Wednesday, July 22, 2009

-Akhirnya Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan untuk menyiasat Kematian Beng Hock,Geng Algojo kena berhati - hati takut ada yang Kantoi...

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock






[teoh_body.jpg]

Setelah Rakyat Bangkit menyuarakan kemarahan atas kematian Teoh Beng Hock dan bersama - sama mengiringi Jenazah Mendiang untuk di semadikan akhirnya kerajaan Pimpinan Rejim Mat Monggol akur kepada tuntutan rakyat yang mana rakyat tak mahu polis yang mengadakan siasatan tetapi harus di tubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.Adakah ini semua kerana hasutan Pemimpin Pakatan yang menghasut rakyat supaya tak percayakan polis? Tidak sama sekali,kita amat percaya kan pihak polis tetapi ada segelintir pegawai polis yang mungkin terlibat dalam skandal pembunuhan ini akan memanipulasi JSJ sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa pegawai polis yang melakukan akuan bersumpah atas jenayah yang di lakukan oleh Musa Hasan Yang bersengkongkol dengan Lintah darat.Akibatnya Pegawai - pegawai Penyiasat itu terpaksa mengubah kenyataan meraka.











Masih ingatkah lagi dengan Kejadian "Mata Lebam" yang di alami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998? Yang di pertanggungjawabkan ketika itu untuk menyiasat juga adalah pihak polis,tetapi malangnya Pegawai - pegawai polis atasan telah di ikat lehernya oleh geng - geng algojo UMNO sehinggakan mereka membuat kenyataan di dalam media - media tukang - tukang Canang geng Algojo UMNO yang mana Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati dari rakyat.Tukang Canang Penipu Geng - geng Algojo UMNO seperti Berita Hairan,Utusan Merapu dan TV3 suku bagaikan Histeria menghebahkan pada rakyat yang mana Anwar telah mencederakan Dirinya sendiri.


Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu. Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.
Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.
Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.
Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.
Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.
Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.
Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".



Namun Pada Oktober 1998 Timbalan Perdana Menteri ketika Itu Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah menyarankan Penubuhan SuruhanJaya Diraja Menyiasat Kecederaan Datuk Seri Anwar ketika dalam Penjara.Siasatan Demi Siasatan di lakukan sehinggalah pada akhir 1998 Satu Kebenaran telah terbongkar apabila melalui siasatan itu yang melakukan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.Dalam Pada Itu Tan Sri Rahim Noor sendiri telah mengakui itu perbuatannya itu dan Natijah dari perbuatan Tan Sri Rahim Noor dia telah di pecat dari Jawatan KPN dan Menjalani Hukuman Penjara selama 6 bulan manakala 2 ekor mangkuk ayun lagi yang mana telah memalsukan dokumen kecederaan Anwar di penjara Masih lagi bebas dan Hidup bahagia dengan penuh Hina iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail.



Bukan Sahaja Anwar tetapi adik angkatnya iaitu Sukma Darmawan Samistaat,


Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!

Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.


Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:

* Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;



* Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.



* Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.



* Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.



* Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.



* Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.


* Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.




Begitu lah skrip drama yang olah semula oleh geng - geng algojo UMNO,kalau dulu 'Lebam' sekarang 'mati' kalau dulu yang menyiasat adalah polis tapi hari ini yang menyiasat adalah SPRM kerana ini semua adalah skrip perjalanan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana keberkesanan nya telah dilihat apabila penangannya telah di kenakan kepada 3 ekor katak sehingga jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak biarpun selepas ini UMNO dan Barisan Nasional akan berdepan dengan tindakan Antarabangsa di Mahkamah Parlimen Komanwel di London atas sebab mencabul sistem demokrasi,jadi skrip yang sama juga di main kan di Negeri Selangor namun ini yang mereka terima.dengan tertubuhnya Suruhanjaya kita pun akan tertanya bagaimana dengan laporang siasatan polis yang telah di kelentongkan dek Tukang - tukang canang Geng Algojo yang di katakan sudah siap 60 % ? Persoalannya siasatan ini mensasarkan 2 ADUN Pakatan yang seolah - olah di gambarkan sebagai Suspek utama dalam kes ini iaitu Peguam Mendiang M.Manoharan ADUN Kota Alam Shah dan Majikan Mendiang Sendiri Iaitu Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan dan juga Exco Selangor,Sedangkan Suspek yang berada dekat 50 meter Radius dengan Mendiang iaitu Pegawai Penyiasat SPRM tidak pula di sasarkan sebagai suspek utama....sampai "part" ni pun nak kelentong satu Malaysia lagi ke....Dengan tertubuhnya Suruhanjaya ini kita akan saksikan berapa ramai lagi Barua - barua Geng Algojo yang terlibat.......

*Sehingga artikel ini di tulis ke semua pegawai - pegawai SPRM telah pun di gantung tugas untuk memudahkan Suruhanjaya Menjalankan Siasatan.

Dan ketika ini jua lah Ketua Geng Algojo Ampang Isamil Kojo(nama pun dekat - dekat Algojo), petang ini bersama 50 Ekor penyokong Beruk Afrika nya telah turun berdemo untuk menyatakan taat setia dan sokongan mereka kepada SPRM.


[2207-umnoampang-protest-1.jpg]


Mangkuk Ayun - Mangkuk Ayun ini bersama beberapa rakan mereka dari serpihan BN telah berkumpul disebuah tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya milik Towkey antarabangsa.

Mereka telah menayangkan placard dan sepanduk tanda sokongan mereka kepada SPRM.

Mereka juga telah merlaung-laungkan slogan :

‘ Jangan jadikan Malaysia Republik’

DAP, PKR, PAS prejudis. SPRM jadi mangsa’

SYABAS ...DI UCAP KAN KEPADA BERUK - BERUK AFRIKA TERSEBUT KERANA MENYOKONG KEJAHATAN YANG DI LAKUKAN OLEH SPRM.

BAGUZZZ.......................

-Demo Anti-ISA vs Pro ISA??



Malaysiakini-Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara. GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan. Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.

Soalan..
1-Sudah Tiada tarikh lain ke Pewaris ni nak berkumpul?
2-Kalau berlaku pergaduhan siapa nak dipersalahkan?

Nak tanya..
1-Apa alasan mereka mempertahankan ISA ni.. Tak sekolah ke?? Buta IT?? atau Tak pandai baca buku?? Mungkin Otak tak Waras??

Hujah..
1-Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak."Penahanan tanpa bicara di bawah akta ISA adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah."ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.
2-Tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri."Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri... sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela.
3-Piagam hak asasi manusia -ISA bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua."Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi...kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara,"
4-ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa.
5-Tiada apa-apa agama yang meyokong penahanan tanpa bicara kerana ia menentang prinsip keadilan dan kesaksamaan sambil menjatuhkan maruah manusia.bangsa.
6-ISA bercanggah dengan Hak Asasi Manusia, Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta dibawah artikel 5,6,7,8,9,10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.

Sebenarnya..(Bak kata orang tua2 ada udang disebalik batu)
-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah. Kerajaan BN berkuasa untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara. ISA adalah warisan penjajah, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

Kesimpulan...
-Kerajaan BN serupalah macam Penjajah yang menakut-nakutkan Rakyat demi mempertahankan kuasa mereka.

Tindakan..
"Turun beramai-ramai"
PERHIMPUAN MANSUHKAN I.S.A
Tarikh : 01 Ogos 2009
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

-Selangor Juara Liga Super 2009.

Liga Super: PDRM 1 Selangor 6

Tahniah diucapkan pada pasukan SELANGOR kerana berjaya menjuarai Liga Super 2009 biarpun masih berbaki satu perlawanan selepas mereka berjaya membelasah PDRM 6-1 di Stadium Selayang malam tadi.

Selangor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi lambungan Rudie Ramli (minit ke-3) dan tandukan Nasriq Baharom (minit ke-29).
Pada babak kedua, Selangor menambah empat lagi gol hasil tandukan Amri Yahyah (minit ke-46), sepakan penalti Razman Roslan (minit ke-54), tolakan mudah Amirulhadi Zainal (minit ke-71) dan rembatan jarak jauh D. Surendran (minit ke-75).

PDRM bagaimanapun memperolehi gol saguhati pada minit ke-84 menerusi Khairul Izuan Abdullah.

Perlawanan terakhir Sabtu ini, Selangor akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam di mana trofi Liga Super akan disampaikan ketika itu.

Harap musim depan MB dapat beri lebih perhatian kepada Pasukan Bola Sepak Selangor. Disamping kita bekerja memperkukuhkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat Selangor. Bidang sukan dan aktiviti belia yang sihat juga perlu diberi penekanan kepada rakyat Selangor dalam melahirkan belia yang sihat, mempunyai modal insan dan sahsiah yang tinggi. Inilah bezanya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengurustadbir seluruh kepentingan dan hal ehwal Negeri Selangor berbanding Kerajaan BN karat dahulu..

PDRM vs Selangor = 1 - 6
SPRM vs Selangor agak2nye berape SPRM kene bolos??

Monday, July 20, 2009

-Nizar tak melanggari apa - apa batas dalam islam



Dari celah mana yang di katakan ini adalah Perbuatan yang menyalahi agama?



Mengulas tentag kenyataan orang yang terlebih pandai atau terlampau pandai lagi melebihi Ustaz Yusuf Qardhawi atau atau ulama - ulama dalam Malaysia,Tapi yang peliknya Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA ini merasakan ia sesuatu yang haram atau di merasakan yang haram itu hanya pemimpin - pemimpin dari Parti Pembangkaag sahaja,baik lah walaupun aku ni pun tak terlalu pandai untuk mengkaji hukum - hakam dalam isla tapi haruslah kita kaji dari sudut "check and Balancenya" mengapa Hanya Nizar memegang lilin sahaja dituduh melampaui batas budaya islam tapi bagaimana dengan pemimpin dan ketua - ketua geng - geng algojo UMNO yang kononnya mengaku islam tapi melakukan perbuatan bertafakur didepan patung di tugu negara atau yang lebih tepat lagi ia lebih kepada perbuatan menyembah berhala...
Kenapa hal seperti ini tak dikritik dan mengapa Nizar yang menjadi Sasaran?

siapakah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA,Prof Datuk Dr mahmood Zuhdi Ab Majid... adakah statement itu atas dasar ILMU atau KEPENTINGAN POLITIK.. dan siapakah pulak Timb Mufti Kedah.. Adakah ianya jugak bercakap atas dasar ILMU dan dasar POLITIK... jadi di manakah nas - nas yang perlu di ketengahkan,apa maslahahnya,di mana dalil naqi dan dalil aqlinya,ini semu cukup meragukan.

Tapi Kenyataannya iaitu;

"Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini"

Persoalannya di sini di mana halalnya atau di mana haramnya? pemimpin UMNO yang terang - terang merasuah pengundi di Manek Urai dan merasuah Perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO sehingga di tangkap oleh lembaga displin tak ada pulak pensyarah dari jabatan Fiqh atau Usulludin dari mana - mana Universiti nak kritik atau ulas tindakan mereka dari mana sudut halal - haramnya?

Persoalannya yang paling kritis nak di persoalkan ialah baru semalam Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengunjungi PM dan Menteri Israel Ehud Barak tak ada pulak di persoalkan di mana halal - haramnya ?

Tetapi Nizar hanya memegang Lilin untuk memperingati akan kematian Mendiang Beng Hock yang di zalimi sudah di kritik melampaui batas - batas islam,jadi bagaimanakah dengan perbuatan Rasulullah S.A.W yang memberikan penghormatan terakhir ke atas Jenazah seorang pemimpin bukan islam tak di pertikaikan pula halal - haramnya oleh Para Sahabat mahupun Para Cerdik Pandai islam yang ada pada hari ini?

Di sini jua saya pertikaikan mengapa Prof. Cerdik pandai ini tak pertikaikan perbuatan Memegang lilin dan Colok bagi kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimasjid.

Dan tak ada Mana - mana ustaz atau Mufti pun nak menegur perbuatan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Masjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar Masjid.

Tapi bagaimana dengan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO yang kononnya mengaku beragama islam tapi menjemput beberapa bomoh dan dukun untuk melakukan upacara ritual memuang sial ketika memasuki sesebuah dewan atau pejabat Politik yang mereka Rasmi kan daan ini benar - benar berlaku dan terjadi.

Jadi disini apa yang tepat sekali kenyataan dari Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA Hanya lebih kepada Bodek dan Ampu kerana dia hanya mampu mengkritik pemimpin Pakatan yang cuma melakukan hal yang tidak keterlaluan dari segi amalan Islam berbanding pemimpin UMNO yang mengunjungi dan melakukan perbincangan tertutup dengan musuh - musuh islam seperti Israel.

-Agenda melumpuhkan Fokus Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..




Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.Jawapan tegasRakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Polis dan SPRM dipergunakan oleh BN untuk melumpuhkan fokus Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Selangor.. Bayangkan jika beberapa adun dan exco terpaksa turun naik mahkamah dalam melawan pendakwaan kes yang sengaja diada-adakan.. Berapa banyak masa dan wang ringgit yang perlu seseorang adun atau exco habiskan untuk membela diri!??

Satu lagi psywar Barisan Nasional yang diketuai Najib di Negeri Selangor dalam strategi merampas Negeri Selangor.. Mudah-mudahan Rakyat tetap bersama kita dan semakin bertambah.. Mari kita Doakan keghairahan BN akan Memakan diri mereka sendiri.. Amin..

Sunday, July 19, 2009

-Apa Zahid Hamidi bincang dengan Menteri Pertahanan Isreal



Ehud barak Bincang sesuatu dengan Zahid Hamidi Macam mana Nak bunuh rakyat Malaysia

Dalam Satu Laporam Malaysia Insider Zahid dikatakan membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Bejamin Netanyahu..

walaupun pelbagai alasan diberikan tidak patut seorang yang memegang Jawatan Menteri Pertahanan berjumpa dengan Pemimpin ISRAEL yang MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN!!!!

Walaupun dikatakan hanya menemui Ehud Barak, dia juga pemimpin Kanan Israel yang terlibat membunuh Rakyat Palestin, Yang menariknya perjumpaan ini dibuat secara tertutup

Kenapa Buat Secara tertutup lak? takut kena tuduh yang mana Pencacai BN ni dah jadi pengkhianat Bangsa dan Ejen Yahudi ? Hah sekarang lihat lah wahai Rakyat Malaysia siapa yang jadi ejen Yahudi ? kalau Anwar di mana buktinya ?

Rasa - rasa baru beberapa tahun sebelum ini kita melihat dengan jelas dalam akhbar cabuk macam Utusan Melayau yang menyiarkan gambar dengan Jelas antara Mursyidul Awam UMNO iaitu Mahathir dan Geng Yahudi nya George Soros tengah tergelak pecah - pecah perut tapi hari ini Zahid pulak yang menuruti jejak langkah Mahafiraun ini untuk menjadi Pencacai Yahudi yang baru.

Persoalan yang bermain disini ....apa kah yang di bincang diantara Zahid dan Ehud Barak? dalam alasannya pula katanya dia berbincang untuk mencari jalan menyelesaikan konflik antara Israel - Palestin tapi kenapa dia pulak yang kena pergi berunding bukan Anifah Aman sedangkan Anifah Aman adalah Menteri Luar dan Dia hanya Menteri Pertahanan?

Adakah kerana nak dapatkan tips bagaimana nak bunuh rakyat malaysia lagi?

-Mat Monggol terima Panggilan Maut dari Barrack Obama.


Obama : Hello Najib !!! Why you get Conspires with my enemy? you wanna me bring you to the new hell after alltantuya ? Let answer me ?? Damn it !!

Adakah ini yaang di perkatakan oleh Obama? kenapa Presiden Amerika Ini Marah sangat dekat Mat monggol nih? adakah kerana ini...

adakah kerana laporan Akhbar Korea ini?



Korean Times

North Korean Uses Malaysian Bank for Weapons Payment


The transaction of North Korea's suspected shipment of weapons to Myanmar, currently being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, was planned to be paid through a bank in Malaysia and the visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction, Yonhap reported Saturday citing an unnamed "high-level" source.

"Kim Jong-il will have a hard time collecting his money," the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity. The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razak on by phone.

It also comes as North Korea's Kang Nam freighter is apparently returning home after being tracked by a U.S. Navy destroyer that suspects it is carrying cargo banned under the resolution.


The U.N. Resolution 1874, which reinforced sanctions that were imposed after North Korea conducted its first nuclear test in 2006, bans Pyongyang from exporting any type of weapons. It also bans nations from making financial transactions with North Korea.


AK_47_by_NdotL.jpg AK 47 image by CVTFX111


According to another source in Seoul, the Kang Nam is believed to be carrying small Soviet-era arms such as AK-47 rifles and RPG-7 anti-tank launchers. AK-47s and RPG-7s are two of the most widely traded Soviet-era weapon types that North Korea is capable of producing on its own.

The U.S. believes there are "multiple" North Korean ships used to export weapons

Halamak habis lah kali ini..."confirm" menjawab gilerr punya Mat Monggol kat PBB kenapa Bank malaysia yang di perantara kan oleh najib melakukan pembayaran pembelian senjata dari Korea Utara...

Saturday, July 18, 2009

Misteri Kematian Teoh Ben Hock ada sangkut - paut dengan Teori Raja Petra Kamaruddin

Teori Raja Petra Amat Tepat sekali

Sehari sebelum Kematian Raja Aku telah menerima satu e-mail dari Raja Petra yang cuba meramalkan satu lagi kezaliman yang bakal di lakukan oleh barua - barua geng Algojo.

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut.

[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Kematian Teoh Ben Hock telah di beri amaran oleh Raja Petra

SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah.

Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya.

Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.

Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana UMNO menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia.

Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama.

SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan malah Lebih dari itu. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.Jadi Kezaliman ini di dalangi oleh siapa? kalau tak agen - agen Yahudi UMNO/BN.

*Di Saat Artikel ini di tulis kemarahan UMNO/BN bertimpa - timpa lagi apabila Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng telah pun menyertai Parti keADILan Rakyat.

.

[12ad05efb7e09f9520aac119422fe15c.jpg]

CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN ARMADA - ARMADA GENG ALGOJO UMNO/BN.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: