Para Syuhada Lubuk Merbau yang syahid di bunuh Algojo
Kenangilah akan sejarah Algojo,sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang,lambang militan.Al-ikhwanul Muslimin menggunakan lambang Al-Quran dan Pedang.Mereka juga dituduh militan. Bukan tujuan penulis hendak mengaitkan Algojo dengan gerakan Ikhwan.Jauh panggang dari api,ibarat bumi dengan langit perbezaannya.Ikhwan berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Mesir dan Sudan.Sedangkan Algojo United Monkey of National Oldies bergerak di Tanah Melayu berjuang menegakkan fahaman kebangsaan,yang kini telah bertukar kepada fahaman kolusi,kronisme dan nepotisme. Walau pun Zahid ditempelak pada mulanya bila memperkenalkan isu berkenaan,tetapi kini kolusi,kronisme dan nepotisme seolah-olah sudah sinonim dengan Algojo.Kerana ini lah salah satu sebab mengapa saya melabelkan mereka dengan nama Algojo,kerana hanya Algojo adalah makhluk yang dahagakan darah orang yang tak bersalah biarpun dalam erti Rohaniah ataupun Jasmaniah.
Tentu kita masih ingat sejak lama dulu,sebuah peristiwa yang berlaku di Lubuk Merbau.Dalam satu kempen pilihanraya, kerana angkara sembelihan Algojo,seorang ahli PAS terkorban dan syahid. Senarai mereka yang tercedera dan terkorban dalam kejadian pada 18.1.1985 itu adalah seperti berikut:-
1.Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
2.Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
3.Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
4.Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
5.Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
6.Osman bin Talib - retak di kepala dan syahid.*
(*sumber:Haji Suhaimi Said,Peristiwa Berdarah Di Lubuk Merbau,PAS Kawasan Temerluh,1985-tidak diterbitkan kecuali dalam bentuk stensil).
Itu adalah di antara bukti yang menunjukkan bahawa Algojo,parti kebangsaan yang konon nya memperjuangkan melayu dan islam itu sudah pun menjadi parti yang militan pada peristiwa berdarah di Lubuk Merbau itu. Kemudian pada tahun yang sama juga mereka menyembelih lagi jiwa yang tak berdosa dalam peristiwa Memali , yang mengorbankan 14 Orang Syuhada dan 4 orang anggota polis.Peristiwa Memali terhasil dari desakan Ketua Geng Algojo yang mahukan tindakan diambil ke atas Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Dengan dua kejadian di atas,jelaslah bahawa Algojo adalah parti yang militan dan ganas. Tetapi kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Algojo menuduh PAS lah yang ganas,tetapi gagal memberikan bukti terhadap keganasan PAS itu,lalu melaksanakan tangkapan rambang terhadap pemimpin-pemimpin muda PAS atas alasan dan tuduhan terlibat dalam KMM,iaitu Kumpulan Militan Malaysia yang mana sebelum itu Media Tukang Canang dah terkantoi dengan menamakan mereka sebagai Kunpulan Mujahiddin Malaysia,di mana kita sendiri pun tidak mengetahui kewujudannya,siapakah pemimpinnya,ahli jawatankuasanya,apalagi perlembagaan pertubuhan itu.Semuanya adalah rekaan pihak polis semata-mata demi untuk menghalalkan Kezaliman mereka,di samping ia menyerlahkan kejahatan Algojo itu sendiri.
Kanak-kanak dan wanita menjadi benteng pertahanan
Tragedi Berdarah Memali
( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan.
Demikianlah,Algojo memang sebuah parti yang bergerak ke arah bersikap iblis,tetapi mereka menuduh PAS lah yang militan tanpa sebarang bukti yang jelas.Sedangkan di pihak mereka,mereka mempunyai banyak bukti untuk dituduh sebagai berunsur militan.Moga Para perwakilan yang menghadiri perhimpunan dapat menyedekahkan sedikit al - Fatihah buat mereka yang gugur di jalan allah ini
3 comments:
TAHNIAH KEPADA BARISAN NASIONAL.
- MENANG DI DUN BAGAN PINANG.
- MAJORITI PENGUNDI YG TINGGI.
PAS TEWAS.
BUKTI BAHAWA PAS DAN JUGA PAKATAN RAKYAT ADALAH PARTI PENIPU.
PAS - PARTI ISLAM TETAPI TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM.
(MENGIKUT TELUNJUK DAP DAN TAK BERANI MELAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM SEPENUHNYA.
PKR - PARTI KEHANCURAN RAKYAT.
PARTI KELING RAMAI.
PARTI KELENGTONG RAKYAT.
(ADAKAH PARTI INI DPT MEMINPIM MALAYSIA???
SEMEMANGnya TIDAK. KERANA SEMUA PEMIMPINNYA PENIPU DAN GILA KUASA NAK JADI PERDANA MENTERI.
SERING MENIPU RAKYAT UTK KEPENTINGAN PERIBADI.
SECARA LANGSUNG
TIDAK MEMPERJUANGKAN HAK2 MELAYU.
MEMBERIKAN HAK2 MELAYU KEPADA BUKAN BUMIPUTERA.
DAP - PARTI PERKAUMAN CINA.
(MENGAMBIL KESEMPATAN dan HAK MELAYU untuk BERI PADA BANGSA CINA.
APAKAH MAKSUD PAKATAN RAKYAT???
ADAKAH UNTUK BERGADUH SESAMA SENDIRI.
BERSATU UTK MENIPU RAKYAT.
PARTI PAKATAN RAKYAT ADALAH PARTI KEPENTINGAN PERIBADI BUKAN UNTUK RAKYAT.
MARILAH SEMUA KITA BERSATU UNTUK
<<< 1 MALAYSIA >>>
RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
MELAYU GAGAH DI NUSANTARA...
HIDUP MELAYU.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
ISU PANAS AMK KLANG KINI BERHALUAN KIRI MENYOKONG PENUH KEMASUKAN BEKAS TIM. KETUA UMNO BAHAGIA KLANG DATO SHEIKH KE PKR CABANG KLANG DAN MENYOKONG UNTUK MENJADI CALON BAGI MENGGANTIKAN YB. BADRUL.
KEMASUKAN DATO' SHEIKH KEDALAM PKR CABANG KLANG PADA BULAN OGOS DISEBABKAN MEMPUNYAI AGENDA YANG TERSENDIRI.
KEMASUKAN BELIAU ADA BERKAIT RAPAT DENGAN DESAS DESUSU YANG SEMAKIN MENIUP KENCANG YANG KERUSI DUN N46 BAKAL DIKOSONGKAN.
NAMPAKNYA AMK KLANG TELAH BERTINDAK SEPERTI SEMUT ATAU LANGAU YANG TERJUMPA GULA MAHUPUN SENTIASA RINDUKAN NAJIS.
KAMI CANAMG KLANG SEDANG MELANCARKAN SLOGAN KATAKAN 'TIDAK' PADA AMK KALNG DAN JUGA PADA DATO SHEIKH.-pkr-klg.blogspot.com-
BARU MENANG DUA BIJIK DAH KECOH DAH ALGOJO BURRR!!!!!
MENANG KAT BAGAN PINANG TAPI KALAH KAT -
1.PERMATANG PAUH
2.KUALA TERENGGANU
3.BUKIT GANTANG
4.BUKIT SELAMBAU
5.PENANTI(Algojo jadi bapuk sekejap pasal pengecut)
6.MANIK URAI
7.PERMATANG PASIR.
BAGAN PINANG TU PAKATAN BAGI MENANG FREE JERR...KESIAN ...TAKUT NANTI MASA PERHIMPUNAN AGUNG ALGOJO TAK RAMAI MONKEY YANG DATANG.....KAH..KAH..KAH...
BILERR...ALGOJO KELENTONG RAKYAT KAW..KAW PUNYA DENGAN KAEDAH MENG'LINGGAM' TAK PULAK MONKEY NAK MENGAKU???
ALGOJO TAK PAYAH CAKAP LAH LAGI HANCUSS RAKYAT NI DI BUATNYA KATA 1 MALAYSIA,YANG PERGI AARAK KEPALA LEMBU TU APA KEJADAH 1 MALAYSIA??? WOII!!! INI 1 MALAYSIA ALGOJO UNITED MONKEY of NATIONAL OLDIES LEBIH KEPADA KELENTONG SATU MALAYSIA KE???
PARTI KELING???
ABDUL AZZEZZ MANA PUNYA KELING????
MD NOR YACKOP MANA PUNYA KELING?
ZAINUDIN MAIDIN MANA PUNYA KELING??
KETUA PENERANGAN PEMUDA ALGOJO...
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN(nama pun tak bunyik melayu) MANA PUNYA KELING?
PATUTLAH CAKAP MACAM KELING? MANA TAK TUNGGANG LANGGANG 1 MALAYSIA NI DENGAN HARGA MINYAK NAIK,TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK,BERAS NAIK(BN),JUAL KUOTA EKUITI MELAYU DALAM SEKTOR AWAK.
PALING REAL NAMPAK ALGOJO NI KELING IALAH BILA DIA BUAT PPSMI...SAH MEMANG KELING!!!!
PERJUANG HAK MELAYU???
ECEH!!! GETIK AKU DENGAR !!!!
PPSMI TU APASAL NAK TUKAR BAHASA INGRISSS??? MANA KUOTA EKUITI MELAYU DALAM SEKTOR AWAM?
TOLONG JAWAB SKETTT???? JANGAN LAH NAK CAKAP MACAM KELING
DAP PARTI PERKAUMAN CINA???? MACAM MANA DENGAN TUNKU ABDUL AZIZ??? DIA CINA KE? MACAM MANA DENGAN ALLAHYARHAM AHMAD NORR??BUKAN MELAYU KERR??? MACAM MANA DENGAN AHMAD TON DAN DR.ZULKIFLY ? ABIH TU MCA TU BUKAN CINA KOTTT...KEH..KEH..KEH...
APA LA BANGANG SANGAT DIA NIEHH!!!
PARTI KEPENTINGAN PERIBADI KEH..KEH..KEH....MONKEY NI MUNGKIN ANTARA MEREKA YANG TAK DAPAT KONTREK DARI TAN SRI KHALID NEHH...
NANTI AKU HENTAM TAN SRI KHALID..KAH..KAH..KAH......
MARILAH SEMUA KITA BERSATU UNTUK
<<< 1 MALAYSIA >>>
RAKYAT DI KELENTONGKAN OLEH ALGOJO,
PENCAPAIAN HANCUSS...
PASAL BUMBUNG STADIUM BUAT DARI ATAP RUMBIA...PASAL DUIT DAH MASUK POKET ALGOJO.......
MELAYU TAK SEGAGAH MANA BILA ALGOJO IKUT TELUNJUK ORANG PUTIH...
HIDUP MELAYU!(PASAL MELAYU DAH TAK CUKUP OKSIGEN)
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
*Cuba bukak balik sejarah siapa lah gerangannya yang telah mengejek laungan ini?
bukan Algojo United Monkey of National Oldies kerr???
Post a Comment