Tuesday, October 16, 2012


16 Oktober 2012


NOH OMAR JAHIL SOAL URUSAN PENTADBIRAN

Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar berhubung kenyataannya mengenai „Kerajaan Selangor menghalang projek pengairan bagi pesawahpada sabtu yang lalu. Menurut Dr. Yaakob, beliau menyifatkan ia adalah tindakan jahil seorang menteri yang tidak tahu soal urusan pentadbiran.

Hal ini kerana, projek yang yang dilakukannya itu langsung tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal-selia urusan dan pentadbiran serta pembangunan di negeri Selangor.

“Mana-mana pembangunan yang ingin dibuat mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri terlebih dahulu, supaya mereka dapat membuat ulasan jika timbul sebarang masalah. Sebagai contoh, jika ingin membuat pembangunan perumahan, mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri, perkara sebegini semua orang tahu. Bukan hentam sembrono seolah-olah menteri ini tidak pernah sekolah”, kecam Dr. Yaakob terhadap reaksi jahil yang ditunjukkan oleh seorang menteri.

Tambahan pula, beliau mengulas projek yang didakwa oleh Noh Omar itu sebagai tindakann menceroboh tanpa izin kerana ia memasuki kawasan hutan. “Projek tersebut dilakukan oleh pihak Integrated Agricultural Development Area atau ringkasnya IADA. Projek bagi membina ban atau kolam takungan air tersebut berhadapan dengan masalah kerana memasuki kawasan hutan. Akibatnya, kerana tidak merujuk kepada pihak kami, projek tersebut telah mengakibatkan berlakunya kemusnahan hutan. Sepatutnya, IADA rujuk kepada kami terlebih dahulu, supaya pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dapat turut serta membantu kerja-kerja membina kolam takungan air demi kebaikan rakyat keseluruhan.

“Sebelum Noh Omar menjadi menteri, hubungan saya dan pihak pegawai persekutuan tiada masalah, malah pihak IADA dan FAMA turut hadir ke mesyuarat yang kami buat. Malangnya setelah Noh Omar menjadi menteri, pegawai-pegawai di peringkat pusat telah dihalang dari menghadiri mesyuarat saya. Perkara ini sangat merugikan para petani. Sepatutnya Noh Omar membuat keputusan yang memihak kepada rakyat daripada kepentingan politik semata-mata”, ujar Dr. Yaakob mengakhiri ucapannya.



YB DR. HJ. YAAKOB BIN SAPARI,
Exco Kerajaan Negeri Selangor

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: