Tuesday, July 29, 2008

Gambar : Planting DNA.

Monday, July 28, 2008



Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.
Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.
Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat.
Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini.
Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.
(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar )
source:perisik-rakyat

Wednesday, July 23, 2008

Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%. Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan mendadak kadar inflasi di Malaysia sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan petrol sebanyak 41%, diesel sebanyak 68% dan juga tarif elektrik.Untuk membendung kadar kenaikan inflasi daripada terus meningkat, maka pihak kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah dan sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi di negara ini menjadi lembab. Beberapa penganalisis ekonomi berpendapat, negara ini sudah mula terasa kesan stagflasi dan rakyat akan lebih ketara merasakan kesan tersebut dalam masa sebulan dari sekarang.Apapun, Pak Lah dah berjaya pecahkan satu lagi rekod baru ;-) hahaha....... Adakah ini PM yang orang UMNO agung agungkan??? Lu pikir la sendiri wahai hamba UMNO.
Kita dikejutkan dengan satu lagi episod konspirasi politik untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim, ketua umum PKR yang sering dinamakan oleh media antarabangsa sebagai “prime minister in waiting” (bakal perdana menteri). Hanya dengan sekelip mata, nama Mohd Saiful Bukhari Azlan bekas pelajar Uniten menjadi popular dan dikenali di seluruh negara lantaran laporan polis yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.Saiful Bukhari yang pernah bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar mandakwa pernah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu beberapa kali termasuk yang terkahir pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Desa Damansara.Laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari itu mengejutkan ramai pihak. Yang lebih mengejutkan lagi apabila Anwar memberitahu bahawa beliau menerima ancaman bunuh.Perkara ini diumumkan oleh Dr Syed Husin Ali, timbalan presiden PKR sewaktu sidang akhbar di Hotel Quality, Shah Alam pada 29 Jun. Sidang akhbar tersebut pada mulanya untuk Anwar Ibrahim menjelaskan laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Akan tetapi atas sebab keselamatan, Anwar tidak dapat hadir oleh kerana beliau berlindung di kedutaan Turki.Ancaman bunuh yang didakwa diterima oleh Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang serius. Jika dakwaan Anwar itu benar, bermakna regim Abdullah-Najib sudah berada dalam keadaan terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka.Bunuh-membunuh dalam politik bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ia tidak sehebat negara jiran kita seperti Filipina dan Indonesia, tetapi sejarah telah membuktikan ia boleh berlaku.Sewaktu zaman Parti Komunis Malaya (PKM) mengangkat senjata, ramai pejuang-pejuang telah dibunuh.Tentu kita tidak boleh lupa tentang “Peristiwa Memali” pada 19 November 1985 yang menyaksikan 18 orang penduduk Kampung Memali terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain tercedera.Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu mengatakan Ibrahim Libya dan penduduk kampung tersebut mengancam keselamatan negara, persepsi umum tetap mempercayai bahawa peristiwa tersebut berlaku kerana Ibrahim Libya menggugat politik Mahathir-Musa.Berbalik kepada tuduhan liwat dan ancaman bunuh kepada Anwar. Walaupun tuduhan liwat masih lagi dalam siasatan polis, masyarakat umum sudah tidak mempercayainya dan menganggap ia satu lagi ulangan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.Rata-rata orang yang saya temui termasuk beberapa orang ahli-ahli Umno berasa marah dengan tuduhan liwat "kali kedua" terhadap Anwar. Bagi ahli Umno yang saya temui, jika benar tuduhan liwat tersebut adalah konspirasi, ia akan mempopularkan lagi Anwar sekaligus mencerahkan peluang bekas timbalan perdana menteri tersebut untuk mengambil alih Putrajaya.Dalam tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center sebuah badan bebas, majoriti rakyat Malaysia yang mereka temubual, tidak mempercayai tuduhan liwat terbaru terhadap Anwar. Menurut Ibrahim Suffian, daripada 225 orang yang ditemubual, 60 peratus daripada mereka merasakan bahawa tuduhan terbaru terhadap ketua umum PKR bermotifkan politik.Mengenai ancaman bunuh terhadap Anwar, bagaimana jika ia benar-benar berlaku? Apakah akan terjadi jika Anwar terbunuh akibat daripada konspirasi untuk menghalangnya mengambil alih Putrajaya?Di Filipina, pernah berlaku satu peristiwa yang seakan-akan sama. Pada 21 Ogos 1983, Ninoy Aquino pulang ke Filipina setelah tiga tahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat akibat ditekan oleh regim Marcos.Beliau adalah tokoh pembangkang yang popular dan menjadi alternatif kepada diktator Marcos. Sebaik saja mendarat di lapangan terbang antarabangsa Manila, Ninoy Aquino dibunuh oleh agen-agen diktator Marcos.Pembunuhan Ninoy Aquino telah menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Filipina. Rakyat hilang kepercayaan kepada pemerintahan regim Marcos dan tindakan tersebut telah mendorong kepada apa yang dipanggil “civil disobedience” secara besar-besaran.Isteri Ninoy, Corazon Aquino telah diangkat menjadi ikon kepada kebangkitan rakyat. Pada 7 Febuari 1986, pilihanraya presiden berlangsung. Marcos ditentang oleh Corazon Aquino. COMELEC (SPR bagi Filipina) mengumumkan Marcos sebagai pemenang pilihanraya tersebut.Akan tetapi, keputusan kiraan cepat yang dibuat oleh National Movement for Free Election (NAMFREL), sebuah badan pemantau pilihanraya yang tertua di dunia memihak kepada Corazon Aquino.Majoriti rakyat lebih mempercayai keputusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh NAMFREL berbanding dengan COMELEC. Kebangkitan rakyat secara besar-besaran bermula apabila menteri pertahanan Filipina pada ketika itu, Juan Ponce Enrile dan pemimpin tentera Lt. Gen Fidel Ramos, mengumumkan dalam satu sidang akhbar pada 22 Febuari 1986 bahawa Marcos telah memanipulasi pilihanraya. Oleh kerana itu, mereka tidak lagi menyokong Marcos dan Corazon Aquino adalah presiden Filipina yang sah.Kenyataan Enrile dan Ramos tersebut telah menyebabkan kemarahan rakyat terhadap diktator Marcos memuncak. Rakyat berdemonstrasi selama tiga hari sehinggalah Corazon Aquino ditabalkan sebagai presiden Filipina yang sah dan Marcos melarikan diri ke Amerika Syarikat.Begitulah serba sedikit sejarah yang pernah berlaku di negara jiran kita, Filipina.Hari ini di Malaysia situasi yang berlaku seakan-akan sama. Malaysia pada hari ini mengalami kemerosotan ekonomi. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dengan drastik telah menyebabkan inflasi meningkat.Dalam masa yang sama, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap regim Abdullah-Najib. Pilihanraya 8 Mac telah menyaksikan BN kehilangan beberapa buah negeri dan kuasa dua pertiga di parlimen. Jika penggunaan “dakwat kekal” dilaksanakan pada pilihanraya umum yang lalu, kemungkinan besar kerajaan BN telah menjadi sejarah.Berulang kali Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai “cukup” ahli parlimen yang ingin melompat menyertai Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan BN.Malahan Anwar turut memberi “dateline” pada 16 September bersamaan dengan tarikh penubuhan Malaysia pada 1963. Regim Abdullah-Najib bertambah cemas apabila presiden SAPP Yong Teck Lee mengumumkan bahawa ahli parlimen daripada partinya akan membawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dalam sidang dewan rakyat.Walaupun usul undi tidak percaya ini masih belum berlaku, ia meninggalkan “trauma” kepada regim Abdullah-Najib. Maka sebab itulah rakyat mudah untuk mempercayai dakwaan Anwar bahawa wujudnya konspirasi kali kedua untuk menghancurkan karier politik yang telah beliau bina setelah hampir sepuluh tahun bergelumang dengan pahit-manis politik dan merengkok enam tahun di dalam penjara.Jika benar para konspirator berniat untuk membunuh Anwar secara fizikal, tidakkah mereka melihat sejarah yang pernah berlaku di Filipina?Memang benar di Malaysia belum pernah lagi berlaku “people’s power” yang mampu menumbangkan kerajaan. Akan tetapi, perkara tersebut tidak mustahil untuk dilakukan. Sama seperti pilihanraya umum 8 Mac. Dengan halangan yang begitu besar seperti SPR yang tidak bebas, media yang berat sebelah dan jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh BN, Pakatan Rakyat masih berjaya merampas lima negeri dan 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan. Jika Anwar berjaya dibunuh oleh para konspirator, tidak mustahil Azizah akan mengulangi sejarah Corazon Aquino di Filipina sekali gus menjadi perdana menteri pertama dari golongan wanita.
The attempt to smear and defame Anwar Ibrahim has been thoroughly rejected by the international community.

Statements condemning the arrest of Anwar Ibrahim and stating concerns over the credible dispensation of justice have been made by groups which view they entire conduct of this case as suspiciously, similar to the fraudulent allegations made in 1998.

Open letter by prominent Muslim leaders in support of Anwar IbrahimWe, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes.Signatories include: Prof. Dr. Akbar Ahmed, Amina Rasul, H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić, Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal, Prof. Dr. Ingrid Mattson, Yusuf Islam[read entire letter] [SIGN THE LETTER]

International Crisis GroupThe International Crisis Group condemns the arrest of our Board member, Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia. Anwar Ibrahim was arrested outside his home in Kuala Lumpur on 16 July 2008 on charges that are obviously politically motivated, relating to his position as an opposition leader. Though released on bail the following day, the allegations against him remain and are clearly a deliberate attempt to smear him. We call on the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim and for its leaders not to improperly use the police and judiciary for their partisan purposes.Signatories include Gareth Evans, Ambassador Thomas R Pickering, and Lord Patten of Barnes[read entire statement]

AccountAbilityAccountAbility’s Chief Executive, Simon Zadek: “We are seeing declines in almost every international indicator of good governance and citizens’ confidence in the democratic process. Malaysia has a unique opportunity to lead the way, in Asia and globally, in demonstrating how complex societies should manage their affairs”…
AccountAbility asks that the Malaysian Government provide exemplary global leadership at this pivotal moment in the nation’s history - by advancing the principles and practice of good governance and accountability advocated by our Honorary President, Anwar Ibrahim and so many other global leaders.[read entire statement]

Senator Joe Biden“A decade ago, the spectacle of Mr. Anwar’s mistreatment and imprisonment on transparently political grounds greatly discredited Malaysia in the eyes of the world community. The action tarnished the reputation of then-Prime Minister Mahathir Muhammad. I certainly hope that the current Prime Minister, Abdullah Badawi, does not repeat the mistakes of the past. I urge him to drop this political attack on a respected opposition figure, and commit himself to rule of law and good governance in Malaysia.”[read entire statement]

National Democratic Institute and International Republication Institute“The arrest of political leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 16 is of great concern to us and the international community. A similar charge that was filed against him 10 years ago was ultimately overturned by the Supreme Court. The timing of the current charge is of particular concern given his re-emergence on the national political scene since the ban on his involvement in politics expired in April 2008. We hope that the investigation into the allegation is not used as a political tool to silence an outspoken government critic. It is essential that the investigation is conducted in a transparent and fair manner that upholds the rule of law, and affords Mr. Ibrahim full protection of his legal rights. We also urge the citizens of Malaysia to remain calm and pursue resolution of their concerns over his arrest in a peaceful manner.”
Gantung tugas Musa Hassan dan Gani Patail..

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar' membawa pelbagai interpretasi.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau memandang serius akan kenyataan penafian Abdullah mengenai keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara di dalam konspirasi ke atas Anwar.

"Kenyataan Abdullah bahawa beliau 'menjamin Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar membawa pelbagai interpretasi.
"Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang mengakibatkan Dato' Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka,"dakwanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, melihat kepada perkembangan tuduhan dangkal salahlaku seks ke atas Anwar bermula 28 Jun lepas, penglibatan Gani dan Musa adalah sesuatu yang sukar disangkal dengan mengambil kira beberapa perkembangan, antaranya cara penahanan 'desperado' pihak polis ke atas Datuk Seri Anwar pada 16 Julai lepas, dan sabitan kes fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin pada 18 Julai berikutan Akuan Bersumpah beliau yang mengaitkan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu.

"Malah, tindakan polis yang ingin menggunakan perintah mahkamah untuk memaksa Dato' Seri Anwar memberikan sampel DNA juga sangat melucukan, dalam keadaan DNA Dato' Seri Anwar sudah pun wujud dalam Bank DNA hasil daripada siasatan kes 1998.
"Ini memperlihatkan wujud satu keadaan di mana sampel DNA Dato' Seri Anwar akan diseleweng untuk 'melengkapkan' pertuduhan palsu ke atas beliau,"katanya agi.
Shamsul juga berkata bahawa,adalah sesuau yang sangat mengelirukan tatkala Abdullah mengatakan bahawa Gani tidak akan terlibat di dalam konspirasi ini, sedangkan jelas disebut di dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera.

Menurutnya lagi, ini juga dijelaskan di dalam 'Seksyen 376 Kanun Keseksaan Jenayah : The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and discretion of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.' "AMK mengulangi penegasan di atas prinsip integriti dan akauntabiliti susulan daripada Memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 3 Julai 2008 bahawa Musa Hassan dan Gani Patail mesti digantung tugas sebagai Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta merta sehingga penyiasatan terhadap mereka selesai dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah,"tegasnya.

Monday, July 21, 2008

Kronologi & Koleksi Gambar: Reformasi @ IPKKL, 16/07/2008

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam reformasi buat semua penegak keadilan …
16 Julai
10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.
12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.
1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.
1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).
1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.
2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
3:15 petang : Dr. Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.
8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.
8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.
9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.
10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.
10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.
11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.
11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.

17 Julai

12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.
12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.
12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.
9.45 pagi: Anwar dibebaskan dan dibawa pulang ke Mahkamah, beliau dikehendaki untuk melapor diri di IPK KL bulan hadapan. Beliau yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sekiranya polis menjalankan tugas secara profesional dan telus.

Sunday, July 20, 2008

Ezam: The Story of Lu Bu in Romance of the Three Kingdom-Part 1

By: Rashid Yusoff

Towards the end of the Han dynasty, the government was corrupt and at the same time, famines and flood struck the land repeatedly. As a result, the people suffered greatly. Zhang Jiao of Julu was an unclassed scholar. He established an organization known as “The Way of Peace” to administer charmed remedies to the sick so as to gain followers and disciples. After a decade “The Way of Peace” had gathered in several provinces of Northern China a few hundred thousand disciples. Zhang Jiao and his brothers, Zhang Liang and Zhang Bao then prepared to revolt against the government. They close a date to attack the government armies simultaneously throughout the country. As they used yellow turban to bind their heads, they were known as “The Yellow Turbans Army”.
Emperor Ling was enjoying life in the palace leaving his “Ten Eunuchs” to administer state affairs. The “Ten Eunuchs” were corrupt and wicked, everyone in the country hated them.
One day, Dong Zhuo one of the governor in northern china had a private discussion with Li Ru his special officer, he intended to dethrone the young emperor and let Prince of Chenliu take his place. That would give him full control of the country and consolidate his power and prestige. Li then suggested a plan to carry out this plot.
At a grand feat was held at Wenming Gardenthe next day. All officials and ministers were invited. They would not dare to decline the invitations as they were afraid of the host’s power and influence. Dong Zhuo announced, “An emperor is the head of a nation and its people, and he must have excellent talents. The present emperor is weak and incapable, he stands nowhere when compared to Price of Chenliu who is wise and learned. I intend to dethrone the emperor and let t he Price of Chenliu take his place. What say you gentlemen?” He then glanced at the guests all around. Silence reigned. All the officials and ministers looked at each other blankly in dismay. Suddenly a man pushed down his table, stood up furiously and reproached Dong Zhuo, “No! No! What do you think you are? How dare you to make such an impertinent announcement!” The speaker was Ding Yuan, the governor of Jinzhou. Fuming Dong Zhuo said “Those who submit to me shall live, those who resist shall perish”. He then unsheathed his swords to kill Ding. At this juncture Li Ru saw a young, big sized, tall and awe-inspiring man standing behind Ding. With his eyes wide open and ferocious look, he was holding a halberd. Li quickly rushed over to stop Dong Zhuo. The officials also persuaded Ding to leave. Dong Zhuo was enraged. He unsheathed his sword again to kill Lu Zhi who disagrees earlier but was stopped by the officials. Situ Wangyun then said, Ït’s inappropriate to discuss the Empror’s position at the feast. We shall hold a discussion some other day.”Thereupon all guests left.
After the official departure, Dong Zhuo stood at the entrance of Wenming Garden with his fhand on his sword. Suddenly he saw a brave warrior with a halberd galloping to and fro outside the garden. As Dong Zhuo did not know who he was, he asked Li Ru. Replied Li, “He’s Lu Bu, godson of Ding Yuan. He’s an usually strong man. I suggest you keep away from him for the time being.”Dong Zhuo went into the garden stealthily.
The following day Ding Yuan led a troop of soldiers and threw a challenge to Dong Zhuo. Fuming, Dong Zhuo, together with Li Ru, went up immediately with an army to fight the enemy. Both sides had their formation ready. Lu Bu was wearing a golden “crown” (for tying his hair) and battle dress. He was holding a halberd on a steed. Together with Ding Yuan, he came to the front of the enemiy formation. Pointing at Dong Zhuo, Ding Yuan hurled abuses at him. Before Dong Zhuo could answer, Lu Bu sped over and started attacking. Dong Zhuo back tried to flee, throwing his men disarry. Ding Yuan led his troop to pursue the fleeing enemy for a while. Dong Zhuo suffered a crushing defeat with much causality.
Back in his headquarters, Dong Zhuo, assembled his army, officers for a discussion to find a way to deal with the situation. He heaped praises on Lu BU, alleging that he was a talented man. Gen. Li Su from Huben boldly volunteered to go and see Lu Bu and try to persuade him to surrender. Dong Zhuo was overjoyed at this move. Dong Zhuo was quick to ask, “How are you going to make Lu Bu submit to us?”Li Su elaborated, “I understand you’ve a fine horse called “Red Rabbit” which can travel 1,000 li a day. Give him this horse, some jewelry and other valuables and he will certainly rebel against Ding Yuan and surrender to you.
However, Dong Zhuo was skeptical about Li Su’s suggestion. He would not part his ‘Red rabbit’for any price. After lengthy deliberation, he sought Li Ru’s opinion. Li Ru advised him to accept the plan. Gladly Dong Zhuo handed Li Su the horse, 1,000 teels of gold, 10 peals and jade belt.
With these bribery articles, Li Su went to Lu Bu’s encampment. On the way, he met Lu Bu’s sentinels and asked them to inform him of his arrival. Li SU was invited into Lu Bu’s tent. When they met, they felt very dearto each other. Asked the host “Where did you come from?”The visitor replied currently I’m holding the rank of General Huben. I understand you’re quite successful in life. I’ve specially brought a steed for you, which I hope will enhance your prestige. Lu Bu noticed that the horse as red as live charcoal, without any coarse hair. It was a zhang (3.33 m) long and 8 chi (2.67 m) tall. When it neighed, as if it was going to fly. He liked so much that he thanked the giver repeatedly. Lu Bu treated Li Su with a sumptuous meal. They had a good chat while having their meal. After consuming a large amount of wine, Li Su tried to provoke his host. Lu BU thought he was drunk and was talking nonsense. Bursting into laughter, Li Su snapped, “I’m referring “to Ding Yuan, Lu Bu turned red and replied bashfully, “I took Ding Yuan as my Godfather because I’ve no alternative.” Li Su elaborated “You’re a very capable man. All the people in our country admire your ability. You can secure a high official rank and great wealth as easily as a wink. How do you account for “I’ve no alternative”? Lu Bu sighed with emotion. Li Su move closer to Lu Bu and told him provocatively, ‘Since you’re capable man, you must look for a boss who can appreciate your caliber. Make up your mind at an early date”. Said Lu Bu “Since you’ve been in the court all along, I’m sure you know who’s the man I should serve under”. Li Su was pleased with that remark. He then lavished on Dong Zhuo. Lu Bu regretted that there was no way whereby he could approach Dong Zhuo under whom he wiched to serve. He banged the table and sighed. Nothing that Lu BU had make known his intention, Li Su asked him to dismiss his servants. Then he took out the jewellery and valuables and the jade belt, and told him the truth. Overjoyed, Lu Bu said. “How can I repay Dong Zhuo for his favour and kindness?” To which Li Su quickly added a few words. Lu Bu lowered his head and pondered for a while. Then he declare, “I intend to have Ding Yuan killed, after which I’ll lead his army to serve under the command of Dong Zhuo. Li Su commented joyously “What you’re going to do will be a meritorious contribution”.
Lu Bu made an appointment there and then. Lu Bu was to lead his troops to surrender to Dong Zhuo early the next morning. He then left. AT the 2nd watch (4a.m) Lu Bu came into Ding Yuan’s tent with a long knife. The latter was reading a book. When he saw his godson, he asked for the purpose of his visit. With his eyes wide open, the intruder shouted. Ding Yuan saw that he had changed his mind suddenly. I a fluster, he asked “Fengxian, why do you change your mind for no reason at all?”Before he could finish Lu Bu rushed forward and chopped of his head. The next day Lu Bu brought Ding Yuan’s head to see Li Su, who showed him to Dong Zhuo. With a jubilant expression, Dong Zhuo knelt before Lu Bu respectfully. Lu Bu was overjoyed at the remark. Quickly he helped him up, got him seated and said “If you don’t mind Sir, I’m willing to be your son.”So saying, he went on his knees and kowtowed repeatedly. Dong Zhuo burst out laughing. Then Dong Zhuo conferred 2 high military arny ranks to his new son who also received a suit of armour and a battle dress. A feast was held to celebrate the occasion.
To be continue…
source: from epic history of Romance of the Three Kingdom

Saturday, July 19, 2008

Gambar sebahagian Jawatankuasa AMK Shah Alam di Stadium Kelana Jaya pada malam Himpunan Rakyat GerammProtes..

e

Tuesday, July 15, 2008


Petronas catat perolehan RM223.1b namun rakyat tiada hak menikmati khazanah tanahair sendiri..

Kumpulan Petronas menghasilkan satu lagi rekod prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2008, dengan mencatatkan peningkatan perolehan 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding dengan RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah cabaran kompleks dan kian meningkat persekitaran industri minyak dan gas global.

Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan di sini hari ini, kumpulan itu menyatakan keuntungan pracukai meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Keseluruhan aset melonjak kepada RM339.3 bilion atau 15.2 peratus daripada RM294.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut Bernama Dana para pemegang saham bertambah baik kepada RM201 bilion daripada RM170.9 bilion, yang merupakan satu peningkatan 17.6 peratus.
Penyumbang terbesar kepada perolehan Petronas ialah dari operasi antarabangsanya yang merupakan 40.3 peratus daripada pendapatan kumpulan itu. Operasi eksport dan domestik masing-masing menyumbang 38.9 peratus dan 20.8 peratus. Operasi antarabangsa mencatatkan perolehan RM90 bilion, yang merupakan satu peningkatan


Soalnya, berapakah dividen dan cukai yang diperolehi oleh kerajaan Pusat daripada Petronas??
Bagaimana hasil cukai dan dividen ini diuruskan oleh kerajaan pusat supaya akhirnya rakyat keseluruhan dapat merasai nikmatnya dan negara bertambah maju??

Angka membanggakan namun RAKYAT TETAP DIBEBANI!!!

Thursday, July 10, 2008

Kinabatangan MP: Yes, I did it but...

Rahmah Ghazali Jul 9, 08 1:46pm

Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan-BN) today did a U-turn, admitting that he had made an obscene gesture in the Dewan Rakyat yesterday during a dispute with some Pakatan Rakyat MPs.

MCPXYes, I did it, but it (the gesture) is not what it means. Everybody has their own perception and it is not rude and it is not what people think it is,” he said when met in the Parliament lobby. He seemed unfazed by the prospect of any action against him, saying he had not done anything wrong.

The obscene gesture was aired during the 30-minute daily ‘live’ telecast of the Question session on RTM1, but went unnoticed in the chambers because the in-house cameras were not focused on him.Yesterday, Bung Mokhtar had denied making the gesture. He reiterated today that he was reacting angrily to some Pakatan MPs who had called him bodoh (stupid). When asked who had made the remark, he said he was uncertain but “it was one of the PKR MPs”.

Malaysiakini learnt that Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) was the MP involved - he confirmed this when contacted by telephone today.“I was very angry with him, so I called him bodoh. I also said some other things after that which I don’t remember. It was very noisy in the House when it happened,” Abdullah said. ‘No point complaining’When met in the Parliament lobby, Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) said Bung Mokhtar’s explanation should be accepted.“Just accept his explanation and let him be. Let the rakyat judge. They have seen it (the footage) so let them judge the Kinabatangan MP,” he said.Asked if any opposition MP would submit a motion for action to be taken against Bung Mokhtar, he said previous complaints against those who made rude remarks or gestures had been disregarded. “During the last sitting, we made a complaint but no action was taken. So this time, we are not getting our hopes up,” said Kamaruddin.

Minister in Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz said MPs can decide if they wanted action to be taken and table a motion.Asked to comment on Bung Mokhtar’s insistence that the gesture was not offensive, Nazri replied: “If he says it is not a rude gesture, does it mean he can do it again?”

Watch 1-min YouTube video

source:malaysiakini
KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK TERHADAP PELABUR DAN PEKERJA TEMPATAN..

Kerajaan diminta mengkaji semula cadangan menaikkan lagi harga minyak sekiranya tidak ingin kehilangan lebih banyak pelabur. -->
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan lagi harga minyak akan menyebabkan lebih banyak kilang menutup operasi kerana bebanan kenaikan bahan bakar dan tarif elektrik tidak tertanggung lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini berkata, penutupan kilang Nikko di Pulau Pinang disebabkan kenaikan harga minyak kerana kos operasinya meningkat begitu tinggi.
�Lebih banyak kilang termasuk milik pelabur luar negara akan berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia, terutamanya dalam keadaan sekarang.
�Pelabur akan mencari negara lain seperti Vietnam dan China yang tidak membebankan pelabur. Bila perkara itu berlaku ia akan menyebabkan malapetaka ekonomi lebih dahsyat bakal melanda negara kita.
�Kalau banyak kilang ditutup, orang ramai akan kehilangan kerja sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara,� ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Oleh itu beliau meminta, kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut bagi mengelakkan negara menjadi lebih kritikal.
Pakatan plans to move no-confidence motion

Jul 10, 08 11:19am

The opposition Pakatan Rakyat coalition has planned to move a motion of no-confidence against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

MCPXIt is learnt that Opposition Leader Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) will be giving a notice to debate the issue this afternoon. Under parliamentary rules, a 24-hour notice is required.Azmin Ali (PKR-Gombak), who is PKR whip, said that an announcement on the matter will be made in Parliament “later”. Should the motion is accepted, it is likely to be debated on

Monday when Parliament resumes after the weekend break. The House does not sit on Friday.However, the motion may not see the light of day as the House speaker has powers to reject it on the ground that it is not urgent.

source:malaysiakini

Wednesday, July 9, 2008

PETUA MENJIMATKAN BELANJA PETROL....

Aku ada satu petua yang nak kongsi dengan Tuan2 dan Puan2 semua.. Petua ni aku baru dapat dari kawan aku; pegawai teknikal Petronas.... Masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu. Aku dengan pegawai teknikal Petronas ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.70 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka hati korang la nak letak berapa sen pun... mula2 memang aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker.. Jangan PAM ANGIN TAYAR atau NGV sudah la... Perhatikan CCTV di sekeliling..

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nombor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x ulang

8. kemudian tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter selama 30 saat, lepas tuuu..........







Supervisor petrol pam akan jumpa korang "woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... Makhluk Perosak.. xde keje lain ker...!!!!"

so korang dengan muka selamba dan tebal isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...

Sorry la, geng... gurau aje.. Hanya satu aje care nak turunkan harga minyak iaitu peralihan kerajaan ke Pakatan Rakyat..
Sleight of hand in parliament?

Barisan Nasional backbencher Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) is said to have made an obscene gesture in the Dewan Rakyat today that was caught on the ‘live’ television broadcast - but he denies it.

MCPXThe gesture went unnoticed on the big screen in the Dewan Rakyat itself, because the in-house cameras were not trained on him.However, RTM1 is said to have captured the gesture during the daily 30-minute ‘live’ telecast of the Question session.The commotion started 15 minutes into the telecast, when Entrepreneurial and Cooperative Development Minister Noh Omar was answering a question by Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).Bung Mokhtar (left) ticked off several opposition members including M Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) for complaining to deputy speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar about the unfair allocation of air-time to the opposition during the ‘live’ telecast.

However, Bung Mokhtar told TheSun outside the House that he did not make the gesture, described as the ‘palm hitting a clenched fist’.“No, I did not do that. I just did this (hitting his palm on the back of his other hand). I (was) angry with (Gobalakrishnan). He called me bodoh (stupid). (So), I called him bodoh back. What’s wrong with that?” he asked.“(Gobalakrishnan) called me bodoh when I questioned the speaker. Why should the opposition be given 30 minutes of prime time on television which the government has paid for?”Contacted later, Gobalakrishnan brushed off Bung Mokhtar’s claims.“No, I never called anyone bodoh. I would never make such an unparliamentary remark,” he said, adding that he did not notice the rude gesture. Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) said, however, that her constituents had seen the gesture on television and had called her to complain.Last year, Bung Mokhtar came under fire for his infamous bocor comment to Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Watch 1-min video on YouTube

source:malaysiakini
Sodomy: Anwar turns to syariah courts

PKR de facto leader Anwar Ibrahim today turned to the syariah courts to clear his name on the sodomy allegation made by his former aide, Saiful Bukhari Azlan.
MCPX

Anwar, who was accompanied by his wife and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, filed a complaint against Saiful with the Federal Territories Islamic Affairs Department (Jawi).
The complaint, referred to as a qazaf, is to request for a probe into ‘false allegations’ pertaining to adultery or sexual misconduct.

Anwar also reiterated that he does not need to swear on the Quran to prove his innocence.
"I have sought the advice of ulama (Islamic scholars) and they told me that it was unnecessary to swear on the Quran to prove my innocence," he told reporters.
Last Friday, Anwar was challenged by Putera Umno to swear on the Quran to prove that he never sodomised Saiful.

Anwar’s lawyer Kamel Ainiah Kamaruzaman, who was also present, said that under Islamic law, it was incumbent upon the accuser - not the accused - to swear on the Quran.

source:malaysiakini
Harga kapal scorpene yang dibeli Malaysia lebih mahal dari yang dibeli oleh negara lain..



Menyentuh perolehan dua buah kapal selam Scorpene dari Peranchis itu, saya telah membangkitkan perbandingan harga sebuah kapal selam tersebut yang turut dibeli oleh dua buah negara lain – Chile dan India. Menurut sumber majalah pertahanan terkemuka Jane’s Defence Weekly, perbandingan harga kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia iaitu USD580 juta sebuah, Chile USD250 juta dan India USD540 juta menunjukkan bahawa Malaysia membayar harga yang lebih mahal berbanding kedua-dua buah negara tersebut.YAB Menteri memberitahu Dewan, perbezaan harga itu berlaku kerana kelainan spesifikasi dari segi komponen kapal selam, komponen Integrated Logistical Support dan komponen latihan.

Apapun, kerajaan tidak dapat menafikan bahawa perolehan kapal selam Scorpene ternyata dibayar dengan harga yang termahal di dunia setakat ini.Ini juga membangkitkan persoalan yang lebih asas. Mengapakah untuk tujuan mempermodenkan angkatan laut Malaysia, Kementerian Pertahanan memilih untuk memperolehi kapal selam jenis Scorpene yang dibekalkan oleh usahasama Peranchis – Sepanyol? Adakah perolehan kapal selam Malaysia dibuat menerusi tawaran tender terbuka antarabangsa?Mengapa tidak dipertimbangkan perolehan kapal selam dari negara-negara pembekal kapal selam terkemuka yang lain, umpamanya Jerman yang memiliki pengalaman luas dalam industri pembinaan kapal selam sebelum Perang Dua Kedua lagi.

Adakah tawaran perolehan kapal selam Malaysia dibuka kepada negara-negara lain? Jika tidak, mengapa ianya terhad kepada Syarikat DCNS Peranchis dan Navatia Sepanyol yang membekalkan Scorpene?Negara Jerman juga terdapat syarikat-syarikat pembekal kapal selam yang didakwa mereka secara kualitatifnya lebih baik dari Scorpene pada kadar harga yang lebih murah. Syarikat Jerman, iaitu HDW Ferrostal, mempunyai keupayaan membina dan membekal kapal selam jenis Class-214 yang didakwa sistem dan spesifikasi kapal selamnya lebih baik daripada Scorpene dan juga harganya sehingga 25 hingga 30 peratus lebih murah dari Scorpene..
Keuntungan IPP RM7,630,629 juta, subsidi dipotong 5% setiap tahun

Parlimen 8 Julai (SK) – Dewan hari ini diberitahu bahawa keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta.

Jumlah itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany S. Krishnasamy (BN-Cameron Highland) dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam sesi soalan jawab lisan.

Meskipun pada soalan asalnya Guan Eng turut meminta menteri berkenaan mendedahkan jumlah subsidi gas terhadap IPP yang terpaksa ditangguh kerajaan namun menteri berkenaan tidak menjelaskan perkara itu dalam jawapannya.
Walaubagaimanapun, setelah digesa Guan Eng, menteri itu akhirnya mendedahkan perkara tersebut dengan menyatakan nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.

Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.
Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah kenyataan Guan Eng dalam soalan tambahannya bahawa kerajaan BN memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu.

Menurut beliau lagi, 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.
KLIK SINI UNTUK PAUTAN KARTUN POLITIK.

http://www.malaysiakini.com/cartoons/view.php?id=MTE0OTYwOTYwMA==

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: