YANG TERSIRAT DALAM BELANJAWAN 2009..
Carta berkaitan FDI - pelaburan luar dlm negara - menunjukkan beberapa negara di Asia mendapat suntikan daripada pelabur luar sepanjang tempoh enam bulan. Potongan kek carta pai menunjukkan Singapore, Thailand, Jepun, China dan even Vietnam menerima suntikan modal asing. Ramai yang senyap dan kelihatan tercari2 di mana potongan kek untuk malaya? Ya, tanpa perlu ditanya, presenter yang buat presentation tu dengan selamba mengatakan bahawa negara kita berada dalam "Others". "Others" menerima jumlah suntikan kurang daripada 10%!
Golongan negara manakah yang berada dalam "others"? Yang pastinya tanah melayu adalah salah satu daripadanya. Yang lain korang boleh cari sendiri. Untuk rekod, sebelum ini kek FDI di Asia juga dipegang sedikit sharenya oleh kita. Kebelakangan ini kita terpaksa berkongsi dengan "others".
Budget 2009 membuktikan sekali lagi betapa tenatnya FDI kita. Kerajaan terpaksa "memenangi" hati rakyat dan juga Sabah Serawak dahulu sebelum memikirkan tentang FDI. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa tiada satupun kelebihan diberikan untuk menarik lebih banyak FDI ke negara kita! Belanjawan kali ini lebih kepada menyelamatkan BN, daripada menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Soalan: jika orang tak bawak masuk duit untuk diberikan kepada kerajaan, duit siapakah yang kerajaan dok guna selama ini?
Jawapan: Duit rakyat! Duit minyak yang dinaikkan oleh kerajaan! Kerajaan sedang memerah keringat rakyat melalui kenaikan harga minyak yang mendadak dan melampau tinggi! Kemudian dengan "keuntungan" ini, kerajaan mengumumkan "pelbagai insentif" kepada rakyat seolah2 menunjukkan urus tadbir kerajaan bertambah baik. Hey, kamu tak perlu belajar pengurusan ekonomi di LSE sehingga ke tahap PhD untuk mengurus kewangan sebegini! Kamu ambil RM10 daripada rakyat, dan tiba masa belanjawan, kamu umumkan bahawa kerajaan "baik hati" untuk bagi setiap rakyat lima kupang. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM kalau macam ni!
Ekonomi kita makin tenat. Setakat blog ni ditulis, ringgit dah lemah berbanding dolar - 3.39. Dua bulan lalu, kita selesa di paras 3.20. Kalau kita naik kepada 3.40, kemungkinan Zeti terpaksa masuk campur dan nasihatkan PakLah untuk kuncikan semula ringgit kita macam dulu. Inflasi juga mencanak naik. Barangan komoditi tak nampak jalan untuk turun. Dalam harga minyak telah diturunkan, pengusaha pengangkutan awam masih terusan berusaha menaikkan harga tambang.
Mungkin pekerja yang bergaji bawah RM35 ribu setahun boleh tersenyum sekarang kerana PCB (potongan cukai berjadual) mereka nanti dah tak dipapar dalam slip gaji. Maka seronoklah mereka berbelanja 20-30 ringgit sebulan yang "dijimatkan" untuk guna beli petrol. Yang diambil balik oleh kerajaan akhirnya dengan menafikan subsidi minyak seperti sebelumnya. Atau mungkin boleh belanja kawan2 makan jagung dalam tin yang telah dimansuhkan cukai importnya dalam belanjawan kali ini.
Bagaimana dengan defisit? Jawapan menteri kewangan 2 kita - mat yakob - senang, defisit akan berkurang sebab petronas bayar cukai lebih! Sekali lagi, sedara sedari, adik kakok sekalian, membuktikan bahawa urus tadbir negara sangat senak sebab kita bergantung sepenuhnya pada petronas! Hasan marican pernah meletup sebelum ini bila mempersoal kerajaan mengenai industri lain dan kenapa hanya bergantung kepada petronas semata?
Belanjawan 2009 menyimpulkan bahawa kerajaan BN yang diteraju oleh PakLah membawa ekonomi Malaysia menuju ke gaung jahanam kerana terpaksa memberi inisiatif kepada rakyat menggunakan duit rakyat yang diperah dan dirampas secara paksa. Ini samalah juga seperti membuat potongan gaji ke atas pekerja dan kemudian mengumumkan bonus pada hujung tahunnya!
No comments:
Post a Comment