Friday, June 12, 2009

Takkan la Tuan "si empunya Anjing" nak pukul binatang peliharaanya sendiri






SMM : Siasat Ketua Polis Negara kerana bersubahat dengan Penjenayah



lapor - persekutuan berita - berita kebangsaan



Kuala Lumpur 12 Jun- "Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.


Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.


“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.


Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu"



Semua pun dah tau dah takkan diorang nak bagi naya Musa Hasan sebab takut - takut ada lintah darat - lintah darat yang dok senang lenang dalam "istana Kerajaan" boleh "terheret" jadi lepas apa alasan diorang nak bagi pasal tak nak siasat...kita semua pun dah tahu,satu malaysia pun dah maklum sejak zaman eric chia terlepas dari tuduhan rasuah tak siapa nak heret atau nak dakwa pegawai mahupun anggota polis.Itu pun kalau diorang tak terhumban ke



seterusnya.........

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: