Wednesday, July 23, 2008

Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%. Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan mendadak kadar inflasi di Malaysia sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan petrol sebanyak 41%, diesel sebanyak 68% dan juga tarif elektrik.Untuk membendung kadar kenaikan inflasi daripada terus meningkat, maka pihak kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah dan sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi di negara ini menjadi lembab. Beberapa penganalisis ekonomi berpendapat, negara ini sudah mula terasa kesan stagflasi dan rakyat akan lebih ketara merasakan kesan tersebut dalam masa sebulan dari sekarang.Apapun, Pak Lah dah berjaya pecahkan satu lagi rekod baru ;-) hahaha....... Adakah ini PM yang orang UMNO agung agungkan??? Lu pikir la sendiri wahai hamba UMNO.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: