Lagu Janji dicapati

Loading...

Thursday, April 30, 2009

Kelakarnya One Malaysia

Semakin hari semakin banyak kekeliruan yang dicetuskan oleh Najib.Permulaan awalnya PR memperkenalkan Ketuanan Rakyat.Si Najib dan pengikut melayu yang layu menentang sekeras-kerasnya walaupun jaminan daripada pimpinan PR bahawa hak perlembangaan artikel 153 tidak disentuh.Tetapi kini, dulunya hero melayu sekarang baru merasakan tanah ini perlu dikongsi bersama.Hei najib orang tua-tua duduk didalam di pendalaman bolehlah digulakan-gulakan.Tetapi generasi baru kini memandang ini sebagai rencah kebodohan PM Malaysia yang baru.Sekarang rakyat dulunya wang segalanya.Ingat Najib orang muda akan memerhatikan kamu.Tunggu dan saat masa kamu akan rebah ,terutamanya di shah alam .Kami anak muda akan pastikan umno itu menjadi legenda akhir zaman.

Thursday, April 23, 2009

Hidup Najib!!

Dalam langkah liberalisasi sektor ekonomi negara, Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan kuota 30% ekuiti Melayu dalam sektor awam sebagai satu langkah untuk merangsang ekonomi negara. Ternyata inilah dia rupanya topeng pemimpin Melayu. Memastikan yang kaya terus kaya dan tidak langsung endah dalam usaha membela mereka yang miskin. Dimanakah Pewaris, Pekida, Badan Bertindak Perpaduan Melayu? Dimanakah Pemuda, Wanita dan Puteri Umno? Dimanakah Putera Umno? Dimanakah Khairy Jamaluddin? Dimanakah Mukhriz Mahathir? Dimanakah Khir Toyo?

Dibawah ini adalah petikan artikel mengenai perkara di atas:

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.


Tuesday, April 21, 2009

Kehilangan adik Nurhidayah...

Assalammualaikum.. Sekadar Memanjangkan....



> Assalamualaikum>> Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama> Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6> April> 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :>> Abdul Razak Bin Salim> HEP Politeknik Johor Bahru> 0177011038 / 0169326003>> atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.>> ..

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan> terutamanya di sekitar KL

Sunday, April 19, 2009

Pentas 152 - Amanat buat Pejuang Muda


Program anjuran AIC ini adalah sempena gagasan menentang dasar PPSMI. Buat pejuang muda yang bangga dengan jiwa bangsa - Bahasa Melayu. Mari sertai Pentas 152 untuk mendengar amanat dari Pak Samad - Sasterawan Negara. Datang beramai-ramai. Alamat Rumah Kelab AIC adalah seperti dibawah ini :


Rumah Kelab AIC

17, Jalan 16/2,

Seksyen 16 Petaling Jaya,

Selangor.


Wednesday, April 15, 2009

Anwar Ibrahim - 100 Manusia Paling Berpengaruh Dunia


Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM



Selamat Tahun Baru - Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi!

Selamat Tahun Baru - Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi!

Hari ini, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu.

Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.

Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu

Friday, April 10, 2009

Kabinet Boneka...


Hari ini PM ke 6 Malaysia mengumumkan barisan kabinet kepercayaan beliau dengan menyaksikan bilangan menteri yang lebih sedikit dan juga bilangan kementerian yang dikurangkan. Kebanyakkan muka lama digugurkan, seramai lapan orang, yang saya yakin adalah orang-orang Pak Lah. Seperti yang diduga juga, Mukhriz dilantik menganggotai kabinet dan Khairy disingkirkan.

Perkembangan dalam negara, terutama hal dalaman Umno, dua tiga hari ini menyaksikan 'kembalinya' Mahathir ke dalam arena politik negara sebagai penasihat tidak resmi. Walaupun Najib cuba menonjolkan bahawa beliau yang menguasai tampuk kekuasaan sekarang, sebenarnya berita mengenai Mahathir lebih menonjol sejak dua tiga hari lepas. Maka tidak hairan jika ramai rakyat mengatakan bahawa Mahathir terlibat dalam menyusun perlantikan kabinet yang baru. Pak Lah terus disepikan sehinggakan tiada langsung temuramah menanyakan pendapat Pak Lah mengenai keputusan PRK yang lepas dan juga mengenai perlantikan kabinet yang baru. Tetapi lain pulanya dengan Mahathir dimana, kelihatan kembali aktif bertemu dengan wartawan dan sibuk memberi ceramah disana-sini.

Khairy, walaupun membuat satu kenyataan politik bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri, saya yakin jauh disudut hati Ketua Pemuda ini, berendam duka dan hiba kerana disisih. Khairy - seperti yang kita kenal - seorang anak muda yang bercita-cita besar. Pernah bermimpi menguburkan politik Anwar Ibrahim, dan pernah diterbitkan sebuah buku politik yang membayangkan bahawa Khairy adalah bakal PM Malaysia ke 6, yang pasti perjalanan politik beliau semakin menghampiri penghujungnya. Saya merasakan dalam sikit masa lagi, Khairy bakal disingkirkan dari Umno kerana dikatakan mengamalkan politik wang pada pemilihan Umno yang lepas. Namun ini hanya spekulasi.

Saya merasakan baiklah saya ucapkan Selamat Kembali kepada Mahathir dan meminjam kata-kata Khalid Jaafar, rakyat sekarang memasuki Fasa Reformasi 3.0, menentang Najib dan tim konspirator 1998. Cabaran, dugaan dan rintangan yang lebih hebat pasti hadir. Ingatlah akan kata-kata ini yang telah bergema lebih dari sepuluh tahun lalu......

"Kalau takut pada risiko, usah bicara soal PERJUANGAN!!"


Qanun Fi At Dunia


Thursday, April 9, 2009

Emak Siapalah Tu!



Salam,

PRK 2 bukit nie mempunyai makna tersendiri, ada yang ingin mengekalkan kemenangan dan ada yang ingin memohon restu rakyat.ternyata rakyat kini diiktiraf sebagai kuasa terbesar menentu sesuatu kerajaan.Di Bukit Gantang corak politik perkauman regim umno sudah tidak dapat ditutup lagi .Tohmahan Sang penderhaka dicanangkan dijaja disana sini,tetapi generasi muda tidak berganjak akan keputusan berat sebelah regim umno terhadap pakatan rakyat melalui media dan semua saluran konvensional.Nah ternyata orang tua di kubu kuat umno menyatakan kepada saya."Saya kalau mati, dibelah 4 ,bangun semula pun dengan umno,anak saya ,cucu saya pun dalam umno".Cis takbur betul orang tua nie..Tengoklah gelagat wanita umno yang sempat saya rakamkan di selambau.Saya tanya ke arah wanita tersebut emak siapa tu?.lagi berjoget -joget beliau dengan menunjukkan isyarat lucah.Inilah hasil dari islam hadari.Sebaliknya bila ditanya pada puteri umno ,emak siapa?...semua tunduk malu.Di selambau juga dipenuhi anak-anak muda mentah sebagai ejen merayu dan mengejek...heheh ingat regim umno orang muda ini jika sudah melanjutkan pelajaran atau berkerja satu hari nanti sudah tentu bersama kami..Sekian cacatan 2 Bukit

Sunday, April 5, 2009

Kepimpinan Khairy: Cabaran Buat Anak Muda Pakatan Rakyat


Beberapa bulan lalu saya pernah menulis tentang kewajaran memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam artikel bertajuk 'Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?'.

Secara peribadi, saya cenderung melihat Khairy sebagai mewakili sosok progresif anak muda Melayu baik dari segi intelektual mahupun dari sudut penampilan. Semalam, perwakilan Pemuda UMNO telah melakukan keputusan yang tepat dengan memilih Khairy.

Sebagai anak muda yang menaruh harapan untuk melihat UMNO berubah, pemilihan Khairy sebagai peneraju Pemuda wajar diraikan. Sepanjang pemerhatian terhadap gerak kerja kempen tiga orang calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO, Khairy menonjolkan gagasan yang lebih inklusif dan rasional berbanding dengan dua orang calon lain.

Pun demikian, para pendukung Pakatan Rakyat sewajarnya merasa bimbang dengan pemilihan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru kerana kini mereka berhadapan dengan sosok anak muda yang berkarisma dan berpotensi.

Paksi pemuda Pakatan Rakyat seharusnya telah mulai bertindak memperbaiki imej dan gagasan mereka sedari sekarang dalam usaha memastikan kemampuan mereka menyaingi semangat baru Pergerakan Pemuda UMNO yang kini dipimpin nakhoda baru.

-artikel dipetik dari Riwayat Hayat.com-




Wednesday, April 1, 2009

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan

Suara Keamanan ganti Suara KeadilanDisebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.(tamat)Jabatan Editorial Suara Keamanan

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: