Friday, August 14, 2009

-Al-Fatihah..

Penyanyi Utama Rabbani Meninggal Dunia.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Asri juga selaku penyanyi utama Rabbani pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit sidang media program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.Menurut salah seorang anggota Rabbani, Asri Ubaidullah, Allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, kata anggota Rabbani itu. Sewaktu tiba di kompleks RTM pagi tadi, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadan .Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam.. Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, kira-kira jam 1 tengah hari .

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang Ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata, mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya."Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Arwah meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak.Asri menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

-Selangor terus maju.. Lagi Pelaburan hartanah di Shah Alam.

Selangor Bakal Bergelar Destinasi Hartanah Dan Pelaburan

Selangor bakal bergelar sebuah destinasi yang terkemuka serta menjadi tarikan pelaburan dan hartanah pada masa akan datang. Ini berikutan dengan sebuah lagi pembangunan pusat membeli-belah terunggul iaitu Setia City Mall di Bandar Setia Alam, Shah Alam.
Petang tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pinjaman berjumlah 315 juta ringgit bagi membiayai Kos Pembinaan Kompleks Membeli-Belah itu. Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di Setia Alam Welcome Centre, Shah Alam.

Perjanjian tersebut berlangsung antara S P SETIA Berhad dan Retail Investment Fund Asia (Arif), bersama CIMB BANK, Public Bank, dan Affin Bank.
Tan Sri Khalid berkata, dengan adanya pembangunan seperti ini, ia sebagai satu cara bagi menggalakkan dan menaikkan nama Malaysia sebagai sebuah destinasi hartanah untuk pelabur-pelabur antarabangsa dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Disamping itu, satu entiti swasta rakyat baru, Malaysia Property Incorporated (MPI) turut telah ditetapkan bagi meningkatkan tahap pelaburan asing dalam sektor hartanah.
Pembinaan itu dijangka selesai pada 2012.

Thursday, August 13, 2009

-KPI dan NKRA yang hebat dilaung-laungkan hanya ilusi dan ‘cakap-cakap kosong’ : En. Ezli Mashut; Ketua Penerangan AMK Selangor.

AMK Selangor Desak KPDNKK Proaktif Dan Aggressif Tangani Masalah Gula dan Keperluan Makanan Asas Rakyat Daripada Terus Berulang

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaakob bertindak proaktik dan aggressif dalam menangani masalah kekurangan gula dan keperluan asas makanan rakyat.

Krisis bekalan gula yang berlaku kini adalah episod ulangan apabila jalan cerita dan skripnya sama sahaja berlaku hampir saban tahun. Rakyat sudah bosan,muak dan jemu untuk berhadapan dengan episod ulangan ini. Apakah pihak kerajaan dan kementerian juga sudah mati akal dan tidak mampu menyelesaikan masalah ini ?.

Krisis bekalan ini menyusahkan rakyat keseluruhannya dan ianya juga menjejaskan ekonomi negara apabila para peniaga,pihak industri,IKS dan pengguna tetap tidak memperolehi bekalan pada kadar dan harga yang tetap. AMK Selangor merasakan beberapa langkah proaktif perlu dilaksanakan bagi memastikan langkah yang diambil tepat dan mampu membendung masalah berulang ini berlaku.

AMK Selangor menggesa pihak KPDNKK sentiasa memastikan tidak berlaku krisis bekalan ini berulang dan mengambil langkah awal dan tindakan susulan yang pantas untuk mengimbangi dan membetulkan permintaan dan penawaran dalam pasaran. Malahan pintu-pintu sempadan perlu diperketatkan bagi memastikan tiada aktiviti penyeludupan ke negara asing. Pihak SPRM juga digesa memantau sempadan negara daripada sebarang unsur rasuah yang mungkin boleh berlaku yang menyebabkan aktiviti penyeludupan ini sukar dikawal dan dibanteras.

Jika masalah kekurangan gula dan bahan makanan asas ini gagal diatasi. Maka AMK Selangor mendesak agar penarafan Indeks Pencapaian (KPI) Menteri dan kementerian terlibat dinilai sebagai gagal jika tidak mampu untuk menyelesaikan masalah berulang ini. Dengan penarafan gagal ini,maka diharap satu rombakan besar-besaran boleh dilakukan bagi memastikan krisis kekurangan ini dapat diperbaiki dan diatasi.

Oleh, AMK Selangor berharap pihak kementerian dan agensi terlibat mencari pendekatan baru yang lebih baik dan sistematik bagi memastikan keperluan makanan rakyat dalam negara ini terjamin bekalan,kualiti dan harganya. Kita tidak mahu rakyat terus dibebani dengan kekurangan dan kenaikan harga yang berlaku berlipat kali ganda sedangkan kuasa beli rakyat keseluruhannya semakin menurun.

Kegagalan pihak kerajaan menangani masalah ini hanya menggambarkan tahap tadbir urus kerajaan yang sangat lemah dan tidak mampu memberi kebajikan dan keselesaan kepada rakyat. Kerajaan perlu mempunyai sifat empati dan memahami masalah serta nasib rakyat yang terus-menerus dibebani dengan kekurangan dan kenaikan harga barangan.
Kita pasti teori domino atau berantaian akan berlaku apabila sesuatu harga barang asas naik akan memberi kesan kepada bahan-bahan makanan lain. Rakyat juga yang menanggung kesan buruknya yang selama ini tertekan dengan kenaikan yang berlaku sebelum ini.Kerajaan seolah-olah lepas pandang dan bersikap acuh-tidak acuh memandang masalah ini sebagai kes remeh dan terpencil.

AMK Selangor mempersoalkan ke mana keberkesanan dan effektifnya pakej rangsangan ekonomi negara sedangkan masalah kekurangan dan kenaikan bahan makanan terus-menerus menghantui keselesaan dan kebajikan rakyat. AMK Selangor tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan besar daripada pihak yang memonopoli dan menguasai komoditi makanan utama negara.

Akhirnya,AMK Selangor mengulangi ketegasan agar kerajaan segera mengakhiri krisis bekalan gula dan juga makanan asas lain daripada berlaku saban tahun. Jika berlaku lagi masalah ini, maka jelas terbukti KPI dan NKRA yang hebat dilaung-laungkan hanya ilusi dan ‘cakap-cakap kosong’ semata-mata dan ia jelas gagal untuk mewujudkan tadbir urus kerajaan yang cekap dan efisien.

AMK Selangor berharap kerajaan agar bertindak segera kerana kini rakyat satu Malaysia dalam keadaan tertekan dan merana.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan
AMK Selangor

-Muhyidin dan UMNO sebenarnya Pengkhianat : En. Fariz Musa; Timb. Ketua AMK Pusat.

Muhyidin Pengkhianat : Pemuda UMNO Jangan Jadi Bodoh dan Bacul !

Saya terpanggil untuk membuat kenyataan berkaitan kenyataan TPM Muhyidin Yasin dengan melabelkan "Anwar Pengkhianat" . Kebaculan Muhyidin telah disambut dengan gegak gempita oleh media rejim UMNO dan pencacai-pencacai serta penjilat UMNO terutama Pemuda UMNO Johor , negeri kelahiran Muhyidin Yasin . Sewaktu berada di Kota Tinggi kerana menghadiri jemputan ceramah di sana , terdapat banyak pemidang sokongan terhadap Muhyidin Yasin oleh Pemuda UMNO Johor berkaitan isu tersebut .

Kenyataan Muhyidin adalah berbentuk populis yang pastinya akan menikam diri sendiri dan UMNO terutamanya . Keghairahan Muhyidin adalah dilihat sebagai serangan berbentuk peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengkaitkan dengan pengkhianatan kepada Melayu . Sehingga Muhyidin lupa bahawa rakyat umum mengetahui bahawa pengkhianat kepada Melayu sebenarnya ialah UMNO . UMNO yang bertopengkan Melayu mempergunakan kedudukan dan kuasa mengkhianati Melayu .

Saya cabar Pemuda UMNO Johor supaya bertanya kepada Muhyidin , sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1981 apa yang telah beliau lakukan terhadap tanah-tanah orang Melayu ? Kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura . Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan empangan yang setinggi 193 meter tersebut tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya dan dikawal rapi oleh Angkatan Tentera Republik Singapura . Sekiranya Kerajaan Singapura ingin menghancurkan rakyat , dengan memecahkan empangan tersebut Kota Tinggi dan Bandar Tenggara akan ditenggelami air .

Pemuda UMNO jangan menyalak tidak tentu pasal . Hendak perpayung di bawah seorang TPM yang merupakan pengkhianat kepada orang Melayu Johor terutamanya . Apakah jasa yang boleh dihitung dan disebut oleh Pemuda UMNO Johor kejayaan Muhyidin sebagai MB Johor dan Menteri selama ini ? Terlalu banyak pengkhianat yang dilakukan kepada Melayu terutama rakyat Johor sehingga sanggup menjual lot-lot tanah kubur kepada rakyat Singapura dengan harga puluhan ribu ringgit . Hendak dibandingkan Anwar sewaktu menjadi Menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri dengan pelbagai program pembasmian kemiskinan , mempertingkatkan ekonomi melayu , program-program untuk rakyat termiskin , mempertingkatkan pendidikan bangsa dan memfokuskan peningkatan orang-orang Melayu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun .

Apa yang Muhyidin lakukan ? Sekiranya Pemuda UMNO sudah lupa , bermakna betul kata Muhyidin " UMNO perlu disekolahkan semula ".
Muhyidin cuba menutup kegagalan beliau dengan kekalahan di Manek Urai yang sangat memalukan UMNO . Tugasan pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang meletakkan beliau diperlekehkan . Kehebatan dan kekuatan Anwar benar-benar ditakuti oleh Muhyidin dan UMNO . Sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bersifat serangan peribadi membuktikan UMNO sudah kehilangan punca dan isu . Najib dan Muhyidin tidak mampu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO kerana terbukti UMNO adalah pengkhianat Melayu dan 1 Malaysia ! Kata dulang paku serpih !

-UMNO prejudis perkauman : YB Amirudin Shari; Naib Ketua AMK Pusat; ADUN Batu Caves

Kenyataan Media
11 Ogos 2009

Umno-BN Pengkhianat Rakyat Malaysia Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan selama lebih 30 tahun, Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Umno telah merosak dan menghancurkan sistem kenegaraan Malaysia yang telah menyebabkan masyarakat dicorak menjadi kebingunggan. Institusi penting Negara seperti Mahkamah, Parlimen dan Pentadbiran Negara telah digodam dengan kerakusan dan nafsu politik tidak bertamadun BN.

Mahkamah yang merupakan paksi keadilan Negara disalah guna dalam beberapa kes untuk kepentingan politik dan kelangsungan kuasa BN. Kes video Linggam, yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat sejak dua tahun lepas telah menunjukkan bagaiman hodoh dan rosaknya sistem kehakiman Negara. Natijahnya keadilan yang sewajarnya menjadi hak kepada sekalian rakyat begitu mudah dipermainkan apatah lagi jika ia melibatkan mereka yang mampu mempengaruhi dan membayar sebahagian hakim yang khianat dengan tanggungjawab mereka. Manakala Parlimen yang sewajarnya digunakan untuk wakil-wakil rakyat berdebat untuk kepentingan rakyat hanya menjadi pengangguk kepada keputusan eksekutif.

Gejala rasuah yang membarah dalam pentadbiran BN telah menjadikan berbillion wang Negara di rompak dengan menyelindungkanya atas nama komisyen, duit kopi dan politik wang. Tambah kritikal dengan konsep perkongsian BN yang penuh dengan prasangka dan prejudis perkauman antara satu sama parti komponen dan telah dilaungkan setiap kali ada masalah besar yang gagal diselesaikan oleh BN. Prejudis perkauman yang disemai telah menyebabkan rakyat dipandu untuk memilih secara emosional dan gagal membeza antara kebaikan dan kejahatan.Paling terkini apabila jelas rakyat mahukan undang-undang zalim ISA dihapuskan, sekonyong-konyong isu perkauman ditiup dan mula menuduh pimpinan pakatan rakyat sebagai pengkhianat melayu dan agen asing.

Setelah badai dan gelora 8 Mac menampar BN nampaknya mereka bukan mahu berubah sebaliknya terus membakar politik perkauman sempit yang bukan hanya menghancurkan ras-ras tertentu sahaja tetapi memusnahkan citra dan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat.

Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
ADUN Batu Caves

Wednesday, August 12, 2009

-Anwar challenges Najib to choose 1 Malaysia or racist propaganda..

Anwar challenges Najib to choose 1 Malaysia or racist propaganda

Tuesday, 11 August 2009 23:18
By Asrul Hadi Abdullah Sani and Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim today challenged Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to decide if he wanted the country to be based on his 1 Malaysia concept or one which promoted a racist agenda.

The Opposition Leader, who has been accused by Umno of being a traitor to the Malays, said that Najib had to stop the race rhetoric being employed against him or risk 1 Malaysia becoming cheap propaganda.

“On the one hand Datuk Seri Najib talks about 1 Malaysia but at the same time Umno media and supporters were instructed to play up the issue of Malay interests and that I am a traitor to the Malays,” he said.

Umno leaders and Utusan Malaysia have become more strident in their remarks in what is a palpable attempt to shore up its position as the defender of Malay interests.
The DAP has been the subject of heavy bombardment of late, with Umno and Utusan accusing the Pakatan Rakyat (PR) party of being anti-Malay and anti-Malay rulers.

Last week, Tan Sri Muhyiddin Yassin also accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of being a traitor of the Malays, and despite the threat of a RM100 million lawsuit, the deputy Umno president has refused to retract his remarks or apologise. Anwar said today he had no interest in participating in a personal dispute with the deputy prime minister and wanted to instead engage in terms of policies.

He said that this was not the first time that Umno had tried to target him and believes that this new attempt to discredit him is clear evidence that Umno was desperate.

Monday, August 10, 2009

-BN peralatkan SPRM untuk rampas Selangor...

SPRM Harus Adil Siasat Kerajaan Pakatan Dan BN

TV Selangor : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu cekap dan bertindak pantas memantau dakwaan kes salah guna peruntukan Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.



Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bagaimanapun mempersoalkan mengapa SPRM tidak bertindak demikian ke atas ADUN Barisan Nasional yang telah dilaporkan menyeleweng.

Katanya, beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan Adun Barisan Nasional yang membelanjakan peruntukan dalam masa dua bulan pada pilihanraya umum lepas, tetapi sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan.

“Kita mempertikaikan ketelusan SPRM mengambil tindakan untuk menyemak perbelanjaan-perbelanjaan pejabat adun Selangor, mengapa dalam isu ini Nampak SPRM begitu cekap dan cepat bertindak, sedangkan kita pernah komplen dulu bagaimana adun-adun BN membelanjakan peruntukan 500 ribu tak sampai dua bulan sedangkan itu peruntukan setahun,” katanya.

Yaakob mengulas tindakan SPRM menyiasat dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.Semalam lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan kemudian membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang untuk mendapatkan beberapa baucer pembayaran yang dilakukan.

Katanya, SPRM sepatutnya perlu adil dan telus dalam tindakan mereka dan bukan menunjukkan kecekapan mereka kepada sebelah pihak sahaja
“Ada adun yang tidak bertanding seperti ketua pemuda umno sekarang, tak bertanding tetapi habis peruntukkannya, kenapa isu ini tak diambil tindakan dengan begitu cekap oleh SPRM, tapi dalam isu kerajaan negeri Selangor nampaknya dia ambil tindakan begitu cepat sekali, jadi ini yang kita persoalkan,” katanya.

Menurut Yaakob, perbelanjaan peruntukan DUN kerajaan negeri Selangor dilakukan dengan berhikmah dan segala urusan keluar masuk duit dipantau oleh pegawai khas yang ditugaskan.
Beliau menyifatkan SPRM telah dipergunakan oleh pihak tertentu sebagai strategi untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat..

HARAPAN..

Pada Exco dan Adun Pakatan Rakyat tak payah nak takut strategi UMNO/BN ni.. Yang penting terus Fokus mentadbir Selangor ini dengan baik.. Rapatkan Parti dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor..

Juak-Juak Umno dalam pentadbitan kerajaan Selangor perlu dipantau pergerakan mereka. Dikhuatiri ada tali barut dalam Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Beri kepercayaan pada anggota Parti yang layak dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Perkukuhkan parti dan Gabungan Pakatan Rakyat..

"HIDUP KETUANAN RAKYAT'

-Melayu tak Pecah tapi beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat bersama Semua kaum di Malaysia..

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009

Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.

Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat. Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu. - Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu? - Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama? - Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno. AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat.

Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Memang benar UMNO yang akan karam bersama BN.. Melayu tidak berpecah sebaliknya beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat malah bersama semua kaum di Malaysia..

"HIDUP KETUANAN RAKYAT'

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: