Friday, June 19, 2009

hisham kelentong lagi

[polis.jpg]


Algojo dan Anjing peliharaan nya

Bila Dah bela kezaliman yang telah diarahkan untuk dilakukan maka penipuan adalah prosedur seterusnya yang di gerakkan oleh ketua geng - geng algojo UMNO ini .Ini terbukti bila Salah seorang ketua geng algojo yang merangkap Menteri Keselamatan Malaysia membuat kenyataan membela tindakan polis yang telah menceroboh Dewan Undangan Negeri dan mengasari Wakil - akil rakyat Pakatan Rakyat pada 7 mei yang lalu.Sedangkan tindakan itu yang jelas telah melanggar undang - undang termasuk mengheret speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar secara kasar dari tempat duduknya adalah atas arahan ketua geng - geng algojo.Bukan itu sahaja malah polis yang berpakaian kemas bertindak seperti "anjing" yang yang baru di lepaskan turut membawa masuk senjata api yang mungkin di gunakan untuk mencederakan atau membunuh ahli - ahli wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sampai kejadian itu di rakam dengan jelas dalam video pun hisham masih nak menipu dan memutar- belit kan atas segala apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri tempoh hari dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh polis iaitu dengan menceroboh Dewan adalah tindakan yang wajar sedangkan bukan sahaja ahli - ahli ADUN dari Pakatan Rakyat yang terkejut dengan pencerobohan yang di lakukan oleh pihak polis malah Raja Muda Nazrin juga tergamam apabila sejurus Baginda Masuk untuk merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Baginda terlihat begitu ramai "anjing - anjing" cawangan khas yang berdiri dan membentuk benteng manusia di situ.Setelah di maklum kepada Tuanku Raja Muda akan hal yang berlaku Baginda telah bertitah mengarahkan "anjing - anjing rootweiler" tersebut untuk keluar dari dewan.


Sehingga sampai ke tahap begitu sekali pun Barisan ketua Geng algojo ini masih nak kelentong seluruh rakyat Satu Malaysia atas apa yang terjadi.Memang patutlah mereka di gelar sebagai geng algojo kerana individu yang sepatut mendukung prinsip - prinsip keadilan secara tak langsung mencabulinya.




Masih ingatkah lagi dengan tragedi pembunuhan Al- Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985.Operasi itu di namakan kan sebagai Operasi Hapus yang mana ketua Komandan Bukit Aman telah menghantar satu arahan kepada renjer Pasukan Polis Hutan di Daerah Baling untuk menyerang satu kem komunis di situ tetapi ketua Pasukan Polis Hutan memaklumkan semula kepada Bukit Aman yang mana Kem Komunis tidak Wujud di Baling terutamanya di Memali.Kemudiannya Ketua Polis Negara ketika itu gagal di hubungi untuk memastikan arahan tersebut.Satu lagi lagi arahan" Bangang " yang di hantar kepada Pasukan Polis Hutan yang mana arahan itu memberitahu yang mana kem komunis itu boeh di kesan melalui laungan Azan dan suara - suara bacaan al - quran.Satu lagi Arahan adalah mengarahkan supaya pasukan gerak khas bersama sebuah kereta perisai untuk menggempur kampung memali dan madrasah yang di diami oleh allahyarham Ustaz Ibrahim sehingga Tragedi menyaksikan bukan sahaja Ustaz Ibrahim dan orang kampung malah Orang tua,Wanita dan kanak - kanak mati bergelimpangan masih lagi Geng Algojo mahu menafikan kejadian tesebut malah pada tahun 1999 RTM telah memutar - belitkan semula kisah tersebut atas arahan geng - geng Algojo.




sekiranya hal ini terjadi maka tak hairanlah kalau Ketua Polis Negara yang sepatutnya menjaga keselamatan Negara Sanggup bersengkongkol dengan penjenayah demi kekayaan dan kekuasaan.

Mungkin oleh kerana sebab ini Kes Jenayah dewasa ini semakin parah dan sukar untuk di bendung,oleh itu sekiranya keharmonian dan keamanan mahu diwujudkan di Malaysia yang tercinta ini tiada apa yang dapat kita lakukan selain dari mengalihkan undi kepada Pakatan Rakyat dan melenyapkan UMNO dari muka bumi ini bersama proksi - proksi Zionis yang di bawanya

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: