Monday, May 10, 2010

Woitt!! MuNkEeE kalau tak tau pasal 13 mei tolong tutup mulut !

Brigadier Jeneral Dato' Muhammad Arshad
Siapa makhluk bernama Azhar Ibrahim dari Pulau Pinang? Mengapa dia mengucapkan Perkataan "13 Mei" pada debat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada hari terakhir dia duduk dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang? Dan siapakah dia mengatakan bahawa tentera akan dipanggil jika 13 Mei dan insiden yangsepertinya akan terjadi? Apakah ia menyiratkan bahawa 13 Mei yang lain yang mungkin berlaku di Pulau Pinang jika kerajaan negara bahagian tidak menyerah pada keinginan dan naksir? Apakah dia akan memimpin rusuhan? dan jika dia tidak, Saya akan menjadi orang pertama untuk sukarelawan untuk menembak dia Sampai mati.

Dato Azhari ADUN BN Pulau Pinang.

Saya sekarang ingin menanyakan hal ini disebut moron Azhar Ibrahim, di mana dia selama 13 Mei 1969? Saya kira dia harus bersembunyi di bawah ketiak ibunya. Sebagai seorang askar pencen dan setelah melihat bencana yang dicipta oleh kejadian itu, saya tidak mahu melihat kejadian serupa terjadi untuk kedua kalinya ... ... tidak pernah lagi. Baik, saya ingin melihat tentera digunakan untuk mengendalikan gangguan awam, kerana tentera tidak dilatih untuk menembak orang awam. Sila gunakan polis, kerana mereka punya keistimewaan dalam menembak mati orang awam.


Jika anda Azhar Ibrahim begitu berani, kenapa tidak anda menjadi sukarelawan untuk berjuang dengan Palestin? Jika anda mati, anda akan yakin suatu tempat di Syurga. Apakah itu yang anda inginkan?
Saya ingin memperingatkan semua ahli politik seperti si tolol Azhar Ibrahim, untuk menggunakan sedikit otak anda dan bercakap lebih bijaksana. 13 Mei adalah pelajaran pahit bagi kita semua dan seluruh bangsa ,Orang tua saya menderita di KL selama rusuhan itu, tetapi anda tidak Azhar Ibrahim kerana anda di Pulau Pinang. Oleh itu kalau tak berapa tahu atau tak tahu pasal 13 mei Jadi sila tutup mulut!

Friday, May 7, 2010

Upah maki hamun Anwar

ADA beberapa persoalan pokok yang harus diajukan di sebalik pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai Senator yang baru.

Pertama, apakah sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara sehingga melayakkan beliau dilantik sebagai Senator?

Kedua, dengan kedudukan beliau sebagai ahli biasa Umno, apakah peranan yang boleh beliau mainkan di Dewan Negara?

Atau, apakah beliau akan dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, bagi membolehkan beliau berperanan di Dewan Rakyat pula?

Merujuk kepada persoalan ini, sejurus pelantikannya Ezam mendakwa beliau layak dilantik menjadi Senator berdasarkan banyak sumbangan beliau untuk memerangi rasuah, antaranya dengan menubuhkan Gerak.

Ezam menafikan dakwaan bahawa pelantikannya sebagai ‘upah’ dari Umno-Barisan Nasional.

Namun bagi penulis, jika Ezam menafikannya pun siapa yang hendak percayakan dia.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lama tidak mempercayainya, malah, orang-orang Umno sendiri pun belum tentu percaya kepada beliau.

Hakikatnya pelantikan Ezam sebagai Senator banyak dipertikaikan. Kelompok Pakatan Rakyat tidak ada sebab hendak pertikaikan kerana pelantikan tersebut adalah progatif Perdana Menteri.

Yang banyak mempertikaikan pelantikan Ezam adalah orang-orang Umno sendiri.

“Dia (Ezam) dah ‘kenyang’ kat sana, buat onar macam-macam burukkan kita (Umno), lepas tu dia masuk sini, pun dia ‘kenyang’ juga, dapat Senator lagi,” keluh seorang pemimpin pemuda Umno.

Apa maksud ‘kenyang’ itu, hanya Ezam dan orang-orang Umno yang terlebih faham.

Persoalan yang mengguris hati kebanyakan orang Umno ialah bagaimana bekas pengkhianat Umno, baru setahun kembali ke dalam Umno, sudah mendapat ‘reward’ sebegini besar?

Di luar sana, ramai lagi pemimpin tertinggi Umno, di peringat negeri dan bahagian, yang berjuang sehidup semati mempertahankan Umno, sejak dulu, kini dan selamanya, ‘habuk pun tak dapat.’

Malah ada antara mereka yang menjadi penyokong tegar Dato’ Seri Mohd Najib Razak tatkala ditindas Khairy Jamaluddin, pun tidak mendapat apa-apa.

Malah begitu komitednya perjuangan mereka dalam Umno, diumpamakan, jika ditoreh lengan mereka sekalipun, akan keluar ‘darah cap keris’! Tetapi mereka-mereka ini diketepikan oleh pemimpin tertinggi Umno. Mengapa mereka diketepikan?

“Kes Ezam buat PM, ini ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” kata seorang penganalisis politik.

“Ada bunyi-bunyi kata hendak lantik Ezam pula sebagai Timbalan Menteri, habis kami orang Umno yang ramai-ramai ini hendak jadi apa?” soal seorang pemimpin pemuda dengan nada kemarahan.

Ya tak ya juga. Bukan AJK Pemuda atau pemimpin bahagian Umno sahaja, malah berlambak-lambak Ahli Parlimen Umno-BN yang mengharap jawatan Menteri atau Timbalan Menteri yang akan kempunan nanti.

Yang paling kempunan sudah tentunya Ahli Parlimen Rembau, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Selepas bapa mertuanya dijatuhkan dari tampuk kuasa, Khairy tidak mendapat apa-apa dari Umno, walaupun suatu ketika dahulu beliau kelihatan amat berkuasa.

Penentangnya Dato’ Mukhriz Mahathir dah jadi Timbalan Menteri. Begitu juga Naib Ketua Pemuda Umno, Dato’ Razali Ibrahim, juga Timbalan Menteri.

Maka kali ini jika Ezam dilantik menjadi Timbalan Menteri, maka riwayat Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno yang sedang berantakan dengan exconya sekarang ini, sudah hampir di penghujung.

Apakah tidak mustahil Najib sedang memprojek Ezam sebagai bakal Ketua Pemuda Umno yang baru? Khairy sudah tidak layak, sebab pertama, beliau menang tipis apabila undi perwakilan pemuda terbahagi tiga, bermakna beliau hanya dipercayai satu pertiga pemuda sahaja.

Alasan kedua, beliau dikritik oleh exconya sendiri, malah disuruh meletak jawatan kerana gagal mengemudi pemuda Umno.

Alasan ketiga, ialah kerana Khairy tidak mendapat kepercayaan Najib, dengan tidak dilantik menganggotai kabinet, dan sama sekali tidak boleh diterima oleh orang-orang Najib.

Oleh kerana Mukhriz kelihatan sedikit ‘lembap’ untuk dijadikan galang-ganti Khairy, maka seseorang seperti Ezam yang kelihatan rancak dan bertenaga, harus dipupuk mulai dari sekarang untuk mengambil alih tugas Ketua Pemuda.

Ezam dalam konteks ini dilihat ada sedikit ‘command’. ‘Command’ atau karisme Ezam, bukan untuk dikemudikan untuk mengembleng tenaga muda menyokong Umno, sebab penyokong Umno sudah semakin pupus.

Ezam sebenarnya hendak dipergunakan sebagai alat Najib untuk menyekat kemaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ezam adalah ‘ayam sabung’ terbaru Umno-BN untuk menentang Pakatan Rakyat, selepas Ahli-ahli Parlimen Umno-BN yang ada gagal berfungsi.

Sebab apa Najib mempercayai Ezam? Sebabnya ialah selepas mengkhianati ‘tuannya’ dalam KeADILan, Ezam begitu konsisten memaki hamun Anwar.

Tiada topik lain yang dicakapkannya selain memburuk-burukkan Anwar. Beliau akan muncul setiap kali ada pilihan raya dan setiap kali wujud perpecahan dalam KeADILan, ‘menangguk di air yang keruh’ untuk menjatuhkan maruah Anwar.

Ada rakan-rakan dalam KeADILan mendakwa, peristiwa beberapa orang anggota AMK KeADILan dan lain-lainnya keluar dari parti itu, berikutan daripada kerja keras Ezam dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin.

“Kerja mereka mudah, mereka round satu Malaysia, hubungi semua ‘budak-budak Ezam’ dalam parti, tawar macam-macam kepada mereka,” dakwa seorang ahli MPT KeADILan.

“Ezam dan bekas Setiausaha Agung KeADILan, Dato’ Salehuddin Hashim rapat dengan Najib.

Mereka jadi broker ‘tukang beli’ orang-orang KeADILan,” dakwa seorang yang lain.

Di sini, bukan persoalan jumlah banyak mana RM yang ‘dibayar’ untuk mereka yang sedia mengkhianati perjuangan. Tetapi, ianya adalah soal keberkesanan tugas Ezam untuk melemah dan memporakperandakan KeADILan.

KeADILan adalah antara komponen utama Pakatan Rakyat. Dan Anwar dilihat sebagai pencabar terbesar kepada Najib. Tugas Ezam dan pecacai-pecacai yang lain adalah untuk memperlahankan gerakan Pakatan Rakyat.

Walaupun kocaknya KeADILan, seumpama ‘kocakan air dalam cawan’, namun ianya cukup untuk memuaskan hati Najib. Di atas kepuasan hati itulah, beliau menganugerahkan jawatan Senator buat Ezam.

Jelasnya, ianya upah yang diberikan kerana berjaya memaki hamun Anwar!

Media Barat kini anggap Anwar anti-Yahudi , BN Pro-Yahudi


Artikel ‘Anwar khianati kawan’ oleh Bernama disiarkan dibeberapa media milik BN dengan harapan dapat membongkar penglibatan Anwar dengan kumpulan pelobi Yahudi.

Namun selepas membaca artikel ini saya melihat misi media pro-BN gagal kerana dalam artikel berkenaan, mereka secara langsung membebaskan Anwar dari dakwaan pro-Yahudi dan kecaman hebat Rachel Motte dari akhbar Intenet The New Ledger telah melonjakan imej Anwar didunia Islam kerana berjaya memperkudakan agen-agen Yahudi yang selama ini menganggap Anwar rakan mereka.

Anwar hanya mengunakan mereka untuk mencari maklumat tentang apa yang Kerajaan BN buat sekarang. Jelas kini, pembelaan akhbar ‘The New Ledger’ ini terhadap APCO telah menunjukan bahawa siapakah rakan Yahudi-Israel yang sebenarnya. BN bermati-matian mengaitkan hubungan Anwar dengan pelobi Yahudi-Wolfowitz dan Al-Gore, namun akhirnya mereka gigit jari kerana Anwar nekad untuk menyerang Yahudi balik termasuklah mereka yang bekerjasama dengan kumpulan Yahudi ini iaitu BN.

Isu Apco menjadikan Anwar sebagai musuh baru dunia Yahudi, dimana kerana isu ini identiti Anwar yang selama ini dianggap pro-Yahudi terbongkar.


Beliau hanya mengambil peluang dan mempermainkan kumpulan-kumpulan dan individu Yahudi yang berpengaruh ini. Barat begitu hebat mengecamnya kerana serang Kerajaan BN-APCO.

Nampaknya BN yang tidak dapat menjawab isu APCO terpaksa mengunakan artikel pelobi Yahudi Amerika ini untuk serang Anwar. Mereka guna Yahudi kedua pula. Yang pasti rakyat kena tahu sekarang, siapakah kawan sejati Yahudi kini.

Pelobi Yahudi sudah istihar Anwar sebagai musuh mereka dan BN sebagai kawan mereka. Itu sudah cukup untuk memberitahu kita siapa kawan sejati Yahudi di Malaysia…BN-UMNO-APCO-Yahudi…susah sangat ker nak faham.

Mungkin kena panggil Rachel Motte atau Benjamin Netanyahu untuk peluk Najib dan umumkan BN lah wakil mereka di Malaysia baru rakyat akan faham.- Herman Samsudeen

Cubaan Membunuh Saksi AminulRasyid


SETELAH disiasat sebanyak tiga kali oleh pasukan siasatan, Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak awal minggu lalu,berdepan dengan cubaan mahu membunuh dan serangan polis ke atas dirinya.

Peguam mewakili Azamuddin, menuntut satu siasatan khas diadakan berasingan berhubung dakwaan itu.

"Satu siasatan berasingan mesti dimulakan berdasarkan pengakuan dia tentang apa yang berlaku pada hari kejadian," kata peguam N. Surendran yang mewakili saksi berusia 15 tahun itu.

Selain disiasat, Azamuddin turut menunjukkan sendiri lokasi dan detik-detik yang membawa kepada kematian Aminulrasyid.

Siasatan setakat ini tertumpu pada kematian Aminulrasyid ketika cuba melepaskan diri daripada dikejar polis dan sekumpulan penunggang motosikal awal pagi 26 April lalu.


Menurut Surendran, Azamuddin mendengar seorang anggota polis menjerit ke arahnya agar berhenti dan apabila dia terus cuba mahu melarikan diri, dia ada mendengar anggota berkenaan mengira satu hingga tiga.

Katanya, apabila menoleh ke belakang dia ada melihat anggota polis berkenaan mengacu senjata dan bersedia untuk melepaskan tembakan.

Hanya selepas apabila satu kereta polis tiba, anggota berkenaan menurunkan senjata, sekali gus Azamuddin terlepas daripada tembakan.

Saksi itu telah menceritakan detik-detik hari kejadian itu kepada Surendran dan seorang lagi peguam, Latheefah Koya walaupun ia tidak disebutkan dalam laporan polisnya.

Bagaimanapun menurut Surendran, beliau akan meneruskan tuntutan aspek itu turut disiasat.

Surendan berkata Azamuddin tiada sebab untuk berbohong.Kebanyakan kandungan pengakuan Azamuddin selari dengan dengan apa yang diperkatakan oleh saksi-saksi lain.

"Ia juga membuktikan Azamuddin tidak bersalah," kata Surendran.

Tuesday, May 4, 2010

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 April — Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Anwar (gambar) yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sibu.

SNAP adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota Barisan Nasional (BN) sebelum menjadi parti pembangkang.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama dengan SNAP.

Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 kini dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP.

Penyertaan satu lagi parti politik ke dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan sokongan moral yang besar kepada PKR yang sedang menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pengerusi SNAP kini ialah Edwin Dundang yang menyebabkan penyingkiran dari BN pada 2006 dan telah bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dengan tiket sebagai pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei sebagai tarikh hari penamaan calon manakala 16 Mei hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Bertambah satu lagi ahli keluarga Pakatan terutama dis Sarawak selain SAPP dan PSM,hah BN ada Brani kaa.............

Aminulrasyid tak rempuh polis : Saksi

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.
nampaknya polis - polis kaki kelentong macam United MuNkEeE tak boleh nak kelentong kaw lagi,mana parang yang di katakan di jumpai oleh Polis dalam kereta AminulRasyid ?
sah itu semua sekadar kelentong yang di sembunyikan oleh polis semata - mata untuk melindungi keganasan yang di lakukan oleh polis.

Sunday, May 2, 2010

keganasan polis ke atas anak muda di dataran Shah Alam


Seorang pelajar kolej cedera ketika polis menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam tadi.

Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk. Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka. Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.

Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut. Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang. Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ. Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut. Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam. Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???


Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut. Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis. Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.


Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.







Antara Konstabel - konstabel itu ialah Konstabel Sayuti yang telah yang telah menendang motorsikal remaja terbabit sehingga jatuh dan merempuh sebuah Van yang di letak kan di tepi sebuah kafe di dataran Shah Alam tersebut manakala Konstabel Izwan pula meluru kearah Remaja terbabit untuk memijaknya tetapi di halang oleh beberapa Pemuda PAS yang ada di situ.

Keadaan Menjadi lebih kecoh apabila Inspektor Safuan mengajak Pemuda PAS yang cuba membantu Remaja terbabit untuk bergaduh dan ini telah membuat kan pemuda termasuk orang ramai bertambah berang.

Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk. Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka. Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.

Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut. Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang. Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ. Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut. Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam. Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???


Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut. Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis. Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut.

Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka.

Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini (gambar), juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut.

“Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih jika ada pihak bersedia menghulurkan bantuan guaman yang memerlukan sumber kewangan yang besar ini,” jelasnya.

Dalam kejadian setahun lalu, anaknya, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.


Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius.

Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya)

Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya.

Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga," tegas Normadiah.


Dalam Pada itu Ahli parlimen Shah Alam menyeru lebih ramai saksi kes seorang pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan pihak berkuasa dapat tambil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu.

Khalid berkata, tindakan tersebut dapat membantu pihak polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kes tersebut, sekali gus menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.

Katanya, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoren berdekatan tempat kejadian tidak tampil kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.

"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.

"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis terbaru berhubung kes tersebut yang dibuat jiran arwah malam tadi.

Kira-kira jam 10.00 malam tadi, jiran Arwah - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mengaku berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11.

Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada pertubuhan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah Ahmad bagi tujuan itu malam tadi.

Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak dalam kontroversiti tersebut.

"Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya pemimpin pusat PAS itu yang kini sedang digantung jawatan.

Khalid petang ini akan mengadakan sidang media sebagai respons kepada tindakan Zafrullah Ahmad pada jam 3.15 petang ini.

Sementara itu, Fadiah Nadwa memberitahu, anak guamnya tampil membuat laporan tersebut bertujuan membantu siasatan pihak pilis dalam kes tersebut.

"Sebelum ini beliau agak sibuk sedikit, masih belajar. Lagi pun beliau menunggu peguam untuk hadir bersama-sama (membuat laporan polis)," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: