Seperti yang telah saya saya kata sebelum ini,telah saya nyatakan sebelum ini pada Posting yang terdahulu 2 hari sebelum "orang gila " Perlabuhan Kelang melompat Keluar dari Parti.Kini kita harus berubah....
Apalah gunanya Perkasakan Parti kalau Ahli sendiri tak berdisplin dan Kredibel
Impian Mungkin akan bersepai kiranya Kita tidak mendisplin ahli kita,Khususnya AMK,bukan sejak akhir - akhir ini malah sejak bermula pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri - negeri ini.Kita tak tahu dari mana datangnya mereka,mungkin biasa lah bak kata pepatah "di mana ada gula di situ ada semut", ada yang keringatnya tak pernah jatuh dalam menggerak kan Reformasi pun mengaku jugak walaupun dengan keadaan berkenaan akan membuat mereka di cap sebagai seorang yang anti - Kerajaan.
Golongan - golongan opportunis ini mula wujud apabila selangor menjadi negeri yang paling kaya di malaysia di kuasai oleh Barisan Alternatif,mengekori YB,mengelilingi YB itu sahaja kerja mereka,dan ada yang tak terkecuali dari mereka ada yang asalnya menjunjung perjuangan algojo tak kurang ada di antara mereka yang pernah "menyembelih" reformis "hidup - hidup.Kini mereka m"mengoyak" kan kulit algojo dan mengaku reformis semata - mata kerana kontrek dan projek.Lihat lah jika suatu hari nanti kiranya Pakatan ini mula di "ranggah" mereka - mereka ini akan "menjelma" semula sebagai Algojo.Tak perlu lah di beritahu siapa mereka kerana dengan anasir - anasir ini lah yang akan merosakkan Pakatan.
Seperti jua Zulkifli Nordin,kerana ada juga rakan yang menyifatkan Zulkifli Nordin jujur dalam memberi kenyataan,persoalannya di mana jujurnya? jujur atas sebab apa? atas sebab dia menyokong Md.Razhi supaya keluar dari Parti hanya kerana rakan - rakan menegur md.Razhi yang semakin merudum prestasinya dalam memberi Khidmat pada rakyat,kadang kala ADUN jiran pula yang kadang - kadang terpaksa mengalas tugas untuk menjaga DUN md. Razhi.
Atas sebab Md.Razhi yang menuntut semula kos perjalanan ulang - alik dari DUNnya ke tempat tinggalnya yang berpuluh ribu ringgit ? untuk apa ?
Lainlah kalau Zulkifli Nordin menyokong tindakan Manickavasagam pada suatu ketika dulu membantah pembinanaan Klang Sentral yang memberi kesulitan pengangkutan kepada penduduk - penduduk yang tingal di Kampung Kuantan Ataupun Kampung Sijangkang kerana itu melibatkan kebajikan penduduk maka saya akan setuju dan berikan sokongan tapi menyokong seseorang yang bertindak atas kepentingan peribadi untuk apa?
Zulkifli menggunakan Media "mainstream" untuk menghentam Pakatan Rakyat semula,semua ini bermula apabila Berita penarikan balik petisyen pilihan Parlimen Kulim - Bandar Baru oleh calon BN Abdul Aziz Fadzir hari ini mungkin berita baik untuk penyokong, ahli dan parti gabungan Pakatan Rakyat. Penarikan balik itu mengekalkan Zulkifli Nordin dari PKR sebagai ahli Parlimen di situ.
Sebelum ini pembangkang begitu bimbang dengan petisyen berkenaan yang boleh menyebabkan kerusi berkenaan dikosongkan. Belum tahu kalau diadakan pilihan raya kerusi itu kekal kepada PKR. Jadi apabila petisyen itu ditarik ia melegakan hati gabungan parti pembangkang.
Petisyen itu juga khabarnya ditarik tanpa dikenakan sebarang bayaran. Kedua pihak tidak perlu membayar apa-apa kos perbicaraan.
Abdul Aziz memberi alasan penarikan balik itu kerana beliau ingin menumpukan kepada masalah ekonomi. Beliau juga berpandangan kerusi berkenaan tidak boleh menjejas atau merubahkan status quo yang ada kini.
Yang menghairankan kenapa sebelum ini Aziz tidak berfikir demikian dan beriya untuk membuat petisyen. Beliau dikatakan mempunyai alasan dan hujah kemas untuk membuat petisyen itu. Zulkifli dikatakan tidak menyerah atau gagal menyerahkan penyataan perbelanjaan pilihan raya yang disertainya tahun 2004.
Aziz dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan itu.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan penarikan balik petisyen ini secara tiba-tiba. Ada desas desus mengatakan ada perundingan antara Zulkifli Nordin dengan pemimpin tertinggi Umno mengenai hal ini. Sejauh mana benar atau tidak walahualam? Dan kalau benar alangkah dayusnya Zulkifli.
Di sini saya ingin membawa penjenguk merujuk apa yang dituliskan oleh orang Tun Paduka Tuan dalam blognya,katanya ;
Apa cerita dan apa dah jadi dengan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Senyap saja? Kenapa beliau menyepi ghaib tanpa berita? Melari dan menyembunyikan diri lagikah? Apa yang ditakut dan dibimbangi?
Berita terakhir tentang beliau, beliau diberikan surat tunjuk oleh Jawatan Displin PKR ekoran tindakannya 'menyerang' majlis Peguam sewaktu majlis itu mengadakan forum mengenai keluar Islam tidak lama dulu. Tindakan Zulkifli tidak disenangi oleh partinya lantas memberi surat tunjuk sebab kerana bertindak diluar arahan dan 'kesukaan' parti.
Zulkifli Nordin mempertahankan tindakannya atas prinsip dan atas nama jihad Islamnya. Dalam blognya beliau mencatat beliau bukan Islam yang baik tetapi akan melakukan terbaik untuk Islam. Tegas, berani dan iltizamnya tinggi kepada Islam. Baguslah, setiap insan Islam harus bersikap begitu meletakkan kepentingan agama dari atas segala-galanya. Berani mati untuk mempertahankan kesucian dan keagungan agama.
PKR sendiri tidak elok kalau bertindak kepada Zulkifli Nordin kerana kesalahan itu. Nampak sangat songsangnya PKR kalau mengambil tindakan itu. PKR tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana jua pihak yang cuba mengusik dan menganggu Islam. Apa lagi kalau meletakkan kepentingan politik melebihi tanggungjawab kepada agama.
Pada saya tindakan Zulkifli menganggu majlis peguam itu bukan alasan tepat dan besar. Sebaliknya ada alasan lain yang lebih besar untuk bertindak ke atas ahli Parlimen berbadan kecil ini. Dari maklumat dalaman mengatakan beliau kini sedang berura-ura untuk menyelamatkan kerusi Kulim - Bandar Baru. Beliau dikatakan sayang kepada kerusi berkenaan dan bercadang untuk menjadikannya sebagai mata pencarian!
Kerana itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta agar beliau kosongkan kerusi berkenaan (surrender) dengan petisyen dibuat Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil, Zulkifli berhelah dengan macam-macam cara. Tenguklah petisyen itu ditangguh beberapa kali sehingga kini. Akhirnya kerana Anwar sudah terdesak terpaksa meminta isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh.
Penangguhan perbicaraan petisyen itu ada ceritanya. Khabarnya untuk menyelamatkan kerusi itu Zulkifli sudah berunding dengan pemimpin tertinggi Umno. Katanya beliau telah sekurang-kurang dua kali menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ada logik dan benarnya cerita ini. Kerana sampai kini petisyen untuk kerusi itu ditangguh dan tidak bergerak langsung sedang petisyen untuk kerusi lain sudah selesai. Selain itu Zulkifli juga tidak rancak seperti dulu turun berceramah atau menghadiri majlis-majlis anjuran PKR atau Pakatan Rakyat. Menyepi saja.
Semasa majlis terbuka Hari Raya, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama pemimpin PKR di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam kelibat Zulkifli tidak nampak langsung. Biasanya dalam majlis seumpama itu beliaulah yang menyibuk dan ke depan.
Kawan seprofesyennya, Pak Wan Cik Marican ketika ditanya juga menggeleng kepala lebih daripada 10 kali. "Tak tahu ke mana menghilangnya si Zul... dia ni anih dan ganjil sikit," begitulah kata Pak Wan.
Kalau Zulkifli benar bercadang nak tinggalkan PKR demi menyelamatkan kerusinya elok juga beliau percepatkan agendanya itu. Tidaklah pula orang ternanti-nanti mengenai tindakannya itu. Dan tindakan paling baik dan bermaruah ialah kosongkan kerusi berkenaan kalau sudah tidak berminat jadi wakil rakyat. Masih banyak orang lain yang layak untuk mengisi kerusi berkenaan.
Dengan cara dilakukan sekarang ini menyusahkan banyak orang. Khabarnya pengundi di Kulim juga sudah mula bertanya dan mengeluh kesal dengan sikap dan karektor wakil rakyat mereka. Ada yang dikatakan sedang menunggu kepulangan Zulkifli dengan batang kayu!
Dan jika Zulkifli tidak bersama Pakatan Rakyat ini bermakna Pakatan Rakyat hilang satu lagi kerusi setelah tidak dapat mempercayai kerusi Bebas di Pasir Mas berpihak kepadanya. Angka 30 untuk menumbangkan kerajaan BN terpaksa ditanbah menjadi 32
Sekiranya apa yang dibimbangkan oleh bloger itu menjadi kenyataan alangkah malangnya nasib pembangkang. Sudahlah mereka telah kekurangan satu kersusi apabila seorang wakil Bebas tidak menyatakan kesediaan untuk menyokong mereka, kini mungkin kehilangan kerusinya pula secara tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.
Kalau benarlah Zulkifli Nordin akan menyertai Algojo apakah beliau dapat meneruskan perjuangannya membela Islam menerusi parti berkenaan? Apakah beliau begitu tolol dan tidak nampak sejauh mana Algojo memperjuangkan Islam menerusi parti berkenaan.
Jika benar Zulkifli Nordin akan menyertai Algojo jelas beliau tersalah pilih jalan. Dan benarlah andaian Tun Paduka Tuan itu yang beliau ingin menyelamatkan elaun RM12,000 sebulan daripada memperjuangkan rakyat!
selama ini saya melihat Zulkifli Noordin ini kadang kala tak ubah sebagai Kemuncup dalam perjuangan menegak keADILan,sebelum ini pun dia hanya menumpang Tuah "nama" sebagai Peguambela Anwar ketika gelombang 1998 sedangkan pada realitinya Zul cuma tak lebih dari sekadar "pengangkat beg" kepada Haji Sulayman,Raja Addruse dan Mendiang Christhoper Fernando sahaja .
Sebab itu di kala Zulkifli di dalam PAS dahulu pemimpin - peminmpin PAS bimbang untuk beri Zulkifli akses untuk bertanding dalam pilihanraya.
Seorang lagi yang harus di displinkan ialah Mustafa Kamil Ayub.
Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat.
Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak
dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan.
Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.
Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit…hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.
Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak…apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak.
Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah.
Oleh itu jika kita mahu melangkah ke takhta singgahsana di Putrajaya harus kita Displin,kredibel dan ubah sikap kita kalau tidak maka impian PRU - ke 13 bersepai lah jawabnya.
No comments:
Post a Comment