UMNO selalu bising tentang isu penggunaan perkataan Allah oleh penganut kristian tetapi mengenepikan isu dan yang masalah yang paling besar yang harus di bimbangi oleh umat islam iaitu;
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru?
Al-Kisahnya,ketika abang ipar saya sedang menjalankan kajian tentang situasi politik Konsep Pancasila Republik Indonesia di Surabaya pada ketika sampai waktu saat Maghrib telah tiba, Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jemaah Kristian Ortodok.
Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat..
SUJUD MEREKA
RUKUK MEREKA
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud..
Yang membezakannya ialah, bila mana kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok ini lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.
Mereka menyebutnya
1. sa'atul awwal (fajar/shubuh),
2. sa'atuts tsalis(dhuha),
3. sa'atus sadis (dhuhur),
4. sa'atut tis'ah (ashar),
5. sa'atul ghurub (maghrib),
6. sa'atun naum (Isya'),
7. sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Gambar-gambar diatas ajaran kristian ortodok yang mungkin membuatkan anda keliru.... jadi berhati-hati lah kita agar tidak terpesong dengan ajaran kristian ortodok ini...
Hebah kan pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga, rakan blog, pembaca kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.
Jangan jadikan ia sebagai posting berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...sebab Itulah algojo kena pikir pakai kepala otak apa bila mempertikaikan perkataan Allah kerana ada hal yang lebih besar seperti Mazhab kristian ortodoks yang ini perlu di bimbangi..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi lihat dan selidikilah isinya juga... lihat keseluruhan.
Wallahualammmubissawab........
No comments:
Post a Comment