Thursday, June 3, 2010

Yahudi Bengang Bila Anwar Bongkar Kerjasama MOSSAD dan Kerajaan Malaysia






Selain Isu yang melibatkan syarikat milik Israel iaitu APCO World Wide yang di bongkar oleh Anwar Ibrahim,Zionis juga Berang apabila Pejuang Islam Tulen yang pernah berjuang bersama Gulbuddin Hekmatyar itu juga membongkar rahsia yang mana terdapat beberapa Bekas Agen Perisikan Israel iaitu MOSSAD yang pernah menjalinkan kerjasama logistik dengan Kerajaan UMNO/BN.

Pada 30 April yang lalu Anwar telah membongkar usaha beberapa perisik Israel MOSSAD yang turut serta terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan. dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis.

Biarpun pada ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman cuba menafikan kenyataan tersebut dan berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan.

Anwar, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Selasa lepas, mendakwa beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.






"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.

Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.



PRS Cancellation Doc 1



"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya..

Walau bagai mana pun kesangsian kenyataan Abu Seman itu terbongkar dengan penemuan Dokumen - dokumen yang begitu bercanggah dengan kenyataanya itu.Di sini timbul beberapa keraguan yang ternyata dalam dokumen tersebut.


PRS Cancellation Doc 2




PRS Cancellation Doc 3




PRS Cancellation Doc 4




PRS Cancellation Doc 5




PRS Cancellation Doc 6

Mungkin kerana Ini lah Yahudi begitu marah dengan Anwar Ibrahim kerana segala penglibatannya bersama Kerajaan UMNO/BN telah di bongkar oleh Anwar jadi tak hairanlah kiranya Yahudi sanggup meminta supaya Amerika Memutuskan hubungannya dengan Anwar Ibrahim.

Ini adalah Terjemahan daripada salinan surat yang di hantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Amerika iaitu senator John F. Kerry dan Senator Richard G. Lugar

25 Mei 2010
Yang Mulia Pengerusi John F. Kerry,
Ahli Jawatankuasa Richard G. Lugar ,
Jawatankuasa Perhubungan Luar Negeri
Senat Amerika Syarikat
Washington, D.C. 20.510

kepada Senator Kerry dan Senator Lugar:

Atas nama B'nai B'rith Antarabangsa yang mempunyai lebih dari 200,000 ahli dan penyokong, kita menulis untuk mendedahkan keprihatinan kami yang mendalam tentang kenyataan terang-terangan anti - Yahudi pemimpin pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim, yang menghabiskan beberapa tahun tinggal di Washington,Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya , di parlimen Malaysia sebagai platform untuk menyebarkan propaganda anti-yahudi . kritikanNya pada kerajaan Perdana Menteri Najib Razak yang diresapi dengan kebencian anti-Yahudi dan fitnah anti-Israel, yang ternyata dalam kenyataan 30 April yang lalu bahawa agen Perisik Israel "secara langsung terlibat dalam menjalankan kerjasama bersama kerajaan Malaysia" dalam pada itu dia (Anwar Ibrahim) telah mendakwa yang mana perisikan Israel telah terlibat dalam menguruskan unit IT Polis di negara itu."

Ibrahim(Anwar) juga berkata di parlimen Malaysia bahawa "penguasaan Yahudi"ke atas syarikat Perhubungan Awam yang di lantik oleh Perdana Menteri Malaysia cuba memanipulasi untuk menyokong dasar AS dan juga di manipulasi Dalam persiapan menghadapi pilihan raya Malaysia pada tahun 2008, katanya(Anwar) dalam sebuah wawancara dengan IslamOnline, "Saya punya bukti membuktikan bahawa kerajaan menyokong pelobi Yahudi di Amerika Syarikat dan beberapa pihak di dalam Israel."

Mengingatkan peranan yang dimainkan Anwar Ibrahim telah membangkitkan polemik anti-Yahudi dalam politik Malaysia, kami meminta pegawai AS memutuskan hubungan mereka dengan Anwar Ibrahim. Seorang pembekal kebencian anti-Yahudi seperti Anwar Ibrahim tidak harus menikmati legitimasi hubungan positif dengan Amerika Syarikat .


Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Kami berharap, dengan ini kami dapat berkomunikasi dengan anda tentang hal ini dan pada Masa yang akan datang.
Hormat,

Dennis W. Glick Presiden

Daniel S. Mariaschin Naib Presiden Eksekutif




di terjemahkan daripada salinan asal surat tersebut





Persoalannya di sini mengapa Yahudi beria - ia benar membela Najib? biarpun bukti sebenar yang mana hubungan kerjasama tersebut memang benar - benar wujud.Oleh itu tak ada apa lagi yang nak di nafikan oleh Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Mat Monggol yang sememangnya berkerjasama dengan Pertubuhan Yahudi dan Israel.


Terbukti Jelas siapa yang jadi Barua Yahudi dan Israel,sekarang apa lagi Alasan geng - geng Gerombolan United MuNkEeE yang mahu menuduh Anwar adalah Agen Yahudi sedang sekarang terbukti lagi jelas UMNO/BN kini yang lebih terang - terangan bersengkongkol dengan Musuh - musuh Islam.


Dan ini bermakna kalau ada di antara rakyat malaysia yang mengundi UMNO/BN ini bermakna undi anda menempah Neraka Jahanam.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: