Thursday, August 13, 2009

-Muhyidin dan UMNO sebenarnya Pengkhianat : En. Fariz Musa; Timb. Ketua AMK Pusat.

Muhyidin Pengkhianat : Pemuda UMNO Jangan Jadi Bodoh dan Bacul !

Saya terpanggil untuk membuat kenyataan berkaitan kenyataan TPM Muhyidin Yasin dengan melabelkan "Anwar Pengkhianat" . Kebaculan Muhyidin telah disambut dengan gegak gempita oleh media rejim UMNO dan pencacai-pencacai serta penjilat UMNO terutama Pemuda UMNO Johor , negeri kelahiran Muhyidin Yasin . Sewaktu berada di Kota Tinggi kerana menghadiri jemputan ceramah di sana , terdapat banyak pemidang sokongan terhadap Muhyidin Yasin oleh Pemuda UMNO Johor berkaitan isu tersebut .

Kenyataan Muhyidin adalah berbentuk populis yang pastinya akan menikam diri sendiri dan UMNO terutamanya . Keghairahan Muhyidin adalah dilihat sebagai serangan berbentuk peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengkaitkan dengan pengkhianatan kepada Melayu . Sehingga Muhyidin lupa bahawa rakyat umum mengetahui bahawa pengkhianat kepada Melayu sebenarnya ialah UMNO . UMNO yang bertopengkan Melayu mempergunakan kedudukan dan kuasa mengkhianati Melayu .

Saya cabar Pemuda UMNO Johor supaya bertanya kepada Muhyidin , sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1981 apa yang telah beliau lakukan terhadap tanah-tanah orang Melayu ? Kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura . Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan empangan yang setinggi 193 meter tersebut tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya dan dikawal rapi oleh Angkatan Tentera Republik Singapura . Sekiranya Kerajaan Singapura ingin menghancurkan rakyat , dengan memecahkan empangan tersebut Kota Tinggi dan Bandar Tenggara akan ditenggelami air .

Pemuda UMNO jangan menyalak tidak tentu pasal . Hendak perpayung di bawah seorang TPM yang merupakan pengkhianat kepada orang Melayu Johor terutamanya . Apakah jasa yang boleh dihitung dan disebut oleh Pemuda UMNO Johor kejayaan Muhyidin sebagai MB Johor dan Menteri selama ini ? Terlalu banyak pengkhianat yang dilakukan kepada Melayu terutama rakyat Johor sehingga sanggup menjual lot-lot tanah kubur kepada rakyat Singapura dengan harga puluhan ribu ringgit . Hendak dibandingkan Anwar sewaktu menjadi Menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri dengan pelbagai program pembasmian kemiskinan , mempertingkatkan ekonomi melayu , program-program untuk rakyat termiskin , mempertingkatkan pendidikan bangsa dan memfokuskan peningkatan orang-orang Melayu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun .

Apa yang Muhyidin lakukan ? Sekiranya Pemuda UMNO sudah lupa , bermakna betul kata Muhyidin " UMNO perlu disekolahkan semula ".
Muhyidin cuba menutup kegagalan beliau dengan kekalahan di Manek Urai yang sangat memalukan UMNO . Tugasan pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang meletakkan beliau diperlekehkan . Kehebatan dan kekuatan Anwar benar-benar ditakuti oleh Muhyidin dan UMNO . Sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bersifat serangan peribadi membuktikan UMNO sudah kehilangan punca dan isu . Najib dan Muhyidin tidak mampu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO kerana terbukti UMNO adalah pengkhianat Melayu dan 1 Malaysia ! Kata dulang paku serpih !

1 comment:

Anonymous said...

Saya berasal dari Johor Bahru. Sewaktu Muhyiddin masih menjadi Menteri Besar Johor, saya berada dalam Tingkatan 4. Waktu tu tahun 1986 [kalau tak silap saya].

Ketika itu ayah saya merupakan salah seorang Dato' Istiadat Istana Johor dan Pegawai Majlis Di Raja Johor.

Saya masih ingat lagi peristiwa Tuanku murka dengan Muhyiddin berkaitan isu tanah yang dijual kepada Singapore. Bahkan satu Johor Bahru telah diedarkan dengan gambar Muhyiddin memakai "Mahkota Kesultanan Johor" kerana dikatakan Muhyiddin ni macam nak jadi Sultan aje.

Tuanku sangat murka kepada Muhyiddin sehingga Muhyiddin nak dicampakkan ke dalam kandang anjing. Sampai begitu sekali Tuanku murka. Satu Istana Johor tahu kisah ni pada ketika itu.

Mujurlah Tun Mahathir cepat-cepat kutip Muhyiddin ke Federal dan gantikan calon pilihan DYMM Tuanku [Ghani Othman] sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Sampai la ni DYMM Tuanku enggan jumpa Muhyiddin.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: