Showing posts with label UMNO Syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label UMNO Syok sendiri. Show all posts

Friday, July 3, 2009

kemelut di kedah : Geng - geng Algojo UMNO kena kelentong lagiee........




Tentunya antara berita yang paling panas dibincangkan kini ialah mengenai DAP Kedah yang dikatakan berundur dari PR. Terbaru, satu-satunya ADUN DAP dalam DUN Kedah dari Kota Darulaman, Lee Guan Aik mengisytiharkan dirinya bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong PR Kedah.

Tentulah berita mengenai DAP Kedah itu sangat menggembirakan BN. Turut terkena tempias kegembiraan ialah media pro-BN. Jika sebelum ini mereka gembira dengan idea kerajaan perpaduan dan berminggu-minggu tiada kisah lain dalam TV melainkan isu kerajaan perpaduan, kini isu DAP keluar PR Kedah dan isu rumah penyembelihan babi Kampung Berjaya pula yang sudah dua tiga hari dimainkan oleh media termasuk TV kita....


Apakah geng - geng Algojo UMNO/BN tak menyedari bahawa isu perpecahan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah adalah satu lagi kelentong yang telah dimain kan oleh Anwar Ibrahim dan nampaknya sekali lagi berjaya memperdaya geng - geng algojo.Nampaknya Najib dan ketua geng - geng Al-gojo masih lagi di buai oleh nyanyian helah dan sandiwara Anwar yang ternyata akan membunuh langkah - langkah cuai Geng - geng algojo kerana dengan permainan yang licik ini telah berjaya mengkhayalkan mereka. bagaimana ianya berlaku ?


1.Sekiranya Masalah Babi yang cuba di bangkitkan oleh wakil - wakil rakyat D.A.P ini sepatutnya telah mereka bantah sejak PR mula - mula mereka memerintah kelima - lima negeri lagi khususnya di selangor,Tapi mengapa mereka tak lakukan?


2.Ahli - ahli pemimpin D.A.P juga sedar isu babi adalah isu yang begitu besar yang mahu disentuh kerana ia akan menyucuk sentimen perkauman yang akan di mainkan oleh geng - geng algojo kecuali......ia adalah arahan dari pemimpin - pemimpin tertinggi dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat .


3.Ahli - ahli Pimpinan D.A.P juga sedar kerana isu babi agak panas jika di mainkan kerana mereka juga sedar dengan wabak yang sedang melanda dunia sekarang ini kerana mereka juga akan faham jika mereka terus - terusan menyokong penternakkan babi ia juga akan memudaratkan masyarakat.


4.Sedar atau tidak geng - geng algojo UMNO/BN baru sahaja menanggung malu apabila kerajaan Perpaduan yang di canang melalui idea PAS gagal begitu sahaja dan kini apabila DAP memainkan "trick' hendak keluar dari Pakatan Maka mereka macam histeria mengatakan solidariti Pakataan Rakyat sudah mula retak sedangkan tanpa di sedari oleh geng - geng algojo UMNO yang mana ini juga adalah helah yang di mainkan oleh Anwar untuk mengecewakan mereka sekali lagi dan melalaikan mereka dalam pilihanraya manek urai yang akan berlangsung 4 julai ....ini menunjukkan geng - geng algojo pantang di geletek sedikit maka akan melatah mereka sepuas - puasnya sambil berkata merekalah Barisan yang paling Ampuh kerana mereka tak sedar MCA,PPP dan Gerakan sedang menimbang untuk keluar dari BN.Persoalannya kalau MCA keluar dari BN takkan lah DAP yang masuk.


5.Kalau di lihat secara logik ,jika DAP kedah nak keluar dari Pakatan Rakyat mereka perlulah mendapatkan Pandangan dari Pemimpin - Pemimpin DAP Pusat dahulu sebelum membuat keputusan sedangkan jelas sekali dilihat pada malam himpunan perdana Pakatan Rakyat beberapa hari yang lalu di Stadium Kelana Jaya Pemimpin - Pemimpin Dari PAS,DAP dan keADILan telah pun duduk bersama - sama dalam menyatakan perpaduan sesama mereka.Takkan baru beberapa hari dah bersatu tiba - tiba mereka nak berpecah ? jadi ini mungkin helah yang telah di rencanakan oleh Anwar dalam memperdayakan geng - geng algojo.


Pada semua rakan - rakan pengunjung blog AMK Shah Alam,Saudara sendiri boleh menganalisa sendiri rentak licik yang di mainkan oleh Anwar dalam terus menggegarkan geng - geng algojo,kalau sebelum ini PAS yang di "provoke" untuk keluar dari Pakatan Dan menyertai Barisan jadi bagaimanakah halnya dengan DAP? Seperti apa yang telah kita maklum bahawa pendirian DAP selama ini yang tegar tak akan menyertai Barisan Nasional walaupun pernah di pujuk oleh geng - geng algojo pada tahun 1970.Kalau DAP keluar dari Pakatan di Kedah takkanlah DAP nak menyertai Gerombolan geng - geng algojo di Kedah mahupun di serata negeri yang mana mereka telah sedia maklum yang mana Geng - geng Al-gojo inilah yang pernah menghumbankan mereka ke dalam I.S.A dan menghamburkan bermacam - macam fitnah terhadap mereka yang konon nya DAP adalah Parti Perkauman.Ini semua Pastinya akan memeningkan bukan sahaja kepala kita ang sedang memikirkannya malah yang pasti ia jua amat memeningkan kepala geng - geng algojo.


Kerana apa yang saya amat Pasti ketika berada di Alor Setar hari ini ialah apabila saya terserempak dengan beberapa ahli DAP dan PAS sedang duduk semeja minum di sebuah restoran mamak disitu dan mempertikaikan laporan TV3 malam tadi yang menyatakan isu DAP dan rumah sembelihan babi, ada media kita yang tersasul ketika memnyampai berita. Contohnya Berita Perdana TV3 jam 8.00 malam tadi. Pembaca berita TV3 ketika membawa berita temubual dengan ADUN Kota Darulaman, Lee Guan Aik, tersilap sebut apabila Lee Guan Aik disebut sebagai Lim Guan Eng!! 10 minit kemudian, mungkin selepas ditegur kesilapannya, penyampai berita itu membuat pengumuman dan memohon maaf kerana tersilap menyebut nama dua pemimpin DAP yang berbeza.Kalau media geng - geng algojo pun boleh tersasul babi dalam menyebut dan mem"provoke" pemimpin DAP maka kalau ini yang terjadi apa maksudnya ?,apa helah Anwar kali ini? apakah yang di rancang untuk memalukan Najib dan ketua - ketua geng algojo yang lain sebelum mereka di malukan di manek Urai?

Apakata kita tunggu di penghujung cerita yang sama seperti kisah Kerajaan

Perpaduan

Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan : UMNO tertipu TerTeePah !!! Lagiee !!




Buat kali kedua Nik Aziz kini memainkan Sandiwara yang berjaya memperdayakan Geng - geng Algojo UMNO,helahnya yang pertama adalah sebelum bermulanya Pilihanraya Kecil Bukit Gantang apabila Media - Media Cabuk BN memainkan propaganda yang mana Nik Aziz telah mempertikaikan pemilihan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Calon PAS Parlimen Bukit Gantang dengan alasan bimbang keadaan yang berlaku kepada Presiden PAS yang terdahulu iaitu Dato' Mohd Asri akan berulang yang mana Dato' Asri gagal mengawal kedua - dua kawasan Parlimen dan DUN yang di bawah seliaanya,Jadi dengan itu UMNO/BN telah mengambil tindakan sambil lewa iaitu dengan tidak berkempan secara aggresif kerana Geng - geng Algojo UMNO/BN menyangka mereka pasti menang kerana PAS kini sedang bertelagah dalam soal memilih calon kerana melalui pertelagahan itu kempen Pilihanraya PAS bersama Pakatan Rakyat takkan berjalan lancar.Tetapi seperti biasa,helah Nik Aziz tidak dijangka .



"Bola hantaran Lintang dari Nik Aziz kepada Mohd Nizar yang di sangka kan sudah "Off-Side" rupa -rupanya masih dalam permainan,lantas Najib hanya mampu mengigit jari apabila Nizar melakukan rembatan kencang dari jarak dekat yang telah mengegarkan Gawang UMNO"



Bukan sahaja Najib malah pengadil yang mengadili perlawanan tersebut juga hanya mampu menggumam kerana pasti yang Nizar akan Kalah.





Tapi kali ini Nik Aziz terpaksa mengubah Taktik permainannya,kerana UMNO telah mengawasi taktik yang di "kenakan" keatasnya.Nik Aziz tak boleh lagi melakukan hantaran Lintang kerana bimbang pemain pertahanan UMNO/BN akan mengawasi Pemain penyerang Pakatan Rakyat oleh itu " isu Kerajaan Perpaduan" yang dimainkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang adalah salah satu dari "trick" terbarunya.Nampaknya kali ini UMNO sekali lagi terpedaya kerana kali ini mereka ,menyangka bukan sahaja ahli PAS malah rakan - rakan PAS dalam Pakatan Rakyat turut bertelagah atas Isu ini.


Baiklah cuba kita Lihat Kronologinya.


*Kerajaan Perpaduan di Ilhamkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebelum berlakunya Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak iaitu selepas muzakarah UMNO - PAS.Pada mulanya ia tak dipandang serius oleh Pengerusi DAP Karpal Singh



*Selepas Rampasan kuasa di negeri Perak Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Md. Isa telah membatalkan hasrat kerajaan Perpaduan.



*Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz mengulangi Pendirian yang PAS tak akan meneruskan sebarang perbincangan atau rundingan dengan UMNO termasuk merundingkan isu Kerajaan Perpaduan.



*Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi Hasrat kerajaan Perpaduan selepas Demonstrasi PPSMI.


*AJK kerja PAS pusat Datuk Takiyudin Mendakwa Pemimpin Umum keADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut terlibat dalam meng"idea"kan cadangan Kerajaan Perpaduan.



*Muktamar PAS dan seluruh Perwakilan telah meluluskan satu usul membantah pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.



*Tuan Guru Hadi tetap mahu meneruskan Kerajaan Perpaduan walaupun di kecam hebat di dalam Muktamar.


*Tuan Guru mengeluarkan kenyataan di Pejabat Majlis Presiden yang mana dia takkan berbincang soal Kerajaan Perpaduan dengan UMNO selagi UMNO tidak berubah dan memulihkan demokrasi di negara ini.


*Ustaz Nasarudin yang mana sudah menolak kerajaan perpaduan telah memberi satu kenyataan dalam MalaysiaKini yang mana dia bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Kalau di lihat secara halus apabila dituruti kronologi isu Kerajaan Perpaduan dan di analisis melalui Pergerakan Momentum Persepsinya ia kelihatan tak ubah seperti permainan tarik - tali,menolak dan menarik sehingga lawan kepenatan,hilang idea dan akhirnya rebah tidak kira dalam keadaan terlentang,terbaring atau meniarap. Cuma apa yang di keliru kan disini mengapa Nik Aziz kali ini mengambil sikap berdiam diri? apakah helah dan tipu muslihatnya kali ini untuk memperdayakan Najib?

Apakah.......

"kali ini Nik Aziz tidak lagi melakukan hantaran lintang? tetapi taktiknya di ubah dengan melakukan hantaran satu - dua yang mengelirukan dengan Nasharudin dan Hadi Awang, lantas membiarkan Najib merampas bola dan melakukan rembatan jauh dari kawasan tengah terus ke Gawang Pakatan Rakyat"


"tapi apa mungkin bola yang di rembat oleh Najib terkena besi palang tengah Gawang Pakatan Rakyat dan melantun jauh masuk semula semula ke dalam kawasan berdekatan kotak penalti UMNO dalam keadaan penyerang - penyerang Pakatan Rakyat sudah melakukan "hat - trick" dan "Counter Attack" di kala pemain - pemain pertahanan UMNO sedang leka dan mamai kerana di buai oleh momokkan KERAJAAN PERPADUAN"





Kerana apa yang menghairankan disini Anwar dan Kit Siang hanya melihat hal ini dari jauh tanpa menegur dan menegah,apakah agaknya muslihat mereka kali ini? kita tunggu dan lihat...Jeng ! Jeng ! Jenggg !!!

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: