Monday, January 11, 2010

Hari ini : Cerpen Kisah Benar Mari Membakar gereja

Hari ini ada empat berita yang saling kait mengait. Empat berita ini bila diadun boleh menjadi satu cerita pendek (cerpen) yang menarik. Semua cerita ada kaitan dengan tragedi pembakaran empat gereja kelmarin.


Berita I dari SHAH ALAM: Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap keadaan negara sekarang sangat teruk apabila ada pihak yang tergamak menyerang dan membakar gereja-gereja di Lembah Klang awal pagi semalam.


Berita II dari PETALING JAYA: Satu lagi cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran dikesan di sini hari ini menjadikannya empat kes melibatkan perbuatan khianat itu sehingga kini.
.
Berita III dari KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Berita IV dari KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Keempat-empat berita itu bila diadun boleh digarap menjadi cerita berikut:


Keadaan negara kita, Malaysia kini seperti kata Dr Mahathir sangat teruk, sangat teruk!! Kerajaan BN yang ditunjangi Umno melakukan apa saja cara untuk memenangi hati rakyat, khasnya orang Melayu yang ramai menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Apabila timbul isu penggunaan nama Allah di negara ini, perkara itu sengaja disensasikan beberapa pihak bagi menimbulkan rasa benci orang Melayu kepada penganut Kristian (Saya kata orang Melayu, bukan orang Islam, kerana saya sangat yakin orang Islam yang memahami Islam tidak mudah terpedaya dengan isu nama Allah yang disensasikan dengan cara yang agak pelik). Mahkamah Rayuan pula mengambil masa begitu panjang untuk mendengar kes itu, seolah-olah sengaja memberi ruang masa untuk kebencian menjadi kian membara dan akhirnya meletup. Kerajaan pula seperti sengaja membiarkan isu itu berleluasa, malah Perdana Menteri sendiri seperti memberi lampu hijau kepada demonstrasi anti-Kristian yang didalangi beberapa pertubuhan termasuk Pekida, Perkasa dan Abim apabila berkata kerajaan tidak menghalang demonstrasi diadakan. Lalu api yang mulanya kecil, sengaja dibiarkan marak dan besar, segalanya demi survival politik parti pemerintah.


Dan akhirnya rasa benci yang sengaja dibiar menjadi semarak itu meletup mejadi api yang memusnahkan tiga gereja dan hari ini gereja keempat cuba pula dibakar.


Tersentak dengan apa yang berlaku kepada gereja-gereja tersebut, Najib cuba mengambil hati pihak gereja dengan melawat salah sebuah gereja yang terbakar, Gereja Metro Tabernancle sambil berjanji memberi bantuan geran segera bernilai RM500,000 bagi kerja-kerja membaikpulih gereja berkenaan.


Berita TV3 malam ini menyiarkan berita lawatan Najib ke gereja Metro. Aneh, wartawan yang mengikuti Najib tidak menyiarkan komen pihak gereja tersebut atas bantuan RM500,000 yang kerajaan itu. Adakah pihak gereja yang mengikuti kronologi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada terbakarnya gereja mereka tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan yang tidak cuba membendung secara serius amarah segelintir umat Melayu, kerana itu tiada ucapan terima kasih dari mereka dengan bantuan yang diberikan?


Walaupun tidak kelihatan pihak gereja Metro mengucapkan terima kasih kepada Najib, tetapi tiba-tiba mereka menghamburkan pujian pula kepada Pas yang belum terdengar memberi apa-apa bantuan kewangan kepada mereka. Mungkin bagi pihak gereja, sokongan moral dari Pas lebih bermakna dari sokongan kewangan kerajaan yang mudah mereka perolehi dari sumber luar dengan nilai yanglebih lumayan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: