Tuesday, November 10, 2009

-Pulangkan Hak Kerajaan Negeri Selangor untuk disalurkan bagi kepentingan Rakyat Selangor...

S'gor pertikai pusat tidak salur dana.

Tindakan kerajaan persekutuan mengurangkan peruntukan kepada kerajaan Selangor dipertikai sedangkan negeri itu menyumbang hasil sebanyak RM16 billion kepada kerajaan pusat, kata menteri besar ketika mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Bajet 2010."Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajetnya di sidang DUN hari ini.Beliau juga berkata pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta. "Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Turut dipertikaikan adalah amalan baru menjalankan projek-projek persekutuan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri."Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing."Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.Khalid juga berkata, jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

Jelasnya, kerajaan persekutuan juga bertindak meluluskan kenaikan Pemberian Bayaran Perkhidmatan kepada kakitangan kerajaan negeri yang terlibat melaksanakan projek-projek Persekutuan.Jelasnya, perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 25 Ogos lepas. "

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, iaitu apabila kakitangan diberi insentif untuk melaksanakan projek-projek (kerajaan) Persekutuan sahaja sebaliknya tiada insentif untuk melaksanakan projek-projek negeri Selangor," katanya.Khalid juga berkata, kerajaan pusat tidak mengambil kira jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Selangor."Sebaliknya, dengan sikap mengabaikan pemberian bantuan kepada negeri-negeri tertentu dalam Persekutuan Malaysia, ternyata kerajaan persekutuan melanggar prinsip federalisme yang besar kemungkinan melembapkan ekonomi dan pembangunan negara secara menyeluruh," katanya.Tambahnya, ini akan dibimbangi akan menyebabkan "ketidakseimbangan nasional apabila kapasiti pertumbuhan maksimum tidak dapat dicapai."

1 comment:

Anonymous said...

dah dasar bn macam tu ape nak dikate. kalahkanmereka dalam pru13

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: