Tuesday, July 15, 2008

Petronas catat perolehan RM223.1b namun rakyat tiada hak menikmati khazanah tanahair sendiri..

Kumpulan Petronas menghasilkan satu lagi rekod prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2008, dengan mencatatkan peningkatan perolehan 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding dengan RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah cabaran kompleks dan kian meningkat persekitaran industri minyak dan gas global.

Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan di sini hari ini, kumpulan itu menyatakan keuntungan pracukai meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Keseluruhan aset melonjak kepada RM339.3 bilion atau 15.2 peratus daripada RM294.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut Bernama Dana para pemegang saham bertambah baik kepada RM201 bilion daripada RM170.9 bilion, yang merupakan satu peningkatan 17.6 peratus.
Penyumbang terbesar kepada perolehan Petronas ialah dari operasi antarabangsanya yang merupakan 40.3 peratus daripada pendapatan kumpulan itu. Operasi eksport dan domestik masing-masing menyumbang 38.9 peratus dan 20.8 peratus. Operasi antarabangsa mencatatkan perolehan RM90 bilion, yang merupakan satu peningkatan


Soalnya, berapakah dividen dan cukai yang diperolehi oleh kerajaan Pusat daripada Petronas??
Bagaimana hasil cukai dan dividen ini diuruskan oleh kerajaan pusat supaya akhirnya rakyat keseluruhan dapat merasai nikmatnya dan negara bertambah maju??

Angka membanggakan namun RAKYAT TETAP DIBEBANI!!!

1 comment:

Anonymous said...

cuma jangan korang belasah orang petronas yang bekerja keras untuk mendapatkan keuntungan sebanyak ini....mereka tak bersalah walau sedikit pun....

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: