Impian Mungkin akan bersepai kiranya Kita mendisplin ahli kita,Khususnya AMK,bukan sejak akhir - akhir ini malah sejak bermula pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri - negeri ini.Kita tak tahu dari mana datangnya mereka,mungkin biasa lah bak kata pepatah "di mana ada gula di situ ada semut", ada yang keringatnya tak pernah jatuh dalam menggerak kan Reformasi pun mengaku jugak walaupun dengan keadaan berkenaan akan membuat mereka di cap sebagai seorang yang anti - Kerajaan.
Golongan - golongan opportunis ini mula wujud apabila selangor menjadi negeri yang paling kaya di malaysia di kuasai oleh Barisan Alternatif,mengekori YB,mengelilingi YB itu sahaja kerja mereka,dan ada yang tak terkecuali dari mereka ada yang asalnya menjunjung perjuangan algojo tak kurang ada di antara mereka yang pernah "menyembelih" reformis "hidup - hidup.Kini mereka m"mengoyak" kan kulit algojo dan mengaku reformis semata - mata kerana kontrek dan projek.Lihat lah jika suatu hari nanti kiranya Pakatan ini mula di "ranggah" mereka - mereka ini akan "menjelma" semula sebagai Algojo.Tak perlu lah di beritahu siapa mereka kerana dengan anasir - anasir ini lah yang akan merosakkan Pakatan.
No comments:
Post a Comment