Saturday, July 11, 2009

Najib Dan Pemerintahan 100 hari yang Gagal

Hayat pemerintahan Mat Monggol dah sampai ke 100 hari,tapi seperti biasalah tukang - tukang canang media algojo akan bagi tau yang Mat Monggol perolehi sokongan yang bagus,tapi segala - galanya sungguh pelik apabila Mursyidul Awam UMNO iaitu Tuan Guru Madey Al-mahafiraun sendiri telah menilai yang mana pemerintahan Mat Monggol yang masuk hari ke-100 ini telah pun gagal.Apa kahyang di maksudkan oleh Madey?
ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Mat Monggol yang genap 100 hari , hari ini.

bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 04Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas menyampaikan ucap utama program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia" yang diadakan secara tertutup, Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Mat Monggol telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Mat Monggol.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.....

Tapi Madey terlupa nak cakap banyak benda lagi tentang kegagalan pemerintahan Mat Moggol selama 100 hari ini.

Antara ialah.......

-Menempatkan Rosmah di Kementerian Kewangan Telah menimbulkan syak yang mana isteri nya itu yang mengawal ekonomi negara.

-Dari segi politik Mat Monggol lebih banyak mengikut telunjuk isterinya ini menjadikan BN adalah Parti Bini Najib.

- Kalah dalam 2 dari 3 pilihanraya kecil dan menarik diri dalam satu pilihanraya kecil.

-Menarik diri dari bertanding Penanti menunjukkan Mat Monggol telah menjadikan BN parti yang pengecut.

-Mat Monggol Hapuskan 30% ekuiti melayu dan Bumiputra dalam sektor awam dan naik kuota ekuiti asing sebanyak 70% ini telah menunjukkan Mat Monggol dah jual Hak melayu.

-Memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi secara tak langsung telah membunuh potensi usahawan - usahawan muda Melayu dan Bumiputra.

Berbeza Dengan Pak Lah walaupun Pak Lah Lembab tapi Pak Lah punya inisiatif dan populariti dalam mentadbir dengan cara dan haluan nya sendiri,tapi Mat Monggol ternyata Gagal dari segala aspek pentadbirannya.
Jadi ini telah menunjukkan Mat Monggol akan jadi Perdana Menteri Melayu terakhir....

NAJIB THE LAST PRIME MINISTER..........

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: