu Bard untuk bertanding kerusi Ketua AMK amat dialu-alukan dan mesti kita beri sokongan. Roh atau semangat reformasi tidak akan mati sekiranya Chegu Bard menjadi ketua kepada golongan muda di dalam PKR. Ketokohan dan keberanian beliau tidak perlu diulas lagi, Umno pun tahu siapa Chegu Bard malahan mana pegawai-pegawai Polis yang tidak kenal anak muda Rembau ini? Aktiviti anak-anak muda di dalam berdemontrasi tidak lengkap tanpa kehadiran Chegu Bard. Chegu Bard tidak muncul sewaktu pemilihan ini saja, beliau sentiasa muncul selagi ke tidakadilan masih berlaku di negara ini.

Steadylah Chegu Bard!
Jom kita pakat-pakat undi Chegu Bard untuk Ketua AMK.

Monday, October 11, 2010

Chegubard Mendahului Pencalonan Ketua AMK




Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin mendahului pencalonan untuk pertandingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Sehingga ini, beliau mendapat 35 pencalonan, manakala penyandang jawatan tersebut, Shamsul Iskandar Md Akin memperolehi 29 pencalonan.

Shamsul telahpun mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR. Sehingga ini, beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi (43) bagi jawatan naib presiden, di belakang ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (108).

Seorang lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut - Rafizi Ramli yang juga bekas exco AMK - mendapat lapan undi.

Sumber-sumber parti memberitahu Malaysiakini, kedudukan tersebut berdasarkan keputusan mesyuarat agung 72 cabang AMK yang diserahkan secara kepada parti.

Sementara itu, empat orang calon menawarkan bertanding bagi jawatan timbalan ketua AMK pusat.

Setakat ini, ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan.

Ini diikuti oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan; naib ketua AMK pusat, Amiruddin Shari (8); dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (1). -Laporan Malaysiakin




Daripada MATC 72 cabang, Chegubard mendahului dengan 35 pencalonan manakala penyandang ketua AMK, Sam pula memperolehi 29 pencalonan.

Sam telah membuat pengumuman untuk bertanding jawatan naib presiden dan dengan langkah beliau ini, Sam mendapat jumlah kedua tertinggi bagi kedudukan pencalonan naib presiden dengan 43 undi - jauh lebih tinggi daripada pencalonan untuk ketua AMK. Ini bermakna hasrat akar umbi KEADILAN yang jelas mahukan Sam sebagai salah seorang naib presiden yang terpilih.



Telah diberitakan oleh Mat Saman Kati yang berkadar khabar angin bahawa Sam akan membuat pusingan u-turn bagi mempertahankan jawatan ketua AMK. Andainya keputusan Sam berpatah balik ini menjadi kenyataan, ia sama sekali akan mencalarkan imej seorang ketua pemuda yang seharusnya punya sifat berani berjuang dalam apa jua perlawanan, malah sikap gohead gostan tidak mungkin membawa Sam ke hadapan pada pemilihan akan datang.


Kalah di medan pertembungan naib presiden adalah lebih disanjung daripada tewas di gelanggang ketua AMK. Sam harus tekad dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden kerana ia adalah langkahan terbaik apabila jumlah pencalonannya setakat ini adalah kedua terbaik dibelakang YB Kuantan. Sam harus yakin untuk meneruskan perjalanan untuk memenuhi kuota naib presiden sepertimana kita yakin Sam akan menang dengan bantuan anak-anak muda yang dipeloporinya sebagai ketua AMK, dan paling utama apabila Sam mendapat support yang solid dari komrad Chegubard.

Gandingan Chegubard dan Shamsul Iskandar adalah satu gandingan yang mantap, yang mampu menyaingi pasukan dream team yang gah pada nama-nama besar. Siapapun tidak boleh menafikan betapa gandingan Chegubard dan Shamsul Iskandar mampu membawa PKR menjadi kuasa baru parti politik tanah air menggantikan parti berteras assobiyah melayu UMNO. Chegubard menggalas cabaran hebat dalam menjadikan Angkatan Muda Keadilan sebagai satu gerakkan yang paling digeruni lawan, manakala Sam dengan kapasiti naib presedin akan memberi tekanan kepada kepimpinan utama supaya sentiasa hebat dalam landasan perjuangan yang tepat.

Walaubagaimanapun, calon underdog jangan sekali-kali dipandang enteng. Walaupun baru diperkenalkan dan menawarkan diri dalam jawatan ketua AMK di atas arahan Anwar Ibrahim, Calon elit juga mampu menjadi pesaing. Dalam pada itu, kita sentiasa mengharapkan perlawanan itu dilangsungkan di atas padang yang sama rata, tidaklah membukit di sebelah sana.


Seorang lagi calon ketua AMK yang menjadi salah seorang dari 'dream team' Anwar-Azmin iaitu Rafizi Ramli, hanya menjadi pilihan daripada 8 cabang sahaja. Ternyata anak-anak muda PKR lebih menghormati Anwar Ibrahim sebagai 'bapak' yang menerajui PKR dan juga Pakatan Rakyat, tetapi memilih untuk lebih berdemokrasi dalam menentukan siapakah calon yang paling ideal untuk jawatan ketua AMK.

Rafizi harus mengambil peluang untuk belajar mendekati akar umbi bagi memperolehi lebih sokongan dan menimba lebih pengalaman dalam perjuangan PKR sebelum benar-benar bersedia untuk menawarkan diri sebagai seorang calon yang berdaya saing atas kekuatan sendiri.



Kebergantungan Rafizi terhadap kempen 'dream team' Anwar-Azmin menjadikan Rafizi sebagai calon yang tidak popular di kalangan ahli PKR yang rata-ratanya tidak mudah terpengaruh dengan tekanan seumpama 'yes boss'. Situasi sihat seperti ini menjadikan PKR sebuah parti rentas kaum yang memntapkan erti sebenar demokrasi.




Calon yang masuk gelanggang untuk kali kedua iaitu Hasmi Hashim tidak pula diberitakan sebarang pencalonan. Pencerahan yang cuba dibawa oleh Hasmi ditunjukkan jalan buntu oleh para ahli setiap cabang yang setakat ini 72 telah bersidang. Pencerahan yang dicari agak merundum kerana cuaca selalu mendung dan gelap di kebanyakkan tempat sejak akhir-akhir ini.

Jawatan ketua AMK kali ini adalah yang terpenting lagi kritikal bagi memastikan gerak-kerja pemuda dapat dimobilisasi dengan penuh tersusun dan bergerak sebagai batalion-batalion berani mati bagi menumbangkan sebuah kerajaan legasi penjajah! Justeru, pilihlah yang terbaik dari kalangan terbaik .

Sam Ulang Pendirian Tanding Naib Presiden KEADILAN !!





Detik bermakna ini disaksikan oleh Azmin Ali, YB Zuraidah dan Datuk Chua Jui Meng, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi pendirian untuk meneruskan perjalanan politiknya dengan memasuki gelanggang Naib Presiden KEADILAN sebagai seorang calon heavyweight.


Shamsul Iskandar atau nama mesranya Sam, membuat pengumuman untuk kekal bertanding jawatan naib presiden tepat jam 8.45 malam tadi di dalam satu majlis jamuan hari raya di Kulai, Johor yang juga menyaksikan serbuan pihak polis merosakkan sebuah majlis jamuan raya. Syukurlah kerana tiada di antara pemimpin kita yang ditangkap malam tadi. Belum pun perhitungan Galas bermula, di Kulai ini mereka mengganas - Menggganggu majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kita tinggalkan dulu ceritera polis yang menyibuk ini dan berbalik kepada soal pemilihan parti.


Di depan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan lebih empat ratus pengunjung, Sam melaungkan sebuah pendirian tegas untuk meneruskan karier politiknya setapak melangkah ke hadapan dengan menyertai barisan naib presiden parti, ketika ramai yang membuat spekulasi bahawa Sam akan u-turn ke jawatan Ketua AMK. Ramai yang menjangka Sam akan kembali menyertai perebutan jawatan ketua AMK kerana faktor Mustafa Kamil yang tewas di cabang dan Mus dilihat goyah untuk berhadapan dengan Azmin. Apabila Mus menarik diri dari jawatan timbalan, pastinya beliau berhasrat mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya. Perkembangan ini membuatkan penyokong kuat Sam resah lalu mendesak Sam kembali ke kancah AMK untuk mengambil kesempatan round terakhir AMK sebelum dikuatkuasakan umur 35 tahun kelak.

Dengan pencalonan kedua terbanyak untuk jawatan setinggi Naib Presiden KEADILAN, Sam seharusnya tidak lagi menoleh ke belakang untuk meneruskan perjuangannya dalam kancah politik dalaman kerana jawatan naib presiden akan memberi ruang yang lebih besar untuk seorang anak muda meneruskan agendanya dalam parti. Malam ini juga menyaksikan Azmin Ali dan seluruh kekuatan KEADILAN Johor akan memberi sokongan kepada susuk Shamsul Iskandar. Azmin juga galak menyokong pendirian tegas Sam.


Melepaskan jawatan AMK untuk direbut oleh anak muda lebih berkaliber seperti Chegubard, Hasmi dan Rafizi adalah satu langkah yang dipandang mulia dan pasti Sam akan diangkat oleh anak muda di atas sedikit keberanian dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sam. Saya percaya Sam berkaliber untuk jawatan naib presiden dan untuk ketua AMK pula memerlukan seorang pencetus revolusi. Sudah tiba masanya AMK diangkat menjadi sebuah organisasi serba tersusun dan bersedia menghadapi kancah perlawanan yang lebih hebat. Sudah sampai masanya, Angkatan Muda Keadilan bergerak sebagai satu organisasi yang lincah berstrategi dan fully utilize serta fokus kepada betapa kemungkinan Anwar Ibrahim disumbatkan ke hotel besi adalah tidak dapat dielakkan!

Kepada penyokong Sam yang bermati-matian ingin Sam kekal di AMK, hormatilah pendirian Sam sebagai seorang ketua yang akan juga akan bermati-matian membuktikan segala apa yang diungkap, akan dikotakan dengan perlaksanaan - Sam akan tetap lawan di VP. Sam akan mendapat sokongan padu seluruh warga AMK untuk dinobatkan sebagai naib presiden wakil anak muda, membawa suara anak muda ke persada parti. Seterusnya kita fokus kepada memperkuatkan parti, memantapkan parti dan mengukuhkan perpaduan antara parti.

Saya percaya penyokong Chegubard tidak punya masalah untuk menyokong habis-habisan perjuangan Sam di medan naib presiden, dan dalam masa yang sama saya berharap agar penyokong Sam juga akan melakukan perkara yang sama iaitu memberi sokongan kepada Che'gubard. Shamsul Iskandar dan Chegubard adalah satu gandingan tidak rasmi yang mantap dan saling memerlukan. Semoga kedua-dua pemimpin ini mencapai kejayaan dan akhirnya bersama membawa KEADILAN tepat dengan definisinya serta tepat di tempatnya.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin berkaliber Shamsul Iskandar kerana mengotakan janji bersama keberanian yang tidak akan dipandang enteng. Selesaikan pemilihan ini dan seterusnya visi dan misi akan dilaksanakan penuh dedikasi.


SATU UNDI SATU AHLI, RAIKAN DEMOKRASI SEBENAR !!

Saturday, October 9, 2010

PADAN MUKA: Hari ni baru lah mangkuk ni nampak langit tu Tinggi



MUSA DAN BAKRI DIPERINTAH KE MAHMAKAH – berita hairan

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Bakri Mohd Zinin hadir di mahkamah pada 28 Oktober ini, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguam bela N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir seperti responden lain.

Saya tidak mahu memberikan mesej salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini jam 8.30 pagi 28 Oktober ini,” katanya.

Sekarang baru lah nampak bila kena batang hidung sendiri,dan sekarang baru lah nampak dengan jelas lagi nyata yang langit tu tinggi.Jangan la fikir diri tu boleh selama - lamanya jadi Barua.Sekarang jangan la fikir diri tu boleh Jadi "Anjing" buat selama - lamanya.

Lepas tu baru sekarang nak nasihat orang lain supaya jangan jadi anjing macam dia.Selama diri di Per"Hanjing" kan sendiri tak sedar macam mana mereka perlaku kan tak ubah macam Anjing Kurap.Masa sihat di suruh gigit orang tapi bila dah sakit dan tak di perlukan di sepak - terajang begitu sahaja.

Kasihan bagi mereka yang telah di"Perhanjing" kan, bila dah tak berguna bukan sahaja akan di sepak dan di usir begitu sahaja malah kita pun masih ingat dengan Kenyataan akuan bersumpah dari tiga orang pegawai polis.

Masih ingat lagi???????

Kewujudan kenyataan Akuan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long.Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.

Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.Alasan Musa padaketika itu yang masih menjawat jawatan sebagai IGP ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.

Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya.

Lepas ni kita akan saksikan Baru - barua yang telah di Per"Hanjing" kan ini di perlakukan tak ubah macam selipar jamban.Bila Dah nipis di buang begitu sahaja.Yang paling sedih sekali tu dengan segala bukti dan akuan bersumpah yang ada maka mudah lah Barua - barua yang telah Diperhanjing"kan ini di campak masuk ke dalam lubang taik jamban tu.

Sunggu sedih.......

Kepada yang belum jadi anjing, terus berusaha agar diri tak di Per"hanjing kan

MANA KEBEBASAN?

Perancis haramkan pemakaian Burqa dan Niqab..

Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan undang-undang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam di negara ini, selepas Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan Kebangsaan sebelum ini meluluskan undang-undang tersebut, yang dikatakan bertujuan melindungi hak wanita.Ia merupakan peringkat akhir pelaksanaan undang-undang kontroversi itu yang dijangka dikuatkuasakan pada awal tahun depan.

Kajian Kementerian Dalam Negeri Perancis menyatakan, seramai 1900 orang wanita yang mengenakan burqa di negara yang mempunyai penganut agama Islam seramai 5 juta ini dan merupakan yang tertinggi dalam Kesatuan Eropah. Alasan utama ialah untuk memberikan keselamatan kepada warga Perancis dan juga menjamin hak-hak wanita.Rasanya negara eropah yang sering mempunyai masalah dengan masyarakat Islam ialah Perancis. Beberapa tahun sebelum ni kecoh dengan arahan kerajaan supaya pelajar sekolah diharamkan daripada memakai tudung. Kali ini wanita pulak diharamkan memakai burqa di tempat-tempat awam. Tapi secara mudahnya, undang-undang baru ini disasarkan kepada wanita muslim yang memakai burqa walaupun tak dinyatakan secara jelas Siapa lagi yang pakai burqa kalau bukan wanita muslim ye tak? Tak faham dengan dunia barat ni?

Mereka yang melaungkan slogan kebebasan beragama serta hak wanita sebelum ini. Namun kini mereka juga yang mencemarkannya. Satu persatu undang-undang cuba diwujudkan. Tak tahu apa motif sebenar. Atau pun semata-mata untuk menyekat perkembangan pesat agama Islam di sana. Sebab makin ramai tau yang peluk Islam sekarang.Jika itu kehendak mereka, biarkan sahaja. Mungkin ia dah menjadi satu budaya kepada mereka untuk mengenakan burqa. Lagipun kebanyakan orang Islam Perancis mungkin berasal daripada timur tengah dan pemakaian burqa memang sinonim dengan orang sana. Dengan terlaksananya undang-undang ini, ia pasti akan menaikkan kemarahan umat Islam seluruh dunia..

BANTAH TETAP BANTAH.. LAWAN TETAP AWAN..


ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR..

ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR..

Thursday, October 7, 2010

Akhirnya Rahimi Berjaya Di Tangkap oleh Agen BN!



Baru sahaja Semalam Rahimi telah pun membuat satu laporan polis yang kononnya mendakwa akuan bersumpah yang di tulis telah di paksa Anwar Ibrahim.LSS juga mengenali Sosok tubuh si Rahimi tak kira Dalam AIC ataupun di luar pejabat Anwar.Empat tahun dulu Rahimi antara orang yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari Masuk ke dalam AIC.

Dan selepas itu Rahimi juga menjadikan Saiful sebagai pembantunya di pejabat Anwar untuk membantu kerja - kerjanya.Sebenarnya Rahimi bukan Setiausaha Sulit kepada Anwar tetapi Rahimi hanya lah sekadar pembantu kepada Nurul Izzah.Kerana tugas yang terlalu banyak Rahimi mengambil saiful sebagai pembantu hanya kerana " Kawan" dan simpati.

Kita tidak tahu siapa yang membawa Saiful pergi bertemu dengan TPM Najib pada tahun 2008 tapi apa yang jelas setelah Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa di liwat oleh Anwar Rahimi terus membuat satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Saiful bukan Pembantu Anwar Ibrahim.

Rahimi juga membuat pengakuan bahawa Saiful adalah pembantu kepadanya dan Dia(Rahimi) adalah pembantu Kepada Nuru Izzah.Tak lama selepas itu Anwar di tangkap oleh polis - polis Gestapo.Dalam keadaan yang tegang Rahimi meminggirkan diri dari kes Anwar.

Selama 2 tahun Rahimi menghilangkan diri dengan harapan agar tak di babitkan dengan Kes Anwar tapi sikap rakus puak - puak UMNO dan Barisan Nasional yang mengatur strategi untuk "memulang" Kan Anwar ke Penjara sungai berusaha untuk memburu Rahimi.

Selama 2 tahun juga Si"jahanam" - "jahanam" ini memburu Rahimi dan akhirnya semalam Rahimi berjaya di tangkap oleh agen - agen Najib dan Rosmah.Seperti yang berlaku pada Balasubramaniam dan Raja Petra yang di ugut dan di ancam dengan pelbagai ancaman seperti itu juga lah yang berlaku pada Rahimi.

Rahimi di paksa membuat laporan polis yang kononnya dia di ugut untuk menulis akuan bersumpah pada 2 tahun lalu.Tetapi kenapa baru hari ini Rahimi buat laporan polis sedangkan tidak pada 2 tahun dulu.Selepas Saiful mengaku di liwat Nama Rahimi tak di "highlight" kan sangat.

Nama yang selalu menjadi "publisiti" pada ketika itu adalah uncle pet dan bukanya Rahimi.Kerana difikirkan Rahimi adalah "alat" untuk membunuh Anwar maka Rahimi di buru sehingga ke lubang cacing.Seperti juga Rahimi yang LSS Kenali adalah sahabat lama bagi saiful.

Segala - galanya bermula seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (LSS tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (Siapa tu?? Braderr "R" kot??) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah agak sensitif, LSS tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk LSS, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, LSS faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

LSS berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

LSS juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Sebagai sahabat baik kepada saiful, Rahimi mestilah memberi sokongan se adanya kepada sahabatnya tapi apabila berlaku keadaan begini Rahimi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri.Tapi apa boleh buat,bak kata rakan saya Nik Bin Jidan apa - apa hal pus pas ti kena LLPK(Lari - Lari Pun Kena) Tangkap juga akhirnya.

Akhir kata buat Rahimi,

"berpegang lah pada kebenaran, LSS tahu kamu(Rahimi) tahu segala - galanya dari A sampai Z, di dunia kita terlepas. tapi di-SANA siapa tahu?, di sini cuma Kemewahan sementara tapi Di-SANA adalah Siksaan yang Abadi, Ingat lah wahai Rahimi"

Wednesday, October 6, 2010

Bangang ! Lagi Biol !




MUSTAFFA KAMIL PERSOAL POLITIK BUSUK PERKASA - malaysiakini


Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politikbusuk PERKASA-Umno ini," katanya.Menurut Mustafa , PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.



























Monday, October 4, 2010

Sebangang - bangang Mahkluk yang lebih Bangang daripada Baboon



LAWAN PERKASA BERMAKNA AZMIN ALI BERPERANG DENGAN PERLEMBAGAAN - mininsider

Perkasa menyamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali seolah-olah ‘berperang’ dengan Perlembagaan Persekutuan jika calon timbalan presiden parti itu mengisytiharkan “berperang dengan Perkasa.”

Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun berkata, “kita tidak berminat untuk berperang dengan PKR, sebaliknya kami hanya mahu mempertahankan Perlembagaan negara.”

Sehubungan itu, Zubir yang juga Yang Dipertua Perkasa Pahang berkata, pihaknya akan menggesa agar orang Melayu dan Bumiputera tidak menyokong calon-calon PKR dalam pilihan raya umum ke-13 jika Azmin terus melahirkan sikap menentang Perkasa.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

Ada Berapa yang dah jadi bangang,melayu dah selalu jadi bodoh ada lagi nak tengok melayu bikin kepala bangang dan yang terbangang lagi? Bila ada yang bangang tapi berlagak pandai dan "try" nak bodoh kan yang pandai alamat silap hari bulan maka akan di hadiahkan 3 keping penerajang maut lah jawabnya.

Kalau ada yang bangang nak berlagak pandai tu biasa kita nampak dan dengar tapi yang bangang lagi nak tunjuk kepala lagi bangang! ini satu fenomena baru landskap politik negara.Bila yang bangang pasal perlembagaan nak cakap pasal perlembagaan.

Mangkuk ayun ni tak nampak langsung atau bijik mata tu sengaja di campak ke dalam longkang yang mana perlembagaan negara ni boleh di tukar dan di pinda.Macam mana Mangkuk ayun ni boleh dapat "Dr",Kat mana Mangkuk ayun ni beli Phd? Kat jalan Klang lama atau Kat Universiti Sintok? Ini adalah fakta yang sahih lagi betul sebab benda bukan LSS yang cakap.

Nak tau siapa yang cakap cuba "try" tanya Mahafiraun,berapa ratus kali kah perlembagaan negara dah di ubah dan di pinda? kenapa dalam buku Perlembagaan Persekutuan ada banyak artikel sub seksyen ada tulis di pinda....di pinda.....di Pinda?

Kalau tak caya ambil Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 1957 dan banding kan dengan Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 2010.Cuba perhatikan,gerenti ada 600 pindaan dan perubahan artikel di situ.Bayangkan lah! selama 50 tahun merdeka Perlembagaan telah di pinda sebanyak 600 kali.

Woitt!!!

Tak malu ke dengan Negara Kapir laknat macam Amerika pun hanya buat 27 pindaan perlembagaan dalam masa 200 tahun.Mangkuk ayun ni tak perasan yang mana ke semua pengubah - suai perlembagaan ini telah di lakukan oleh Mahafiraun sehingga raja - raja melayu sendiri hilang kuasa di atas tangan Mahafiraun melalui pengubah - suaian Perlembagaan yang di lakukan dek Mahafiraun.

Mangkuk Ayun ni tak pernah baca buku ke? Mangkuk Ayun ni tak pernah buat "research" ke? Dia punya bangang tahap Baboon, tapi mengaku ada "Dr." Tapi mengaku dirinya adalah Doktor.

Woiitt!!! Tah...kat Mana la Mangkuk ni beli Phd.????????????????

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: