Thursday, June 11, 2009

Permuafakatan Pakatan Rakyat berkenaan isu Kerajaan Perpaduan



10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Wednesday, June 10, 2009

Apa betul ke ni pak Din?bunyik nya macam nak "cover" Malu je.....



Best gak kalau dengar kenyataan Pak din nih...

PUTRAJAYA - "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.
Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang"



Persoalan nya di sini,Kalau undi PKR merosot teruk mengapa BN tak mahu bertanding di Penanti? Kenapa BN bertanding di Manek Urai? UMNO/BN akan terus mempertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat sedang pada realitinya Rakyat memang dah muak dan jelak dengan janji - janji kosong dan budaya mengayakan puak dan keturunan sendiri yang di lakukan oleh Geng - geng algojo UMNO/BN.
Bila di pertikaikan mengapa tidak bertanding di Penanti BN kata Membazirkan wang rakyat,tapi sebenarnya UMNO/BN tak sanggup lagi menanggung malu dengan kekalahan demi kekalahan.




Tetapi apa yang dilihat disini sikap pengecut UMNO/BN yang enggan meletakkan Calon dengan alasan itu akan membazirkan wang rakyat dan mendedahkan bahawan SPR menghabiskan sebanyak RM400,000.00 dalam pilihanraya di Penanti,sedangkan jumlah itu jauh lebih kecil dari apa yang nak bandingkan dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh SPR ketika Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu,Permatang Pauh,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
jadi atas alasan apa Pak Din hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian? adakah kerana mahu mengekal kan keyakinan ahli UMNO dan rakyat malaysia yang terjejas teruk akibat dasar satu Malaysia yang di laung kan oleh Najib?

Pak Din !! manek urai nampak macam nak kalah je......

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Monday, June 8, 2009

Renungan buat saudaraku semua..

Tatkala kita sibuk membicarakan soal negara Malaysia marilah kita merenung kesulitan saudara kita nun jauh di bumi palestian.. Bangunlah wahai umat Islam Malaysia, bersamalah berjuang dengan rakyat Palestin, yang boleh disumbangkan dalam berbagai bentuk termasuk dana kewangan untuk warga Palestin menyiapkan kelengkapan terus berhadapan dengan zionis laknatullah..

Pengerusi Persatuan Ulamak Palestin, Sheikh Marwan Abu Raz mengingatkan umat Islam di negara ini agar bersama dengan Palestin bagi membebaskan negara itu dari pendudukan Israel Yahudi selama ini. Yahudi, ujarnya, telah berusaha bermati-matian untuk merampas Masjidil-Aqsa secara total yang mana pada hari ini, mereka sedang membina sebuah binaan seperti terowong dengan tiang besar dikenali sebagai Hayqal bagi menjayakan hasrat jahat itu.Namun, tegas Sheikh Marwan, dengan kekuatan semangat perjuangan rakyat Palestin yang tidak akan pernah mengalah kepada kejahatan Yahudi itu, terus menerus berjuang dan menyerang balas semua tindakan musuh.

Sheikh Marwan bagi pihak rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini di atas segala bantuan dan sumbangan kepada rakyat negaranya yang dicerobohi oleh Israel Zionis.Untuk rekod, anaknya Asy-Syahid ‘Asim telah terkorban di dalam perjuangan menentang Israel dan beliau yang berjuang bersama-sama dengan Paduka AlMarhum Sheikh Ahmad Yassin sejak awal, nyaris terbunuh bila mana kediamannya telah dibom. Gaza adalah tanah kelahiran Imam Syafie RahmatulLah ‘aliah yang sangat rapat dengan umat Islam di sebelah sini yang mengamalkan fekah mazhabnya.

Sheikh Marwan menegaskan keadaan umat Islam Palestin masih baik dan tetap teguh dengan perjuangan untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.“Ketahuilah saudara-saudari bahawa bumi Palestin bukan hanya milik umat Islam Palestin malah milik umat Islam seluruh dunia, isu Palestin bukan hanya persoalan kami sahaja malah merangkumi umat Islam sejagat.Dengan sebab Negara Palestin adalah tempat kelahiran ramai nabi-nabi yang dikenali sebagai bumi Ambiyak, isu ini mesti mendapat kerjasama meluas dari seluruh umat Islam di mana sahaja mereka beradaTambahnya, hanya dengan kembali berpegang teguh kepada ajaran dan melaksanakan tuntutan Al-Quran yang jelas paling mampu berhadapan dengan musuh; itulah yang dilakukan di Palestin sehingga hari ini sehinggakan Israel dan Zionis sedunia tidak mampu menewaskan Hamas dan semangat rakyat Palestin amnya.

Sunday, June 7, 2009

Nizar bongkar Plan UMNO untuk musnahkan sekolah agama rakyat melalui perlaksanaan PPSMI




Perwakilan Dari Rembau telah mengusulkan Usul bantahan terhadap PPSMI dan memberitahu dalam Muktamar tahunan PAS di Stadium Malawati Shah Alam sambil menerangkan ia adalah tindakan Bodoh pemimpin - pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sambil perwakilan PAS dari Cheras yang menyokong Usul terbabit perlaksanaan PPSMI jelas sekali bukan sahaja telah melanggari Artikel 152 perlembagaan Persekutuan,Penyata Razak dan penyata Rahman Talib malah Perlaksanaan itu juga jelas mengkhianati asas perjuangan UMNO dan laungan Parti melayu Cabuk itu sendiri iaitu "hidup Melayu",ini jelas sekali menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai cakap dari buat,mereka tidak lagi memperjuangkan kebajikan Bangsa tetapi lebih kepada kepentingan sendiri. Perwakilan Dari cheras yang melabelkan UMNO sebagai "Bangang" atau lebih kepada cukup "bangang" lebih mengagung - agungkan sistem dan bahasa barat untuk diangkat dalam sistem pendidikan bangsa,sedangkan sudah terbukti apabila dilihat golongan aristokrat di negara - negara seperti Perancis,Sepanyol,Itali,negara - negara eropah timur,negara - negara matahari terbit dan negara - negara amerika latin memajukan ekonomi,golongan teknokrat dan intelektual mereka membangunkan teknologi tanpa memahami walau sepatah habuk pun untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dalam Pada Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Nizar Jamaluddin menceritakan pada tahun 2004 pada detik - detik dasar PPSMI ......selanjutnya

Saturday, June 6, 2009

Satu lagi Projek Kelentong di Kerajaan Barisan Nasional

Lapor Untusan Merapu hari ini....

LAPORAN AWAL KES BUMBUNG STADIUM RUNTUH DALAM SEBULAN: SHAHZIMAN - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, Selasa lalu, akan mengeluarkan laporan awal kes itu dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor, berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.




Yang menjadi persoalan di sini memanglah bukan nak cari siapa yang salah tapi masalah di sini ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab memasang bumbung stadium berkenaan,takkan satu projek stadium satu Kontraktor sahaja yang di pertanggungjawabkan untuk menjalankan pembinaan,mesti ada sub-kontrakor yang dilantik untuk memasang bahagian - bahagian bangunan dalam stadium berkenaan.Masalahnya nak buat JawatanKuasa apa lagi yang semata - mata nak cari punca bumbung tu boleh runtuh, kalau dah tahu bumbung tu pakai besi murah tak pun "besi buruk" mana tah dia pergi rembat lepas tu pasang kat stadium baru ni...

"halamak ini kes tak payah nak chong la !! member baik aku yang rambut flat top ada ekor belakang,pakai handset i-phone dan bawak Honda Civic tu pun kontraktor la !!! ini "trick" sume dalam poket spender dia lagi nak buat jawatan kuasa ke ? tak payah nak kelentong pasal satu malaysia pun tahu bumbung tu runtuh pasal budget nak beli bumbung "ori" dah kena songlap" Baca lagi........

Balasan kepada orang yang zalim..


Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Allah Maha Berkuasa dan Maha Besar.. Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata ' ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh.

Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya...

Akhirnya Allah Subhanahu Wata ' ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata ' ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata 'ala : 'Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar '(Fushilat:53) Allah hu akbar.. Wallah hu a'lam..

Perlu Perhatian segera.. Sedarkan Rakyat..


Satu Lagi Projek kerajaan BAHAYA NASIONAL... BN



Montana , The Czech Republic has banned the use of cyanide in mining, and both Turkey and Greece have made significant court rulings against issuing permits to mining interests whose projects propose the use of cyanide. The Mining Amendment (Cyanide Leaching) Bill 2000, which would prohibit ore processing by cyanide leaching in gold mining, was entered into the Parliament in New South Wales, Australia, in June 2000.

FEBRUARY 2009Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. started the mining process with Cyanide. Residents started to notice stinging smell. Since then, many residents started to experience insomnia, vomiting, dizziness and other abnormal symptoms. The total number of report of abnormal symptoms has rose to more than 200 cases.

Racun Haram di Luar Negara Tetapi Rakyat Bukit Koman, Raub, Pahang terpaksa MENYEDUTNYA setiap hari..

Thursday, June 4, 2009

satu lagi projek paling best kerajaan Barisan Nasional



Adakah ini Projek Kebanggaan BN? sebuah stadium kebanggaan? di bina di negeri darul Iman.Selama Ini BN sibuk menghentam Pakatan Rakyat dengan isu - isu yang sengaja di politik kan dan mereka mempropaganda setiap isu di media - media Massa.Berikutan selepas itu najib memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat Di Penanti tidak mutlak kerana berlaku kemerosotan Undi.Apakah relevannya ,sedangkan agen - agen mereka kesana berceramah dan melalut menghasut rakyat tempatan supaya tidak keluar mengundi.Manakala Polis dihantar sebegitu ramai untuk menakut - nakutkan Rakyat tempatan...
aikk ?? itu memang geng BN ke?


stadium ni runtuh pasal kena fire dek sape ekk??

Ternyata Najib tak pandai dari segi Politik dan Juga Pembangunan Ekonomi.Setiap projek yang konon di beri secara "open Tender" hanya suapkan ke riba - riba para - para pengampu dan Pembodek mereka.Tak kisah lah Para Pembodek ini Menjilat atau ...baca selanjutnya

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: