Saturday, August 2, 2008

Bayaran tunggakan bangunan Umno Shah Alam paling tinggi

SHAH ALAM, 1 Ogos - Bangunan Umno Bahagian Shah Alam berada dalam senarai cukai pintu tertunggak tertinggi sebanyak RM820,339.15.

Sumber memaklumkan bagi mengatasi tunggakan tersebut, pihak Umno Shah Alam akan menjual satu tingkat bangunan tersebut dengan harga RM400 ribu.
Manakala baki tunggakan cukai pintu itu akan dibayar, kata sumber.

Bagaimanapun, dalam penyata kewangan itu pihak Umno telah memohon pengurangan caj atau dibenarkan membayar ansuran sehingga tahun 2008.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, kerajaan negeri tidak mengira parti atau syarikat semua cukai pintu mesti dijelaskan.
Katanya, Umno tidak boleh menggunakan alasan sebagai parti tidak perlu membayar cukai pintu.

Beliau berkata, jika Umno Bahagian Shah Alam tidak membayar cukai pintu kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang seperti `menyita' bangunan tersebut.
"Kita bagi amaran Umno Shah Alam perlu bekerjasama dengan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) untuk membayar tunggakan cukai pintu dengan segera," katanya.
Menurut beliau, tunggakan cukai pintu itu tidak boleh dibayar secara ansuaran.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: