Thursday, July 30, 2009

DNA tu milik siapa? Siapa punya siasatan bodoh ni?



-Hari ini Mahkamah magistrate di beritahu dengan penemuan DNA yang tak di kenali di bahagian luar belakang kot dan tali pinggang yang di pakai oleh mendiang Teoh Beng Hock,agaknya bagaimana siasatan bodoh masih berterusan hanya atas arahan yang di berikan oleh agen - agen BN? di sini kekeliruan timbul tentang kewujudan 3 DNA yang tak di kenali pada pakaian mendiang terutama nya di bahagian tali pinggang mangsa yang konon nya sebagai teka - teki yang konon nya nak di reka untuk mengelirukan keluarga mendiang dan rakyat malaysia .





Keadaan ini semakin pelik dan mengelirukan kerana apa,yang pertama suspek yang berada jauh dengan Mendiang di siasat secara terperinci,tapi persoalan yang paling harus bermain di minda apabila anda meng'imiginasi'kan diri sebagai seorang penyiasat mengapa orang yang berada jauh dari si mati yang harus di siasat? tetapi suspek yang berada dekat dengan mangsa dalam jarak 50 meter Radius sebelum mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati tidak pula di ambil tindakan untuk di siasat termasuk mengeluarkan waran tangkap untuk mereman beberapa pegawai SPRM yang terbabit semasa menyiasat Mendiang Teoh Beng Hock,supaya pegawai - pegawai ini boleh di siasat.Dengan menyiasat pegawai - pegawai rasanya tak perlu lah polis mendapatkan sampel dari 102 orang sebab rasa - rasanya berapa ramai yang berada berdekatan dengan si mati sebelum mendiang mati,mengapa pegawai - pengawai SPRM yang menyiasat Mendiang pada malam itu tak di ambil sampel DNA nya mungkin dari situ keputusan siasatan boleh di perolehi dengan cepat dan tak perlu nak dapatkan sampel dari 102 orang lagi.



Mana bukti rakaman CCTV ? yang merakam siapa yang keluar masuk ke pejabat SPRM,kerana di laporkan penemuan DNA lelaki yang tak di kenali pada kot dan tali pinggang mangsa.


adakah lelaki yang tak di kenali itu masuk ke dalam pejabat SPRM melalui tingkap iaitu dengan memanjat seperti " spiderman" dan membunuh Mendiang Teoh Beng Hock dengan menggunakan taktik misteri atau pun lelaki misteri adalah "pendera khas" yang di gunakan oleh penyiasat SPRM untuk memastikan supaya Mendiang mengaku atas sesuatu yang sengaja "di reka".


kerana penemuan 3 DNA tersebut menguatkan lagi teori raja petra seperti tulisan saya beberapa hari yang lalu yang saya petik di sini.....


" mereka mengugut akan mencampak kan beliau (Mendiang Teoh Beng Hock) kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah"


"Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. "





Kalau begitu cerita nya jadi kalau nak mencampak kan seseorang keluar tingkap di bahagian manakah seseorang "pendera" itu harus memegang ketika mengugutnya? tentulah di bahagian pinggang.Berapa orang di perlukan untuk menjulurkan tubuh mangsa keluar tingkap? tentu lah 3 orang jadi .....

siapakah 3 ekor algojo yang melakukan perbuatan kejam tersebut? mengapa nama penyiasat SPRM masih tak di panggil? tak di reman ? tak di siasat secara terperinci termaksuk mendapatkan segala sampel yang ada di tubuhnya bukan sahaja DNA tapi bau badan,habuk,bulu atau apa sahaja objek yang melekat di badan mangsa.

Jadi jelas di sini siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock terus di manipulasi semata - mata nak melindungi pembunuh sebenar yang berselindung di sebalik tabir kerana bimbang pembunuh itu akan membongkar kan pembunuhan itu adalah salah satu dari drama konspirasi kepada rampasan kuasa yang seterusnya selepas negeri Perak.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: