Tuesday, August 12, 2008

Banyak fitnah bakal muncul di Permatang Pauh - AMK

Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini tidak dapat ditolak kemungkinan lebih banyak fitnah menimpa pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohammad berkata, pihak lawan sebolehnya mahu melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan dalam usaha menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Cara berkenaan juga bertujuan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang kini berjaya menambat hati masyarakat di merata tempat," ujarnya di sini. Sehubungan itu, beliau berharap jalinan kesepakatan antara tiga komponen parti perlu diperhebat dalam usaha menyatu padukan gabungan yang sudah sedia terjalin. Wan Khairul turut mengkritik Umno yang tidak ikhlas menawarkan pakatan bersama PAS baru-baru ini kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu.

Menurut beliau sekiranya Umno ikhlas bagi tujuan itu Umno tidak sepatutnya mengenepikan KeADILan untuk turut serta dalam pakatan tersebut. "Tetapi jelas memperlihatkan kepada kita Umno tidak ikhlas kerana hanya mengajak PAS sahaja dan tentunya ia mempunyai agenda politik tertentu. "Sekiranya benar ingin memperbaiki atau membela bangsa Melayu atau Islam itu sendiri, kenapa tidak mengajak KeADILan bersama," katanya.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: