Sunday, January 13, 2019

13.1.2019-Aktiviti AMK Shah Alam-Program OPS anjing liar bersama penduduk taman bukit subang turut bersama MBSA,POLIS dan Aktivis anak muda #AMKpeduli #AMK





Saturday, January 12, 2019

12.1.2019-Aktiviti Amk Shah Alam- Sembang santai makan malam bersama pimpinan AMK Pusat di Restoran Sri Pinang seksyen 15 Shah Alam.. #majubersama #AMKpeduli #AMK










12.1.2019-Aktiviti AMk Shah alam-Menghadiri bersama Rakan AMK Pusat  ke Penamaan Calon P078 Cameron Highland.
#PakatanHarapan #AMK #AMKpeduli



Thursday, January 10, 2019

9/1/2019 jam 4:56pm-Aktiviti AMK shah alam-Membuat kunjungan ke rumah En Osman Bekas Ketua Ranting Pangsapuri Bandar Baru Klang untuk melihat keadaan beliau yg menghadapi strok sejak bulan Jun 2018 yg lalu dan Kami dari AMK Shah Alam telah menghulurkan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban dari kesulitan kesihatan dan kehidupan beliau.

Kami akan memastikan nasib En Osman akan terbela melalui bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso(majikan En Osman) atas perkhidmatan beliau selama ini terhadap syarikat tersebut. Kami berharap agar bantuan yg diterima dapat meringankan beban kos sara hidup dan kos perubatan beliau dimasa akan datang.

Beliau juga akan didaftarkan dibawah skim SIHAT dari kerajaan Negeri Selangor agar kos barang keperluan seperti tepung susu yg terpaksa beliau ambil akibat penyakit strok yang dihadapi oleh beliau. Malangnya bukan sahaja En Osman menghadapi masalah kesihatan malah anak lelaki beliau yg berusia 10 tahun menghadapi masalah saraf sejak dilahirkan dan sehingga kini anak beliau terpaksa memakai pampers akibat dari penyakit yang dihadapi. Anak beliau akan didaftarkan dibawah skim Sihat Selangor untuk mendapatkan pampers percuma.

Kesusahan mereka ni ditambah lagi dengan isteri beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan terpaksa menjaga kedua dua suami dan anak yg sakit. Kami akan mendaftarkan keluarga tersebut dengan skim KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) daripada pejabat Adun Sungai Pinang bagi isteri En Osman.

Kami dari Pejabat Senator Negara YB Senator Dr Hj Yaakob Sapari juga akan menyumbangkan sedikit peruntukan kepada keluarga terbabit dan meringkan beban yang mereka tanggung selama ini.


Sp Sarawanan
Ketua AMK Shah Alam
Exco AMK Malaysia






Wednesday, January 9, 2019

8.1.2019-Aktiviti-AMK shah alam menziarahi mendiang Thiyahul Marimuthoo..

Hadir sama Senator, Dr Yaakob Sapari bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Mendiang disifatkan sebagai seorang yang berjiwa rakyat (Hero Rakyat) di Pangsapuri PKNS seksyen7.. #AMKpeduli #AMK



Monday, January 7, 2019

7.1.2019-Aktiviti AMK shah alam-Lawatan bersama Menteri tanah dan air & sumber Asli Yb. Dr. Xavier Jayakuma pada 04 Januari 2019 di berapa kawasan di Parlimen Cameron highland.

Pada pagi itu melawat tapak projek naik taraf infrastruktur asas bagi komuniti orang asli di Kampung Sungai Tiang, Cameron Highlands yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS). Pada masa yang sama YB Dr. Xavier Jayakumar turut beramah mesra bersama komuniti orang asli di sana untuk mendengar secara terus langsungan kehidupan mereka di Kampung Sungai Tiang, Cameron Highlands.

Petang itu kami dari Pemimpin Parti Keadilan Rakyat bersama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia Yb Dr. Xavier Jayakumar dan Sdr Manoharan Calon Pakatan Harapan bagi  Parlimen Cameron Highland telah menyelesai masalah pengairan bersama Penduduk Kampung Petau dalam Sesi Dialog di kawasan Parlimen Cameron Highland.

Pada Malam itu, jam 6.00 petang, Melancarkan Bilik Gerakan PRK Cameron highland di bawah DUN Jelai, turut dihadiri oleh En.Muraly Tanggaya ( Naib Ketua Cabang Jempol Negeri Sembilan ) dan P.Saravanan ( Naib Ketua Cabang Pera Negeri Pahang ).

SP Sarawanan
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shah Alam


நேற்று காலை மாண்புமிகு அமைச்சர் டாக்டர் சேவியர் ஜெயக்குமார் அவர்கள் கேமரன் மலையில் அமைந்துள்ள பூர்வகுடி குடியிருப்பான சுங்கை தியாங் பகுதிக்கு வருகை புரிந்து அங்கு மண்சரிவு பகுதிகளை பார்வையிட்டார். பிறகு இந்த மண்சரிவு பிரச்சினை கூடிய விரைவில் தீர்க்கபடும் என்று நீர்,நிலம் மற்றும் இயற்கை வள அமைச்சருமான அவர் தெரிவித்தார்

அதன் பின் மக்கள் நீதி கட்சியை உறுப்பினர்களான நாங்கள் மாண்புமிகு டாக்டர் சேவியர் ஜெயக்குமார் அவர்களுடனும் மற்றும் கேமரன் மலை நாடாளுமன்ற நம்பிக்கை கூட்டணி வேட்பாளருமான தோழர் மனோகரன் அவர்களுடனும் பெதாயு கிராமத்தில் நடந்த கலந்துரையாடலில் கலந்து கொண்டு மாண்புமிகு அமைச்சர் டாக்டர் சேவியர் ஜெயகுமார் சிறப்பான முறையில் கையாண்டா அவர் தண்ணீர் மற்றும் நிலம் பிரச்சினையை சுமுகமாகத் தீர்த்து வைப்பதாக அறிவித்தார்

அன்று மாலை 6.00 மணி அளவில்  இடைத்தேர்தலுக்கான கேமரன் மலை நாடாளுமன்ற பிரச்சார நடவடிக்கை அறையைத் திறந்து வைத்தார்.   உடன் நெகிரி  செம்பிலான் மாநிலத்தைச் சேர்ந்த முரளி தங்கையா அவர்களும் மற்றும் பஹாங் மாநிலத்தைச் சேர்ந்த பி சரவணன் அவர்களும் கலந்து கொண்டனர்.

*எஸ் பி சரவணன்*
ஷா ஆலாம் மக்கள் நீதிக் கட்சியின் இளைஞர் அணி தலைவர்







6.1.2019-Aktiviti AMK Selangor-Riadah ATV bersama Ketua-Ketua AMK Cabang Negeri Selangor & Lawatan ke Markaz Latihan AMK Malaysia bersama dengan Timbalan Ketua AMK Malaysia, YB Hilman Idham.

Program pelatihan AMK akan bermula Februari 2019 ini dengan pelatihan 100 orang Tiap 2 bulan rekrut di ATV Adventure Park, Hulu Kelang. Sesi ini turut dihadiri Naib-naib Ketua AMK Malaysia, Sdr Nazree Yunus & Sdr Jestin Raj Savarimuthu.

Terima kasih kepada semua yg telah terlibat aktiviti tersebut

SP Sarawanan
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.







Saturday, January 5, 2019



4.1.2019-jumaat-Aktiviti AMK Peduli - Kerajaan Pakatan Harapan menyediakan peluang untuk mendidik kanak-kanak tanpa dokumen yang betul.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru SJK T LADANG MIDLANDS En.Elango meminta saya membantu seorang anak murid kepada  Encik Mohanaraj yang merupakan warga asing dari negara Sri Lanka untuk belajar tahun pertama di Sekolah Tamil.

Oleh itu,
Pagi ini, saya pergi ke sekolah tersebut untuk berkonsultasi dengan guru besar Puan Thavamani dan dengan bantuan mereka pergi ke Jabatan Pendidikan Daerah petaling. Selepas itu, pegawai tersebut memberi mereka tempoh dua bulan penerimaan.

Kepada, Ibu bapa yang berada dalam situasi seperti itu, diminta untuk pergi ke jabatan pendidikan daerah berhampiran dan mendapatkan nasihat.

terima kasih

*SP Sarawanan*
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shah Alam

____________________________________________

முறையான ஆவணங்கள் இல்லாத பிள்ளைகளும் கல்வி கற்பதற்கு நமது அரசாங்கம் வாய்ப்பளிக்கிறது.

இதை கண்டு அறிந்த மிட்லண்ட்ஸ் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளியில் பெற்றோர் ஆசிரியர் சங்கத் தலைவர் அண்ணன் இளங்கோ அவர்கள் என்னை தொடர்பக் கொண்டு இலங்கை நாட்டைச் சேர்ந்த திரு / திருமதி  மோகனதாஸ், மயூரி தம்பதிகளின் புதல்வன்  ஈஸ்சொக்தணன் முதலாம் ஆண்டில் பயில உதவும் படி என்னிடம் கேட்டுக் கொண்டார்.

அதன்படி
இன்று காலை பள்ளிக்கு சென்று தலைமையாசிரியர் திருமதி தவமணியுடன் கலந்து ஆலோசித்து  அவர்களுடைய உதவியுடன் பெட்டாலிங் மாவட்ட கல்வி துறைக்கு சென்று அங்கு பதிவு செய்யப்பட்டு அதன் பின் அதிகாரி அவர்கள் விண்ணப்ப பாரத்தை ஏற்றுக் கொண்டு இரண்டு மாத கால அவகாசம் வழங்கினார்கள்.

இம்மாதிரியான சூழ்நிலையில் உள்ள பெற்றோர்கள் அருகில் உள்ள மாவட்ட கல்வி துறைக்கு சென்று ஆலோசனை பெற்றுக்கொள்ளுங்கள்.

நன்றி

*எஸ் பி சரவணன்*
ஷா ஆலாம் மக்கள் நீதிக் கட்சியின் இளைஞர் அணி தலைவர் #AMKpeduli #AMKshahalam

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: