Monday, August 10, 2009

-BN kudakan SPRM ganggu Exco Selangor...

Sedia Di Soal Siasat : YB Rodziah Ismail

TV Selangor : Saya bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa sahaja, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.



Beliau berkata, tiada apa yang ingin diselindungkan, berhubung peruntukan DUN angkatnya, Sementa berjumlah 375 ribu ringgit seperti yang didakwa pihak tertentu.
“Saya sentiasa bersedia insyaallah, kita jelas apa kes dia nak siasat saya, tapi jika berkenaan peruntukan DUN saya sentiasa bersedia pada saya ini adalah tangungjawab saya untuk pastikan peruntukan dun itu sampai ini menjadi amalan urus tadbir kita, bahawa kita perlu telus, jelas, pemberian itu diberikan,” jelasnya.

Rodziah diminta mengulas tindakan pegawai SPRM yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN Sementa, dua hari lalu. Kelmarin, pegawai khasnya, Saadon Mohar , dibawa oleh SPRM ke Pajabat Tanah dan Daerah Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen pembayaran yang dilakukan, tahun lalu.

Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan itu selepas Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) melaporkan dakwaan terdapat salah guna peruntukan DUN
Rodziah berkata, peruntukan DUN angkatnya itu digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan dan program rakyat.

“Peruntukan itu jelas pembahagiannya ada juga program surau masjid perlu perutukan tambahan, bagi saya jika saya telus memberi mereka juga mesti beritahu apa yang mereka buat, yang penting peruntukan itu sampai kepada masyarakat,” katanya

SPRM jadi tak cekap walaupun dah dilaporkan berkenaan kes di bawah :

1) Di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008, wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?
2) Kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion,
3) Lawatan Khir Toyo ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
4) dan Banyak Lagiii.................

Mengapa Gerak tak laporkan kes diatas??

Pada Exco dan Adun Pakatan Rakyat tak payah nak takut strategi UMNO/BN ni.. Yang penting terus Fokus mentadbir Selangor ini dengan baik.. Rapatkan Parti dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor..

Juak-Juak Umno dalam pentadbitan kerajaan Selangor perlu dipantau pergerakan mereka. Dikhuatiri ada tali barut dalam Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Beri kepercayaan pada anggota Parti yang layak dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Perkukuhkan parti dan Gabungan Pakatan Rakyat..

"HIDUP KETUANAN RAKYAT'

Friday, August 7, 2009

-UMNO pengkhianat bangsa paling rakus di muka bumi


Adakah beruk - beruk afrika ni tak sedar yang mana ketua mereka adalah geng algojo



Mengapa bangkit kan soal khianat mengkhianat,kenapa baru hari ini nak persoalkan soal bangsa? masalahnya siapa kah pengkhianat yang sebenarnya? Anwar atau ketua geng algojo yang patut di panggil sebegitu kerana selama ini mereka bertindak "menyembelih" dan "menghisap darah" rakyat.Apa kah yang dibanggakan oleh pemuda UMNO? siapa kah yang telah menggunakan undang - undang rimba dan akta Drakonian demi kepentingan diri sendiri.Nampaknya pemuda UMNO kini berfikir menggunakan kepala lutut mereka lebih dari kepala otak yangtelah dianugerahkan oleh Allah S.W.T....


Pada ketika ini Pemuda UMNO hanya tahu bergegak gempita sahaja dengan dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari ini Hishamuddin Tun Hussien melalak lagi.Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media,kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.Di bawah regim UMNO-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata








Mana lebih dahsyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?






Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?




Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?





Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot




Si pemuda - pemuda bangsat ini tak pernah terfikir akan pengkhianatan yang di lakukan oleh ketua geng algojo mereka sendiri ini kerana UMNO dah terlalu kronik dengan pengaruh hegemoni nya .Jadi pada Pemimpin - pemimpin algojo UMNO janganlah isu khianat yang nak di perbesarkan kerana ini akan menunjukkan UMNO ini cuma lebih "karut dari cakap" kerana mengkritik sesuatu hal yang secara automatik akan menghentam diri sendiri,kerana apa? Isu Khianat yang di perbesarkan kononnya di haram kan dari di gunakan tetapi UMNO sendiri ingat bila berhubung soal Bahasa Melayu yang sepatutnya di perjuangkan UMNO sinonim dengan slogan "Hidup Melayu" tetapi di lihat sepi oleh UMNO terutamanya isu PPSMI yang di tuntut oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Datuk Dr.Hasan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said malah Pemuda UMNO juga turut berdiam diri apabila membiarkan sahaja Pemimpin - pemimpin dalam BN memperlekehkan pejuang - pejuang bahasa ini sehingga memanggil mereka dengan gelaran "anasir"? seolah - olah pejuang - pejuang bahasa yang bangkit nak martabatkan bahasa ibunda ini di lihat bagaikan musuh negara, jadi Parti Melayu jenis apakah UMNO ini ? Pengkhianat jenis apakah UMNO ini?


di mana Pemuda UMNO ketika bahasa melayu di perkotak - katik kan dimana? sembunyi,menyorok celah bedah? jadi bacul,penakut ? pengecut? hah!!! jawab lah....


Tapi apabila Kuota melayu dan bumiputera pun di hapuskan sebanyak 30% dalam sektor awam itu di lihat khianat tahap mana tu? kalau pelacur kat jalan haji mat taib hanya menjual maruahnya seorang sahaja tapi UMNO menjual maruah seluruh bangsa dan generasi melayu,itu adalah satu pengkhianatan yang tak boleh di maafkan,sudah lah begitu,nak bercakap pasal potensi bangsa,nak majukan bangsa sehingga sanggup membunuh potensi usahawan - usahawan muda melayu dengan "menutup" Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat Usahawan - Usahawan muda melayu untuk "berpaut" dan memajukan ekonomi bangsa.Sampai begitu sekali pun pengkianatan yang di lakukan oleh ketua geng algojo pun Pemuda UMNO masih nak terlompat - lompat macam beruk afrika dengan menyalahkan Anwar Ibrahim.





Tak berapa hari yang lalu seorang lagi ketua geng algojo United Malays National Organisation telah melakuan satu pengkhianatan bukan sahaja pada Bangsa malah dia juga belot pada agama nya sendiri.



Apa Zahid Hamidi bincang dengan Menteri Pertahanan Isreal ?









Ehud barak Bincang sesuatu dengan Zahid Hamidi Macam mana Nak bunuh rakyat Malaysia



Dalam Satu Laporan Malaysia Insider Zahid dikatakan membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Bejamin Netanyahu..

walaupun pelbagai alasan diberikan tidak patut seorang yang memegang Jawatan Menteri Pertahanan berjumpa dengan Pemimpin ISRAEL yang MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN!!!!

Walaupun dikatakan hanya menemui Ehud Barak, dia juga pemimpin Kanan Israel yang terlibat membunuh Rakyat Palestin, Yang menariknya perjumpaan ini dibuat secara tertutup





Kenapa Buat Secara tertutup lak? takut kena tuduh yang mana Pencacai BN ni dah jadi pengkhianat Bangsa dan agen Yahudi ? Hah sekarang lihat lah wahai Rakyat Malaysia siapa yang jadi ejen Yahudi ? kalau Anwar di mana buktinya ?


Rasa - rasa baru beberapa tahun sebelum ini kita melihat dengan jelas dalam akhbar cabuk macam Utusan Melayau yang menyiarkan gambar dengan Jelas antara Mursyidul Awam UMNO iaitu Mahathir dan Geng Yahudi nya George Soros tengah tergelak pecah - pecah perut tapi hari ini Zahid pulak yang menuruti jejak langkah Mahafiraun ini untuk menjadi Pencacai Yahudi yang baru.


Persoalan yang bermain disini ....apa kah yang di bincang diantara Zahid dan Ehud Barak? dalam alasannya pula katanya dia berbincang untuk mencari jalan menyelesaikan konflik antara Israel - Palestin tapi kenapa dia pulak yang kena pergi berunding bukan Anifah Aman sedangkan Anifah Aman adalah Menteri Luar dan Dia hanya Menteri Pertahanan?


Adakah kerana nak dapatkan tips bagaimana nak bunuh rakyat malaysia lagi?


Bagaimana boleh Zahid pergi berbincang dengan musuh - musuh islam?


Adakah ini suatu pengkhianatan yang harus di tutup atau Pemuda UMNO yang yang dah buta mata siapa sebenarnya yang jadi Pengkhianat dan pembelot pada Bangsa dan Tanah Air?

UMNO bukan sahaja Khianat malah UMNO hari ini keliru pada diri mereka sendiri hanya kerana nak menjaga kepentingan geng - geng algojo

Pada ketika demonstrasi dan Himpunan solidariti buat Mendiang Teoh Beng Hock di adakan yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan kematian Mendiang maka Muncul lah Ketua Geng Algojo United Malays National Organisation Bahagian Ampang serta membawa seramai 50 orang penyokong - penyokong Beruk Afrika berhimpun untuk membantah Siasatan Ke atas SPRM sambil melaungkan - laungkan Slogan Jangan jadikan Malaysia Republik’
DAP, PKR, PAS prejudis, SPRM jadi mangsa’ persoalannya di sini apa "kejadah" mereka berhimpun untuk menyokong kezaliman yang telah di lakukan oleh SPRM


[2207-umnoampang-protest-1.jpg]



Tapi Walau apa pun tindakan yang di lakukan oleh Ketua Geng Algojo ini bersama - sama Beruk - beruk Afrikanya segala nya amat jelas UMNO berada dalam keadaan serba salah.Masih ingat kah lagi kita dengan pada ketika Pemilihan Agung UMNO apabila SPRM campur tangan dalam isu Rasuah mereka bangun dan mencaci - cerca SPRM yang mahu membanteras Rasuah yang berakar Umbi semasa pemilihan tersebut,Masih Ingat kah lagi?

[sprm.jpg]

Tapi Hari ini?


UMNO bukan sahaja khianat malah menyiksa dan menzalimi bangsa sendiri,oleh itu tak payah lah Pemuda UMNO nak terlompat - lompat menyalahkan Anwar Ibrahim kerana Pemuda UMNO patut cermin dan diri sendiri siapa yang yang jadi Pengkhianat dan Pembelot kepada Bangsa dan Tanah Air.

Thursday, August 6, 2009

-SPRM salah satu strategi BN melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..


Najib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor bersama puak2 Umno dan BN dibelakang..

Umum mengetahui, SPRM memang hyper agresif menyerbu pejabat exco-exco Pakatan Rakyat dalam menjalankan siasatannya. Perkara tidak ada perlu diada-adakan..

Nak Tanya???

Kenapa beberapa pemimpin BN Selangor yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?
1) Di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008, wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?
2) Kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion,
3) Lawatan Khir Toyo ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
4) dan Banyak Lagiii.................

Laaa… HAIRAN!!!!!

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM?
Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Hakikatnya???

Setiap hari SPRM ditekan oleh puak-puak BN untuk mencari dan mengada-adakan kes-kes yang menglibatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..

Sekiranya beberapa Exco Pakatan Rakyat Selangor didakwa. Ini akan melemahkan fokus exco berkenaan dalam menjalankan tugas mentadbir kerajaan Selangor.. Masa dan wang ringgit exco yang didakwa terpaksa dihabiskan untuk urusan Mahkamah.. Fikiran pun bertambah berat..

Contoh terdekat adalah apa yang berlaku pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan liwat kali kedua.. Tanggungjawab selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Keadilan sering terganggu disebabkan urusan Mahkamah..
Puak2 BN akan mensensasikan berita-berita negatif terhadap kerajaan Selangor.
Mereka mahu merampas Selangor Pada PRU ke-13.. Ada juga pemimpin Umno dah berkira-kira nak merampas kerajaan Selangor secepat mungkin macam di Perak..

Alahai.. Macam2 strategi kotor puak-puak BN ni.. Doakan lah supaya Allah melindungi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.. Amin..

-Tragedi Teoh Beng Hock – ke mana perginya falsafah Rukunegara?

Banyak persoalan yang timbul ekoran tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock dan keluarganya. Akan tetapi soal pokok yang perlu dijawab ialah, Bagaimanakah ianya boleh berlaku dalam satu masyarakat yang sepatutnya komited kepada mendukong Rukunegara?

Rukunegara diisytiharkan pada Ogos 31, 1970 dengan penuh azam dan tekad bahawa kita akan berusaha bersama membina satu Bangsa dan Negara yang akan menjadi kebanggaan semua warga Malaysia.

Rukunegara adalah satu wawasan yang dilahirkan akibat peristiwa gelap dalam sejarah negara kita. Ianya merupakan satu usaha murni bagi mengatasi sikap dan prasangka perkauman yang terpendam dalam masyarkat pada masa itu.

Pemerintah dan rakyat jelata berikrar akan berpandu kepada kepercayaan dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukunegara.

Penerimaan dan pengamalan Rukunegara dalam kehidupan seharian kita merupakan satu ‘kontrak sosial’ bagi menyatupadukan rakyat ke arah mencapai kemajuan dan kejayaan yang mantap dan cemerlang.

Kesimpulannya, Rukunegara merupakan satu wawasan untuk membina semangat kenegaraan dan kekitaan yang berlandaskan dan dibimbing oleh satu sistem nilai yang dikongsi [shared common values].



Ianya melambangakan komitmen setiap warga untuk menguruskan kehidupan seharian -- baik dari cara pemikiran dan lebih lebih lagi dari sudut tingkahlaku dan geraklangkah kita.

Sejak tahun 1970, hampir empat generasi warga telah menghafal dan melafazkan prinsip-prinsip Rukunegara. Malangnya, selepas 39 tahun Rukunegara diistiharkan, masyarakat kita masih menunjukkan tanda-tanda kurang mendukong kepercayaan dan prinsip-prinsipnya!

Di mana hilangnya Rukunegara?

Saya yakin Saudara Teoh Beng Hock sendiri telah menghafal dan melafazkan Rukunegara. Akhirnya ianya tiada hikmah kepada mendiang!

Adakah pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini benar-benar mendukong atau mengamalkan prinsip- prinsip Rukunegara?

Adakah SPRM sebagai institusi negara yang berwibawa mendukong prinsip ‘Kedaulatan Undang Undang’ dalam mengendalikan kes ini? Adakah pegawai SPRM mendukong prinsip ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan menghormati hak asasi Teoh ketika menjalankan sesi soal siasat yang berterusan selama lebih 10 jam?

Ahli-ahli Lembaga Penasihat SPRM yang hanya senyap sahaja tanpa menunjukkan keprihatinan terhadap rasa sangsi umum atas kematian Teoh, serta keengganan mereka untuk meletak jawatan sebagai tanda protes menimbulkan rasa ragu-ragu kita.

Adakah mereka telah meluluskan ‘Standard Operating Procedure’ yang digunakan oleh SPRM dengan berpandukan kepada Rukunegara untuk ‘memelihara satu cara hidup demokratik’. Prinsip Rukunegara manakah menjadi ilham kepada ahli-ahli Lembaga Penasihat SPRM dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan?

Di mana ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan…"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak menjangka ia nak terjun dari bangunan tu." Adakah ini sesuatu yang beradab atau berperikemanusiaan? Bukankah Menteri itu sendiri telah lupa kepada prinsip Rukunegara dengan membuat kesimpulan sebelum diketahui hasil siasatan?

Di manakah prinsip menghormati ‘Kedaulatan Undang Undang’ apabila parti-parti politik dan para politikus mengambil kesempatan untuk mengetengahkan kepentingan puak sendiri dalam kes yang masih sedang disiasat? Keghairahan para politikus menggunakan upacara kenangan [memorial service] Teoh untuk berkempen bagi pilihanraya umum akan datang adalah sangat mengecewakan.

Apakah keuntungan dalam arena politik lebih penting dari menentukan kebenaran melalui proses perundangan yang dipandu oleh Perlembagaan? Kalau diikutkan semangat Rukunegara, tentunya politik tidak dilebihkan berbanding dengan nilai sebuah nyawa.

Apakah prinsip yang digunakan oleh penulis blog bagi mengeluarkan pendapat tanpa maklumat yang kukuh?

Mungkin alasan mereka adalah kehilangan keyakinan terhadap institusi awam negara. Apa juga alasan, tingkahlaku mereka dalam menimbulkan syak wasangka berasaskan perkauman tidak dapat diterima di sisi lunas-lunas Rukunegara.(1)

Dimanakah hilang komitmen kepada Rukunegara apabila pengarang Berita Minggu pada Julai 19 menulis:“Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?" Bukankah institusi negara milik semua warga Malaysia dan bukan milik satu kaum tertentu?,

Bukankah tujuan Rukunegara bagi ‘mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya …’ dipinggirkan apabila media massa merangka tragedi ini dengan menggunakan kacamata etnik?

Apakah niat bekas Perdana Menteri yang mengambil kesempatan ini untuk mengenepikan isu semasa tragedi Beng Hock dengan kenyataannyaOrang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.” Sebagai seorang pemimpin negara yang disanjung tinggi, beliau seharusnya beringat kepada Rukunegara, menenangkan suasana dan memupuk perpaduan; bukan bertindak untuk memecahbelahkan lagi masyarakat .

'Kepercayaan kepada Tuhan' ... Agama manakah yang mengajar kita menjadi wira kaum masing-masing ? Agama manakah yang memhalalkan kita bertindak secara tidak ber perikemanusian ?

Rumusan

Kini masyarakat kita mengalami satu krisis nilai. Dimanakah hilangnya nilai-nilai murni dan sejagat yang sentiasa dilafazkan?

Punca krisis ini adalah kita semua telah lupa akan asal-usul dan pengertian Rukunegara sebagai satu sistem nilai kemasyarakatan yang harus didukong dan diamalkan oleh setiap warga, pada setiap masa.

Keghairahan permainan politik yang ‘kotor’ oleh semua pihak yang terlibat telah mengakibatkan kita lalai dan lupa prinsip-prinsip Rukunegara.

Kita perlu mengatasi politik picisan dan sebaliknya mengawal naluri ‘primordial’ masing-masing dalam menangani apa jua isu semasa.

Kita perlu berbalik kepada Rukunegara serta melipatgandakan usaha untuk memupuk kepentingan bersama sebagai Anak Bangsa Malaysia.

Akhir kata, penghargaan yang tidak terhingga adalah kepada jiran keluarga Teoh, dari semua suku kaum, yang menghadiri upacara pengkebumian Saudara Beng Hock. Mereka datang dengan hati yang ikhlas bagi memberi takziah dan penghormatan terakhir kepada satu insan Anak Bangsa Malaysia. Mereka hadir, bukan untuk menonjolkan politik, ideologi atau prasangka perkauman. Mereka hadir hanya untuk menghulurkan empati.

Semua warga Malaysia harus mencontohi jiran keluarga Teoh sekiranya kita betul-betul hendak merealisasikan matlamat asal Rukunegara, seperti yang dihasratkan oleh generasi masyarakat 1970-an.

-10 pegawai SPRM berada di pejabat ketika Teoh Beng Hock mati : Kebenaran akhirnya terbarai jua




Akhirnya Siasatan awam (Inkues) kematian Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan terdapat 10 pegawai SPRM di pejabat pada hari Teoh terbunuh 16 Julai lalu di jatuh dari pejabat SPRM Plaza Masallam seksyen 9 Shah Alam, Mereka termasuklah seorang pegawai kanan SPRM Selangor.



Gobind Singh peguam bagi pihak keluarga Teoh pula berkata, sampel DNA yang diambil pada dua aktivis DAP tidak sepadan dengan sampel DNA yang ditemui pada jaket dan talipinggang Teoh.



jadi maknanya itu DNA siapa? apasal bangang sangat si penyiasat,takkanlah aktivis DAP itu nak membunuh Teoh Beng Hock sedangkan dia tiada di situ.Jadi hari tu ada 3 DNA lelaki misteri telah di temui pada jacket dan tali pinggang mangsa,nak cerita apa lagi? nak terangkan apa lagi,pegawai SPRM yang sepuluh orang berada ketika Mendiang mati,tunggu apa lagi siasatlah,ambil DNA mereka dan jangan nak selindungkan si penjenayah hanya kerana atas arahan bodoh dari ketua -ketua geng algojo UMNO.kalau dah Jacket di temui pada bahagian teersebut sudah tentu adalah si jahanam yang "menjulurkan" kan tubuh mangsa keluar tingkap dan mengugut mangsa atas kesalahan yang tak pernah di lakukan.







Telah berulang kali saya nyatakan bahawa inisemua ada hubungkait dengan teori raja petra



Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut

SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah.


Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya.


Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.











Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.


SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana UMNO menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.





Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia.


Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Selepas ini kita akan lihat apa si jahanam - jahanam macam agenda daily ,utusan merapu,berita hairan mahupun tv3 suku nak putar belit cerita lagi,3 DNA dah temui,pegawai SPRM dah di sahkan berada di tempat di mana dan di kala Beng Hock mati di bunuh,jadi tunggu apa lagi...

jangan nak selindungkan si pembunuh yang " sebenar " mengapa mereka bunuh beng hock,dan siapa yang beri arahan,tapi kita tahu arahan tentu lah ketua geng algojo UMNO/BN

Tangkap pembunuh ! Tangkap Pesalah ! Dakwa Pesalah !

Takbir !!!!! Allah hu akbar...Reformasi !!!!

Tuesday, August 4, 2009

-Siapa punya kereta?? Musa Hassan sila ganti..


Siapa punya kereta?? Kesian betul!!!
Tuntut ganti rugi kat Musa Hassan.

Cermin depan pecah...
Musa Hassan akan cakap peserta Himpunan ISA mengamuk dan pecahkan cermin kereta tu.



Musa Hasaan akan cakap ini adalah Air Tin Milo..
Bukan kelongsong Gas Pemedih Mata Hadiah buat Rakyat..
Atau Itik tergantung dalam kereta tu yang pecahkan??

"Kiranya Peserta Himpunan dibenarkan ke Istana Negara secara aman Pasti tidak akan berlaku
kecederaan, kedai dan restoran rugi kerana terpaksa tutup mahupun kerosakan harta benda.."


-Patutnya FRU dan Polis beri laluan, Taklah huru-hara..

KENYATAAN AKHBAR
2 Ogos 2009

KETUA POLIS NEGARA PERLU MELETAKKAN JAWATAN ATAS TINDAKAN GANAS TERHADAP PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Lee Khai Loon, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis yang menghalang perhimpunan Mansuhkan ISA yang aman pada Sabtu lalu. Pihak polis telah menangkap 589 orang termasuk 40 wanita dan 44 remaja. Tindakan polis bukan sahaja tidak memainkan peranan yang memberikan perlindungan kepada rakyat jelata malah bercanggah dengan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.
“Pihak polis tidak professional serta tidak mengetahui menjaga ketenteraman awam. Jika bilangan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai, water canon yang disediakan serta penutupan jalanraya utama, mengapakah pihak polis tidak berusaha serta berunding dengan pihak penganjur untuk menjaga ketenteraman awam dengan berkesan?
“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”

Lee juga menyatakan bahawa pihak polis telah kehilangan integriti untuk menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya tumpu dalam menjaga keselamatan masyarakat yang kian bahaya dan bukannya menindas rakyat yang mengambil bahagian dalam himpunan! Pihak polis seharusnya neutral dalam tidak melibatkan diri dalam kepartian.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia merakamkan terima kasih dan perhargaan kepada semua rakyat yang hadir perhimpunan itu. Walaupun kerajaan Barisan Nasional dan pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan tersebut, tetapi Himpunan Mansuhkan ISA telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat untuk menghantarkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Pehimpunan tersebut amat menyentuh hati kerana saling membantu di kalangan orang ramai yang tidak mengambil kira kaum apabila diserang oleh tembakan pemedih mata dan meriam air. Rakyat telah menujukkan kematangan dan rasional dalam menyampaikan mesej mereka.
Akhir sekali, AMK menggesa Ketua Polis Negara, Musa Hassan patut bertanggungjawab atas tindakan ganas terhadap perhimpunan tersebut. Beliau juga harus memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia serta meletakkan jawatan beliau supaya kredibiliti Polis Di Raja Malaysia boleh diperbaiki.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Sunday, August 2, 2009

-Pedih... Sakit.. Ditangkap.. Tak akan Patah Semangat..

UTUSAN MELALOK : 589 sertai demonstrasi ditahan.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.

Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. ''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi.

Sebahagian AMK Shah Alam yang turun Himpunan Mansuhkan ISA turut ditangkap.

Seramai 8 orang AMK Shah Alam ditangkap Pasukan Gerakan Am berhampiran SOGO pada pukul 5:00 petang di bawa ke Balai Polis Dang Wangi kemudian dipindahkan ke Markas FRU Cheras. Kami dibebaskan pada lewat malam.

Terima Kasih kepada Pimpinan Keadilan Shah Alam dan kawan2 yang bertanya khabar serta berusaha membebaskan kami. Terima Kasih juga kepada YB Sivarasa yang turut ditangkap kerana bertanya khabar kepada kami di dalam Pusat Tahanan FRU serta berusaha membebaskan kami.

Semangat Rakyat membela mangsa Tahanan ISA VS FRU bersenjata Kimia

Disini saya post beberapa gambar yang sempat dirakam. Banyak lagi gambar akan menyusul.


Semangat Rakyat membela tahanan ISA.


FRU siap sedia.


Kami bersama YB Zuraida selepas diserang oleh water cannon.


Anak kecil pun di tembak gas pemedih mata/sesak nafas.


Sedih melihat Adik ni ditembak water cannon.. Membuatkan semangat peserta bertambah menyala dan bengang.


Rakyat ditembak lagi..


Mara ke Istana Negara.


Selepas diserang di Istana Negara setengah mati.. Para pejuang berkumpul semula di Sogo..


Bersama sebahagian rakan2 AMK Selangor. Sebelum Berkumpul semula di Sogo selepas serangan gas dan water cannon tak henti2 oleh FRU memecahkan sekejap para peserta.


Sebahagian AMK Shah Alam, Selepas ditembak water cannon, terus mara dan berusaha ke Istana Negara..


Maju semula ke Istana Negara..


Kasihan Polis diarah orang atasan..


Gambar Sebahagian AMK Shah Alam sebelum ditangkap oleh Pasukan Gerakan Am. Kami meluahkan pesanan dari Awek dan Isteri kami. Mana kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan??

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: