Friday, July 17, 2009

Kematian SetPol Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah suatu tindakan Ganas Yang harus di siasat



[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Teoh Beng Hock Yang mungkin di tolak jatuh dari bangunan SPRM

Misteri kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Ben Hock Telah mengundang pelbagai persoalan yang meragukan adakah mendiang di soal siasat sama seperti tahananan yang di tahan di dalam bilik sulit di kemunting?
Mungkin kerana Tekanan Mental yang telah di berikan oleh pegawai - pegawai penyiasat telah menyebabkan hal ini berlaku.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kalau benar Beng Hock tergelincir lalu terhumban jatuh , pihak polis kena buktikan bagaimana teori ini boleh diaplikasikan. Elok sangat kalau Khalid sendiri buat demontrasi untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.
Terjun sendiri membunuh diri? Tentu tidak masuk akal kerana Beng Hok bercadang untuk mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian.Teori ini tidak wajar sama sekali. (Kahwin atas dasar suka sama suka, bukan kes terpaksa).Ramai yang beranggapan , bahawa Beng Hock sengaja dicampak keluar bangunan.Sama ada kematiannya disebabkan kejatuhan tersebut atau Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh.
Pihak pathologi yang membuat siasatan perlu mengemukakan hasil siasatan yang boleh menyakinkan rakyat. Kita tidak mahu kes umpama Kugan berulang lagi.Sekumpulan 300 orang terdiri daripada pelbagai bangsa telah berkumpul ditempat kejadian malam tadi dengan memasang lilin bagi memperingati mendiang Beng Hock yang kemudiannya memprotes dengan kata-kata seperti “Najib pembunuh, BN zalim, BN jahanam” “ BN Kejam” dan macam-macam lagi.
Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.
Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Teoh Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Jerit 'polis ganas'Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.Tujuh orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap: Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai menjerit "polis ganas" ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

[dafb16ca51b4c36b255bf7df7129ae2b.jpg]

Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Persoalan yang bermain di minda ialah pengakuan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.




Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.


Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'."Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini
Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
SPRM perlu telus dan bertanggung jawab merungkaikan misteri tragedi kematian Beng Hock ini yang menjadikan rakyat marah.
Sehubungan itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
TETAPI KALAU DI TELITI TAKTIK SOAL SIASAT INI DI LIHAT HAMPIR SAMA DENGAAN TAKTIK UNTUK MENJATUH MAHATHIR PADA TAHUN 1979 YANG MANA PADA KETIKA ITU MAHATHIR ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI,PADA KETIKA ITU SETIAUSAHA POLITIKNYA IAITU SIDDIQUE GHOUS JUGA DI TAHAN DAN DI SOAL - SIASAT SEMATA - MATA UNTUK MEMAKSA SETIAUSAHA POLITIKNYA UNTUK MENGANIAYAI MAJIKANNYA.NAMPAKNYA KINI IANYA BERULANG LAGI DAN KITA TAK BOLEH BERDIAM DIRI AKAN KALI INI.

2 comments:

AJAI- Admin said...

Mengapa waris hanya dibenarkan nak tengok mayat teo selepas menunggu 4jam????

LeeSlimShady said...

Nak musnahkan bahan bukti la tu...kekejaman ini tak boleh di biarkan.........

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: