Monday, December 29, 2008

AMK Shah Alam mengutuk serangan Israel di Gaza..

AMK Shah Alam mengutuk serangan Israel di Gaza.

Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ke Gaza kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.

Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini. Umat Islam di Malaysia mesti berpendirian tegas terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti mempertajamkan kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: