Tuesday, October 16, 2012
Monday, August 20, 2012
Thursday, June 7, 2012
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
6 Jun 2012
PTPTN Di Desak Jangan 'Amalkan Diskriminasi Terhadap Mahasiswa UNISEL !
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertindak menggantung sebarang permohonan pelajar Universiti Selangor (Unisel) untuk mendapatkan pembiayaan pengajian mereka.
Ini dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi IPT berkenaan sewaktu taklimat oleh Pengurusan IPT yang diadakan minggu ini sempena pembukaan semester baharu dan pengambilan baharu mahasiswa ke IPT berkenaan.
Tindakan ini, menunjukkan bagaimana PTPTN telah menjadi ejen politik Umno-BN melalui cengkaman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menekan IPTS khususnya yang beroperasi di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, dalam konteks ini di Selangor.
Ini tidak mengejutkan sementelahan sebelum ini juga, Umno-lah yang galak mengasak Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk membiayai pengajian mahasiswa/i khususnya di Unisel dan KUIS. Berikutan ketegasan PR menolak diskriminasi dan cengkaman hutang PTPTN ke atas mahasiswa/i, kini mereka dijadikan mangsa dengan penafian permohonan ini.
Harus ditegaskan bahawa penjelasan telah diberikan malah diperincikan oleh Pengarah Strategi KEADILAN sewaktu berdebat dengan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini berhubung isu konsesi melampau melibatkan pembinaan dan pengurusan Unisel dan KUIS yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos melebihi yang sewajarnya.
Sungguhpun begitu, dalam Dialog AMK bersama Menteri Besar Selangor baru-baru ini, YAB Dato' Menteri Besar telah membayangkan kebarangkalian PTPTN menghentikan pembiayaan kepada mahasiswa/i Unisel dan KUIS akan berlaku. Dan AMK telah mencadangkan agar bagi kes sebegini, Kerajaan Negeri Selangor boleh menyusun pelan tindakan untuk menanggung kos pengajian mahasiswa/i yang baharu mendaftar di Unisel dan KUIS.
Justeru, AMK melihat wujud kewajaran mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan opsyen menanggung kos pengajian tersebut.
Buat PTPTN, 'sekalung tahniah' kerana berjaya mengesahkan bahawa mereka 'secara rasmi' telah menjadi ejen Umno untuk melaksanakan politik dendam Umno kepada PR. Tentunya tindakan ini menzahirkan satu lagi 'amalan diskriminasi kepada negeri Selangor.

Tuesday, May 22, 2012
Skandal Scorpene
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
11 April 2012
Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.
Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.
Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.
Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.
Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.
Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.
Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.
Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.
Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.
Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 29, 2010
Pakatan Rakyat Bakal Tumbang di Selangor???
JANGAN LEKA!!!

Telah seperti yang LSS nyatakan dalam posting tidak beberapa hari dulu,andai Pakatan khususnya PKR terus bermain "mimpi tidur" untuk ke Putrajaya ianya akhir akan di ketawakan dek geng - geng gerombolan.Masyarakat kita selalu mengutarakan kata - kata pepatah "yang di kejar tak dapat,yang di kendong pula yang berciciran" harapan untuk menakluki Putrajaya sepatutnya bukan lah menjadi agenda pakatan rakyat.
Dulu beberapa rakan blogger pernah berpesan sejurus selepas kemenangan 8 march,andai pakatan terlalu angkuh,bangga dan leka dengan segala kemenangan,akhir nya Pakatan akan menjunam jatuh di selangor.Di selangor kini,pemimpin - pemimpin pakatan khususnya Parti Keadilan Rakyat terlalu obses dengan kedudukan yang mereka miliki sekarang ini seolah - olah mereka beranggapan yang Pakatan akan memerintah di selangor hingga hari kiamat.
Ini silap sama sekali,lumrah dan rutin politik di malaysia apabila berlaku perubahan regim maka majoriti kerusi dan negeri yang di menangi oleh parti oposisi akan di rampas kembali tidak kira dengan cara kotor atau cara bersih.Kadangkala kelekaan para pemimpin pakatan yang kini begitu obses dan selesa dengan kedudukan mereka di selangor menjadi penyumbang kepada kekalahan PU-13.
Hal yang sama juga telah di ingatkan pada pemimpin Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh setahun ketika mereka memerintah Kerajaan Negeri Perak.Para blogger dan pemerhati politik telah pun menasihatkan para pemimpin khususnya Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan tentang bahaya kedudukan yang majoriti tidak selesa didalam Dewan Undangan Negeri Perak akan mengundang kepada rampasan kuasa secara kotor oleh UMNO dan BN.
Amaran para blogger dan pemerhati politik tidak di endahkan malah di pandang sepi oleh pemimpin - pemimpin Pakatan maka akibatnya UMNO dan BN merampas semula negeri itu melaluipintu belakang istana.Bukan sahaja itu malah Dewan Undangan Negeri Perak jugadi rampas dengan mengheret keluar speaker DUN yang sah dan menggantikannya dengan speaker yang haram.
Nampaknya saranan agar tidak mempercayai UMNO dan BN tidak di endahkan,maka hari ini kita lihat seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan ini tentang kelekaan dan sikap pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat selangor yang terlalu mendabik dada dan menyangka akan mentadbir Selangor sampai Bila - bila.
Pemimpin veteran DAP yang juga Penasihat arlimen DAP,Lim Kit Siang telah memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambil kira dengan sebarang kemungkinan. Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di
sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah.PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.
"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?
"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.
Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.Serangan bertubi-tubi dari pemimpin kecewa UMNO Selangor makin membahang.Satu demi satu 'peluru' dilepaskan.Skrip makin jelas.Semuanya seperti sudah dirancang.UMNO Selangor sudah lama menunggu masa untuk menyerang hendap Selangor.Selangor adalah lubuk rezeki seluruh pemimpin UMNO dalam negara ini.Segala khazanah selain di luar negara,semuanya tersembunyi di Selangor.
Katanya, pandangan mengenai 'third force' telahpun giat disuarakan sejak pilihan raya umum 2008, namun beliau masih belum melihat “potensi” kumpulan tersebut seperti yang diuar-uarkan.
"Selalu orang mengaitkan 'third force' dengan apa macam di England, (ada) yang kata Liberal Party. Liberal Party itu wujud sudah beratus tahun dan ia merupakan satu organisasi.... Dan bila meraka bekerjasama, mereka mempunyai 'force' yang tertentu.
"(Jadi) kita belum nampak lagi, 'third force' ini sebagai 'force' dan sebagai 'third' kerana di kalangan mereka banyak pandangan," katanya dalam satu temuramah pada Jumaat lalu.
Syed Husin berpandangan, sekiranya 'third force' itu benar-benar wujud, kumpulan mungkin mengambil peranan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang "memastikan orang yang tidak suka Umno, tidak akan pergi kepada Pakatan".
Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti. Demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.
Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.
“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.
Sunday, November 7, 2010
Akhirnya Cucu Mat Kilau Meninggalkan PKR
Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucumatkilau merupakan salah seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco AMK Pusat, malang buat beliau kerana kealpaan sesetengah pihak beliau telah gagal untuk mendaftar sebagai calon.Nama beliau telah dicalonkan oleh Cabang Paya Besar dan Kuantan, Pahang. Namun Setiausaha Cabang Paya Besar dipercayai telah terlupa untuk menghantar senarai nama tersebut ke Ibu Pejabat dan Mohd Shukri tidak dimaklumkan mengenainya.
Hari ini setelah lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, menerusi blognya beliau menyatakan hasratnya untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat…
Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya
Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri.
Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini.
Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya.
Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini.
Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.
Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini.
Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.
Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.
Proses Pemilihan Parti Kini Nampak Mula Diragui
Bagi CMK ini adalah tidak baik untuk parti. Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan.
Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya.
Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini.
Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu.
Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan "Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan".
Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata.
Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.
Keputusan Keluar Parti Bukan Satu Tindakan Bijak
Keputusan untuk tinggalkan PKR bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya. Sebab itu CMK mengambil tempoh yang lama untuk membuka ruang perbincangan tentang hal ini.
Namun, tiada jalan penyelesaian konkrit yang sepatutnya menjadi alternatif kepada semua ini. Ramai yang menuduh kononnya CMK kecewa dan tidak punyai semangat perjuangan yang kental jika keputusan ini dibuat.
Mereka bebas mengatakan apa saja, termasuk menghemburkan kata-kata hina kepada CMK. Namun, bagi CMK jika berlaku pun tindakan yang dimaksudkan bukan bermakna CMK tewas dalam perjuangan. Perjuangan membela rakyat masih diteruskan seperti biasa cuma mungkin dalam medium yang berbeza.
Jika selama ini CMK terikat dengan imej kepartian, mungkin selepas ini CMK lebih bebas dan neutral. Ruang kebebasan itu memberi peluang kepada CMK untuk menegur dan mengkritik secara lebih telus lagi pada masa-masa yang akan datang.
CMK bukanlah pemimpin politik seperti lain-lain sahabat biarpun pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dulu. Maka itu CMK punyai hak untuk memilih jalan sendiri sebenarnya.
Krisis 2004 Bukanlah Asas Kepada Keputusan Ini
Ramai yang mempertikaikan kononnya CMK memang pengkhianat kerana pernah keluar parti dan bubarkan Parti Keadilan bahagian Paya Besar pada tahun 2004 dulu. Tapi mereka lupa, krisis yang melanda itu akibat tindakan CMK mempertahankan pemecatan Lokman Nor Adam dan mempertikaikan beberapa tindakan Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Noor ketika itu.
Memang benar CMK dipanggil mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri (TPM ketika itu). Namun, CMK tidak pernah bertindak menyertai UMNO seperti yang dimahukan.
Niat CMK hanyalah kecewa dengan Ezam yang dipercayai menjadi dalang hingga membawa pemecatan Lokman. Orang menuduh CMK dan sahabat Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian Paya Besar) dan Ariffin Ismail (Setiausaha) menerima habuan dari Najib.
Tapi hakikatknya kami tidak masuk UMNO dan sekadar tidak bersetuju dengan Ezam. Kini terbukti apabila Ezam menyertai UMNO dan selesa bergelar Senator pula. Begitu juga dengan Lokman yang CMK perjuangkan, juga serta UMNO dan kini menjadi Exco Pemuda parti itu.
Tapi CMK? dimana. Terus kembali bersama rakyat dan kembali bersama parti selepas itu. CMK daftar semula sertai parti melalui Fuziah Salleh di Bahagian Kuantan. Biar pun mendapat tetangan, namun akhirnya CMK diterima.
Jika CMK mendapat habuan jutaan ringgit seperti yang diheboh-hebohkan mengapa harus kembali bersama keadilan. Jiwa dan semangat CMK bersama rakyat sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan, apatah lagi bersetuju menjadi calon PKR dalam PRU12 dulu jika benar CMK seorang pengkhianat.
Malah, CMK teruskan perjuangan "lawan tetap lawan" dan tidak khianat kepada parti biarpun mendapat tekanan dan tawaran untuk tarik diri ketika menjadi calon ketika itu. Ini harus difahami oleh ahli-ahli PKR yang masih sangsi dengan kesetiaan CMK bersama parti itu san menuduh kononya CMK pengkhianat.
Keadilan yang hilang dari KEADILAN
Tujuan Pemilihan PKR adalah untuk memberikan setiap ahli memilih sesiapa saja individu yang dirasakan layak sebagai Pemimpin untuk memimpin atau dalam erti kata lain satu ahli satu undid an PKR juga telah melakarkan sejarah sebagai sebuah perti politik yang pertama memperkenalkan system ini di Malaysia.Ahli-ahli PKR sepatutnya berbangga tetapi kita boleh berbangga sebagai ahli sebuah Parti yang pertama memperkenalkan system ini.. mahukah kita berbangga jika system pengundian ini dirosakkan oleh sekerat dua pemimpin yang gila untuk berkuasa?
Hingga mereka sanggup menjilat kembali apa yang mereka telah muntahkan selama ini, mereka telah berkata kerana jawatan dan kuasa pemimpin UMNO mengamalkan Politik wang, pancas mencantas, fitnah, kutuk, caci mencaci, gaduh hinggalah kepada membeli undi dan mereka dikatakan mengamalkannya kini….
Hakikatnya.. dalam menghadapi Pemilihan PKR 2010 ini boleh dikatakan ramai ahli-ahli PKR yang mula memperlihatkan keraguan yang mungkin berakhir dengan kekecewaan.
Maka terlihat akan kebenaran kata-kata Cucu Mat Kilau ini..
Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.
Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku.
Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.
Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.sepenuhnya sila baca di SINI
Aku juga amat setuju dengan tulisan Kerajaan Rakyat didalam entrynya yang bertajuk “Malaysia akan punah jika PKR ke Putrajaya” antara tulisannya aku letakkan dibawah..
Kalau dalam pemilihan parti seperti ini kepimpinan parti PKR gagal berlaku jujur dan ikhlas, bagaimana mungkin mereka akan ikhlas dalam pentadbiran jika mereka berjaya menawan Putrajaya! sepenuhnya sila baca di SINI
Kenapa aku amat setuju dengan mereka? Ini jawapannya..
Diterjemahkan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal oleh Harris Ibrahim yang bertajuk Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?
Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.
Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.
Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.
Dia kelihatan gugup.
Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.
Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.
Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.
Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.
Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.
Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.
Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah.
Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.
Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.
Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.
Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.
Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.
Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.



