Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, January 28, 2009

Pertandingan Mencipta Logo AMK.

Salam Reformasi..

Anda dikehendaki menghantar butir-butir peribadi anda ke info@bsia.my dan sertakan sekali “artwork” dalam format JPEG & AI. Contoh butiran yang perlu dikirimkan kepada kami seperti dibawah.

NAMA :
ALAMAT :
NO TELEFON :
ALAMAT EMAIL :
NO KAD PENGENALAN :
CONTOH DESIGN :

Keputusan pertandingan akan kami paparkan di website www.bsia.my. Pihak kami akan menghubungi pemenang melalui panggilan telefon. Sebarang pertanyaan sila hantar ke info@bsia.my. Harap Maklum



Monday, January 19, 2009

Tahniah buat Pas dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu...

Percaturan politik Malaysia menyaksikan arus perubahan yang digembleng dan dituntut rakyat semakin tidak tertahan lagi dengan keputusan terbaru Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu. Perang strategi di awal proses pilihan raya kecil ini begitu dramatik bagi kedua-dua parti utama yang bertanding. Tempoh kempen selama dua minggu dengan perang poster dan siri ceramah yang bertimbun merancakkan suasana pilihan raya ini. Janji ditabur dan wang dilimpah dalam bentuk bantuan seolah negara tidak berada dalam krisis ekonomi. Semuanya hanya berakhir setelah tempoh pengundian selesai. Alhamdulillah, akhirnya calon Pas diisytiharkan sebagai pemenang pada pilihan raya ini sekaligus menambahkan bilangan kerusi Parlimen Pakatan Rakyat kepada 83 kerusi.

Keputusan ini telah cukup merumuskan kepada aku beberapa perkara penting. Perubahan semakin kuat dituntut oleh rakyat dan dibuktikan oleh rakyat melalui peti-peti undi. Dua kekekalahan BN dan Umno didalam PRK di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menguatkan lagi iltizam rakyat terutama mereka yang bersama dengan Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menuntut kemenangan demi melaksanakan satu perubahan buat Malaysia. Kekalahan-kekalahan ini juga satu mesej jelas buat bakal Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa beliau tidak diterima rakyat untuk menerajui negara. Dengan kekalahan di dalam PRK ini juga, aku dapat menjangkakan pada PRU 13 nanti - Barisan Nasional akan dapat ditumbangkan dan Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat Yang Berhormat Abdul Wahid Endut dan saya mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu!

p/s - buat penduduk Pensiangan, nantikan arus Perubahan ini melanda tempat anda dalam sedikit masa lagi....


Tuesday, January 13, 2009

Mari berdoa..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM....

YA ALLAH, SEBAGAIMANA ENGKAU MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL APABILA MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH... TURUNKANLAH BANTUANMU KALI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS YANG ZALIM..

AMIN, YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA KAMI INI... ( YAKIN )

SMS DAN PANJANGKAN DOA INI KEPADA KAWAN-KAWAN.....

Forum Anti Israel, Selamatkan Palestin..

1) Public Forum - Not Just Another War ; Myth and Reality in Occupied Palestine
Date : 9 January 2009
Time : 8 PM - 10 PM
Venue : Malaysian Bar Council

2) Rise for Gaza Rally
Date : 10 January 2009
Time : 8 AM - 12 PM
Venue : Stadium Malawati Shah Alam

Friday, January 9, 2009

Gaza - Gelojak Jiwa Umat Islam Dunia


Di saat entri ini ditulis, Gaza sudah masuk hari ke-14 diserang oleh rejim Zionis Israel. Dengan ketiadaan bekalan elektrik dan air bersih yang mencukupi, dihimpit lagi dengan kekurangan makanan, penderitaan rakyat Gaza tidaklah dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Nyawa penduduk Gaza seramai 1.5 juta di sebuah kawasan tak lebih besar dari negeri Melaka ini, ternyata ibarat dihujung tanduk. Amarah jiwa terhadap kekejaman kemanusiaan ini begitu meluap-luap sehinggakan kita bisa hilang pertimbangan emosi.

Namun dalam kita mengutuk dan membenci kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam di Gaza ini, ada eloknya kita merenung kembali kelemahan kita dari segi akidah, semangat jihad dan nilai kemanusiaan kita sebagai hamba tuhan yang dicipta dari tanah. Nisbah penduduk Israel kepada jumlah penganut Islam adalah 1 kepada 3000 orang. Namun seperti yang diwasiatkan oleh Rasulullah saw bahawa umat Islam di akhir zaman ini akan diratah oleh musuh Islam dari semua arah; lalu sahabat bertanya - apakah jumlah mereka (baca:orang Islam) itu sedikit? - Baginda menjawab - Tidak! Mereka itu ramai tetapi tak ubah seperti buih-buih di lautan.

Apabila isu Palestin didendangkan, yang pasti nama pahlawan agung Salahuddin Al-Ayubi akan terus hinggap di gegendang telinga saya. Salahuddin adalah pejuang Islam yang telah berjaya menawan semula Baitulmuqadis dari tentera Salib pada 2 Oktober 1187. Salahuddin yang dilahirkan sebagai seorang bangsa Kurdish, ternyata akan berasa sedih jika melihat kepada penindasan yang dilakukan oleh orang Islam Arab terhadap bangsa itu hari ini. Mereka adalah bangsa tanpa negara dan dilayan bagai orang yang tidak berwarganegara. Penindasan mereka oleh kerajaan-kerajaan Islam Arab hari ini masih berlarutan walaupun mereka itu sebenarnya adalah saudara seagama kita.

Penindasan pemimpin Islam terhadap umat mereka sendiri ternyata berlaku di mana-mana. Dari penghujung benua Afrika Utara sehinggakan kehujung kepulauan Indonesia, masih ramai orang Islam yang ditindas oleh pemimpin mereka sendiri. Kezaliman masih berterusan dan kesatuan sebagai saudara seagama hanyalah bersifat kulit luaran semata-mata. Pemimpin Islam sendiri menindas dan terus menindas. Zalim dan kejam terus mengumpul dan menipu harta rakyat untuk kemewahan dunia sementara.

OIC yang dibarisi oleh pemimpin Islam yang korup, gila kuasa dan tidak ikhlas berjuang untuk Islam menjadikan pertubuhan ini tidak ubah seperti seekor singa tua yang telah patah taringnya. Lemah dan bacul. Takut dan gerun. Buta dan tuli. Kusam dan hapak. Selagi pemimpin-pemimpin ini tidak diguling dan umat Islam masih tidak mahu menjatuhkan pemimpin-pemimpin zalim dan dayus ini, selagi itu Gaza akan terus ditikam, dibom, ditembak, dirogol, dinodai dan disembelih. Selagi itu rakyat Palestin akan terus menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

Saya sajikan sajak (dicatat oleh Najwan Halimi) ini buat teman-teman sekadar renungan untuk kita semua yang masih punya hati dan akal......


Aku berharap
dalam diam

Aku berdoa
dalam diam

Aku teriak
dalam diam

Ada yang kepal genggam tangan
Menumbuk angin

Ada yang laung gema sumpahan
Menyeru dingin

Lega Aku,
mereka lega

Dan Gaza?
Darah masih tumpah
Luka terus nanah
Rebah, musnah








Wednesday, January 7, 2009

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: