Lagu Janji dicapati

Loading...

Monday, June 29, 2009

Perhatian !!! kepada semua Ahli AMK yang bertebaran di serata Muka Bumi terutamanya di shah alam

HIMPUNAN PERPADUAN RAKYAT

BILA :
Selasa - 30 haribulan Jun 2009-06-29

TEMPAT :
Stadium MPPJ Kelana Jaya

WAKTU : 9.00 Malam

PIDATO UTAMA :

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
YB saudara Lim Kit Siang
YB Tuan
Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Semua warga AMK di jemput datang terutamanya Ajai bersama Civic Merahnya. Sila bawa payong kalau hujan macam petang ini.

Saturday, June 27, 2009

Semua dijemput Hadir..


Memorandum Pemuda PR mendesak kes liwat 2 DS Anwar Ibrahim digugurkan

MEMORANDUM
PEMUDA PAKATAN RAKYAT

26 Jun 2009

Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA

Y.Bhg. Dato'

MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ Seri
Anwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.

”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”


Yang Benar,






SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN NASRUDIN HASSAN TANTAWI YB LOKE SIEW FOOK
Ketua Ketua Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat Pemuda Sosialis DAP

Friday, June 26, 2009

Program Malam Ini Dan Malam Esok

MALAM INI !!!!!!!!

26 jun 2009

Forum Dasar PPSMI (pembelajaran dan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris) dari segi falsafah pendidikan

tempat :Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur(MCPA)

Waktu:8.30 malam


Panelis :Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr. Hassan Ahmad

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia Chong Fah Hing

Setiausaha PPSMI (GMP), Hasni Abas

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat



MALAM ESOK !!!!!!!!!




PASAR MALAM ANAK MUDA – DATARAN SHAH ALAM TEPI TASEK

27 Jun 2009

[pekan.jpg]

Tempat : Laman Menara Jam Shah Alam

waktu :8.oo. malam - 12.00 malam

Yang mengendalikan Majlis

Khottal

Adam Kasturi

Hasmi Hashim

Hishamuddin Rais (buku Keganasan, Penipuan & Internet )

Rahmat Harun (Utopia Trauma'?)

Azska-Dila Raden-Alina Abdullah-Fared Ayam-Zahiril Adzim (DVD filem Gadoh )

Mikrobotmen (Chiptune)-

Mikrocipno32(Chiptune)-

Wahida Rahim-Beeha

Turut Menyerikan Gerai Pekan Frinjan adalah

Sang Freud Press
Oxygen
Buku Indo Untuk Hati Yang Pop
Gerakbudaya
Matahari
Komas

Pasar Malam Anak Muda ialah gerakan sifar-untung yang dijayakan oleh roh bebas. Tujuan ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan sastera dan pembudayaan masyarakat. Acara pertamanya ialah Pekan Sehari di Dataran Shah Alam. Acara-acara dalam pembikinan ialah Kampus Krawl dan Selangor Fringe Festival.

DATANGLAH BERAMAI - RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN PESTA AKTIVIS ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT


Thursday, June 25, 2009

Bini Najib "si Penguin" tu Kawal Ekonomi rupanya patutlah ekonomi negara makin parah

[Rosmah+Mansor+1.jpg]

Beberapa hai yang lalu ketika berbual bersama beberapa orang aktivis kami terserempak dengan rakan sekelas semasa di sekolah dahulu,wah bukan main bergaya nampaknya maklumlah orang yang berkerjaya.kami pun makan di sebuah restoran di Bangsar Village,al-maklum lah kalau orang " standard" macam ni mesti makan kat restoran Mewah punya.Dalam Pada itu kami pun borak - borak panjang dari hal di zaman persekolahan hinggalah ke hal - hal politik dan masalah - masalah negara.Setelah lama bernual baru la kami ketahui yang mana bekas rakan sekelas kami ini adalah Pegawai Pentadbiran di Kementerian Kewangan dan pada masa yang sama adalah salah seorang dari geng algojo UMNO yang memegang jawatan dalam AJK Pemuda Algojo UMNO Wilayah Persekutuan.Maka kami pun "pancing" begitu banyak cerita dari Rakan algojo yang baru ini sambil menyembunyikan identiti kami sebagai Aktivis Pakatan Rakyat,sehingga sampai cerita Najib Tun Razak Maka suaranya pun di perlahankan kerana mahu menceritakan kisah perihal Isteri "penguin" Presiden kepada Ketua Geng - geng Algojo UMNO/BN ini.Pada ketika mamat ni pecah lobang Pak Lah belum lagi letak jawatan.

Mengikut cerita rakan seorang ini ,katanya Najib main kasar dengan Abdullah. Ada unsur ugutan terhadap Abdullah digunakan Najib. Katanya Najib menggunakan tentera untuk mengugut Abdullah sehingga berhenti. "Apa dia... bentuk ugutan itu," saya ingin tahu lebih lanjut... namun tidak mahu disebut. Bahaya, katanya dan menambah sebab itulah Abdullah ambil semula tentera, Kementerian Pertahanan.

"Kenapa beliau tidak berpakat dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), sekurangnya beliau tidak berundur secara bersendirian dan tragis begitu, Ku Li boleh belanya," kata saya mengalih haluan percakapan bila beliau enggan memberi tahu.

Selepas kai mempersoalkan tentang Pak Lah dan geng - geng nya kami pun berpatah balik dengan cerita Najib,sebut nama najib saja dia terus cerita sambil membuka dokumen rahsia yang tak sepatutnya di dedahan kepada kami aktivis - aktivis Pakatan ini.

Kata nya"kalau korang nak tau najib tu Takut Bini,belum naik jadi PM lagi dia dah buatkan satu pejabat khas untuk dain Rosmah kat Tempat kerja aku tu(Kementerian Kewangan)"

saya pun bertanya "untuk apa pejabat Rosmah kat situ,apa dia nak buat? takkan nak kawal ekonomi negara ,kalau macam ni melingkuplah nampaknya negara kita yang tercinta ni? "

balasnya semula"tak tahu lah,Bos(Najib) dah suruh buat je lah"

Aku dan Rakan Aktivis pun Pancing lagi "Takkan Pak Lah tak tau akan hal ni"

balasnya lagi" Pak Lah dah tau dah,tapi mengikut kata orang atas Pak Lah kata biarkan je la,,,kemudian hari biar dia(najib) tanggung akibatnya.

Tetapi saya masih tidak mahu percaya. Mungkin cerita itu ditimbulkan untuk memburukkan Najib dan Rosmah sahaja. Kalau pun Rosmah itu mata duitan dan queen control tetapi takkan dia tidak tahu masa dan ketika mana nak tarik dan lembukan Najib. Setidak-tidaknya kalau Rosmah nak menguasi Kementerian Kewangan kawal kontrek dan tander, biarlah Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri dulu. Langkah Rosmah itu kalau benar agak tergsa-gesa dan melampau.

katanya lagi"kalau korang tak percaya haaa!!! siasat lah sendiri..."

Macam real je apa yang dia cakap ni,sampai bersungguh - sungguh yakin kan aku.

Tapi setelah meneliti segala cerita - cerita dan laporan dalam suara keadilan dan termasuklah cerita klise mengenai Rosmah menengking Najib di hapadan orang ramai di Kuantan.Maka Yakin lah yang Rosmah si"penguin" juga adalah dalang dalam merosakkan ekonomi negara.Sebab itu lah Pak Lah Kurang selesa apabila berkomunikasi dengan Najib kerana Rosmah sentiasa mengekori rapat dari belakang untuk mengorek segala rahsia negara.Kalau begini lah jadi maka tak hairanlah ekonomi negara satu Malaysia in tunggang - langgang,kerana kita di perintah oleh seorang Perdana Menteri Yang Takut bini....Blah Lah UMNO!....buat malu je...............

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan : Geng algojo UMNO gigit jari ,Setongkol batu jatuh atas kepala akhirnya geng algojo berputih mata...

[pakatan-june22.jpg]

Biar putih mata, jangan kuning gigi...Begitulah ungkapan yang paling tepat kalau nak di tujukan kepada geng - geng algojo.Begitu marah nampaknya geng - geng algojo bila agenda kerajaan perpaduan yang disangkakan berjaya untuk menjerat PAS untuk keluar dari PAKATAN RAKYAT lantas menguasai negeri - negeri yang kaya dengan dengan perdagangan seperti selangor,Pulau Pinang dan Kedah tak berjaya melalui isu Kerajaan Perpaduan yang di geletek oleh PAS.
Baru sahaja nak ajak buat kerajaan perpaduan geng - geng algojo dah macam "malaikat" mengajak - ngajak ayam dan sanggup terima macam - macam syarat dari PAS,sudah lah begitu puak - puak yang tidak setuju dengan gagasan kerajaan perpaduan macam histeria di tempelak dan di maki hamun,ini termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz .Apabila begitu sekali sikap mereka,mereka lupa bahawa Tuan Guru adalah pemimpin tertinggi dalam PAS dan mereka telah mengulangi kesilapan yang telah di lakukan oleh Khairy Jamaluddin jadi inilah akibatnya.
Segalanya berakhir apabila pemimpin Umum PKR mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama geng - geng algojo UMNO/BN .Tidak mungkin PAS dapat melupakan bagaimana Geng - geng algojo UMNO/BN telah melaga - laga kepimpinan PAS pada tahun 1977 sehingga PAS berpecah belah dan "diterajang" sendiri UMNO keluar dari BN.

[pr.JPG]


Alhamdulillah, terlerai sudah kekusutan. Berita RTM jam 8 mlm tadi memaparkan kekecewaan pemimpin UMNO atas pendirian PAS dalam isu kerajaan Perpaduan. Pemimpin Umno semacam orang sawan yang gila talak. Harapan pendokong/ aktivis PAS, jangan hendaknya ada pemimpin kita yang buat U' turn setelah kata sepakat dicapai. Pendirian kita jelas... Dakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO akan diteruskan dan inilah yang telah dan sedang kita buat termasuk dengan rakan pakatan.
Kalau ada perjumpaan dengan mana-mana tokoh, ianya mesti telus. Menyembunyikan pertemuan akan menimbulkan prasangka dan kesan buruk pada jamaah. Jangan ada lagi tindakan kita yang membuka ruang kepada geng algojo UMNO untuk memerangkap kita.
Saya sangat mengharapkan pemimpin kita di semua peringkat membuka balik kertas kerja yang ada kaitan dengan ukhuwah yang pernah dibincangkan dalam tamrin tahun 80an lalu. Hari ini topik dan semangat ini hampir lenyap dari jamaah kita.
Bertempur dengan geng algojo UMNO kita seakan mendapat tenaga dan semangat yang baru, tetapi bertempur sesama sendiri, amat meletihkan.
Jom kita kembali ke posisi. Kepada blogger-bloger halakan kembali senapang anda kepada UMNO.
Seronok juga melihat ketua geng - geng algojo seperti khir toyo,fadzil dan idris yunus yang begitu marah dan menuding jari kepada Anwar yang menjadi punca pada kegagalan kerajaan Perpaduan,secara tak langsung menuduh Anwar adalah punca perpecahan Melayu...
Ingat kan Mat Botox ni pandai...rupa - rupanya banggang tak sudah - sudah,Mat Botox lupa kenyataan "mahafiraun" beberapa hari yang lalu yang mana Perpaduan Dalam UMNO takkan dapat di pulihkan selagi Rasuah berleluasa.Jadi perpecahan melayu ini di sebabkan oleh Anwar Ibarhim atau Rasuh dalam UMNO? Nampaknya Ketua Geng Algojo UMNO/BN macam Mat Botox kena masuk sekolah tadika Tadisma kat TTDI balik baru dia boleh cakap pasal Perpaduan.
[wanita+umno.jpg]

tapi yang sebenarnya di maksudkan oleh rakan - rakan dari PAS itu ialah Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat lah Booooooodoooooohhhhhhh !!!!!!!!!!!!

Friday, June 19, 2009

hisham kelentong lagi

[polis.jpg]


Algojo dan Anjing peliharaan nya

Bila Dah bela kezaliman yang telah diarahkan untuk dilakukan maka penipuan adalah prosedur seterusnya yang di gerakkan oleh ketua geng - geng algojo UMNO ini .Ini terbukti bila Salah seorang ketua geng algojo yang merangkap Menteri Keselamatan Malaysia membuat kenyataan membela tindakan polis yang telah menceroboh Dewan Undangan Negeri dan mengasari Wakil - akil rakyat Pakatan Rakyat pada 7 mei yang lalu.Sedangkan tindakan itu yang jelas telah melanggar undang - undang termasuk mengheret speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar secara kasar dari tempat duduknya adalah atas arahan ketua geng - geng algojo.Bukan itu sahaja malah polis yang berpakaian kemas bertindak seperti "anjing" yang yang baru di lepaskan turut membawa masuk senjata api yang mungkin di gunakan untuk mencederakan atau membunuh ahli - ahli wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sampai kejadian itu di rakam dengan jelas dalam video pun hisham masih nak menipu dan memutar- belit kan atas segala apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri tempoh hari dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh polis iaitu dengan menceroboh Dewan adalah tindakan yang wajar sedangkan bukan sahaja ahli - ahli ADUN dari Pakatan Rakyat yang terkejut dengan pencerobohan yang di lakukan oleh pihak polis malah Raja Muda Nazrin juga tergamam apabila sejurus Baginda Masuk untuk merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Baginda terlihat begitu ramai "anjing - anjing" cawangan khas yang berdiri dan membentuk benteng manusia di situ.Setelah di maklum kepada Tuanku Raja Muda akan hal yang berlaku Baginda telah bertitah mengarahkan "anjing - anjing rootweiler" tersebut untuk keluar dari dewan.


Sehingga sampai ke tahap begitu sekali pun Barisan ketua Geng algojo ini masih nak kelentong seluruh rakyat Satu Malaysia atas apa yang terjadi.Memang patutlah mereka di gelar sebagai geng algojo kerana individu yang sepatut mendukung prinsip - prinsip keadilan secara tak langsung mencabulinya.




Masih ingatkah lagi dengan tragedi pembunuhan Al- Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985.Operasi itu di namakan kan sebagai Operasi Hapus yang mana ketua Komandan Bukit Aman telah menghantar satu arahan kepada renjer Pasukan Polis Hutan di Daerah Baling untuk menyerang satu kem komunis di situ tetapi ketua Pasukan Polis Hutan memaklumkan semula kepada Bukit Aman yang mana Kem Komunis tidak Wujud di Baling terutamanya di Memali.Kemudiannya Ketua Polis Negara ketika itu gagal di hubungi untuk memastikan arahan tersebut.Satu lagi lagi arahan" Bangang " yang di hantar kepada Pasukan Polis Hutan yang mana arahan itu memberitahu yang mana kem komunis itu boeh di kesan melalui laungan Azan dan suara - suara bacaan al - quran.Satu lagi Arahan adalah mengarahkan supaya pasukan gerak khas bersama sebuah kereta perisai untuk menggempur kampung memali dan madrasah yang di diami oleh allahyarham Ustaz Ibrahim sehingga Tragedi menyaksikan bukan sahaja Ustaz Ibrahim dan orang kampung malah Orang tua,Wanita dan kanak - kanak mati bergelimpangan masih lagi Geng Algojo mahu menafikan kejadian tesebut malah pada tahun 1999 RTM telah memutar - belitkan semula kisah tersebut atas arahan geng - geng Algojo.




sekiranya hal ini terjadi maka tak hairanlah kalau Ketua Polis Negara yang sepatutnya menjaga keselamatan Negara Sanggup bersengkongkol dengan penjenayah demi kekayaan dan kekuasaan.

Mungkin oleh kerana sebab ini Kes Jenayah dewasa ini semakin parah dan sukar untuk di bendung,oleh itu sekiranya keharmonian dan keamanan mahu diwujudkan di Malaysia yang tercinta ini tiada apa yang dapat kita lakukan selain dari mengalihkan undi kepada Pakatan Rakyat dan melenyapkan UMNO dari muka bumi ini bersama proksi - proksi Zionis yang di bawanya

Thursday, June 18, 2009

Kat Manek Urai Yakin tapi kat Penanti tak yakin,kat Manek Urai tak kecut tapi Kat Penanti kecut

apasal nih? diorang dah menggelabah atau memang dah syok sendiri?

UMNO YAKIN AKAN MENANG DI MANEK URAI-Lapor Utusan Melayau

UMNO tidak 'kecut' bertanding -Lapor Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 17 Jun - UMNO tidak pernah berasa 'kecut' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, 14 Julai ini.

Beberapa pemimpin UMNO ketika dihubungi di sini hari ini menekankan, pilihan raya kecil itu mempunyai situasi berbeza dengan Penanti, justeru parti itu tetap bertanding di kawasan berkenaan walaupun sebelum ini ia dikuasai Pas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, sejarah kemenangan Pas dengan majoriti 1,352 undi tidak boleh dijadikan ukuran untuk UMNO melepaskan begitu sahaja kerusi itu kepada pembangkang.

''UMNO tidak pernah berasa 'kecut'. Kenapa ada pihak yang menyuruh kita tarik diri sedangkan situasi kali ini jauh berbeza dengan di Penanti, Pulau Pinang?'' soal beliau.






Apa lagi nak di kata...kalau dah geng - geng melayau ni turuti kata-kata "gabra" geng - geng algojo maka tunggang - terbaliklah kenyataan mereka sebab geng - geng algojo kata diorang yakin untuk menawan Manek Urai kerana mereka yakin akan segala pembangunan yang akan mereka jalan kan di Manek Urai.Masalahnya kat penanti takkan tak boleh bawa pembangunan?Mengapa gah di manek Urai tapi macam "Kucing Sakit" semasa di penanti? tapi aku pelik bila geng - geng algojo UMNO/BN ni mendakwa dalam akhbar rasmi mereka iaitu Melayau yang mereka tidak kecut di Manek Urai,jadi bagai mana dengan Penanti? kat Penanti tak kecut ke? kalau tak kecut kenapa tak letak calon untuk bertanding? sehingga mencipta sejarah yang pertama selama 52 tahun merdeka apabila UMNO/BN menolak untuk meletakkan calon di Pilihanraya kecil DUN Penanti,bukan sahaja Pakatan Rakyat tapi satu malaysia akan tertanya - tanya apakah UMNO/BN sudah kecut perut?

Sampai ke hari ini kita masih ternanti - nanti akan jawapan daripada geng - geng algojo UMNO/BN mengapa Pilihanraya kecil yang diadakan di Penanti di katakan membazirkan wang rakyat tetapi Pilihanraya Kecil yang di Adakan di Manek Urai tidak membazir? tapi kita akan lihat nanti macam mana punya pembaziran yang akan di buat oleh geng - geng algojo UMNO/BN dan kita akan tanya soalan ini semula kepada mereka.

Geng - geng algojo ini mendakwa PAS terutamanya Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz telah menyuruh mereka menarik diri dari Pilihanraya ini jika mahu menghormati Kerajaan Perpaduan....kenyataan ini kalau di perhalusi maka jangan kan Kambing Gurun malah Cipan,ungka,kongkang,Chimpanzee,Baboon dan Siamang pun akan tergelak pecah - pecah perut,sebab kelentong yang cuba di reka oleh geng - geng algojo UMNO ini tak kena masa dan tempat kerana di kala ini Tuan Guru Nik Aziz telah membidas Timbalan Presiden nya berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan menolak sekeras - kerasnya pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.

Jadi Celah "bedah" mana yang di didakwa oleh geng - geng Algojo yang Tuan Guru telah menyuruh agar mereka menarik diri dari meletakkan calon dalam Pilihanraya kecil di Manek Urai sedangkan Tuan Guru menentang keras isu Kerajaan Perpaduan ini.Apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh pemimpin dari geng - geng algojo maka rakyat satu malaysia akan terfikir UMNO/BN dalam keadaan Tunggang Terbalik ,ini kerana apabila ada dua berita yang bercanggah di laporkan dalam satu akhbar yang sama maka satu malaysia akan terfikir kelentong apakah yang sedang di reka oleh geng - geng algojo,maka adakah ini di katakan Rakyat di dahulukan? sedang rakyat yang rata - rata berpendidikan dan tak begitu banggang di kelentong kaw - kaw... sehingga sebegitu rupa.

Dah habis bab kecut masuk pula bab yakin,apa yang di yakini oleh UMNO/BN yang mereka akan memenangi Pilihanraya ini sedangkan Bilik gerakan mereka pun dah tak terurus tak ubah macam sarang tikus dan kempen mereka pun pun dalam keadaan yang tunggang - langgang ini semua di sebabkan janji - janji yang mereka tak tunaikan lagi semasa berjaya menguasai Manek Urai selepas Pilihanraya Umum 2004 walaupun tak berjaya menawan negeri Kelantan.Kekeringan Idea untuk berkempen dan membawa isu baru untuk di ketengahkan Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang.

Rakyat di DUN terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui UMNO/BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya baru penggal menang, bekas ADUN Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok .

Begitu juga bekas ADUN Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat.
Itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini.
Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.

Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini.

Sekarang geng - geng Algojo UMNO datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.

Sekiranya geng - geng algojo UMNO bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan DUN tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Jadi apa lagi modal yang nak di ketengahkan oleh geng - geng algojo UMNO/BN?sudah lah kalah dengan dengan aggregeat referendum rakyat sebanyak 6-1 lagi nak jual kelentong ke ? !!!

Wednesday, June 17, 2009

Mat Monggol cuba nak bangangkan Melayu dan Rakyat malaysia

PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TERUS INTERNET - Lapor Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Najib Razak.

Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.




Dah nampak dah huh real depan mata,mat najib dah takut giler dengan kuasa internet,apa dia takut ke bila penjawat awam bukak internet?sebab apa asal bukak internet je mesti nak baca blog,kalau dah baca blog dah tentu dia baca blog aku punyerr...heh..heh..heh.....
aku paling suka bil Mat Monggol ni cakap "Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya"
kalau boleh aku nak tanya apa yang boleh menghuru - hara kan pengguna internet yang lain? sebab yang huru - hara tu ialah geng - geng Algojo UMNO/BN....
sebab bila penjawat awam ni bukak internet dan baca blog khususnya blog aku dah gerenti PRU -13 diorang undi Pakatan Rakyat,sebab kalau Mat Monggol ni tak bagi bukak internet kat tempat ker kat rumah diorang bukak jugak,diorang tau jugak.... Tak habis - habis si Mat Moggol nak bodoh kan Orang Melayu dan penjawat awam.

Kerajaan Perpaduan : UMNO tertipu TerTeePah !!! Lagiee !!




Buat kali kedua Nik Aziz kini memainkan Sandiwara yang berjaya memperdayakan Geng - geng Algojo UMNO,helahnya yang pertama adalah sebelum bermulanya Pilihanraya Kecil Bukit Gantang apabila Media - Media Cabuk BN memainkan propaganda yang mana Nik Aziz telah mempertikaikan pemilihan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Calon PAS Parlimen Bukit Gantang dengan alasan bimbang keadaan yang berlaku kepada Presiden PAS yang terdahulu iaitu Dato' Mohd Asri akan berulang yang mana Dato' Asri gagal mengawal kedua - dua kawasan Parlimen dan DUN yang di bawah seliaanya,Jadi dengan itu UMNO/BN telah mengambil tindakan sambil lewa iaitu dengan tidak berkempan secara aggresif kerana Geng - geng Algojo UMNO/BN menyangka mereka pasti menang kerana PAS kini sedang bertelagah dalam soal memilih calon kerana melalui pertelagahan itu kempen Pilihanraya PAS bersama Pakatan Rakyat takkan berjalan lancar.Tetapi seperti biasa,helah Nik Aziz tidak dijangka .



"Bola hantaran Lintang dari Nik Aziz kepada Mohd Nizar yang di sangka kan sudah "Off-Side" rupa -rupanya masih dalam permainan,lantas Najib hanya mampu mengigit jari apabila Nizar melakukan rembatan kencang dari jarak dekat yang telah mengegarkan Gawang UMNO"



Bukan sahaja Najib malah pengadil yang mengadili perlawanan tersebut juga hanya mampu menggumam kerana pasti yang Nizar akan Kalah.





Tapi kali ini Nik Aziz terpaksa mengubah Taktik permainannya,kerana UMNO telah mengawasi taktik yang di "kenakan" keatasnya.Nik Aziz tak boleh lagi melakukan hantaran Lintang kerana bimbang pemain pertahanan UMNO/BN akan mengawasi Pemain penyerang Pakatan Rakyat oleh itu " isu Kerajaan Perpaduan" yang dimainkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang adalah salah satu dari "trick" terbarunya.Nampaknya kali ini UMNO sekali lagi terpedaya kerana kali ini mereka ,menyangka bukan sahaja ahli PAS malah rakan - rakan PAS dalam Pakatan Rakyat turut bertelagah atas Isu ini.


Baiklah cuba kita Lihat Kronologinya.


*Kerajaan Perpaduan di Ilhamkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebelum berlakunya Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak iaitu selepas muzakarah UMNO - PAS.Pada mulanya ia tak dipandang serius oleh Pengerusi DAP Karpal Singh



*Selepas Rampasan kuasa di negeri Perak Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Md. Isa telah membatalkan hasrat kerajaan Perpaduan.



*Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz mengulangi Pendirian yang PAS tak akan meneruskan sebarang perbincangan atau rundingan dengan UMNO termasuk merundingkan isu Kerajaan Perpaduan.



*Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi Hasrat kerajaan Perpaduan selepas Demonstrasi PPSMI.


*AJK kerja PAS pusat Datuk Takiyudin Mendakwa Pemimpin Umum keADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut terlibat dalam meng"idea"kan cadangan Kerajaan Perpaduan.



*Muktamar PAS dan seluruh Perwakilan telah meluluskan satu usul membantah pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.



*Tuan Guru Hadi tetap mahu meneruskan Kerajaan Perpaduan walaupun di kecam hebat di dalam Muktamar.


*Tuan Guru mengeluarkan kenyataan di Pejabat Majlis Presiden yang mana dia takkan berbincang soal Kerajaan Perpaduan dengan UMNO selagi UMNO tidak berubah dan memulihkan demokrasi di negara ini.


*Ustaz Nasarudin yang mana sudah menolak kerajaan perpaduan telah memberi satu kenyataan dalam MalaysiaKini yang mana dia bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Kalau di lihat secara halus apabila dituruti kronologi isu Kerajaan Perpaduan dan di analisis melalui Pergerakan Momentum Persepsinya ia kelihatan tak ubah seperti permainan tarik - tali,menolak dan menarik sehingga lawan kepenatan,hilang idea dan akhirnya rebah tidak kira dalam keadaan terlentang,terbaring atau meniarap. Cuma apa yang di keliru kan disini mengapa Nik Aziz kali ini mengambil sikap berdiam diri? apakah helah dan tipu muslihatnya kali ini untuk memperdayakan Najib?

Apakah.......

"kali ini Nik Aziz tidak lagi melakukan hantaran lintang? tetapi taktiknya di ubah dengan melakukan hantaran satu - dua yang mengelirukan dengan Nasharudin dan Hadi Awang, lantas membiarkan Najib merampas bola dan melakukan rembatan jauh dari kawasan tengah terus ke Gawang Pakatan Rakyat"


"tapi apa mungkin bola yang di rembat oleh Najib terkena besi palang tengah Gawang Pakatan Rakyat dan melantun jauh masuk semula semula ke dalam kawasan berdekatan kotak penalti UMNO dalam keadaan penyerang - penyerang Pakatan Rakyat sudah melakukan "hat - trick" dan "Counter Attack" di kala pemain - pemain pertahanan UMNO sedang leka dan mamai kerana di buai oleh momokkan KERAJAAN PERPADUAN"





Kerana apa yang menghairankan disini Anwar dan Kit Siang hanya melihat hal ini dari jauh tanpa menegur dan menegah,apakah agaknya muslihat mereka kali ini? kita tunggu dan lihat...Jeng ! Jeng ! Jenggg !!!

Monday, June 15, 2009

Bila Tok Nan Tertangkap Musang dalam Reban Ayam sebelum Pergi Kelab Dangdut

Tok !! Kelab Dangdut "go to hell" tutup berapa? atau bukak sampai 24 jam

ZAID IBRAHIM MUSANG BERBULU AYAM - MAT DANGDUT

MB RAPS ZAID THE ‘WOLF IN SHEEP’S CLOTING

Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob today launched a scathing attack on former Umno leader Zaid Ibrahim's decision to join PKR.

Adnan said he was not surprised by the move, adding that Zaid was just exhibiting his 'true colours'.

"Zaid is a "wolf in sheep's clothing"... he thinks he is very smart," he was quoted as saying by Bernama.

"Before he was in the cabinet for a short duration and tried to be a champion of democracy and freedom, but see what he has done against the government," he added.

Apa kah yang di bengangkan dek Mat Dangdut ni? apa yang jaki nya Tok Nan sebab Datuk Zaid Masuk keADILan? Apakah ceritanya?

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party 01Pada ketika Datuk Zaid didalam UMNO beberapa bulan yang lalu ada yang memberitahu yang mana Mat Dangdut ni pernah menyokong kuat cadangan supaya Datuk Zaid di pecat dari Tongkang United Malays National Organisation.Atas masalah apa pun Datuk Zaid pun tak tahu kenapa Mat Dangdut marah sangat sebab dia sertai Armada Serangan Pakatan dari dek meriam pembedil keADILan ,sebab dan masalah nya datuk Zaid pun tak berapa kenal sangat dengan Mat Dangdut ni dan Datuk Zaid pun tak pernah buat apa - apa bisnes dengan dia mahu pun kes penyelewengan tanah dan kayu balak di pahang.

Kalau Penyelewengan tu berlaku dan di lakukan oleh Datuk Zaid apa salahnya Mat Dangdut buat laporan polis keatas Datuk Zaid dan buktikan kesalahan Datuk Zaid di mahkamah,ini tak Mat Dangdut buat tuduhan dalam surat khabar.Tapi apa yang terang lagi bersuluh Mat Dangdut dah kecut perut bila Datuk Zaid masuk PKR kerana selama dalam UMNO ni pun Datuk Zaid aktif dalam melakukan selanjut.........

Nizar di usir dari Dewan Rakyat sejurus selepas angkat sumpah


Lapor- Federation of National Press

Parlimen ,Isnin 15 jun -Hanya kerana melaungkan slogan "Hidup rakyat" dan memaki lilit kepala yang bertulis "Bubarkan Dun" sebagai salah satu kempen Pakatan Rakyat untuk memulihkan situasi demokrasi yang meruncing di Perak ,Sejurus selepas mengangkat sumpah Sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang tepat pada jam 10.00 pagi ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan empat lagi ahli parlimen lain seperti N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) juga diarahkan keluar.Alasan speaker dewan rakyat yang mengeluarkan arahan yang melampau hanya kerana lilit kepala mereka sahaja sedangkan perbuatan memakai lilit kepala tidak menyalahi mana - mana Peraturan Dewan Rakyat tapi dek kerana .....

Sunday, June 14, 2009

BN Satu Malaysia Tunggang terbalik...tinggalkan UMNO sorang - sorang

Apakah Bahana nya yang melanda geng - geng yang satu Team dengan Geng - geng Al-gojo UMNO kali ini? apakah maknya di sebalik kata - kata Awang Selamat yang mungkin tak selamat mana.....kita layan je la Zzzzasssttt.......


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT - Utusan Merapu

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja...






Aku cukup setuju dengan awang,memang aku setuju giler punyalah kalau itu keputusan nya sebab aku teringat keluh -kesah geng -geng BN selepas Pilihanraya Umum 8 March yang lalu.Geng BN yang pertama mengugut akan keluar dari BN ialah GERAKAN kerana hilang keyakinan pada pimpinan Pak Lah setelah GERAKAN hilang kerusi dan hilang negeri kepada Parti komponen Pakatan Rakyat iaitu D.A.P,dan selepas itu sedikit demi sedikit pemimpin - pemimpin GERAKAN meninggalkan Parti dan Menyertai PKR atau pun D.A.P......baca lagi

Saturday, June 13, 2009

Akhirnya Zaid Ibrahim sertai keADILan....pilihan yang amat tepat sekali

Syabas !! Datuk Zaid bakal menjadi Pahlawan PKR




Setelah lama berjuang untuk mengubah persepsi UMNO akhirnya Zaid sedar dan sependapat dengan Anwar yang mana UMNO tak boleh di ubah lagi.UMNO perlu di cantas dan hidupkan satu wadah perjuangan buat rakyat malaysia seluruhnya.Semenjak awal lagi penglibatan karier Zaid adalah pemimpin melayu yang sejati dan memperjuangankan pendirian perjuangannya sendiri.Bermula pada awalnya Zaid adalah aktivis politik yang begitu lantang memperjuangkan kebebasan dan hak kesaksamaan,bermula dengan pemecatan ketua Hakim Malaya Tun Salleh Abbas ,ketidakadilan yang berlaku dalam UMNO,penyelewengan kuasa,penggunaan kekerasan terhadap orang awam dan rasuah yang semakin menjadi - jadi....Zaid terus berusaha dalam perjuangannya walau terpaksa mengorbankan wang ringgitnya sendiri.
Dalam UMNO Zaid berdiri di atas kakinya sendiri tanpa bantuan sesiapa walau dia berasa kesal ada sesetengah pemimpin UMNO yang hidup atas kuasa poitik tetapi tidak Zaid.Zaid adalah seorang peguam yang berkaliber dan tak pernah meminta simpati kepada sesiapa pun di dalam UMNO walau menegakkan firma guamannya sekalipun.Beliau pernah menjadi peguambela kepada pihak kerajaan BN dalam melawan Karpal Singh di mahkamah.Beliau pernah bertanding pilihanraya dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada tahun 2004 dan aktif dalam AIPA (Asian Inter - Parliamentry Association) dan dilantik sebagai Senator dewan negara seterusnya Menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio sebagai menteri undang - undang. Baca lagi...

Friday, June 12, 2009

pergi nya sang reformis menemui tuhannya berbekalkan perjuangan jihad Fi sabillialah

Allahyarhamah Zaiton Bee Ibrahim – Bekas Ketua Wanita Keadilan Bukit Bintang, seorang reformis ,yang sama - sama melaungkan slogan reformasi ketika di awal perjuangan di sepanjan jalan tun perak,masjid negara hinggalah ke bukit damansara kini telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jun 2009 lalu di HKL jam 2.00pm. Bagi pejuang - pejaung reformasi jasa dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan reformasi pada ketika itu amat besar. Semoga Allah mencurahi rahmat ke atas roh beliau - ALFATIHAH



Dirgahayu buat mu,di sepanjang perjalanan kau meniti dan menjejaki langkah - langkah pejuang sang srikandi,detik berani sang gerilawati .Kini kau miliki jua segengam "bukti" untuk kau tebus di depan ilahi ,buat buat mu sebuah firdausi.

Takkan la Tuan "si empunya Anjing" nak pukul binatang peliharaanya sendiri






SMM : Siasat Ketua Polis Negara kerana bersubahat dengan Penjenayah



lapor - persekutuan berita - berita kebangsaan



Kuala Lumpur 12 Jun- "Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.


Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.


“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.


Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu"



Semua pun dah tau dah takkan diorang nak bagi naya Musa Hasan sebab takut - takut ada lintah darat - lintah darat yang dok senang lenang dalam "istana Kerajaan" boleh "terheret" jadi lepas apa alasan diorang nak bagi pasal tak nak siasat...kita semua pun dah tahu,satu malaysia pun dah maklum sejak zaman eric chia terlepas dari tuduhan rasuah tak siapa nak heret atau nak dakwa pegawai mahupun anggota polis.Itu pun kalau diorang tak terhumban ke



seterusnya.........

Ini baru Real Satu Malaysia ...kalau tak caya tanya kat Ronaldo dengan Kaka

Jangan Pertikaikan kuasa Raja Melayu dan Perlembagaan? eh sape yang hina raja? siapa yang langgar Perlembagaan?



Lapor Utusan Merapu :

IPOH 11 Jun - "Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan"





Tapi aku Rasa ini bukan Sultan Azlan yang cakap !! sebab bukan sahaja sultan Azlan tapi yang yang lebih "real" dari Real Madrid ialah satu malaysia dah tahu siapa yang hina raja dan siapa yang langgar perlembagaan...

Seterusnya......

Thursday, June 11, 2009

Permuafakatan Pakatan Rakyat berkenaan isu Kerajaan Perpaduan



10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Wednesday, June 10, 2009

Apa betul ke ni pak Din?bunyik nya macam nak "cover" Malu je.....



Best gak kalau dengar kenyataan Pak din nih...

PUTRAJAYA - "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.
Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang"



Persoalan nya di sini,Kalau undi PKR merosot teruk mengapa BN tak mahu bertanding di Penanti? Kenapa BN bertanding di Manek Urai? UMNO/BN akan terus mempertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat sedang pada realitinya Rakyat memang dah muak dan jelak dengan janji - janji kosong dan budaya mengayakan puak dan keturunan sendiri yang di lakukan oleh Geng - geng algojo UMNO/BN.
Bila di pertikaikan mengapa tidak bertanding di Penanti BN kata Membazirkan wang rakyat,tapi sebenarnya UMNO/BN tak sanggup lagi menanggung malu dengan kekalahan demi kekalahan.




Tetapi apa yang dilihat disini sikap pengecut UMNO/BN yang enggan meletakkan Calon dengan alasan itu akan membazirkan wang rakyat dan mendedahkan bahawan SPR menghabiskan sebanyak RM400,000.00 dalam pilihanraya di Penanti,sedangkan jumlah itu jauh lebih kecil dari apa yang nak bandingkan dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh SPR ketika Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu,Permatang Pauh,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
jadi atas alasan apa Pak Din hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian? adakah kerana mahu mengekal kan keyakinan ahli UMNO dan rakyat malaysia yang terjejas teruk akibat dasar satu Malaysia yang di laung kan oleh Najib?

Pak Din !! manek urai nampak macam nak kalah je......

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

Monday, June 8, 2009

Renungan buat saudaraku semua..

Tatkala kita sibuk membicarakan soal negara Malaysia marilah kita merenung kesulitan saudara kita nun jauh di bumi palestian.. Bangunlah wahai umat Islam Malaysia, bersamalah berjuang dengan rakyat Palestin, yang boleh disumbangkan dalam berbagai bentuk termasuk dana kewangan untuk warga Palestin menyiapkan kelengkapan terus berhadapan dengan zionis laknatullah..

Pengerusi Persatuan Ulamak Palestin, Sheikh Marwan Abu Raz mengingatkan umat Islam di negara ini agar bersama dengan Palestin bagi membebaskan negara itu dari pendudukan Israel Yahudi selama ini. Yahudi, ujarnya, telah berusaha bermati-matian untuk merampas Masjidil-Aqsa secara total yang mana pada hari ini, mereka sedang membina sebuah binaan seperti terowong dengan tiang besar dikenali sebagai Hayqal bagi menjayakan hasrat jahat itu.Namun, tegas Sheikh Marwan, dengan kekuatan semangat perjuangan rakyat Palestin yang tidak akan pernah mengalah kepada kejahatan Yahudi itu, terus menerus berjuang dan menyerang balas semua tindakan musuh.

Sheikh Marwan bagi pihak rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini di atas segala bantuan dan sumbangan kepada rakyat negaranya yang dicerobohi oleh Israel Zionis.Untuk rekod, anaknya Asy-Syahid ‘Asim telah terkorban di dalam perjuangan menentang Israel dan beliau yang berjuang bersama-sama dengan Paduka AlMarhum Sheikh Ahmad Yassin sejak awal, nyaris terbunuh bila mana kediamannya telah dibom. Gaza adalah tanah kelahiran Imam Syafie RahmatulLah ‘aliah yang sangat rapat dengan umat Islam di sebelah sini yang mengamalkan fekah mazhabnya.

Sheikh Marwan menegaskan keadaan umat Islam Palestin masih baik dan tetap teguh dengan perjuangan untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.“Ketahuilah saudara-saudari bahawa bumi Palestin bukan hanya milik umat Islam Palestin malah milik umat Islam seluruh dunia, isu Palestin bukan hanya persoalan kami sahaja malah merangkumi umat Islam sejagat.Dengan sebab Negara Palestin adalah tempat kelahiran ramai nabi-nabi yang dikenali sebagai bumi Ambiyak, isu ini mesti mendapat kerjasama meluas dari seluruh umat Islam di mana sahaja mereka beradaTambahnya, hanya dengan kembali berpegang teguh kepada ajaran dan melaksanakan tuntutan Al-Quran yang jelas paling mampu berhadapan dengan musuh; itulah yang dilakukan di Palestin sehingga hari ini sehinggakan Israel dan Zionis sedunia tidak mampu menewaskan Hamas dan semangat rakyat Palestin amnya.

Sunday, June 7, 2009

Nizar bongkar Plan UMNO untuk musnahkan sekolah agama rakyat melalui perlaksanaan PPSMI




Perwakilan Dari Rembau telah mengusulkan Usul bantahan terhadap PPSMI dan memberitahu dalam Muktamar tahunan PAS di Stadium Malawati Shah Alam sambil menerangkan ia adalah tindakan Bodoh pemimpin - pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sambil perwakilan PAS dari Cheras yang menyokong Usul terbabit perlaksanaan PPSMI jelas sekali bukan sahaja telah melanggari Artikel 152 perlembagaan Persekutuan,Penyata Razak dan penyata Rahman Talib malah Perlaksanaan itu juga jelas mengkhianati asas perjuangan UMNO dan laungan Parti melayu Cabuk itu sendiri iaitu "hidup Melayu",ini jelas sekali menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai cakap dari buat,mereka tidak lagi memperjuangkan kebajikan Bangsa tetapi lebih kepada kepentingan sendiri. Perwakilan Dari cheras yang melabelkan UMNO sebagai "Bangang" atau lebih kepada cukup "bangang" lebih mengagung - agungkan sistem dan bahasa barat untuk diangkat dalam sistem pendidikan bangsa,sedangkan sudah terbukti apabila dilihat golongan aristokrat di negara - negara seperti Perancis,Sepanyol,Itali,negara - negara eropah timur,negara - negara matahari terbit dan negara - negara amerika latin memajukan ekonomi,golongan teknokrat dan intelektual mereka membangunkan teknologi tanpa memahami walau sepatah habuk pun untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dalam Pada Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Nizar Jamaluddin menceritakan pada tahun 2004 pada detik - detik dasar PPSMI ......selanjutnya

Saturday, June 6, 2009

Satu lagi Projek Kelentong di Kerajaan Barisan Nasional

Lapor Untusan Merapu hari ini....

LAPORAN AWAL KES BUMBUNG STADIUM RUNTUH DALAM SEBULAN: SHAHZIMAN - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, Selasa lalu, akan mengeluarkan laporan awal kes itu dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor, berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.




Yang menjadi persoalan di sini memanglah bukan nak cari siapa yang salah tapi masalah di sini ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab memasang bumbung stadium berkenaan,takkan satu projek stadium satu Kontraktor sahaja yang di pertanggungjawabkan untuk menjalankan pembinaan,mesti ada sub-kontrakor yang dilantik untuk memasang bahagian - bahagian bangunan dalam stadium berkenaan.Masalahnya nak buat JawatanKuasa apa lagi yang semata - mata nak cari punca bumbung tu boleh runtuh, kalau dah tahu bumbung tu pakai besi murah tak pun "besi buruk" mana tah dia pergi rembat lepas tu pasang kat stadium baru ni...

"halamak ini kes tak payah nak chong la !! member baik aku yang rambut flat top ada ekor belakang,pakai handset i-phone dan bawak Honda Civic tu pun kontraktor la !!! ini "trick" sume dalam poket spender dia lagi nak buat jawatan kuasa ke ? tak payah nak kelentong pasal satu malaysia pun tahu bumbung tu runtuh pasal budget nak beli bumbung "ori" dah kena songlap" Baca lagi........

Balasan kepada orang yang zalim..


Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Allah Maha Berkuasa dan Maha Besar.. Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata ' ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh.

Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya...

Akhirnya Allah Subhanahu Wata ' ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata ' ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata 'ala : 'Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar '(Fushilat:53) Allah hu akbar.. Wallah hu a'lam..

Perlu Perhatian segera.. Sedarkan Rakyat..


Satu Lagi Projek kerajaan BAHAYA NASIONAL... BN



Montana , The Czech Republic has banned the use of cyanide in mining, and both Turkey and Greece have made significant court rulings against issuing permits to mining interests whose projects propose the use of cyanide. The Mining Amendment (Cyanide Leaching) Bill 2000, which would prohibit ore processing by cyanide leaching in gold mining, was entered into the Parliament in New South Wales, Australia, in June 2000.

FEBRUARY 2009Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. started the mining process with Cyanide. Residents started to notice stinging smell. Since then, many residents started to experience insomnia, vomiting, dizziness and other abnormal symptoms. The total number of report of abnormal symptoms has rose to more than 200 cases.

Racun Haram di Luar Negara Tetapi Rakyat Bukit Koman, Raub, Pahang terpaksa MENYEDUTNYA setiap hari..

Thursday, June 4, 2009

satu lagi projek paling best kerajaan Barisan Nasional



Adakah ini Projek Kebanggaan BN? sebuah stadium kebanggaan? di bina di negeri darul Iman.Selama Ini BN sibuk menghentam Pakatan Rakyat dengan isu - isu yang sengaja di politik kan dan mereka mempropaganda setiap isu di media - media Massa.Berikutan selepas itu najib memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat Di Penanti tidak mutlak kerana berlaku kemerosotan Undi.Apakah relevannya ,sedangkan agen - agen mereka kesana berceramah dan melalut menghasut rakyat tempatan supaya tidak keluar mengundi.Manakala Polis dihantar sebegitu ramai untuk menakut - nakutkan Rakyat tempatan...
aikk ?? itu memang geng BN ke?


stadium ni runtuh pasal kena fire dek sape ekk??

Ternyata Najib tak pandai dari segi Politik dan Juga Pembangunan Ekonomi.Setiap projek yang konon di beri secara "open Tender" hanya suapkan ke riba - riba para - para pengampu dan Pembodek mereka.Tak kisah lah Para Pembodek ini Menjilat atau ...baca selanjutnya

Tuesday, June 2, 2009

Kesan Kemelut Perak dan implementasi AMK.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.

Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan.

Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk.

Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan Angkatan muda Keadilan wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti.

Majulah wahai Angkatan muda Keadilan Selangor.. Najib sudah mengatur strateginya di Selangor.. Langkah pertamanya : Satu Belia Satu Malaysia.. (Usaha menarik hati dan undi belia)

Monday, June 1, 2009

Konvensyen Pembangunan Belia

Tarikh : 2,3,4 & 6 Jun 2009
Hari : Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
Tempat : Hotel Hilton, PJ
Jemputan Khas: YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
Semua Belia Dijemput hadir

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: