Thursday, February 4, 2010

KONSPIRASI KE-2 : 8 dalil ANWAR Mangsa Fitnah

1.Dakwaan saiful kononnya Anwar Meliwatnya secara paksa hingga sembilan kali dalam tempoh 2 bulan menimbulkan tanda tanya kenapa beliau menunggu begitu lama untuk membuat laporan polis.

2.Perdana Menteri Najib Razak menafikan Bertemu Saiful tetapi mengakui berbuat demikian setelah rahsia itu terbongkar menunjukkan wujud konspirasi di peringkat tertinggi.

3.Saiful Membuat laporan polis terhadap Anwar beberapa hari selepas berjumpa Najib.

4.Selepas berjumpa Najib saiful mendakwa dia di liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008.Bagaimana pun sehari sebelum itu saiful mengadakan pertemuan dengan Rodwan Mohd Yusuf yang ketika itu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman.Pertemuan diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur di bilik 619 .Rodwan adalah pegawai yang sama terbabit dengan pemalsuan bukti dalam tuduhan fitnah terhadap Anwar pada Tahun 1998.Keperluan Rodwan mengatur perjumpaan sulit dengan saiful di hotel berkenaan amat mencurigakan dan satu lagi petanda sebuah konspirasi tertinggi sedang berulang.

5.Saiful mendakwa Anwar Meliwatnya secara paksa untuk kali terakhir pada khamis 26 Jun 2008 tetapi anehnya beliau terus menghadiri majlis di rumah Anwar keesokan hari nya.Beliau hanya membuat laporan polis pada hari sabtu.

6.Selepas perjumpaan dengan najib,saiful bertemu dengan pegawai polis bernama Rodhwan Mohd Yusuf -orang sama memalsukan bukti DNA terhadap Anwar pada tahun 1999.

7.Tindakan Pendakwa Raya enggan menyerahkan dokumen,sampel,bahan bukti dan keterangan saksi untuk membolehkan peguam anwar menyediakan pembelaan tuntas.

8JAWI enggan membawa pertuduhan Qazaf terhadap Saiful atas alasan menunggu keputusan mahkamah sivil-kali pertama pihak berkuasa islam terpaksa menunggu keputusan mahkamah sivil untuk membabitkan kepentingan islam sepenuhnya.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: