Friday, December 25, 2009

PPSMI khianati Nilai - Nilai Bahasa


Selamat Hari Krismas dan tahun baru pada semua,dikala kita meraikan perayaan yang demokratik marilah kita imbau kembali akan kedaulatan bahasa Ibunda yang telah di perkotak - katik oleh pengkhianat bangsa yang bernama United Malays National Organisation .Bukti jelas mereka menolak nilai - nilai bahasa yang telah ada dalam diri pada setiap bangsa yang ada di dunia ini.Dengan melaksanakan PPSMI mereka lupa bahawa dasar ini telah menongkah arus nilai - nilai bahasa.

Structure-of-scientific-revolutions-3rd-ed-pb.jpg

Buktinya apabila datang Thomas Kuhn dengan magnus opus nya,yang berjudul The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya haruslah lebih arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa tesis yang melakarkan perkara yang hampir serupa. Mithalnya seperti menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics.

Mungkin rakan - rakan kita seperti ajai,anaz,ajah termasuk YB Yaakob sekali berasa agak sukar untuk memahami tulisan saya yang kali ini tapi jika ingin mengupas akan kefahaman sesuatu pertikaian itu maka harus kita sabar dalam melakukan kajian demi kajian dalam mengukuhkan segala fakta dan hujah - hujah.


Semua nukilan ini sudah mendahului dalam memaparkan kelemahan ketara yang terdapat dalam semesta barat tatkala kita mahu memandang secara kebelakaan dalam pembinaan ilmu. Kuhn, seorang filsuf sains dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam karyanya tersebut jelas tidak langsung membuktikan bahawa sains tabii yang dibangunkan barat itu hakikatnya adalah sarat nilai. Manakala White pula dengan tegas memperkatakan tentang kaitan budaya dengan matematik, sementara Spengler berjaya membentangkan kaitan antara budaya dan nombor dengan begitu baik sekali.


Sebenarnya, seluruh kosmologi ini mampu dipindahkan ke dalam wacana bahasa dengan mudah. Memang, sebahagian dari kita kerap terperangkap ekoran memikirkan bahawa bahasa itu bebas nilai. Sebenarnya ini salah. Bahasa adalah subjek yang sangat akrab dengan nilai-nilai yang terbina dalam ketamadunan sesuatu bangsa tersebut. ¨Bahasa jiwa bangsa¨ itu adalah peribahasa yang betul, dengan syarat difahami dalam konteks yang juga betul. Bahkan, terbukti banyak peribahasa kita bukan sahaja mengandungi unsur-unsur sains sosial yang indah, tapi juga sains tabii nya sekaligus.

Di sini saya memetik beberapa kupasan dari karya Thomas Kuhn iaitu The Structure of Sceintific Revolution;

Aspek genetik ini selari antara politik dan perkembangan sains seharusnya tak akan terbuka untuk keraguan. Paralel Namun demikian, kedua dan lebih mendalam aspek yang di atasnya pentingnya bergantung pertama. Revolusi politik bertujuan menukar lembaga-lembaga politik dengan cara-cara itu sendiri melarang lembaga-lembaga tersebut. Kerana itu kejayaan mereka memerlukan pelepasan separa satu set menyokong agensi-agensi lain, dan dalam sementara, masyarakat tidak sepenuhnya diatur oleh agensi-agensi sama sekali. Pada awalnya krisis itu sendiri yang attenuates peranan lembaga-lembaga politik seperti yang telah kita melihatnya melemahkan peranan paradigma. Semakin banyak orang menjadi semakin terasing dari kehidupan politik dan berperilaku lebih dan lebih eksentrik di dalamnya. Kemudian, ketika krisis mendalam, banyak daripada individu-individu ini komited untuk beberapa usulan konkret untuk rekonstruksi masyarakat dalam kerangka institusi yang baru. Pada saat itu masyarakat dibahagikan ke dalam kem-kem atau pihak-pihak yang bersaing, satu berusaha untuk mempertahankan konstelasi institusi yang lama, yang lain berusaha untuk agensi yang baru. Dan, sekali bahawa telah berlaku pengkutuban, jalan politik gagal. Kerana mereka berbeza tentang matriks institusi yang di dalamnya perubahan politik yang akan dicapai dan dinilai, kerana mereka tidak mengiktiraf supra-kerangka institusi untuk ajudikasi perbezaan revolusioner, para pihak yang terlibat konflik revolusioner akhirnya harus resor kepada teknik Persuasi massa, sering termasuk kekerasan. Walaupun revolusi mempunyai peranan penting dalam evolusi lembaga politik, peranan itu bergantung pada mereka yang sebahagian extrapolitical atau peristiwa extrainstitutional. Sisa esai ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa kajian sejarah perubahan paradigma mendedahkan karakteristik sangat mirip dalam evolusi sains. Seperti pilihan antara lembaga-lembaga politik yang bersaing, yang antara paradigma bersaing membuktikan menjadi pilihan antara mod tidak serasi kehidupan masyarakat. Kerana memiliki watak itu, pilihannya bukan dan tidak boleh ditentukan hanya dengan prosedur evaluatif karakteristik ilmu pengetahuan muzik, kerana ini bergantung pada bahagian atas paradigma tertentu, dan bahawa persoalan paradigma. Ketika paradigma masuk, kerana mereka harus, menjadi sebuah perdebatan tentang pilihan paradigma, peranan mereka harus melingkar. Setiap kumpulan menggunakan paradigma sendiri untuk berdebat dalam paradigma pertahanan.

di petik dari karya The Structure of Sceintific revolution .


Malah, sesetengah peribahasa kita tampaknya jauh lebih unggul dari kosmologi sains tabii yang difahami barat.Contohnya kita selalu menggunakan pepatah ¨Bagai pinang dibelah dua,¨ iaitu adalah sebuah peribahasa yang memang melampaui konsep simetri yang terdapat dalam fizik barat mithalnya. Tapi sayangnya, kita tidak mencungkil khazanah sendiri untuk dimodelkan dalam kaedah saintifik yang mampu di masyhurkan.


Ketirisan penghargaan pada tamadun sendiri kian lagi dihimpit dengan pendekatan pendidikan yang berorientasikan Bahasa Inggeris. Sekali lagi, betapa dasar yang dirumus dan dilaksanakan ini adaah menyalahi aturan tabii hubungan antara manusia dan bahasa. Bila kita menyingkirkan Bahasa Melayu, mithalnya, dalam sistem pendidikan, itu bermakna kita juga telah memendamkan terlalu banyak keistimewaan yang terdapat dalam jiwa bahasa itu sendiri. Bahkan apa yang lebih malang dan pilu lagi, yang telah diruntuhkan itu adalah sistem pendidikan, sektor terkental dan terakhir dalam hierarki pembinaan ilmu dan sahsiah sesuatu bangsa.


Di sinilah kita perlu berfikir jernih, dan menyisih dengan cermat perbezaan makna antara kalimah Melayu dengan Inggeris tersebut. Dan, perbezaan inilah yang sering diabaikan. Kalau diperhalusi, diakui memang terdapat hubungan sejarah yang akrab antara bahasa Melayu itu dengan Islam, sepertimana yang diwar-warkan pada 1970-an oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Bahasa Menurut al-Attas, Bahasa Melayu adalah bahasa yang sarat nilai-nilai Islamnya.


Walaupun karya al-Attas kini sudah boleh disanggah dengan beberapa data baru yang menunjukkan kelemahannya, namun sekurang-kurangnya dalam konteks makna bahasa Melayu-Islam, tesis ini maseh boleh dipertahankan lagi. Tesis inilah yang cuba bangkit membebaskan jiwa abdi serta minda tertawan di kalangan bangsa Melayu, setelah berabad terjajah. Mithalnya, yang paling popular ialah perbezaan makna ¨keadilan¨ yang cuba disesuaikan dengan ¨justice.¨ Begitu juga perbezaan makna ¨saya¨ dengan ¨I.¨ Kedua-duanya kosakata ini, secara seninya adalah mewakili suatu kosmologi makna yang berbeza!


Kalau dalam sains tabii pula, kadang-kala kita sering terperangkap dengan bentuk terjemahan mudah bagi ¨natural¨ yang kemudiannya lekas disebandingkan dengan ¨semulajadi.¨ Walhal, di belakang kedua-dua kosakata ini ternyata adalah mengusung makna terdalamnya yang kemudiannya sampai kepada pemisahan antara ateistik dan teistik. Hal seperti inilah yang tidak disedari ramai di kalangan kita, kerana kegagalan untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh dari permukaannya.


Demikian juga dalam sistem angka. Sebelum ini, sering saja ada yang berhujah bahawa Bahasa Inggeris dilaksanakan atas alasan ¨mahu kembali ke ilmu asal.¨ Tapi, sebenarnya, ilmu asal sains dan matematik bukanlah bermula dari Bahasa Inggeris. Kekeliruan ini terungkap bila didedahkan perkataan sceince itu sendiri, yang jelas sekali merupakan peminjaman dari bahasa lain. Kata itu datangnya dari Scientia, Bahasa Latin. Begitu juga mathematics yang bermuara dari mathema, pinjaman dari Bahasa Greek. Bahkan, seluruh angka sa—0 sampai 9—adalah bukan murni dari Inggeris sama sekali. Sebaleknya, angka sa Melayu terbukti lebih murni, lebih mantap, atau lebih asal dari Inggeris itu sendiri.


Itulah kelebihan membangun ilmu dalam acuan sendiri. Kita membangunnya dengan kosmologinya sekali. Walau bagaimanapun, bukan sahaja Melayu, atau Islam, yang tertanam keistimewaan-keistimewaan sebegini. Sebaleknya, pengalaman tabii ini terhukum pada semua bahasa. Masing-masing bahasa ada keistimewaan sendiri, yang antaranya mungkin tiada pada bahasa-bahasa lain. Bahasa Jerman mithalnya, ternyata dalam kebanyakan displin ilmu adalah jauh lebih lengkap mengatasi bahasa Inggeris. Kelebihan ini sememangnya terbina hasil dari tradisi ilmunya yang lebih lama, atau lebih asal, sedangkan penguasaan Bahasa Inggeris baru saja muncul pada abad ke-19.



Di samping itu juga, bila kita bercakap soal bahasa, seringkali hujah-hujah yang dikemukakan ialah kuasa capaian keilmuan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris itu lebih meluas, dan lebih jitu. Secara keseluruhannya, sebenarnya hujah sebegini tidaklah benar. Bahasa Inggeris menjadi kukuh bukan kerana khazanah pengetahuan induk yang terdapat di dalamnya, tetapi kerana bahasa ini melalui suatu proses terjemahan yang agresif yang bgeitu lama—di mana budaya penting ini kini kian disisihkan dalam tradisi kita.


Sehingga kini, Bahasa Inggeris maseh lagi bersusah payah untuk menerjemahkan banyak buku falsafah ke dalam bahasa mereka. Mereka tiada budaya falsafah yang tegar bebanding bangsa Jerman mithalnya. Satu contoh yang kini menjadi klasik ialah buku Sein und Zeit nukilan Martin Heidegger, yang memerlukan sampai lebih 30 tahun untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Tempoh yang lama ini diperlukan kerana kesukaran untuk memadankan Bahasa Inggeris agar tersuai dalam kosmologi yang Heidegger maksudkan. Ini jelas, menunjukkan kecetekan dan kelemahan yang nyata dalam bahasa pengungkapan falsafah yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, yang diketahui miskin kosakata falsafahnya berbanding Bahasa Jerman.


Malah, kalau dalam bidang sains dan teknologi lagilah terzahir hebat. Sampai kini sekalipun, bangsa Jerman tanpa dinafikan memang terkenal dalam displin sains tabii, sampaikan Mekanik Kuantum itu sendiri diistilahkan mereka sebagai Sains Jerman. Manakala Perancis pula kaya dalam displin sains sosial, terutamanya menerusi tradisi di Université Paris-Sorbonne. Bahasa Inggeris—kalau dalam perspektif kerencaman Eropah—bukanlah dianggap bahasa ilmu. Kalau tidak kerana kesungguhan mereka menerjemah, tidak mungkin Bahasa Inggeris menjadi begitu berkuasa dewasa ini.


Tapi, persoalannya, kenapa kita tidak meniru tata kaedah ilmu melalui penerjemahan ini?


Barangkali jawapan terbaiknya kerana kedangkalan sendiri. Kita salah berfikir logik. Mantik, atau nyaya dalam Bahasa Sanskrit, yang kita pakai selama ini sedayanya cuba dikaburkan dan dikelirukan. Walhal, jika mahu dibangunkan bangsa, yang perlu dilakukan ialah memperkasa bahasa itu sendiri, selain memindahkan pengetahuan dari bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa tersebut. Itu yang sepatutnya dilaksanakan melalui terjemahan! Bukannya, meng-inggeris-kan semua pengetahuan, sesuatu tindakan yang tidak dilakukan oleh mana-mana tamadun besar sekalipun!


Selain dari itu, kesan utama penggunaan bahasa asing dalam pendidikan turut tampak pada penghakisan daya kreativiti sesuatu bangsa tersebut. Ini ketara dimuatkan dalam banyak teori linguistik, yang menghubungkan antara mutu pengaryaan dengan penggunaan bahasa yang intim. Hakikatnya, ¨bahasa yang paling mampu untuk kita berkreativiti adalah bahasa yang kita bermimpi.¨ Sebab itu, dengan melaksanakan dasar pendidikan bukan dalam bahasa sendiri, pendidikan kita akan menjadi lebih kaku, haktula, dan paling kuat pun hanya bertakat malar saja. Sudah tentu, secara logiknya kita takkan mungkin dapat menandingi tingkat keilmuan Inggeris, kerana cara pengaryaan kita yang meniru tidaklah akan menyamai mereka.



Malah, Bahasa Inggeris pun bukanlah sebuah bahasa yang paling kreatif. Kita telah ditunjukkan yang Bahasa Inggeris itu sendiri tidaklah begitu tersohor kerana ilmu asalnya. Malah, Edward de Bono, pengarang Six Thinking Hats, sendiri mengakui bahawa Bahasa Inggeris bukan sebuah bahasa kreatif. Paradigma bahasanya banyak terhenti pada beberapa perkataan tertentu yang sering dijadikan alasan tanpa-bantah. Bahasa Sepanyol, atau bahasa Itali, ternyata mempunyai rekod pembangunan ilmu asal yang jauh lebih cemerlang dari Bahasa Inggeris ini. Bahasanya banyak melangkaui wacana bukan-fizikal. Usah bandingkan dengan bahasa Jerman dan Perancis, atau Latin dan Greek, sudah tentu kesemuanya lebih-lebihlah lagi.


Harus dicatat juga, dalam tema bahasa ini, menelusuri pengalaman Eropah memang suatu penerokaan menarik. Meneladani jejak mereka, dan mengambil iktibar dari perjalanan mereka, barangkali adalah bentuk pendidikan-langsung yang terbaik untuk bangsa-bangsa yang berhasrat membina acuan sendiri. Tapi, meneladani ini bukannya dengan teladan yang rabun. Sebaleknya, hal yang harus kita direnungi ialah melihat bagaimana negara-negara Eropah yang kecil, seperti Czech, Norway, Bosnia, Luxembourg, dll itu, mereka sehingga kini maseh mampu untuk terus melestarikan bahasanya sendiri di kala hambatan globalisme Bahasa Inggeris.


Pengalaman Sweden mungkin menjadi yang terbaik, dan sering diungkapkan kebitaraannya. Dalam contoh ini, lebih dari dua pertiga rakyat Sweden memang terbukti mampu menguasai Bahasa Inggeris, meskipun dalam waktu yang sama seluruh sistem pendidikan dan urusan domestik mereka adalah terhablur dalam bahasanya sendiri. Jadi, persoalannya, kenapa kita tidak belajar dari negara-negara kecil ini, yang jelas lebih berjaya dan bergaya dari negara kita sendiri?




Ini samalah dengan negara-negara naga China, Korea, Taiwan, Hong Kong yang mana sistem pendidikan dalam bahasa sendiri mereka telah berjaya melahirkan olimpiad-olimpiad emas dalam beragam pertandingan sains antarabangsa, meskipun mereka miskin Bahasa Inggeris-nya. Malah, Amerika Syarikat dan Britian sendiri akhirnya terpaksa mengalah dengan pelajar-pelajar negara naga ini, sehingga mereka sering saja ´mencuri´ pelajar-pelajar asing untuk dihantar mewakili mereka dalam olimpiad antarabangsa tersebut.


Sebab itu, jangan hairan jika yang sebenarnya Anglo-Saxon yang berbahasa Inggeris itu bukanlah sebuah bangsa yang cukup bijak. Kita hanya menyatakan mereka kerana menganggap Bahasa Inggeris itu adalah seluruh Ilmu, terutamanya sains dan matematik. Walhal, itu lain. Terbukti, kebanyakan perintis pengetahuan baru mereka adalah dibangunkan dari minda-minda di luar kotak berifkir bangsa tersebut. Mereka terpaksa meminjam. Hal ini paling jelas dapat kita soroti menerusi tawaran Amerika Syarikat kepada saintis-saintis Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua. Negara tersebut mendepa tangan pada Einstein, Adorno, Godel, dll, dan menyambut mereka dengan penuh ria kemeriahan. Tujuannya: pada akhirnya, semata-mata untuk memperkasakan tingkat keilmuan Amerika Syarikat.







Namun, sayangnya, semua hujah-hujah ini gagal digarap dengan sempurna oleh para perumus dasar bahasa dalam sistem pendidikan kita. Hari ini, negara-negara Eropah berbahasa Ingerís sudah menilai kembali pendekatan sistem pendidikan mereka. Mereka bermuhasabah kerana menyedari ada kecacatan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Malah, Amerika Syarikat turut mengambil langkah awal dengan mula melaksanakan pendidikan dalam Bahasa Sepanyol untuk kalangan Hispanik dan Latino selepas menginsafi keperluan untuk mengajar dalam bahasa bangsa itu sendiri.


Oleh itu, janganlah hanya kerana dalam keghairahan kita dalam mengejar status negara maju menerusi dasar peng-inggerisan dalam pendidikan bangsa, rupa -rupanya kita sedang menapak mundur seratus tahun ke ke belakang. Di saat khalayak masyarakat dunia makin tahu erti serta kepentingan sesuatu ilmu haruslah dibangunkan dalam acuan bahasa sendiri yang sarat dengan nilai, nyata identiti, dan penuh pengkaryaan, namun kita sebaliknya terus bebal dan dibebalkan dengan fikiran singkat menerusi dasar meng-inggeriskan dasar pendidikan yang sampai ada jua para akademik yang konon mengaku diri adalah pensyarah dari sesebuah Universiti yang tergamak mengagung - agungkan barat kononnya merekalah yang menentukan kosmologi dalam lenggok bahasa dalam segala ilmu pengetahuan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: