Tuesday, November 3, 2009

-Juak UMNO takkan jemu cuba pecahkan PR..

Pimpinan Kerajaan Negeri Selar Noh Omar.



Shah Alam , 2 November 2009 - Tuduhan terbaru Umno-BN yang mendakwa Pas hanya menumpang gagasan Pakatan Rakyat dilihat berniat jahat.
Adun Hulu Klang Saari Sungib berkata pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat membentuk satu musyawarah yang menjadi nadi kepada gagasan kerajaan baru ini.
Beliau berkata demikian mengulas tuduhan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Noh Omar baru-baru ini. Noh Omar mendakwa Pas diketepikan dalam urustadbir kerajaan negeri.


“Itu adalah tidak benar sama sekali, kerana dari segi strukturnya Pakatan Rakyat ini wujud dari peringkat nasional, Pimpinan Tertinggi sentiasa mengadakan perbincangan dengan garis panduan serta panduan-panduan yang telah ditetapkan agar pemimpin Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri dan parti masing-masing di setiap negeri Pakatan Rakyat berjalan dengan baik,”katanya.


Saari melahirkan rasa kesal Umno-BN sentiasa mencari peluang untuk menghakis kepercayaan rakyat. Siri pergeseran pendapat antara pimpinan Pakatan Rakyat dijadikan peluru, namun Saari berkata ini harus dilihat sebagai proses mematangkan gagasan kerajaan alternatif ini.
“Seramai 3 Adun Pas di Selangor menjadi Exco Selangor dan ini merupakan satu penghargaan kepada Pas.Ini juga merupakan satu semangat kesetiaan,kebersamaan yang di tunjukkan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor,”jelasnya.
Mengulas isu yang sama, Adun Taman Haniza Talha tidak menolak serangan ini bermotifkan politik.


Sebelum ini, ketua perwakilan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus ke Persidangan Umno ke-60 menggesa kerajaan pusat menyekat peruntukan kepada kerajaan negeri.
Abdul Shukor berkata Umno perlu menghentikan program pro-rakyat khususnya khairat kematian tajaan kerjaaan negeri.
“Saya lihat kenyataan Noh Omar itu seperti orang dah gila talak sebab Selangor telah berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat, sekarang ini dia akan menggunakan apa jua taktik tidak kiralah samada kenyataan rambang beliau atau apa-apa fakta untuk cuba mempengaruhi rakyat,”jelas Haniza.


Sementara itu, Adun Kinrara Teresa Kok yakin akar umbi Pakatan Rakyat lebih matang dan menyedari taktik provokasi Umno-BN.
“Dia hanya mahu mengapi-apikan Pakatan Rakyat, DAP ,PAS dan parti komponen yang lain. Noh Omar bukan dari kerajaan Pakatan ,dia hanya pandai komen sahaja dengan tujuan untuk mengasingkan PAS jauh lagi dari Pakatan Rakyat,”katanya.(ShakiraBuang-TvSelangor)

Kenapa Dr Asri yang ditangkap?

[USTAZ+asri.jpg]

Tindakan JAIS menangkap Dr Asri menimbulkan banyak tanda tanya.Adakah ia bertujuan untuk menjatuhkan Hasan Ali atau melagakan PAS dengan rakan PR? Menteri Besar Selangar sendiri telah mengarahkan JAIS memberikan penjelasan.

Sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.

Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Adakah ini satu petanda betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor? Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?

Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan Exco Agama, Dr Hasan Ali?


Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?
Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin

Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.
Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Inilah bahananya apabile Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi exco dan pergi duduk di bawah takhta. Exco adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi Exco dan bukannya “Wakil Kayangan”.

Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian
ini
. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.

Sultan Selangor Tidak Mengiktiraf Dato Hasan?

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa kenyataan umum berkaitan dengan perlaksaanan dan adminstrasi ISlam di Selangor hanya boleh dibuat melalui MAIS. Katanya lagi, di Selangor hanya lima badan kerajaan yang mempunyai kuasa ke atas perjalanan hal-ehwal agama yakni Tuanku Sultan, MAIS, JAIS, Mahkamah Syariah dan pejabat Mufti.

Yang menghairankan nama exco agama tidak langsung disebut dalam senarai mereka yang diiktiraf menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Juga, ia bermakna Dato' Hasan Ali sudah hilang hak beliau untuk membuat kenyataan berkaitan dengan perjalanan agama Islam di Selangor.


Dato Hasan selama ini sentiasa memberitahu bahawa beliau amat disukai oleh Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan amat rapat hubungannya dengan Dato Hasan.

Malahan, semalam, sewaktu saya bercakap dengan salah seorang kepimpinan pemuda di Selangor pun perkara yang sama ditekankan kembali kepada saya. Pemimpin pemuda tersebut berkata bahawa hubungan Dato Hasan dengan Tuanku Sultan amat rapat dan erat sekali.

Beliau menyanggah kata-kata saya bahawa Tuanku Sultan tidak pernah suka dan tidak pernah terfikir untuk melantik Dato Hasan sebagai Menteri Besar.

Raja Perta Kamaruddin, seorang kerabat yang hampir dengan Sultan Selangor dengan jelas memberitahu bahawa tiada harapan Tuanku Sultan Selangor mahu melantik Dato Hasan Ali sebagai MB dan menasihatkan Dato Hasan supaya jangan perasan.

Walaupun ada pendapat Raja Petra saya tak setuju dan saya sanggah. MAlahan sewaktu beliau ditahan ISA baru2 ini, pegawai2 penyoal beliau yang dah habis modal terpaksa printout dari blog saya yang satu lagi (
antiantihadeeth.blogspot.com) untuk mencari modal membantai Raja Petra Kamaruddin. (Saya tak redha pegawai2 penyiasat tu guna material dari blog saya dan saya tak halalkan)

Tapi, dalam perkara-perkara macam ni, saya percaya Raja Petra 100%. Dan Raja Petra tahu bahawa Tuanku Sultan Selangor ni TAK PERNAH suka dengan Dato Hasan Ali. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang perasan macam tu. Nah, sekarang ni terbukti.

Pergi tanya mana-mana AJK PAS Pusat, bila mesyuarat sikit2 "Tuanku hendak", sikit2 "ini kehendak Tuanku". Pendek kata kat Selangor ni, semuanya "Tuanku, Tuanku, Tuanku". Sekarang Dato Hasan kena "tungku".

Dato Hasan Guna Alasan Kehendak Istana di Dalam Isu Kuil S23

Di dalam isu ini, Dato Hasan telah berkata dalam mesyuarat exco bahawa beliau menentang pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Alasan yang digunakan oleh Dato Hasan Ali adalah ianya atas kehendak dan kemahuan Tuanku Sultan Selangor.

Walaupun pada hakikatnya, tidak mungkin Tuanku Sultan Selangor menitahkan sedemikian kepada Dato Hasan Ali kerana ianya seharusnya dititahkan kepada Menteri Besar Selangor. Kalau benar itu kehendak Ke Bawah Duli, nescaya Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan demikian kepada Menteri Besar sendiri dan bukannya kepada Dato Hasan Ali.

Hasilnya, sepanjang isu ini berlaku, Dato Hasan Ali senyap sunyi dan tidak langsung mahu membantu Khalid Samad walaupun selepas Khalid Samad diberikan ugutan bunuh oleh beberapa ahli UMNO yang tidak siuman itu.

Namun akhirnya, kita lihat sendiri, segala "pengorbanan" (ataupun perasan sahaja kot?) kepada Ke Bawah Duli telah dibalas dengan arahan bahawa beliau TIDAK DIIKTIRAF sebagai orang yang boleh membuat kenyataan berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Dengan kata lain, Dato Hasan cuma bertaraf "pekerja" sahaja dan bukannya pemimpin dalam isu berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Segala usaha Dato Hasan mempertahankan "kehendak" ke Bawah Duli dan juga membela pegawai2 kerajaan di Selangor telah dibalas dengan "cash" dengan arahan tidak-pengiktirafan DAto Hasan sebagai orang yang layak untuk membuat kenyataan di Selangor.

Eloklah Dato Hasan pertahan pegawai2 kerajaan yang UMNO sebelum ni. Nampaknya, dalam hal berkaitan dengan agama, taraf Dato Hasan di bawah Pengerusi MAIS, yakni seorang pegawai kerajaan.

Hai la Dato Hasan Ali. Agaknya dalam hati dia kata "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".

Orang yang dulu taat dengan Dato Hasan Ali seperti Khalid Samad dan Saari Sungip dibuang macam sampah. Semuanya demi untuk memastikan pentadbiran Selangor ini selaras dengan kehendak Melayu dan selaras dengan kehendak Ke Bawah Duli.

Nampaknya Tuanku Sultan Selangor tak pandang pun pengorbanan pacal yang hina bernama DAto Hasan Ali.


Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar exco yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.

Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah

Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.

UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.

Pengerusi PAC perlu saman ZAKI

[zaki+azmi.jpg]

Berikut adalah kenyataan media Ahli Parlimen Klang Charles Santiago di Parlimen pada 2hb Nov 2009 :

Apakah telah berlaku ke atas akauntabiliti? Kita fikir skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) ialah penipuan kewangan terakhir yang melibatkan berbillion-billion ringgit. Sekarang, laporan Ketua Audit Negara menunjukkan projek landasan berkembar elektrik antara Rawang dan Ipoh yang panjangnya 179km melibatkan kos lebihan besar lebih daripada RM1.3 billion.

Ini bukan cerita terakhir. Antara tokoh-tokoh yang terbabit dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Beliau ialah pengerusi dan pemegang saham terbesar dalam Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.Zaki telah dilantik ke kedudukan kehakiman tertinggi pada 21hb Okt 2008.

Zaki, juga terkenal sebagai peguam UMNO, masih berucap mewakili Emrail pada 21hb April 2007. Kemudian beliau dilantik sebagai hakim mahkamah persekutuan pada 5hb Sept 2007 dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 21hb Okt 2008.

Beliau dilaporkan berkata berikut oleh Bernama, “Kita telah menyiapkan projek Rawang-Ipoh dengan mencapai kepuasan kerajaan. Ingatkan Emrail ialah satu-satunya syarikat landasan bumiputra di Malaysia, kita berharap kerajaan akan mempertimbangkan kita bagi kerja-kerja landasan seperti projek Ipoh-Padang Besar dan juga Seremban-Gemas.”

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, Emrail Sdn Bhd adalah yang paling tidak effisien di antara 4 kontraktor projek tersebut kerana ia hanya menyiapkan 56.9% projek pada tarikh tamat 10hb Dis 2003.

Sekarang, kerajaan mungkin terpaksa menyerap sebahagian daripada kerugian RM1.14 billion yang diakibat oleh kelewatan pelaksanaan, tidak mengikut standard yang dikenakan dalam pembangunan infrastruktur sehingga infrastruktur tersebut tidak dioptimum sepenuhnya dan perolehan alat-alat lebihan.

Kita mempunyai jaminan daripada pengerusi jawatankuasa kira-kira wang awam Parlimen (PAC), Azmi Khalid, bahawa badan tersebut akan menyiasat Kementerian Pengangkutan dan kontraktor yang terlibat dalam kegagalan kewangan ini.

Sebelum PAC memulakan siasatan, rakyat mahu tahu siapa yang terlibat dalam projek ini. Peruntukan yang diberikan kepada kontraktor, nama ahli politik yang terlibat, syarat-syarat kontrak yang dikenakan dan alasan kukuh bagi kelewatan mesti didedahkan.

Kementerian Pengangkutan dan kerajaan adalah dalam keadaan terlantar kerana projek tersebut penuh dengan penyelewengan sejak permulaan. Sistem landasan berkembar tersebut, yang sepatutnya disiapkan pada 2002, telah ditangguhkan sehingga 2007.

Tiada keraguan kita boleh menyimpulkan projek landasan berkembar ini telah menyertai barisan PKFZ sebagai skandal kewangan mega yang didorong oleh ketamakan, kronisme, hubungan perniagaan dan politik yang kompleks dan pengurusan yang membinasakan.

Kedua-dua projek mega ini telah menyebabkan kerugian negara sebanyak RM14 billion ataupun setiap rakyat RM520. Ini tidak termasuk jangkaan kerugian sebanyak RM28 billion yang diakibatkan oleh perundingan terus dalam pemberian kontrak seperti yang dibongkarkan oleh akhbar The Star.

Tindakan keras dan hukuman yang selaras amat diperlukan untuk mendapat balik keyakinan rakyat dan pelabur.

Berharap masalah-masalah akan hilang jika diabaikan masa panjang tidak lagi berfungsi lagi.

Demikian, saya menggesa PAC menyokong cadangan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bahawa Kementerian Pengangkutan mendenda DRB-Hicom Bhd sebanyak RM80.88 million (RM164,727 setiap hari) untuk kegagalan menyiapkan projek landasan berkembar elektrik Rawang-Ipoh tepat masa dalam mesyuarat minggu depan.

Tambahan lagi, saya menggesa pengerusi PAC menyaman Zaki, bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, DRB-Hicom dan sub-kontraktor memberi penerangan kepada Parlimen.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menumpukan usaha dalam menyiasat kebocoran persekutuan yang menyinggungkan, bukan berpakat dengan ahli politik UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Charles Santiago
Ahli Parlimen Klang

Monday, November 2, 2009

Pemimpin Umno, PAS, PKR dan SIS Sokong Dr Asri!!!








Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.






Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sister In Islam, Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.


Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya.


"Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.


Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.


LSS*


Waah....hebatnya Dr Asri, beliau berjaya mengumpul pengikut dan peminat yang merentasi kepelbagaian idealogi dan fahaman politik. Penahanan Dr Asri berjaya menimbulkan simpati dari khalayak yang bukan sahaja dari tokoh agama, malah parti politik termasuk Pas, PKR dan Umno. Malah Zainah Anwar - pengasas SIS - pertubuhan yang pernah dibedal oleh Dr Asri pun datang memberi sokongan moral.

Tidak kiralah Dr Asri itu berfahaman Wahabi, Kaum Muda atau apa-apa fahaman, tetapi ketelusan dan keberaniannya memberikan pandangan agama menarik perhatian ramai orang. Harap Dr Asri terus begitu - neutral dan berani! Tidak perlulah masuk kandang Pas, PKR atau UMNO kerana ia akan membataskan ilmu yang disebarkan.

Sunday, November 1, 2009

-Bajet tiap tahun atas kertas aje!!!

BAJET (BELANJAWAN) 2010: IBARAT MINYAK DUYUNG PERENDANG DUYUNG.

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas. Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan etunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini.
Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?
Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.

Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.

Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.

Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.

Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.

Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.

Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka.

Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.

Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.

Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.
Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.

Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.
Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.
Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar.

Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.

Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.

Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?

Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.
Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.
Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat.
Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.
Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.

Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan.
Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.

“Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sebelum jatuhkan BN Jatuhkan Polis Dahulu







Sumber: Malaysian Today -Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian


Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diturunkan sebelum kita menurunan satu lagi regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengisytiharkan peperangan mereka kepada Polis.



Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.












Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najis Khaan



Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib(Mat Monggol) tidak dipenjarakan semuanya kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

top_criminals-1.jpg image by justice_fighter



Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.



Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.



Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perompak dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

Wak Botox akhirnya Merintih kecewa




SHAH ALAM - Krisis dalaman yang berlaku dalam Pas Selangor hari ini akibat terlalu mengikut telunjuk DAP yang dilihat lebih berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau, juga ketua Pembangkang Selangor berkata, tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu arak baru-baru ini, berteraskan prinsip perjuangan Pas tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada desakan DAP.

“Amat keterlaluan jika pemimpin Pas Pusat memecat Hasan atas sebab ini. Pas mempunyai asas perjuangan sendiri dan mereka diberi mandat untuk memerintah atas sebab agama dan bangsa, jadi jelas krisis dalam�an Pas sekarang ada kaitan dengan sekutu mereka (DAP),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar menyifatkan tindakan Pas Selangor yang seakan-akan merestui pemecatan Dr Hasan yang juga Exco Selangor sebagai bukti kelemahan kepimpinan parti itu di Selangor.

“Pas Selangor berdiam diri dan langsung tidak mempertahankan Hasan yang ditekan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Pas Selangor tiada kekuatan langsung,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching dipetik dalam satu portal berita online menegaskan DAP tiada masalah dengan Pas tetapi hanya bermasalah dengan Dr Hasan yang sering mengkritik keputusan Exco di akhbar sebelum berbincang dengan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata Nie Ching lagi, tindakan Pas Pusat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Hassan adalah sesuatu yang baik walaupun ia lambat dilakukan.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula menyifatkan tindakan mendesak pemecatan Dr Hasan jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya meletakkan kepentingan kuasa lebih dari segala-galanya sehingga sanggup meninggalkan asas perjuangan parti.


HAVE FUN BE A KAMBING




Katanya, Dr Hasan menjadi ‘kambing hitam’ oleh pemimpin Pas untuk mendapatkan sokongan semula ekoran kekalahan Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan penurunan ketara sokongan terhadap Pas oleh golongan bukan Islam.


“Saya bersimpati dengan krisis yang menimpa Hassan hanya kerana berjuang atas prinsip parti diperlakukan sebegini,” katanya.



woit!! kalau korang nak tau Wak Botox bukan simpati kat Hasan Ali tapi kecewa sebab plan nak pegang kunci pejabat MB dah hancuss!!! Plan rahsia dah terbongkar...kah..kah..kah....

Sebab yang Wak Botox kata ikut telunjuk DAP mungkin Pasal Wak Botox bengang pasal kena "Halau" dek Teng Chang Kim dari Dewan Undangan Negeri Selangor.Ini berita pun Tungang langang punya cerita..kah..kah..kah woitt!! Betul ke Razali Ibrahim cakap macam...sejak bila Razali Ibrahim turun Pangkat jadi Naib Ketua? apasal ? KJ dan turunkan Pangkat dia ke? Jahat Tul KJ tuh! Ni Bro...kalau orang dah kecewa macam - macam lah nak cakap...dulukan kepentingan Kuasa lah..itu lah...ini lah...sedangkan pada Realiti tu kecewa pasal tak leh nak pisah Kan PAS dari Pakatan Rakyat tu pasal yang merapu macam - macam tuh...

Oitt...itu hari sapa jadi kambing ? Kah...kah..kah

PAS CUBA JADIKAN UMNO KAMBING HITAM- melayau

Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pas kerana cuba menjadikan UMNO dan idea kerajaan perpaduan sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman membabitkan pimpinan tertinggi mereka.

Dia berkata, berdasarkan perkembangan semasa sebenarnya berlaku pertembungan kepentingan antara Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

“Sebab itu sekarang mereka nak bersilat dalam gelanggang, tepis sana tepis sini supaya mereka dapat atasi masalah mereka.

“Dia cari ‘kambing hitam’, ‘kambing hitam’ ini UMNOlah, sedangkan kita berniat baik dan ikhlas,’’ katanya.


KAH KAH KAH…

kah kah kah… HAVE FUN AND BE A KAMBING YE... WAK BOTOX… kah kah kah

kah kah kah... KALAU TAK PUAS BAWAK PUTERI KAMBING SEKALI MASUK REBAN...kah kah kah

Gajah Di Kamunting Bersembunyi Di Balik Hidung Besar Madey?



drm


Hari ini, tamatlah sudah Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Jenayah Perang yang berlangsung selama empat hari di PWTC. Persidangan tersebut adalah anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Dr Seri Dr Mahathir Mohammed.

Setiap malam ketika menonton berita TV, terpampang pelbagai berita mengenai persidangan itu. Antara yang dipertontonkan oleh TV ialah mengenai perjalanan persidangan termasuk prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC), yang merupakan salah satu dari hasil ilham Dr Mahathir sendiri dalam persidangan tersebut. Dan yang membuat hati tersentuh ialah kisah penderitaan dan penyiksaan yang dilakukan kepada tahanan perang Teluk Guatanamo dan Abu Gharib. Antara yangturut memberi keterangan pada prosiding KLWCC seperti paparan TV ialah Samy Al-Hajj, Moazzam Begg, Rhuhel Ahmad, Dr. Souad Naji Al-Azzawi, Jameelah Abbas Hameedi, Salam Fanar Zabin dan Abbas Zaid Obaid. Lalu berceritalah bekas-bekas tahanan itu betapa kejamnya algojo-algojo rejim jahanam Amerika dan konco-konconya menyiksa mereka dengan pelbagai bentuk siksaan yang tidak pernah terfikir oleh manusia yang bertamadun.

Antara mereka yang pada setiap malam kelihatan di skrin TV mengikuti persidangan itu dengan penuh khusuk ialah Dr Mahathir dan isterinya yang sesekali memakai topi ala- isteri Mrs Bush, mantan Presiden Amerika @ ketua penyiksa tahanan-tahanan Teluk Guatanamo dan Abu Gharib itu.

Bila melihat bekas tahanan-tahanan Teluk Guatanamo dan Abu Gharib memberi keterangan dalam KLWCC itu, maka teringat saya kepada Kem Kamunting yang kata orang tidak kurang hebatnya berbanding kem tahanan Guatanamo dan Abu Gharib. Tahanan-tahanan ISA di Kem Kamunting juga telah mengalami pelbagai bentuk penyiksaan termasuk dipukul, dimalukan, dibogel, diludah dan dibekukan dalam bilik sejuk dan sebagainya. Tahanan-tahanan di Kem Kamunting ini pernah melalui deraan fizikal dan mental yang panjang yang berlangsung sejak zaman Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, hingga zaman Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib menjadi Perdana Menteri.

Lalu tertanya-tanyalah saya bila pula Dr Mahathir selaku Pengerusi PGPO hendak membawa bekas tahanan ISA di Kamunting ini ke KLWCC bagi mendengar sendiri rintihan mereka mengenai apa yang pernah mereka lalui sepanjang berada dalam kem itu? Jika bekas tahanan-tahanan kem Kamunting ini dibawa ke hadapan KLWCC, saya dapat membayangkan wajah Dr Mahathir yang tentu akan mendengar dengan penuh khusuk keterangan mereka, termasuk bagaimana algojo-algojo suruhan mantan Perdana Menteri menyiksa tahanan-tahanan mereka, bagaimana mereka dipukul, dimalukan, dibogel, diludah dan dibekukan dalam bilik sejuk serta tidak dibenarkan bersolat Jumaat sepanjang berada di dalam kem neraka itu. Dr Mahathir tentu akan tersenyum di hadapan tahanan-tahanan itu kerana sebahagian dariIndeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kem Kamunting yang beliau restui telah berjaya diterjemahkan dengan jayanya oleh algojo-algojo upahannya yang sentiasa berwajah bengis itu.

Tahun ini pasti sudah terlambat untuk Dr Mahathir membawa bekas tahanan ISA untuk memberi keterangan di KLWCC, kerana sidang dan tribunalnya sudah pun tamat kelmarin. Jika tahun hadapan persidangan dan tribunal ini berlangsung lagi dan ketika itu Allah masih memberi izin untuk Dr Mahathir menghirup udara bumi ini, diharap beliau dapat membawa mereka untuk memberi keterangan mengenai pelbagai bentuk penyiksaan di Kem Kamunting yang direstuinya untuk tatapan dunia. Dr Mahathir tentu berbangga kerana sekurang-kurangnya namanya berada sebaris dengan Bush sebagai antara pemimpin kejam pada zaman kekuasaan mereka. Dr Mahathir tentu tidak mahu orang berkata kuman di Guatanamo dan Abu Gharib saja dia nampak, tapi gajah di Kamunting dia tidak nampak kerana dilindungi oleh hidung besarnya itu!!

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: