Tuesday, August 17, 2010

Berita Tergempak 1 Malaysia!!!!!!!

yeahh!!! Gadoh...jangan tak Gadoh!!! pukul,rembat,bunuh

Amaran TPM kepada MCA-Melalok

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili tetapi bagaimanapun perbuatan itu jangan sesekali dilihat boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain.

Tegas beliau, MCA harus menginsafi bahawa ia merupakan sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN) yang sudah tentu mempunyai prinsip yang perlu dihormati secara bersama.

"Saya tidak percaya MCA sanggup mengorbankan setiakawan yang dipupuk sejak sekian lama. Bagi saya ia amat penting sekali. UMNO pun memperjuangkan nasib Melayu tetapi pada masa sama ia turut menjaga kepentingan kaum lain.

"Jangan kita timbulkan kemarahan, keresahan hanya kerana kita nak pertahankan kaum kita atau resolusi kita hingga tidak mengambil kira sensitiviti dan hak kaum lain.

"Itu barulah adil namanya. Jika kita pertahankan kaum kita secara ekstrem dan perjuangan itu dilihat sebagai berat sebelah kerana tidak mengambil kira kepentingan lain, maka itu merupakan sesuatu yang tidak baik," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menegaskan, parti itu tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek yang menjawab peringatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.

Sebelum itu, Hishammuddin mengingatkan agar MCA tidak mengambil pendirian menyimpang daripada perjuangan yang sudah disepakati sekian lama dalam BN.

Jangan persoal kuota bumiputera’-Melalok

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mempersoalkan sistem kuota untuk usahawan bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE) mendapat pelbagai reaksi daripada pertubuhan Melayu dan bumiputera.

Bagi mereka, kenyataan itu mencetuskan kemarahan di kalangan usahawan bumiputera tempatan yang menyifatkannya sebagai modal politik murahan pemimpin tersebut untuk menarik sokongan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Soi Lek itu langsung tidak membantu ke arah pembangunan usahawan bumiputera malah boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara.

Sebagai seorang pemimpin berpengalaman, katanya, Soi Lek perlu menyedari hakikat bahawa peluang ekonomi sewajarnya harus diberikan kepada kaum majoriti bagi memastikan sesebuah negara berupaya mengalami pertumbuhan seimbang.

Jangan main api – GMP

IPOH 16 Ogos – Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan bukan-bukan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindak-tanduk parti itu kebelakangan ini kerap melencong daripada dasar yang dipersetujui dalam perlembagaan.

‘‘Ada usaha dari semasa ke semasa untuk menyakitkan hati orang Melayu.

‘‘Selama hampir 53 tahun merdeka, kita telah bersabar dan tidak pernah meminta lebih daripada itu walaupun orang Melayu adalah 60 peratus majoriti. Jangan sengaja menggugat kesabaran kita,” katanya di sini.

Mohd. Hilmi berkata, kaum-kaum lain di negara ini perlu disedarkan bahawa kesabaran orang Melayu mempunyai hadnya.

AKHIRNYA

MCA tidak takut kongsi pendirian dengan DAP

KUALA LUMPUR 16 Ogos – MCA menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.

“MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.

“Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.



warghhh...kah...kah...kah....kah

APA LAGI...TUNGGU,UNITED MUNKEE DAH HANTUK KEPALA KE DINDING!

APA LAGI TUNGGU,TINGGALKAN UNITED MUNKEE SORANG - SORANG JADI MUNKEE!

APA LAGI TUNGGU...BIARKAN UNITED MUNKEE TERLOMPAT SORANG - SORANG....

APA LAGI TUNGGU....SATU - SATU BLAH TINGGALKAN UNITED MUNKEE........

ITU HARI SAPP....HARI NI MCA....ESOK..GERAKAN,PPP,MIC,SUPP,.....

LAST.....LAST

Warghhh!!! Kah...Kah...Kah...kah...kah..kah

Tinggal..la Wak Din Freddie Krueger,Mat Monggol dan Ibrahim Ali lepak sorang - sorang nanyi lagu "Be End"

LSS masih teringat akan kata - kata yang pernah di ucapkan oleh Mahaguru Isham Rais suatu masa dulu sejurus selepas meraikan saat - saat manis kejayaan 8 Mac.

" Ada sesiapa yang masih kurang jelas?

Kalau masih ada mereka yang tidak faham, maka mengikut kitab al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergolong kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan, tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat.

Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya.

Topang pembawa rebahnya."

Terima Kasih Braderrr Ezam.....Kerana Mengacau bilau kan United MuNkEeE!!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: