Wednesday, December 17, 2008

Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan penubuhan SPRM..

Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim---

Kuala Lumpur, 15 Disember 2008---Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.

"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri.

Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: