Harap pengundi Melayu turut berubah.
BAGAN PINANG, 29 Sept - Masyarakat tionghua dan India bersedia membuat perubahan dan mengharapkan pengundi Melayu turut serta menolak Algojo United Monkey of National Oldies dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober nanti.
Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata, dalam tempoh 52 tahun Algojo memerintah ini, namun masih gagal membela rakyat.
"Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Algojo dan kerajaan Pimpinan Bini Najib (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan," ujarnya memetik Buletinonline berkata.
Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.
“Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan ‘PAS For All’ dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
“52 tahun Algojo dan kerajaan BN memerintah negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah,” ujarnya ketika ditemui, semalam.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa bimbangnya terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkannya tidak banyak berubah.
“Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS,
“Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Algojo(Tok Mat I.S.A) dalam pilihan raya kali ini.
“Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah ‘berani’ (berubah),” jelasnya.
Ketika ditanya isu 'hudud' yang momokkan oleh algojo sebelum ini, beliau berkata masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan ‘hudud’ kerana mereka faham dan telah diberi penjelasan sebetulnya.
Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini.
jadi apa perlukami takut dengan momokan "hantu" yang takkan menakutkan kami lagi..........
No comments:
Post a Comment