Thursday, October 7, 2010

Akhirnya Rahimi Berjaya Di Tangkap oleh Agen BN!



Baru sahaja Semalam Rahimi telah pun membuat satu laporan polis yang kononnya mendakwa akuan bersumpah yang di tulis telah di paksa Anwar Ibrahim.LSS juga mengenali Sosok tubuh si Rahimi tak kira Dalam AIC ataupun di luar pejabat Anwar.Empat tahun dulu Rahimi antara orang yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari Masuk ke dalam AIC.

Dan selepas itu Rahimi juga menjadikan Saiful sebagai pembantunya di pejabat Anwar untuk membantu kerja - kerjanya.Sebenarnya Rahimi bukan Setiausaha Sulit kepada Anwar tetapi Rahimi hanya lah sekadar pembantu kepada Nurul Izzah.Kerana tugas yang terlalu banyak Rahimi mengambil saiful sebagai pembantu hanya kerana " Kawan" dan simpati.

Kita tidak tahu siapa yang membawa Saiful pergi bertemu dengan TPM Najib pada tahun 2008 tapi apa yang jelas setelah Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa di liwat oleh Anwar Rahimi terus membuat satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Saiful bukan Pembantu Anwar Ibrahim.

Rahimi juga membuat pengakuan bahawa Saiful adalah pembantu kepadanya dan Dia(Rahimi) adalah pembantu Kepada Nuru Izzah.Tak lama selepas itu Anwar di tangkap oleh polis - polis Gestapo.Dalam keadaan yang tegang Rahimi meminggirkan diri dari kes Anwar.

Selama 2 tahun Rahimi menghilangkan diri dengan harapan agar tak di babitkan dengan Kes Anwar tapi sikap rakus puak - puak UMNO dan Barisan Nasional yang mengatur strategi untuk "memulang" Kan Anwar ke Penjara sungai berusaha untuk memburu Rahimi.

Selama 2 tahun juga Si"jahanam" - "jahanam" ini memburu Rahimi dan akhirnya semalam Rahimi berjaya di tangkap oleh agen - agen Najib dan Rosmah.Seperti yang berlaku pada Balasubramaniam dan Raja Petra yang di ugut dan di ancam dengan pelbagai ancaman seperti itu juga lah yang berlaku pada Rahimi.

Rahimi di paksa membuat laporan polis yang kononnya dia di ugut untuk menulis akuan bersumpah pada 2 tahun lalu.Tetapi kenapa baru hari ini Rahimi buat laporan polis sedangkan tidak pada 2 tahun dulu.Selepas Saiful mengaku di liwat Nama Rahimi tak di "highlight" kan sangat.

Nama yang selalu menjadi "publisiti" pada ketika itu adalah uncle pet dan bukanya Rahimi.Kerana difikirkan Rahimi adalah "alat" untuk membunuh Anwar maka Rahimi di buru sehingga ke lubang cacing.Seperti juga Rahimi yang LSS Kenali adalah sahabat lama bagi saiful.

Segala - galanya bermula seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (LSS tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (Siapa tu?? Braderr "R" kot??) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah agak sensitif, LSS tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk LSS, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, LSS faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

LSS berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

LSS juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Sebagai sahabat baik kepada saiful, Rahimi mestilah memberi sokongan se adanya kepada sahabatnya tapi apabila berlaku keadaan begini Rahimi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri.Tapi apa boleh buat,bak kata rakan saya Nik Bin Jidan apa - apa hal pus pas ti kena LLPK(Lari - Lari Pun Kena) Tangkap juga akhirnya.

Akhir kata buat Rahimi,

"berpegang lah pada kebenaran, LSS tahu kamu(Rahimi) tahu segala - galanya dari A sampai Z, di dunia kita terlepas. tapi di-SANA siapa tahu?, di sini cuma Kemewahan sementara tapi Di-SANA adalah Siksaan yang Abadi, Ingat lah wahai Rahimi"

Wednesday, October 6, 2010

Bangang ! Lagi Biol !




MUSTAFFA KAMIL PERSOAL POLITIK BUSUK PERKASA - malaysiakini


Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politikbusuk PERKASA-Umno ini," katanya.Menurut Mustafa , PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.



























Monday, October 4, 2010

Sebangang - bangang Mahkluk yang lebih Bangang daripada Baboon



LAWAN PERKASA BERMAKNA AZMIN ALI BERPERANG DENGAN PERLEMBAGAAN - mininsider

Perkasa menyamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali seolah-olah ‘berperang’ dengan Perlembagaan Persekutuan jika calon timbalan presiden parti itu mengisytiharkan “berperang dengan Perkasa.”

Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun berkata, “kita tidak berminat untuk berperang dengan PKR, sebaliknya kami hanya mahu mempertahankan Perlembagaan negara.”

Sehubungan itu, Zubir yang juga Yang Dipertua Perkasa Pahang berkata, pihaknya akan menggesa agar orang Melayu dan Bumiputera tidak menyokong calon-calon PKR dalam pilihan raya umum ke-13 jika Azmin terus melahirkan sikap menentang Perkasa.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

Ada Berapa yang dah jadi bangang,melayu dah selalu jadi bodoh ada lagi nak tengok melayu bikin kepala bangang dan yang terbangang lagi? Bila ada yang bangang tapi berlagak pandai dan "try" nak bodoh kan yang pandai alamat silap hari bulan maka akan di hadiahkan 3 keping penerajang maut lah jawabnya.

Kalau ada yang bangang nak berlagak pandai tu biasa kita nampak dan dengar tapi yang bangang lagi nak tunjuk kepala lagi bangang! ini satu fenomena baru landskap politik negara.Bila yang bangang pasal perlembagaan nak cakap pasal perlembagaan.

Mangkuk ayun ni tak nampak langsung atau bijik mata tu sengaja di campak ke dalam longkang yang mana perlembagaan negara ni boleh di tukar dan di pinda.Macam mana Mangkuk ayun ni boleh dapat "Dr",Kat mana Mangkuk ayun ni beli Phd? Kat jalan Klang lama atau Kat Universiti Sintok? Ini adalah fakta yang sahih lagi betul sebab benda bukan LSS yang cakap.

Nak tau siapa yang cakap cuba "try" tanya Mahafiraun,berapa ratus kali kah perlembagaan negara dah di ubah dan di pinda? kenapa dalam buku Perlembagaan Persekutuan ada banyak artikel sub seksyen ada tulis di pinda....di pinda.....di Pinda?

Kalau tak caya ambil Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 1957 dan banding kan dengan Buku Perlembagaan yang di tulis pada tahun 2010.Cuba perhatikan,gerenti ada 600 pindaan dan perubahan artikel di situ.Bayangkan lah! selama 50 tahun merdeka Perlembagaan telah di pinda sebanyak 600 kali.

Woitt!!!

Tak malu ke dengan Negara Kapir laknat macam Amerika pun hanya buat 27 pindaan perlembagaan dalam masa 200 tahun.Mangkuk ayun ni tak perasan yang mana ke semua pengubah - suai perlembagaan ini telah di lakukan oleh Mahafiraun sehingga raja - raja melayu sendiri hilang kuasa di atas tangan Mahafiraun melalui pengubah - suaian Perlembagaan yang di lakukan dek Mahafiraun.

Mangkuk Ayun ni tak pernah baca buku ke? Mangkuk Ayun ni tak pernah buat "research" ke? Dia punya bangang tahap Baboon, tapi mengaku ada "Dr." Tapi mengaku dirinya adalah Doktor.

Woiitt!!! Tah...kat Mana la Mangkuk ni beli Phd.????????????????

Saturday, October 2, 2010

Malapetaka akan berlaku kalau PR Memerintah Malaysia






Najib kelihatan begitu resah jika PR berjaya menakluki Putrajaya pada PRU - 13 kerana ini akan memberi satu malapetaka yang buruk buat geng - geng gerombolan tapi bukan pada kebajikan dan pembangunan rakyat.Oleh itu rakyat perlu bijak membuat pilihan untuk membenamkan kepala Mat Monggol dan geng - geng nya ke dalam lombong pasir.

Dalam pada itu seluruh Malaysia a.k.a 1 malaysia harus bersiap sedia kerana lebih dari 6 malapetaka akan menimpa 1 malaysia di mana poket Rosmah di di dahulukan dan Vincent Tan di utamakan sekiranya Anwar Ibrahim dan "A - Team" nya berjaya menakluki Putrajaya.

Malapetaka 1.
-Institusi Kehakiman akan "dibersihkan" dan jikalau ini terjadi Razak Baginda,Sirul Azhar dan Azilah akan di bicarakan semula mengikut perundangan yang sebenar.

Malapetaka 2.
-Kes kapal selam akan di siasat termasuk lah komisyen - komisyennya sekali dan pada ketika itu perkhidmatan Polis peranchis akan menghantar beberapa wakilnya untuk membantu siasatan.

Malapetaka 3.
-Buat pertama kalinya akaun Petronas akan di audit dan di akal itu kita akan lihat entah berapa ratus ekor "jembalang - jembalang" yang tergopoh - gapah cabut lari meninggalkan malaysia.

Malapetaka 4.
-Laporan kewangan SUKOM 98 akan di siasat dan di audit sepenuhnya dan di kala itu andainya itu berlaku sudah pastinya hal ini akan di bawa masuk ke dalam parlimen, maka satu lagi SELCAT Parlimen malaysia akan di tubuhkan buat pertama kali dalam sejarah.

MalaPetaka 5.
-Kes pembunuhan beramai - ramai di kampung memali yang terjadi pada tahun 1985 akan di buka semula dan ramai "dracula - dracula" akan di tangkap dan di siasat secara beramai - ramai.

Malapetaka 6.
-Kes lubuk merbau akan di buka semula dan kita akan lihat berapa ramai "bulldog - bulldog" yang akan di hambat dan di siasat semula.

Malapetaka 7.
-Mahasiswa akan memperoleh semula kuasa autonomi mereka dan ini akan menyebab geng - geng Pro - M akan bersumpah untuk memastikan agar United Malays National Organisation tidak akan bangkit semula dari kubur untuk menjadi "Pontianak Jibam - jibam"

Malapetaka 8.
-Kes mati dalam penjara akan di siasat.

Malapetaka 9.
-Kes Rogol sampai bunting dan "putus puting" suatu masa dulu di melaka juga akan di siasat semula sampai ke lubang ular tedung.

Malapetaka ke 10.
-Semua harta - harta Mama penguin akan di rampas dari beg Vuitton sampai le ke spender - pender Calvin Clein nya.

Malapetaka Ke - 11
-Mat Monggol akan kena tempeleng pasal cakap " I Hep U Hep Mi"

Malapetaka ke-12
-Lihat mahkluk di bawah


Berok - berok ni akan terus ketawa kah..kah..kah..kah

Friday, October 1, 2010

Kasihan, Melayu Miskin dan Bodoh!


Kadang - kadang bila terlihatkan benda - benda macam ni kita pun boleh terfikir kenapa begitu susah jadi orang melayu ni. Segala benda mesti di kelentong dan segala hal "mesti" ikut kelentong .Bila jadi melayu kena ikut kata UMNO,bila jadi melayu kena ikut kelentong UMNO.Cukup kesian kita bila lihat melayu menjadi sebegini rupa bukan bukan kerana miskin harta tapi terlalu miskin "minda" nya.

Dalam program - program TV3 suku yang yang sering di laporkan juga adalah mengenai kemiskinan orang melayu,kedaifan orang melayu yang sering akan kita ambil simpati akan keadaan itu.Kadang kala kita terfikir mengapa melayu?

Keruntuhan Moral seperti Buang anak,Seks bebas,Sumbang mahram dan penagihan dadah yang banyak di "highlight" kan adalah datangnya dari orang melayu sedangkan bangsa - bangsa lain seperti Cina dan India agak kurang di babitkan dengan Kes - kes Ini tapi mengapa melayu?

Esok kita akan tonton lagi episod - episod "kedaifan" melayu ini di kaca - kaca TV milik Media tukang - tukang canang UMNO dan Barisan Nasional hampir keseluruhannya di paparkan tentang kemiskinan orang melayu.

Hari demi hari ada yang tertanya - tanya mengapa melayu miskin?

Tetapi pada hari ni jelas di depan mata akhirnya terserlah jawapan mengapa melayu itu terus miskin,Melayu miskin bukan kerana Kerajaan tak bantu tapi melayu miskin kerana fikrah dan pemikirannya di relakan untuk terus bergelumang dalam pembodohan.

Pernah di ungkapkan oleh Usman Awang yang melayu itu setia tanpa sempadan biarpun terpaksa setia kepada pembodohan yang tidak bersempadan.Kesian melayu! Pemikiran bangsa telah di "bonsai"kan selama 52 tahun UMNO mencengkam kan kuku regimnya.

Kasihan makcik - makcik tua,yang dah tak larat mengangkat kerusi atau meja lebih rela membiarkan perut mereka kosong semata - mata mahu menumpahkan taat setia kepada UMNO.Mungkin bila dah tua sebegini otak yang beku dan likat amat sukar unuk berfikir.

Kalau dahulu bila susah minta tolong dengan masyarakat,merayu bantuan pada kerajaaan,tapi hari ini hanya kerana di kelentongkan sanggup mereka pulangkan semula bantuan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib mereka.

Kalau dahulu mereka kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meminggirkan orang melayu tetapi hari ni di Pinang Pinang, siapa yang paling ramai dapat peluang - peluang perniagaan hasil dari amalan pemberian kontrak dan tender secara terbuka? yang pasti nya orang melayu!

Dan hari ini wang bantuan yang di salurkan pada Orang Melayu kini di kaitkan pula dengan hasil judi.Oleh kerana itu wang itu di pulangkan semula,agaknya di manakah letaknya pemikiran orang melayu sampai sebegitu sekali ianya di bodohkan.

Selama ini sumber - sumber keuntungan negara dari Syarikat genting highland yang membayar cukai pada kerajaan malaysia dengan hasil perniagaan CASINO.Syarikat Magnum pula di sertai oleh beberapa orang penting dalam politik melayu.Vincent Tan pula adalah tauke judi yang terkenal turut menjadi aset kerajaan UMNO yang paling berguna.

Tapi tak berapa bulan yang lalu di kala Piala Dunia Afrika membuka tirai gelanggang buat seluruh jaguh Dunia Manakala KerajaanUMNO dan Barisan Nasional menjadi jaguh dan juara dalam memberikan lesen Judi piala dunia kepada sahabat judinya iaitu Vincent Tan.

Manakala Vincent Tan pula tanpa segan silu pula mengakui yang dia akan mendermakan Wang hasil judi itu kepada Badan - badan kebajikan namun tak kedengaran atau terlihat akan kita yang orang melayu akan keluar beramai - ramai dan memulang wang bantuan kebajikan masyarakat kerana di situ jelas mereka saksikan wang itu adalah hasil dari cukai yang di pungut dari perniagaan Judi Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Masih lagi teringat kira - kira 3 tahun lepas setelah Barisan Alternatif dan selepas itu di kenali sebagai pakatan rakyat berjaya menakluki Selangor.Sebaik sahaja memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri selangor terus umumkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri selangor.

Tak hairan lah sampai ke tahap itu pun ada orang melayu yang masih enggan menerima air percuma pemberian kerajaan.Tapi andai difikir - fikirakan keadaan dan fikrah pemikiran melayu yang lama ini akan terbit lah rasa Kasihan...Kasihan bukan kerana melayu itu Miskin tapi Kasihan kerana Melayu itu Bodoh

Thursday, September 30, 2010

Liku - Liku dalam mengembalikan Demokrasi








Hidup tak semudah yang di sangka,

Khabar tak seindah yang di Rupa,





Begitu lah seadanya madah - madah buat sang pejuang yang yang punya nurani untuk mengembalikan hak - hak dan lunas - lunas demokrasi yang menjadi Impian buat semua Insan.Hari demi hari Sebuah Parti yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi menghadapi Liku - liku yang penuh pahit untuk di telan.



Tetapi apa kan daya, kalau mahukan sagu ruyung mesti di pecahkan.

Namun bukan mudah untuk merealisasikan Demokrasi yang telah di punah - ranahkan dek UMNO dan Barisan Nasional.Dalam jalan pasti ada kemuncup,duri,onak dan ranjau yang setia menemani para pejuang di sepanjang perjalanan.



Demokrasi yang selama ini yang selama ini yang nafikan oleh UMNO dan barisan Nasional harus di kembalikan dengan apa jua cara sekalipun.Buat pertama kali dalam sejarah PKR merintis jalan ke arah Demokrasi yang telus dan Adil.Pemilihan di jalankan laksana Pilihanraya yang sebenar,satu ahli punya hak ke atas satu undi.



Demokrasi yang yang masih "bertatih" untuk menuju kesempurnaan pasti akan di temui jua akan kecacatan dan kelemahannya.Itu semua adalah rahmat untuk PKR terus memperbaiki segala ketidaksempurnaan.Pemilihan yang memberi peluang kepada semua ahli menggunakan hak sebagai "satu undi" membuktikan PKR begitu telus dalam menjalankan proses Demokrasi.



Lumrah bagi demokrasi yang telah di punahkan oleh UMNO untuk kembali pulih dengan sempurna.Demokrasi yang mahu di kembalikan harus melalui proses - proses kematangan.Pasti di kala ini tukang canang - canang UMNO sedang terpekik terlolong menuduh PKR sedang menemui perpecahan.



Tapi tak terfikir oleh sang penipu - penipu bangsa ini bahawa Pemilihan yang berasaskan Demokrasi sebenar ini membawa kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada satu - satu pemimpin dalam PKR.



Setiap pemimpin yang bertanding pastikan mahukan undi - undi dari ahli akar umbi.Oleh itu itu kepekaan untuk menjenguk ahli - ahli akar umbi adalah satu tanggungjawab yang wajib di ambil oleh tiap - tiap calon yang bertanding.



Dari sini seluruh pimpinan akan di ajar erti tanggungjawab dan kebajikan ke atas ahli akar umbi.Oleh itu dari situ Seluruh akar Umbi dapat menilai siapakah pemimpin dalam PKR ini yang benar - benar "pemimpin".Yang sering menjaga dan mengambil tahu dan menjaga kebajikan ahli - ahli di bawah akan di pilih sebagai pemimpin.Manakala yang yang hanya pandai bercakap dan hanya tahu duduk di atas singgahsana akan di tolak sehabis - habisnya.

Ini akan menjadi satu pengajaran buat pemimpin - pemimpin dalam PKR untuk menjaga ahli mereka sebaik mungkin dan memberikan Khidmat yang terbaik.Buat ahli - ahli dan Petugas PKR pada pemilihan pula,ini akan menjadi satu latihan tidak formal dalam menghadapi pilihanraya yang akan di umumkan oleh Najib pada bila - bila masa sahaja.

Namun Pemilihan atau Pilihanraya Parti ini masih baru lagi,masih banyak kelemahan yang perlu di atasi.Masih banyak peraturan yang perlu di perbetulkan.Soal keselamatan dan Peraturan Pencalonan pemilihan perlu di titik berat.Biasalah, peringkat pertama memang segalanya tak sempurna,ada banyak yang perlu di pelajari dan di perbaiki

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Dari Kami Di AMK Shah Alam

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Rakan - rakan,kawan - kawan, musuh ketat dan musuh dalam selimut tak lupa juga pada seteru yang selalu tikam belakang dengan Ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri.
So kalau Makan Lemang dan Rendang Tolong jangan "Over Dose" nanti lepas raya Kalau "tak Sempat" hadiri Pemilihan.

LSS: Pada Ajai dan Afizz Padang Jawa, jangan lupa hari Isnin ni tolong Punggah Lemang,Ketupat dan Rendang Ke Pejabat Cabang Shah Alam pasal!!!!!!!!!

Aku Nak Makan Lemaaaaaaaaaangggg!!!!!!!!!!!! Rindu Siooooott!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Tergelak lah sebelum Tergelak Di Wajibkan memohon Permit



Mais Kata di Syariatkan Jangan Minum Arak

Jais Kata Jangan Makan Babi

Mat Khusrin Kata Jangan Makan di Bulan Pose...

Tapi Mat Khusrin Kata Makan Duit Rasuah Takpe...itu tak de dalam syariah..........

Kah.....Kah.....Kah.....Kah.....Kah....Kah.......Kah.....Kah.....KAh.....Kah

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: