Monday, December 22, 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

22 November 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pandangan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan kepentingan penubuhan struktur rasmi Pemuda Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri. Ini selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Kerjasama dan dialog yang erat telah sedia wujud sebelum ini di antara organisasi pemuda parti-parti Barisan Alternatif. Hubungan yang sama diteruskan antara Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS (DPPP). Malah menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.

AMK percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.

AMK sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.

Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya dijadikan peluang untuk membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat. AMK menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan DPPP dan DAPSY bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, semua organisasi pemuda Pakatan Rakyat diharap akan dapat memperincikan mengenai struktur formal yang diperlukan, termasuk mengenai perlantikan pengerusi yang seharusnya mencerminkan realiti komposisi kaum, mengambilkira jumlah kerusi Parlimen setiap parti dan pandangan Ketua Pembangkang.

Walaubagaimanapun, AMK komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.


Memimpin Harapan Rakyat


Shamsul Iskandar Mohd. Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: