Monday, August 24, 2009

-YB Yaakob Sapari ADUN Prihatin dan Penyayang.

YB Yaakob Sapari Turun Padang Tinjau Peniaga Bazar Ramadan.



SHAH ALAM, 23 Ogos - Biasanya orang ramai atau pengunjung akan menerima sumbangan juadah berbuka puasa, namun di tapak bazaar Ramadan TTDI, lain pula yang berlaku. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari yang turun padang petang semalam, begitu prihatin terhadap golongan peniaga dan menyampaikan buah kurma kepada mereka untuk berbuka puasa.


Beliau yang juga ADUN Kota Anggerik berkata, ia sebagai satu usaha merapatkan hubungan.wakil rakyat dengan peniaga yang turut mengerjakan ibadat puasa pada bulan ini.
“Saya turun ke gerai-gerai untuk berjumpa sendiri dengan peniaga-peniaga bazaar Ramadan,” katanya.Dalam lawatan itu, Yaakob turut menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Al-I’tisam.


Bubur lambuk yang disediakan oleh kakitangan masjid berkenaan pada setiap Ahad, diberikan secara percuma kepada penduduk di kawasan sekitar setiap tahun.
“Bubur lambuk di masjid TTDI ini setiap hari ahad akan beri bubur lambuk percuma kepada masyarakat sekeliling. Ini usaha yang baik sebab tahu fadhilat memberi makan amat besar bagi mereka,” katanya.Dalam pada itu, kata Yaakob berpuashati kerana aktiviti perniagaan di bazaar Ramadan pada masa ini, dikuasai oleh golongan muda.
Peniaga yang ditemui pula merasa terharu dengan tinjauan wakil rakyat mereka yang inilah yang diharapkan agar wakil yang dipilih ini, turun padang sambil melihat sendiri kegiatan yang berlaku.

“Kita orang sangat berpuas hati, kita tengok dulu pemerintahan, ini firstime kerajaan parti pembangkang, saya menunggukan perkara yang baik,” kata peniaga bazaar, Mohd Azhar Matzam.“Terima kasih kerana YB sanggup turun melihat kita meniaga, kalau boleh itulah yang kita hendak, sokongan dari dia, untuk melihat sendiri kita meniaga di bulan Ramadan ini,” kata Rosli Norani.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

-Meraikan Umat Islam berpuasa.

Masjid Negeri Selangor Edar 2,500 Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai

SHAH ALAM, 23 Ogos - Sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya bulan Ramadan, para petugas Masjid Negeri Selangor bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa itu seawal 9 pagi lagi.Pada tahun ini, Masjid Negeri menyediakan kira-kira 2,500 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari.

“Jadi nampaknya sudah bertambah bilangan bubur lambuk daripada 500 kepada 2,500 pada kali ini, dan tak termasuk yang dibuat tiap-tiap hari Khamis, 500 dan sebagai tambahan bulan Ramadhan ni saya diberitahu ada 1,000 lagi untuk berbuka selain daripada yang disediakan pada petang ini. Jadi nampaknya saya rasa bubur lambuk kita semakin sedap, mungkin lebih sedap dari Kg Baru”, kata Pengerusi MAIS.

Demikian kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa selepas merasmikan Program Bubur Lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam petang semalam.Dalam pada itu, bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai.Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

Kira-kira 4 ribu ringgit diperuntukkan untuk menyediakan sajian tradisi ini.
Hadir sama Datuk Azim Abu Bakar Abdul Hamid, Orang Besar Daerah Petaling; Tan Sri Ambrin Buang, Ahli Dewan Negara dan Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Sidin. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

-Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti perkauman dan berunding bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Perayaan Phor Thor Berpindah Ke Lokasi Lokasi Lebih Sesuai.

SHAH ALAM- 22 Ogos: Masalah perayaan Phor Thor yang diraikan di kawasan penduduk Blok 19,20,21 Flat PKNS, Seksyen 24 kini telah diselesaikan dengan memindahkan lokasi ke kawasan tanah lapang berhadapan kilang Cadbury.Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Perayaan Phor Thor yang dirayakan selama tiga hari setiap tahun mengikut kalender Luna pada asalnya dilakukan di kawasan perumahan Blok 19,20,21, Seksyen 24 dan telah menganggu ketenteraman penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, masalah yang dihadapi sejak 13 tahun lalu diselesaikan dengan cara berhemah dengan berbincang dan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
“ Inilah apa yang kita capai untuk tahun ini, satu penyelesaian dimana tapak untuk menyambut perayaan perayaan phot thor itu di mana persatuan Phor Thor setuju dan penduduk di Blok PKNS pun seronok kerana mereka tidak lagi terpaksa berhadapan, sekarang ini dapat kita selesaikan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pas Parlimen Shah Alam, pagi tadi.Beliau berkata, masalah ini tidak diselesaikan ketika Barisan Nasional memerintah walaupun pelbagai aduan telah dibuat namun tiada tindakan yang dilakukan.
Katanya, Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk kedua-dua belah pihak.

“Hari ini saya nak buktikan bahawa bukan sekadar masalah kuil 19 dapat tangani dengan bertanggungjawab, masalah Phor Thor antara Melayu dengan Cina juga dapat diselesaikan jika kita duduk berbincang dalam suasana yang saling hormat menghormati,” katanya.
Bekas Presiden Persatuan Penduduk Blok Flat 19,20,21, Mohd Nasir Buyong berkata usaha untuk menyelesaikan masalah ini dilakukan sejak tahun 1996 namun aduan yang dibuat tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya duduk tahun 96 dah start complain bukan, MBSA, tapi MPSA, PKNS, Jabatan Alam Sekitar, Polis, Jabatan Pencegah Rasuah saya dah bagi surat dah register dari dulu sampai sekarang,” katanya.Setiausaha Persatuan Phor Thor, Seksyen 24, Lim Kooi Huat berkata, sebelum ini tiada tempat untuk berbincang tentang masalah ini, dan sejak Pakatan Rakyat memerintah pekara ini boleh dibawa berunding dan mendapat penyelesaian terbaik.

Katanya, kali ini perayaan Phor Thor disambut pada 31 Ogos hingga 3 September di lokasi baru.
“For this year onwards, with the help of YB Khalid Samad and Datuk Bandar of Shah Alam, we have managed to find a more suitable location to hold our celebration. This area is the size of 3 football fields, far from any residential area and hence its suitable for us to hold our celebration,” katanya. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

-Kerajaan Negeri Selangor perhebat Kempen kesedaran Cegah H1N1.

Kerajaan Negeri Selangor Giat Edar Topeng Kepada Orang Awam Elak H1N1

PETALING JAYA, 22 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lmisi pengedaran topeng muka keselamatan dengan mengagihkannya kepada orang awam di sekitar Petaling Jaya.Ini berikutan penularan wabak influenza A H1N1 atau selsema babi di negara ini membimbangkan dan kini berada pada tahap yang kritikal.Walaupun Jabatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan arahan supaya orang ramai mengenakan penutup mulut dan hidung ketika berada di khalayak ramai, namun ramai yang mengambil mudah dan tidak berbuat demikian.

“Kempen ini dijalankan dengan tujuan objektif untuk memberi kesedaran kepada orang awam terhadap wabak penyakit influenza A supaya mereka dapat menjaga kesihatan sendiri dan lebih kerap mencuci tangan. Ini adalah satu program kesedaran daripada kerajaan Pakatan Rakyat”, kata ADUN Kg Tunku Lau Webg San. Weng San berkata kepada TV Selangor selepas menyerahkan topeng muka keselamatan kepada orang awam di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya, pagi tadi.Terdahulu, Lau menyerahkan kira-kira 4,000 topeng muka keselamatan di beberapa sekolah dalam kawasannya, antaranya ialah Sekolah Seri Permata, Sekolah Kg Tunku dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Sg Wei.

Dalam pada itu, tinjauan TVSelangor di pasar basah tersebut juga mendapati ramai orang awam masih tidak mahu memakai topeng keselamatan tersebut walaupun sudah dibekalkan kepada mereka secara percuma.“Not everyone afford to buy, another one more things many takes things like takes for granted, their are not step cautions I can see Malaysian still not without the mask, your idea very can create awareness especially wet market is very good”, kata peniaga Pasar Seri Setia, Anathan Thangalan.

“Satu cara yang bagus, sebab sekarang banyak penyakit berlaku, jadi kalau kerajaan buat macam ni, kami sokonglah kira baguslah, ada orang lain bagi tapi kena beli, yang bagi percuma baru pertama kali”, Mogan a/l Masilamani, Penduduk Seri Setia.
Kira-kira 1,250 topeng muka keselamatan diagihkan kepada orang ramai di sekitar Pasar Seri Setia, Petaling Jaya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Sunday, August 23, 2009

-Kerajaan Selangor memperkasakan dakwah masyarakat majmuk Selangor..

SHAH ALAM, 20 Ogos - Agama Islam semakin diterima ramai sebagai agama pilihan utama di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.Berdasarkan statistik saudara baru yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dari tahun 2005 hingga sekarang, didapati semua pihak semakin memahami dan terdapat penghijrahan besar pelbagai bangsa kepada Islam.
Ini turut dipengaruhi dengan faktor perkahwinan dan atas kerelaan sendiri kerana mereka mempunyai kefahaman yang baik tentang Islam.

“Untuk tujuan dakwah memang dibenarkan, ini terletak di bawah asnaf Fisabilillah, iaitu asnaf yang lapan jadi dengan tujuan untuk menjinakkan orang-orang bukan Islam untuk masuk Islam dan juga untuk memaklumkan kepada orang bukan Islam tentang apa itu sebenarnya Islam. Terutamanya dalam keadaan sekarang ni ramai yang tak tahu, ataupun keliru tentang Islam itu sendiri jadi ini menimbulkan perselisihan, ketegangan dan isu yang berkaitan dengan agama jadi saya rasa wang zakat tak jadi masalah untuk digunakan untuk tujuan ini”, kata Pengerusi MAIS.
Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata demikian kepada TV Selangor selepas menutup Konvensyen Dakwah Masyarakat Majmuk Selangor di Dewan Annex, Shah Alam, petang tadi.

Konvensyen hampir satu hari itu merupakan inisiatif MAIS bagi memperkasakan lagi usaha dakwah di semua peringkat termasuklah dari kalangan NGO, ahli akademik dan agensi kerajaan.
Konvensyen itu juga membuat beberapa resolusi, antaranya memperkasakan program dan perancangan dakwah terhadap golongan mualaf dan mendekati orang bukan Islam dengan pendekatan dan saluran yang strategik serta sistematik.“Bekerjasama dengan Masjid, NGO Islam, Jabatan dan Majlis Agama di peringkat daerah dan negeri supaya perhatian dan bimbingan dapat diberi kepada setiap mualaf bermula dari masa pengislaman sehingga ia meninggal dunia. Membekalkan pendakwah di kalangan Ngo’s Islam dengan kemahiran melaksana, mengurus dan mentadbir dakwah dan kebajikan mualaf. Menyediakan dana secukupnya untuk perlaksanaan dakwah kepada non Muslim di Selangor”, kata Ahmad Zaki Arshad, Setiausaha Jawatankuasa Dakwah Negeri MAIS.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen yang dihadiri kira-kira 200 peserta.
Ia disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Datuk Dr Abdul Razak Kechik, Presiden Malaysian Relief Agency dan Muhammad Fitri Abdullah, Pendakwah Bebas. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Saturday, August 22, 2009

-Anak emas yang lain apa cerita? boringlah dengan Kelentong lama geng Algojo

Bila dah tau nak pilihanraya dalam kubu kuat Anwar macam - macam emas lah yang di jaja,macam intan lah yang nak di tabur,dulu kata Permatang Pauh nak buat kubur dan pusara Politik pada Sheikh Anwar,lepas tu Kuala Terengganu nak lantik menteri supaya orang terengganu senang sikit,lepas tu Bukit selambau akan jadi penghubung kepada kerajaan pusat dan Bukit Gantang pun begitu juga....tapi penanti tak nak cerita pasal kat sini geng algojo agak pengecut dan pondan sket,Manek Urai dan buat Jambatan tapi kat Permatang Pasir nak bikin jamban banyak sikit sebab nak buat projek mengeluar kan emas,al -maklumlah sini punya "area" adalah anak emas jadi kita akan lihat banyak "menatang" kekuning - kuningan yang nak di pamer kan dek geng - geng Algojo United Monkey National Organisation .Jadi bulan puasa ni jangan lah geng algojo nak kelentong kuat pasal takut nanti membawa dosa pula di bulan yang mulia ini.Nanti naik menyampah pula rakyat satu malaysia.
Kehadiran Sasterawan Negara, Dato A Samad Said menyerikan lagi program Hi-Tea yang berlangsung pada 6.00 petang di UPU Tanah Liat. Dalam menyampaikan ucapan, beliau turut mendeklamasikan sajak di Pentas UPU tersebut.

Sajak yang disampaikan oleh beliau bertajuk "Suara dari Dinding" yang ditulis pada Mei hingga Jun 1996. Menurut beliau sajak ini ditulis empat tahun sebelum munculnya gagasan PPSMI yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah tulisan bagi membantah pihak yang sedang berusaha menjatuhkan martabat Bahasa Melayu.

Susulan dari ucapan dan deklamasi sajak yang disampaikan, beliau turut menyaran agar para pengundi di sekitar Permatang Pasir tidak mudah tertipu oleh kalimah anak emas yang diwarwarkan oleh pihak BN dan UMNO sepanjang pilihan raya kecil kali ini.

Kalimah anak emas yang diguna pakai oleh BN ini sentiasa menjadi modal mereka bagi meraih undi rakyat sepertimana yang dilakukan oleh mereka di sekitar pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru yang lalu.Pada rakyat 1 Malaysia di ingatkan tak payah lah percaya dengan kelentong Si Mat Monggol,ak in Sembab dan geng -geng algojo lagi,fikir secara rasional sedangkan slogan sendiri pun tak diperjuangkan inikan pula nak bela nasib melayu.Ingat balik siapa yang turun ke jalan - jalan raya untuk menyelamatkan bahasa melayu dan di tembak degan gas pemedih mata,persoalannya di mana Pemuda UMNO ketika itu? ini lah yang kita panggil United Monkey National Oraganisation.

-Selamat Menyambut Bulan Ramadan.. Kekalkan perpaduan masyarakat berbilang Kaum..

Perutusan Menteri Besar Sempena Menyambut Ramadan



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru seluruh umat Islam di Negeri Selangor dan Malaysia, umumnya supaya meneruskan budaya dan sikap toleransi yang telah lama dipupuk.Beliau berkata, sikap toleransi di kalangan masyarakat adalah asas kepada pembentukan perpaduan berterusan yang dikecapi hari ini.
Katanya, sempena bulan mulia ini, rakyat diminta mendalami erti sebenar toleransi berdasarkan ajaran agama Islam.

“Pupukkanlah lagi semangat toleransi antara kita, kerana toleransi mengajar kita menerima kesusahan dan kritikan orang lain, mengajar kita berkorban untuk orang lain dan membuat kita lebih bersikap terbuka dan berlapang dada mengenai pelbagai perkara dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini,” katanya.Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena menyambut bulan Ramadan.
Beliau turut berharap, sikap toleransi di kalangan umat Islam kepada umat bukan Islam dapat diteruskan dan dipupuk dengan lebih baik lagi.Katanya, cara ini dapat mencerminkan bahawa Islam itu satu agama yang cantik dan damai, dan bukanlah satu agama yang mengajar umatnya bertelingkah dan bertikam lidah atau memusuhi orang bukan Islam.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya rakyat tetap mengawasi kesihatan diri dan ahli-ahli keluarga daripada jangkitan kuman selsema babi atau virus influenza H1N1 yang sedang melanda negara.Selain itu, beliau menggesa rakyat meningkatkan pengawalan kendiri daripada demam denggi dan penyakit lain yang boleh mencacatkan usaha untuk melakukan ibadat dan menikmati kehidupan yang sempurna.

AMK Shah Alam juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Mohon ampun dan maaf selama kehidupan ini.. Semoga Allah menerima puasa dan segala ibadah kita, dipanjangkan umur, dibanyakkan rezeki, sentiasa dilindungi Allah dan sihat seisi keluarga. Amin..

Friday, August 21, 2009

-Berita Tergempak 1 Malaysia : Wak Botox punya drebar kereta lembu Dah KANTOI




Halamak Apa cerita ni Wak Botox? apasal ni? macam mana boleh kantoi? saperr pecah lobang? halamak habis lah Wak Botox maknanya terbarai lah Banglo 24 juta,Siapakah kereta lembu yang bergerak - gerak tu?dan Ahli politik mana yang dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock? adakah benar Wak botox pun turut Kantoi?

Dua nama terpampang melalui surat tersebut ialah Timbalan Pengarah SPRM Selangor, PKPj1 Hishamuddin bin Hashim dan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo

Nama mereka telah didedahkan melalui surat misteri yang nampaknya ditulis oleh pegawai-pegawai SPRM sendiri yang jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenar mereka. Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan sangat berterima kasih diatas langkah berani pendedahan tersebut ; walaupun siasatan rapi perlu dibuat terlebih dahulu diatas kesahihan cerita yang terkandung dalam surat tersebut.










Persoalannya siapa mengkantoi kan Wak Botox? siapakah yang menerajangkan Wak Botox ke dalam kes Beng Hock ini? Jeng...jeng....jeng...jeng
Wak Botox punya Mercedes C200 Compressor termasuk apartment kat mekah dan rumah 24 juta kat sek.7 tu pun tak join sekali kerr ?

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: