Monday, October 13, 2008

Undangan Rumah Terbuka PAS Bersama MB & AMK




Pada 12 Oktober 2008 (Ahad) Pas telah mengadakan Majlis Aidilfitri rumah terbuka PAS yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum telah hadir sama untuk meraikan majlis tersebut.







Selain itu, pelbagai lapisan pimpinan daripada PAS serta Pakatan Rakyat turut sama di majlis tersebut.


















Turut hadir pada majlis itu adalah Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, serta beberapa org ahli AMK Shah Alam yang turut bersama mengiringi beliau di majlis tersebut.














1 comment:

Anonymous said...

::

Salam dan maaf dipohon.

Tulisan saya terkeluar daripada topic yang di atas. Walaubagaimanapun izinkan saya gunakan landasan blog ini untuk menyampaikan luahan hati rakyat.

Harapan saya agar segala luahan hati rakyat di sini akan menjadi pemangkin semangat dan penggerak tindakan kepada wakil-wakil rakyat yang telah kita amanahkan untuk menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.

Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin telah kita lakukan. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang kita laksanakan. Tanggungjawab kita untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang kita tunaikan. Tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa kita utamakan.

Sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.

Seruan saya kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor khusus, sila beri perhatian kepada www.kerajaanrakyat.com , kerana jika kalian gagal dalam menjalankan amanah yang telah rakyat sandarkan kepada kalian, kami akan bangkit menentang kemungkaran kalian.

Salam takzim


::

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: