Monday, November 29, 2010

Pakatan Rakyat Bakal Tumbang di Selangor???



JANGAN LEKA!!!










Telah seperti yang LSS nyatakan dalam posting tidak beberapa hari dulu,andai Pakatan khususnya PKR terus bermain "mimpi tidur" untuk ke Putrajaya ianya akhir akan di ketawakan dek geng - geng gerombolan.Masyarakat kita selalu mengutarakan kata - kata pepatah "yang di kejar tak dapat,yang di kendong pula yang berciciran" harapan untuk menakluki Putrajaya sepatutnya bukan lah menjadi agenda pakatan rakyat.



Dulu beberapa rakan blogger pernah berpesan sejurus selepas kemenangan 8 march,andai pakatan terlalu angkuh,bangga dan leka dengan segala kemenangan,akhir nya Pakatan akan menjunam jatuh di selangor.Di selangor kini,pemimpin - pemimpin pakatan khususnya Parti Keadilan Rakyat terlalu obses dengan kedudukan yang mereka miliki sekarang ini seolah - olah mereka beranggapan yang Pakatan akan memerintah di selangor hingga hari kiamat.



Ini silap sama sekali,lumrah dan rutin politik di malaysia apabila berlaku perubahan regim maka majoriti kerusi dan negeri yang di menangi oleh parti oposisi akan di rampas kembali tidak kira dengan cara kotor atau cara bersih.Kadangkala kelekaan para pemimpin pakatan yang kini begitu obses dan selesa dengan kedudukan mereka di selangor menjadi penyumbang kepada kekalahan PU-13.



Hal yang sama juga telah di ingatkan pada pemimpin Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh setahun ketika mereka memerintah Kerajaan Negeri Perak.Para blogger dan pemerhati politik telah pun menasihatkan para pemimpin khususnya Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan tentang bahaya kedudukan yang majoriti tidak selesa didalam Dewan Undangan Negeri Perak akan mengundang kepada rampasan kuasa secara kotor oleh UMNO dan BN.



Amaran para blogger dan pemerhati politik tidak di endahkan malah di pandang sepi oleh pemimpin - pemimpin Pakatan maka akibatnya UMNO dan BN merampas semula negeri itu melaluipintu belakang istana.Bukan sahaja itu malah Dewan Undangan Negeri Perak jugadi rampas dengan mengheret keluar speaker DUN yang sah dan menggantikannya dengan speaker yang haram.



Nampaknya saranan agar tidak mempercayai UMNO dan BN tidak di endahkan,maka hari ini kita lihat seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan ini tentang kelekaan dan sikap pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat selangor yang terlalu mendabik dada dan menyangka akan mentadbir Selangor sampai Bila - bila.




Pemimpin veteran DAP yang juga Penasihat arlimen DAP,Lim Kit Siang telah memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambil kira dengan sebarang kemungkinan. Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.



"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?


"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.


Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.Serangan bertubi-tubi dari pemimpin kecewa UMNO Selangor makin membahang.Satu demi satu 'peluru' dilepaskan.Skrip makin jelas.Semuanya seperti sudah dirancang.UMNO Selangor sudah lama menunggu masa untuk menyerang hendap Selangor.Selangor adalah lubuk rezeki seluruh pemimpin UMNO dalam negara ini.Segala khazanah selain di luar negara,semuanya tersembunyi di Selangor.

Mat Monggol adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.Dengan segala 'kuasa yang ada' UMNO Selangor memiliki semua kelengkapan persenjataan untuk berperang dengan Kerajaan PR Selangor.Dahulu UMNO Selangor cuba bermain api di Selangor namun terencat seketika bilamana Baginda Sultan Selangor mula 'bertitah',Semua menikus.
Masa makin suntuk.Jika Kerajaan Selangor kekal sehingga PRU13,UMNO Selangor masih sukar untuk kuasai kembali Selangor.Keyakinan rakyat terhadap Kerajaan PR Selangor masih kukuh.Isu penyelewengan yang digembar-gemburkan hanyalah perencah untuk penyedap rasa supaya rakyat termakan hasutan.Sedangkan kalau dibongkarkan segala yang tersembunyi, pemimpin UMNO Selangor juga jauh dari baik berbanding dengan Kerajaan PR yang ada sekarang.Rakyat Selangor lebih tahu,lebih arif,lebih kenal siapa pemuka UMNO Selangor ini.Semuanya seumpama berebut-rebut harta rampasan perang sahaja.
Di Selangor, nampak gayanya cerita hampir sama.Benda yang boleh diselesaikan secara baik pun ditonjolkan seperti satu perkara yang tidak mungkin dimaafkan.Sedangkan peruntukan untuk ADUN di Selangor berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa 3 bulan sahaja sebelum PRU12 yang lalu.Tiada siapa pun mempersoalkan kemana wang peruntukan itu hilang.Senyap.Kenyang dan lena semuanya.Sama rata,sama rasa
Sekarang menjadi bising sebab hakikat sama rata,sama rasa tidak lagi berlaku.Mereka sudah tidak tahan 'kebuluran'.Makin lama makin 'kurus' kocek mereka.Hidup berkurun dalam kekayaan tetiba sekelip mata jadi papa mana tahan.Orang miskin boleh hidup dalam kemiskinan,kalau kaya mereka lebih bersyukur.Namun orang kaya,masa kaya tidak bersyukur,tamak haloba.Sesekali miskin, mereka tidak mampu untuk hidup dalam kemiskinan.Itulah kelemahan manusia kaya ni.

Suasana di Selangor kini makin panas,walaupun hujan boleh dikatakan setiap petang turun di ibu kota dan sekitar Selangor masih tidak mungkin dapat menyejukkan suasana yang sedang panas ini.Menangguk di air keruh itulah sikap manusia yang tidak berhati perut.Manusia hati busuk hanya akan cuma mengambil peluang yang terbuka untuk kepentingan puak.
Dalam saat PKR juga sedang terumbang ambing, Pemilihan Parti yang jalankan di cemari dengan penyelewengan, penipuan dan manipulasi pemimpin - pemimpin atasan PKR dan ini menyebabkan Reputasi Anwar pula makin tercalar,makin dibogelkan semula maka ketenangan arus di Selangor sukar diteka.Pemimpin - pemimpin dalam PKR kin pula tak ubah seperti UMNO yang sering menfitnah sesama - sendiri.
Manakala pemimpin pemuda nya kini sedang hanyut di buai dengan segala kemewahan duniawi al-maklumlah selangor kan negeri terkaya di malaysia.Projek,Kontrek menjadi milik bagi golongan yang memiliki kedudukan dalam tinggi organisasi pemudanya,oleh itu perjuangan demi rakyat kini diketepikan sedikit demi sedikit demi memenuhkan perut dan hawa nafsu sendiri.
Gelodak dan gelombang mula meruak ke atas.Kesepakatan dan kekitaan yang kukuh dalam PR perlu segera dipertingkatkan.Dalam saat-saat begini, PR perlu kembali mencari titik persamaan.Perlu telus dari hati ke hati.. Rundingan jangan selisih, kata putus mesti sepakat.

Masa makin suntuk.PRU13 makin dekat.Melihat segala isu,kerenah dan fitnah yang makin kencang berlaku sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan PRU seterusnya bakal dibunyikan locengnya.Setiap yang berlaku ini bukan saja-saja dicipta atau dicetuskan kecuali untuk memungkinkan PRU13 nanti UMNO boleh berkuasa semula di negeri-negeri yang mereka telah hilang kuasa.Paling utama dan pertama, Selangor MESTI diambil balik.Negeri lain mungkin boleh dimaafkan.Satu lagi Kelantan,UMNO perlu ambil segera kerana Kelantan adalah lubuk kekayaan yang teramat sangat.
Manakala Selangor sudah tentu dan pasti akan jatuh semula ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.Segala Petanda telah jelas,kemelut dalam parti PKR yang mengundang kepada ketidakpuashatian pada ahli - ahli bawahan sudah tentu mengundang "pembelotan puak - puak dalaman" sama seperti yang di lakukan oleh ahli - ahli UMNO pada pemimpin mereka pada PRU ke - 12.Kewujudan "third force" dalam Pakatan kita menjadi satu lagi yang menggusarkan Para pemimpin Paatan Terutamanya PKR.
Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pandangan mengenai 'third force' telahpun giat disuarakan sejak pilihan raya umum 2008, namun beliau masih belum melihat “potensi” kumpulan tersebut seperti yang diuar-uarkan.

"Selalu orang mengaitkan 'third force' dengan apa macam di England, (ada) yang kata Liberal Party. Liberal Party itu wujud sudah beratus tahun dan ia merupakan satu organisasi.... Dan bila meraka bekerjasama, mereka mempunyai 'force' yang tertentu.

"(Jadi) kita belum nampak lagi, 'third force' ini sebagai 'force' dan sebagai 'third' kerana di kalangan mereka banyak pandangan," katanya dalam satu temuramah pada Jumaat lalu.

Syed Husin berpandangan, sekiranya 'third force' itu benar-benar wujud, kumpulan mungkin mengambil peranan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang "memastikan orang yang tidak suka Umno, tidak akan pergi kepada Pakatan".
selain dari “Third Force”, kali ini di dakwa wujudnya kumpulan baru dalam Pakatan yang dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu. Hal ini telah melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.

Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti. Demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.

Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.

“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.


Orang gila harta mesti akan mencari ruang dan peluang untuk menambahkan harta.Mana boleh melihat simpanan makin susut.Makin hari makin berkurang.Dulu makin hari makin menimbun.Sekarang, sudah seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun kalau nak dibandingkan untuk orang miskin harta mereka ini 7 keturunan pun tak habis dimakan.

Landasan PRU13 sudah semakin siap.Penerbangan dan pendaratan pesawat membawa pelbagai isi baik isi dari pelancong luar atau pelancong tempatan makin membuak.Pramugari penerbangan juga makin menghiasa diri,menanam racun bercampur madu, bersolek secantik mungkin untuk menggoda para peminat yang kaki dunia kembali terlena dan terbui dengan ayat-ayat cinta.Jika tidak berhat-hati, Kerajaan PR akan terkulai dalam pelukan pramugari ini.Pramugari UMNO ini sudah rancak menghidangkan santapan untuk dinikmati.Jangan tersilap langkah buruk padahnya.CCTV UMNO berada dimana-mana sahaja.Semuanya dirakam.

'Pembunuh upahan' sedang berkeliaran untuk memastikan gerak langkah pemimpin PR terhenti.Tembakan melalui media masa, isu yang dimanipulasikan makin berserabut.Segala kesulitan dan kecamuk dalam Kerajaan PR akan terus dicipta,semata-mata untuk membuktikan kegagalan kerajaan PR mentadbir.Segala kesilapan baik yang direka atau tercetus akibat pihak lain akan diletakkan ke atas semua batu jemala pemimpin PR.

BANTAH KENAIKAN HARGA AIR..

AYUH HADIR BERAMAI-RAMAI..

Sunday, November 7, 2010

Akhirnya Cucu Mat Kilau Meninggalkan PKR



Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucumatkilau merupakan salah seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco AMK Pusat, malang buat beliau kerana kealpaan sesetengah pihak beliau telah gagal untuk mendaftar sebagai calon.

Nama beliau telah dicalonkan oleh Cabang Paya Besar dan Kuantan, Pahang. Namun Setiausaha Cabang Paya Besar dipercayai telah terlupa untuk menghantar senarai nama tersebut ke Ibu Pejabat dan Mohd Shukri tidak dimaklumkan mengenainya.

Hari ini setelah lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, menerusi blognya beliau menyatakan hasratnya untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat…

Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya

Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Sselepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri.


Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong "tegar" PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini.

Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya.

Kuasa sudah mula duduk didepan dan perjuangan rakyat mula goyah sekarang ini.

Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.

Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini.

Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.

Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.

Proses Pemilihan Parti Kini Nampak Mula Diragui

Bagi CMK ini adalah tidak baik untuk parti. Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan.

Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya.

Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini.

Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu.

Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan "Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan".

Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata.

Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.

Keputusan Keluar Parti Bukan Satu Tindakan Bijak

Keputusan untuk tinggalkan PKR bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya. Sebab itu CMK mengambil tempoh yang lama untuk membuka ruang perbincangan tentang hal ini.

Namun, tiada jalan penyelesaian konkrit yang sepatutnya menjadi alternatif kepada semua ini. Ramai yang menuduh kononnya CMK kecewa dan tidak punyai semangat perjuangan yang kental jika keputusan ini dibuat.

Mereka bebas mengatakan apa saja, termasuk menghemburkan kata-kata hina kepada CMK. Namun, bagi CMK jika berlaku pun tindakan yang dimaksudkan bukan bermakna CMK tewas dalam perjuangan. Perjuangan membela rakyat masih diteruskan seperti biasa cuma mungkin dalam medium yang berbeza.

Jika selama ini CMK terikat dengan imej kepartian, mungkin selepas ini CMK lebih bebas dan neutral. Ruang kebebasan itu memberi peluang kepada CMK untuk menegur dan mengkritik secara lebih telus lagi pada masa-masa yang akan datang.

CMK bukanlah pemimpin politik seperti lain-lain sahabat biarpun pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dulu. Maka itu CMK punyai hak untuk memilih jalan sendiri sebenarnya.

Krisis 2004 Bukanlah Asas Kepada Keputusan Ini

Ramai yang mempertikaikan kononnya CMK memang pengkhianat kerana pernah keluar parti dan bubarkan Parti Keadilan bahagian Paya Besar pada tahun 2004 dulu. Tapi mereka lupa, krisis yang melanda itu akibat tindakan CMK mempertahankan pemecatan Lokman Nor Adam dan mempertikaikan beberapa tindakan Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Noor ketika itu.

Memang benar CMK dipanggil mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri (TPM ketika itu). Namun, CMK tidak pernah bertindak menyertai UMNO seperti yang dimahukan.

Niat CMK hanyalah kecewa dengan Ezam yang dipercayai menjadi dalang hingga membawa pemecatan Lokman. Orang menuduh CMK dan sahabat Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian Paya Besar) dan Ariffin Ismail (Setiausaha) menerima habuan dari Najib.

Tapi hakikatknya kami tidak masuk UMNO dan sekadar tidak bersetuju dengan Ezam. Kini terbukti apabila Ezam menyertai UMNO dan selesa bergelar Senator pula. Begitu juga dengan Lokman yang CMK perjuangkan, juga serta UMNO dan kini menjadi Exco Pemuda parti itu.

Tapi CMK? dimana. Terus kembali bersama rakyat dan kembali bersama parti selepas itu. CMK daftar semula sertai parti melalui Fuziah Salleh di Bahagian Kuantan. Biar pun mendapat tetangan, namun akhirnya CMK diterima.

Jika CMK mendapat habuan jutaan ringgit seperti yang diheboh-hebohkan mengapa harus kembali bersama keadilan. Jiwa dan semangat CMK bersama rakyat sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan, apatah lagi bersetuju menjadi calon PKR dalam PRU12 dulu jika benar CMK seorang pengkhianat.

Malah, CMK teruskan perjuangan "lawan tetap lawan" dan tidak khianat kepada parti biarpun mendapat tekanan dan tawaran untuk tarik diri ketika menjadi calon ketika itu. Ini harus difahami oleh ahli-ahli PKR yang masih sangsi dengan kesetiaan CMK bersama parti itu san menuduh kononya CMK pengkhianat.

Keadilan yang hilang dari KEADILAN



Tujuan Pemilihan PKR adalah untuk memberikan setiap ahli memilih sesiapa saja individu yang dirasakan layak sebagai Pemimpin untuk memimpin atau dalam erti kata lain satu ahli satu undid an PKR juga telah melakarkan sejarah sebagai sebuah perti politik yang pertama memperkenalkan system ini di Malaysia.

Ahli-ahli PKR sepatutnya berbangga tetapi kita boleh berbangga sebagai ahli sebuah Parti yang pertama memperkenalkan system ini.. mahukah kita berbangga jika system pengundian ini dirosakkan oleh sekerat dua pemimpin yang gila untuk berkuasa?

Hingga mereka sanggup menjilat kembali apa yang mereka telah muntahkan selama ini, mereka telah berkata kerana jawatan dan kuasa pemimpin UMNO mengamalkan Politik wang, pancas mencantas, fitnah, kutuk, caci mencaci, gaduh hinggalah kepada membeli undi dan mereka dikatakan mengamalkannya kini….

Hakikatnya.. dalam menghadapi Pemilihan PKR 2010 ini boleh dikatakan ramai ahli-ahli PKR yang mula memperlihatkan keraguan yang mungkin berakhir dengan kekecewaan.

Maka terlihat akan kebenaran kata-kata Cucu Mat Kilau ini..

Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.


Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku.

Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.

Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.sepenuhnya sila baca di
SINI

Aku juga amat setuju dengan tulisan Kerajaan Rakyat didalam entrynya yang bertajuk “Malaysia akan punah jika PKR ke Putrajaya” antara tulisannya aku letakkan dibawah..

Kalau dalam pemilihan parti seperti ini kepimpinan parti PKR gagal berlaku jujur dan ikhlas, bagaimana mungkin mereka akan ikhlas dalam pentadbiran jika mereka berjaya menawan Putrajaya! sepenuhnya sila baca di
SINI

Kenapa aku amat setuju dengan mereka? Ini jawapannya..

Diterjemahkan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal oleh Harris Ibrahim yang bertajuk
Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.

Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.

Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.

Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.

Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.

Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah.

Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.

Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.

Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.

Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.


Sunday, October 31, 2010

Chegu Bard Mendahului Jumlah Undian


Chegu Bard …..459 undi

SAM ……….....328 undi

Dari keputusan kelmarin amat jelas bahawa rata-rata anak muda dalam Parti Keadilan Rakyat telah memilih Chegu sebagai ketua mereka walaupun pada pengundian semalam Chegu Bard hanya ketinggalan hanya 9 undi di belakang SAM.

Sentimen memihak kepada Chegu Bard ini lahir kerana Shamsul Iskandar dilihat sebagai Mat Turun Naik. Ini berikutan dengan cita - cita Shamsul Iskandar yang pada awalnya menawarkan diri sebagai Naib Presiden kemudian menarik diri.


SHAMSUL ISKANDAR MANGSA ABA(Asalkan Bukan Azmin)

Oleh: Tukar Tiub

Shamsul Iskandar dilihat oleh anak - anak muda
sebagai orang yang ‘disponsor’ oleh Azmin Ali.

Sama ada Shamsul Iskandar ini dalam chai Azmin Ali
atau tidak adalah perbincangan akademik.

Dalam politik yang penting ialah persepsi.

Sentimen Aba yang sedang merebak ini telah turut sama
membakar Shamsul Iskandar a.k.a Mat Turun Naik.

Wednesday, October 20, 2010

Mari Raikan Demokrasi Bersama Chegu Bard!

BERITA BAIK DARI SELURUH DUNIA

Kaum buruh dan anak muda di Peranchis meneruskan perjuangan mereka. hari ini masuk hario ke 6 dimana seluruh peranchis telah lumpuh oleh mogok dan tunjuk perasaan.

Hari Rabu ini dewan Senate Peranchis akan membincangkan pemanjangan dua tahun umur pancen – dari 60 ke 62 tahun.

Mogok dan tunjuk perasaan ini adalah untuk menentang pemanjangan umur boleh pencen.

Hari ini :
- beratus ratus stesen jual minyak tutup. semua kehabisan minyak
- perlabuhan marseille telah ditutup
- pemungut sampah telah turut sama – sampah mula menimbun
- anak anak muda tingakatan enam telah mula turun ke jalan raya.
dua ratus sekolah menengah ditutup. anak muda mula bertempur dengan polis
- laluan jalan keretapi dari selatan – monpellier ke nimes di tutup
- pemandu truk dan lori melintangkan kereta dilebuh raya sebagai tanda sokongan
- kesatuan buruh GST meminta lapangan terbang ditutup[

NANTERRE : diwilayah inilah bermulanya gerakan mei 68

NOTA:
harga minyak telah naik ke 82 dolar untuk satu tong. minggu lalu ianya
mencecah 87 dolar. musim sejum akan sampai. harga bahan bakar minyak akan naik lagi. semua ini membantu kaum buruh untuk terus menekan kerajaan pro kaum pemodal di eropah.

DI GERMAN:
Untuk pertama kalinya kerajaan german telah menerima hakikat bahawa dasar multicuturalism tekah GAGAL. ini akan memberi nafas baru untuk gulungan kanan yang anti warga turki dan anti islam.

DARI AKHBAR GUARDIAN LONDON

"The vote is of no importance," said Didier Caron, a 51-year-old Renault employee. "It's the street. If the street works well, it could still win."

(Mengundi itu tidak penting, kata Didier 51 tahun yang bekerja di Syarikat Renault. Jawabnya jalan raya. Kalau dijalan raya berjaya, pasti kami menang )

As the familiar chants rang out and students and children rubbed shoulders with pensioners and postmen, the manifestation drew 3.5 million people on to the streets, according to the unions, and 1.1 million, according to the interior ministry. Some shouted their calls for an intensified gr̬ve g̩n̩rale (general strike). Others took a quieter approach. One man's sticker read: "r̻ve g̩n̩rale" Рgeneral dream.

"I am here to show my discontentment with this government's politics in general," said one hospital worker, Armelle, who like many protesters was expressing her rage with the Sarkozy agenda as a whole, rather than just the pension reform. "This is my fifth time. I am mobilising for myself and for all French people. I feel as though our public services, which are so important to us in France, are disappearing."

ADUKA TARUNA SOKONG Chegu Bard!

Sumber Gambar : FB Madness Mohd Zuhairi Khamis's
(Gilo buruk gambo nih. Hua3... tersedak jenazah brader tu dalam kubur)


Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.
Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek.

Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda.

Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada pada malam tu, mungkin panas sikit. Tetapi oleh kerana Sam tak ada, nak kutuk sapa?

Persiapan malam tu pun ada kekurangannya. Aku ingatkan, bila buat kat tempat best macam Taiping Golf Resort, peralatan pun bagus, tapi sound-system kaput. PA system ceramah aku pun tak buat kacau macam tu. Aku rasa macam nak baling mikrofon.
(Memasing kaber emo tu bro... takdo batu api. Patut panggil Batu Api blogger PAS Terengganu tu. Baru boleh bikin semua bertumbuk. Ngee..)


Internet connection pun teruk…so sapa yang tengok live malam tu sori la. Anaz dah buat apa yang terdaya.

Itu kelemahan..tapi aku juga minta hangpa faham. Program itu dibuat dengan zero budget. Team UREKA main terjun saja…kalau jadi..jadilah. Kami mahu menjadi perintis. Lepas ni, aku dengar dah ada orang lain nak buat. IKD nak buat, MyDemocracy Watch pun nak buat. Aku kata..bagus.
(Apa pun gua tabik lu bro.. untuk tajuk kerja yang lu jalankan. Walau lepas ni, akan ada pihak yang buat lebih bagus dari lu orang, tapi lu lah yang tukang tebas lalang masa mula2.. takda honda bulat, takda Honda CBR bro.)

Dalam sessi pertama, sessi pidato..aku tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hasmi. Aku rasa macam mengikuti kelas sejarah untuk menaikkan semangat. Tak ada blueprint, perancangan dan wawasan yang disampaikan oleh Hasmi. Kalau ada pun, mungkin aku tak faham.

Ini diikuti denga Rafizi. Memang bagus. Cara penyampaian yang jelas dan dia dapat menerangkan visi dan misinya dengan jelas dalam masa 20 minit yang diberikan. Kalau nak berbahas, aku rasa dia menang.
(Gua tak kenal Rafizi.. maybe sebab gua orang luar. Nora Danish gua kenal.)

Kemudian Chegu Bard. Kelebihan Chegu Bard ialah memukau penonton. Aku cuma pernah dengar ceramah Chegu Bard mungkin dua kali. Tapi mungkin kerana kelebihan dia berceramah yang menyebabkan orang Pas selalu sangat panggil dia. Dan Chegu Bard juga berjaya merangkumi semua yang aku nak dengar. Tentang macam mana nak perkukuhkan AMK, macam mana nak cari duit…dan yang paling penting, Chegu Bard menetapkan kepentingan iaitu bagaimana nak memenangi pilihanraya.

Kalaulah debat tersebut dijalankan secara format Akademi Fantasia, Hasmi out dipusingan pertama.
(Cakap semua orang boleh cakap bro. Tulis semua orang boleh tulis. Tapi, CheguBard dah ikat janji bahawa perjuangan adalah perlaksana an kata-kata, membuatkan kita boleh pegang dia bro. Cakap boleh, tulis boleh, kita pegang time buat tuh plak. Kalau gua, dah lama out dah. Hua3)

Sessi kedua ialah dialog dengan penonton.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah berbincang tentang segala kemungkinan. Mungkin ada yang provokatif…mungkin ada yang membangkitkan persoalan peribadi. Dan mungkin juga ada yang akan menanyakan soalan budak darjah satu.

Akhirnya kami bersetuju bahawa apa saja yang akan terjadi akan menampakkan imej AMK itu sendiri. Biar saja.

Kalau ada penonton tunjuk gambar Chegu Bard berpeluk dengan Maya Karin…mampuih pi la. Kalau ada yang nak kutuk Rafizi pun…kutuk la.
(Seb baik Maya karin.. kalau Nora Danish tadi, terus jer gua isytihar perang dengan CheguBard. Jangan memain lu bro dengan gua.)

Tapi itu semua tidak terjadi. Cuma ada soalan provokatif dari Juwaini dan Dawai Kokot. Yang tu aku suka.

Semua soalan yang lain dapat dirungkai oleh Chegu Bard dan Rafizi dengan baik, tapi bila soalan provokatif dari Juwaini yang bertanyakan kepada Rafizi tentang punca dia meninggalkan AMK dulu menyebabkan aku sudah kurang berminat dengan Rafizi.
(Lepas ni, kalau dia kalah, dia tinggalkan AMK tak bro? Aduss.... dah nampak dah gua..)

Rafizi meninggalkan AMk kerana tidak bersetuju dengan Ezam berkenaan dengan kemasukan wanita muda dalam AMK. Benar..itu soal prinsip. Tapi kalau tak bersetuju…terus ambil keputusan letak jawatan, aku jadi fobia.

Macam mana kalau dah jadi Ahli Parlimen, kemudian tak setuju dengan Ketua Whip atau tak setuju dengan Presiden…Rafizi letak jawatan kerana prinsip?

Sorry la. Zulkifli Nordin, Jamal, Osman, Zahrain, Wee Choo Keong…semuanya letak jawatan dan keluar parti kerana prinsip. Yang naya…tukang gantung bendera, tukang tampal poster.

Oleh kerana dia kata dia yang cari duit untuk parti…aku rasa dia patut teruskan bidang kemahiran dia. Aku tak nampak Rafizi boleh memimpin Generasi Reformasi. Apa yang aku nampak, Rafizi lebih banyak menceritakan tentang apa yang dia buat…berlainan dengan Chegu Bard yang lebih banyak mengiktiraf peranan orang lain. Mungkin itu sebabnya Chegu Bard lebih diminati.

Apabila Dawai kokot memberikan label ‘elitist’ kepada Rafizi, Rafizi cuba memberikan analogi Aung San Su Kyi. Lagi la aku pissed-off. Aung San Su Kyi diangkat oleh rakyat Burma, tetapi Rafizi diturunkan oleh Anwar Ibrahim. Gone!!

Dan sesuatu yang janggal dan mungkin ditertawakan oleh Hishamuddin Rais ialah apabila Generasi Reformasi memakai baju batik. Nasib baik perut tak boroi.
(Kalau pakai baju batik sambil pakai serban bro?)

Aku lebih suka pendekatan Chegu Bard. Walaupun tak ditawarkan apa-apa jawatan oleh Sam, dia terus buat kerja. Dan apabila dia mengutamakan pemerkasaan AMK untuk menghadapi pilihanraya, yang tu aku setuju. AMK cuma hidup atas nama saja. Nak menghadapi pilihanraya, jentera pilihanraya kena kuat.

Duit belum tentu menguatkan jentera. Yang perlu ialah semangat dan kerja kuat dari ahli-ahli yang komited. Betul duit itu perlu, tapi itu bukan yang utama. Sebaliknya, yang tinggal dalam parti adalah mereka yang tak berduit. Mereka yang nak cari duit, keluar parti.

Satu lagi kesilapan Generasi Reformasi ialah apabila mengumumkan barisan kepimpinan bayangannya. Dah la tak ada sorang pun wanita muda didalamnya, ditambah pula dengan sejarah Rafizi yang bertindak meletak jawatan kerana menentang percantuman wanita muda dalam AMK. Apa pun alasan yang diberi, persepsinya ialah Generasi Reformasi anti-wanita.

Lebih teruk..apabila Rafizi mengumumkan mereka yang didalam barisannya tanpa persetujuan mereka yang terbabit. Salah seorang darinya ialah Chang Lih Kang yang dikatakan termasuk didalam barisan kepimpinan Generasi Reformasi. Sedangkan Chang Lih Kang ialah running-mate Chegu Bard. Sebiji stail Azmin.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki tapi aku lebih berkeyakinan terhadap Chegu Bard untuk memperkasakan AMK.

Untuk pemilihan kali ini, aku sokong Chegu Bard.

Tuesday, October 19, 2010

SAM DI ARAH OLEH AZMIN UNTUK MENENTANG KEBANGKITAN CHEGU BARD !!



Oleh: Mat Saman Kati


Ketika hari masih lagi panas…awan hitam masih belum kelihatan, hujan pun entah bila akan datang….tiba-tiba langit berdentum!!! Pasai apa?


Tiba-tiba Pemilihan PKR menjadi riuh rendah apabila Rafizi mengumumkan barisan Generasi Reformasi untuk menerajui Angkatan Muda Keadilan.



Rafizi mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua AMK, Timbalan: Amirudin Shari. Naib Ketua: Sim Tze Tzin, Kesavan dan Chang Lih Kang. Manakala jawatan EXCO ditandingi oleh Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion.


Memang hebat. Selain daripada barisan yang mengandungi profesional muda, Team Generasi Reformasi juga dikenali dengan Team Wahyu..kononnya diwujudkan dengan restu Anwar.


Sehari selepas pengumuman tersebut, aku perli Lih Kang, ADUN Teja…”whoa!! lu pun sokong Rafizi aaa?”





Lih Kang dengan selamba menjawab..”Astagfirullah…saya sendiri tak tau macam mana dia orang bubuh nama saya!!” kah..kah..kah. Aku cuba confirm dengan Chegu Bard. Chegu Bard bagi tau aku…”jangan tulis Bang Mat. Nanti Lih Kang pulak kena pancung.” Aku diam.


Tapi aku tau..Generasi Reformasi hanyalah gimik. Show of power yang tak menjadi. Yang lain aku tak tau, tapi kalau orang Perak macam Kesavan dan Lih Kang, aku boleh korek rahsia depa.


Lih Kang memang dari mulanya sudah ngam dengan Chegu Bard. Dan nama Lih Kang sengaja dimasukkan kedalam Team Generasi Reformasi untuk menghancurkan perancangan Chegu Bard. Itu sebabnya, selepas itu, Lih Kang hilang dari tanah air buat beberapa ketika supaya dia tidak ditekan untuk menyertai Team Generasi Reformasi. Lih Kang pergi ke US.


Kesavan aku kenal sangat. Anak muda ini memang bagus dan bersemangat tetapi menghadapi masalah fulus. Aku pernah tulis macam mana ansuran Camry dia pun tertunggak…jadi dia akan ikut sapa saja yang boleh bantu dia. Kesavan dulunya anak didik Gobalakrishnan. Tapi Gobala pun tak larat nak tanggung dia. Bila Mus lantik dia sebagai Naib Pengerusi MPN, dia bodek Mus kow-kow. Masa retreat di Port Dickson, Anwar ada bertanya kepada seorang yang sekarang bertanding MPP…”macam mana dengan prestasi Mus di Perak?” Member ni pun jawab…” ada masalah sikit Bos. Mus ada slack sikit kat Perak.”


Tapi bila turn Kesavan berucap, dia puji Mus kow-kow. Semuanya bagus. Mus membawa perubahan di Perak. Naya member kita ni.


Tapi bila nak pilih Calon Timbalan Presiden, Kesavan buat U-turn. Mus tak bagus…dia pilih Azmin. Bila dia ciao dari team Generasi Reformasi…aku tak heran.


Yang aku heran…kemana perginya Team Generasi Reformasi pada hari pencalonan? Muncul dengan bergaya..tiba-tiba hilang tanpa berita!!!


Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.


Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.


Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.


Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.


Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.


Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.


Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!!


Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.







Oleh:EDYES





Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.




Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.




AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.







Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.




Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?




Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.




Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.




Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.




Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.




Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.




Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.




Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.


Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.



Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.


Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.


Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !

BAKAL PEMIMPIN ANAK MUDA




CHEGU BARD




nota:
berani
lantang tapi orang rembau










SHAMSUL ISKANDAR



nota:
terduduk
selesa tapi gemok








CALON AMK TERBAIK BILA ANWAR MASUK PENJARA

Perjuangan, perjuangan dan perjuangan. Untuk menewaskan Barisan Nasional, Angkatan Muda Keadilan memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber untuk membawa perubahan total sebuah organisasi suram menjadi sebuah organisasi yang lebih tersusun dan penuh strategi perlawanan.

Ia terutamanya, ketika anak muda semakin bosan dengan politik sempit, AMK seharusnya mempunyai pemimpin yang paling layak untuk membangkitkan revolusi politik bijak dengan menjadikan Parti Keadilan Rakyat sebagai pilihan utama untuk anak muda mengambil bahagian dalam wadah memperjuangkan nasib mereka.

Realiti yang dihadapi anak muda hari ini perlu diterjemah dengan jelas, kerana anak muda itu adalah pewaris kepada negara ini. Realiti keperitan hidup setiap anak muda yang bangkit dan jatuh dan kemudiannya cuba bangkit kembali, adalah menjadi tanggungjawab AMK untuk mengenalpasti segala keperluan mereka demi menjadikan AMK itu satu-satunya wadah untuk anak muda terus berjuang demi keadilan semua.

Siapakah pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemuda yang paling relevan?

Reformasi dalam sayap pemuda keadilan perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jaringan padu di antara AMK negeri dan pusat perlu diperkemas. Hanya calon yang kerap turun ke padang sahaja layak untuk dipilih sebagai Ketua AMK kerana calon ini sentiasa bergerak dalam perjuangan melumpuhkan propa-propa musuh selain daripada mempunyai jaringan kuat di kalangan pemuda AMK yang lain.

Seorang pemimpin sejati tidak memerlukan barisan bayangan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Walau siapapun timbalannya, kerjasama utuh tetap akan terlaksana. Adalah jauh lebih baik dari menamakan timbalan dan keseluruhan barisan exco, dikhuatiri sekiranya timbalan pilihan tidak menang, ia pasti menyukarkan lantas menimbulkan masalah perhubungan.

Calon berjiwa rakyat yang sanggup mendepani segala permasalahan rakyat, yang sanggup bermatian untuk rakyat, yang sanggup diheret di atas tar jalanraya demi nasib rakyat.

Perlukah seorang calon yang kaya raya untuk menjadi ketua AMK?


Ingatlah, PKR bukan UMNO! PKR juga bukan parti serpihan UMNO!


Hanya yang dangkal sahaja berfikiran begitu. Hanya mereka yang masih berjiwa UMNO sahaja akan melakukan pemilihan berdasarkan latar belakang kewangan seseorang. Pejuang sebenar ialah pejuang yang berusaha untuk menjadikan rakyat hidup senang. Pemimpin sejati ialah menjadikan rakyat jauh lebih kaya dari dirinya sendiri. Jadi fikirlah, adakah kita serupa dengan regim UMNO ?

Perwakilan, telitilah dengan bijak bahawa siapa pejuang sebenar di dalam AMK. Hebatnya seseorang itu bukan dari pangkatnya, tetapi dari amanah yang dijaga rapi.

Hanya pemimpin berjiwa pejuang, berhati rakyat wajar dipilih menjadi ketua. Pemimpin celik suasana dan peka terhadap situasi wajar diberi laluan. Pemimpin yang bijak dalam perlawanan dan tegak dalam istiqomah, wajib ditolak ke hadapan.

( di petik dari dari tulisan edyesdotcom.blogspot.com dan tukartiub )

Jom tibai Madey!!!!!



Ekhh!!! Ikhh...Lupe larrr!!! Terluperr!!!





DOLAH: HERET MADEY KE MAHKAMAH ADALAH TEPAT - melalok

Abdullah Badawi mengheret Mahathir Muhamad ke Mahkamah sebagai salah seorang yang bertanggung jawab dalam kes korek korek korek adalah tepat.

Mahathir Muhamad yang pada satu ketika dahulu pernah gagal untuk menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu dikatakan bertanggungjawab merancang meletakkan hakim hakim yang senang di rasuah.

Orang ramai yang datang awal pagi ke mahkamah Jalan Duta kelihatan ceria dan bertepuk apabila melihat Mahathir akhirnya di bawa ke hadapan hakim.


Mari Ketawakan Madey!!!!!!!!! Kah...Kah...Kah...Kah....

Monday, October 18, 2010

Chegu Bard Penerus Kebangkitan REVOLUSI !





Baru sahaja meneliti pandangan Blogger di luar PKR seperti Penarek Beca a.k.a Pak Bakar memberikan sedikit komentar tentang Chegu Bard katanya Kata nya dia tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Pak Bakar pun tak berani nak kempen untuk dia(Chegu Bard). Namun, yang Pak Bakar tertarik ialah apabila beliau(Chegu Bard) menekankan dalam Sidang media bahawa "Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak"

Berdiri di atas Suara Revolusi Anak Muda Chegu Bard adalah pembawa Suara Revolusi Anak Muda di jalan - jalan raya.Ada suara tengkorak sumbang yang mengatakan Chegu Bard harus kekal di jalan - jalan raya.Sedangkan mangkuk ayun ni lupa Gerakan Reformasi ini juga bermula di jalan raya, begitu juga UMNO kalau tak percaya cuba "try" tanya Encik Google.


Selama 10 tahun Gerakan Reformasi berjuang di jalan - jalan raya akhirnya berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu.Lalu PKR yang sinonim dengan Gerakan Anak Muda di jalan - jalan raya kini di lingkari oleh puak - puak kapitalis dan opportunis dan akhirnya mereka memandang hina pada pejuang - pejuang "pilihan Jalan raya".

Begitu jua sejarah membangkitkan akan Revolusi Bolsheviks di Russia yang menumbangkan Kekuatan Maharaja Tsar Nicholas II sehingga terbina Republik Sosialis Soviet yang amat di geruni di seluruh dunia.Seluruh kekuatan anak muda di gembleng untuk menyedarkan kaum buruh dan petani dalam menumbang Maharaja Tsar.





Akhirnya Anak - anak muda berjaya membawa golongan pekerja biasa, petani dan askar di Rusia mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky dan Maharaja Tsar yang pro-kapitalis dengan perjuangan berhari - hari mengepung Bandar Moscow.

Manakala Pada 23 Februari 1917, satu demonstrasi tercetus di ibu kota Petrograd yang dilakukan oleh penduduk yang beratur untuk makanan. Tindakan mereka ini diikuti oleh beribu-ribu pekerja wanita di kilang tekstil yang keluar dari kilang mereka sebagai memperingati Hari Wanita Antarabangsa tetapi sebenarnya mahu memprotes kekurangan bekalan roti. Mereka memanggil pekerja-pekerja lain untuk bersama mereka. Gerombolan wanita dan lelaki ini menuju ke jalan-jalan dan berteriak "Roti" dan "Beri kami roti!". Dua hari selepasnya, mogok ini merebak ke kilang-kilang dan kedai-kedai di seluruh negara.

Sabit Mewakili golongan petani dan Ketuk Besi Mewakili Golongan Buruh Kasar

Pada 25 Februari, hampir semua industri dan perniagaan di Petrograd terpaksa ditutup. Pelajar, pekerja kolar putih dan guru juga menuju ke jalan-jalan dan perjumpaan awam untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ahli-ahli politik sedar akan masalah yang bakal menimpa. Mereka mengutuk kerajaan dan menuntut menteri bertanggungjawab. Duma, yang dianggotai golongan bangsawan, meminta Maharaja Tsar melepaskan kuasa .

Begitu lah sebuah kerajaan yang zalim di tumbangkan oleh Kuasa Anak - anak Muda di jalan - jalan raya.

Revolusi Islam Iran

Shah Mohammad Reza Pahlavi

Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.

Pada tahun 1976, jentera kerajaan Shah menaikkan kemarahan penduduk Islam Iran kerana mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung. Pada tahun yang sama, Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.

Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK

1978: Tercetusnya Revolusi

Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.

Januari 1978: Demonstrasi Pertama

Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam dan Anak - Muda pada Januari 1978. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan begitu ramai mahasiswa dan Anak - Anak Muda dibunuh dan Mati Bergelimpangan.

Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.

Mei 1978: Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

Pada bulan Mei, beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatollah Kazem Shariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh. Pegawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatollah Shariatmadari. Sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah.

Dalam masa yang sama, Shah Mohammad cuba menenangkan kumpulan pembangkang dengan merendahkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Tetapi rancangan inflasi yang mengurangkan belanja kerajaan menyebabkan ramai perkerja-pekerja awam terutamanya daripada golongan muda dan kurang mahir dipecat. Pada musim panas 1978, warga buruh ini berarak di jalanan memprotes polisi ini. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pula melancarkan mogok dan ini menyebabkan ekonomi iran ketika itu lumpuh.

Shah Meminta Bantuan Amerika

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripada Amerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu,

Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.

Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam.Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa.Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan"

Disember 1978: Protes Muharram

Protes Muharram 1978 terjadi pada bulan Disember tahun yang sama. Pada 2 Disember, seramai dua juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.

1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. Dr. Shapour kemudiannya membubarkan SAVAK, membebaskan tahanan politik, menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula.Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Oleh itu siapakah yang akan meneruskan kesemua gerakan Revolusi ini kalau bukan Chegu Bard! Chegu Bard telah mencetuskan semua Semangat ini di negara kita sedang golongan - golongan Elit di dalam PKR sedang duduk bersenang lenang.Andai PKR ini tewas suatu hari nanti gurkah - gurkah politik ini akan lari meninggalkan perjuangan ini dan Menyertai United Malays National Organisation.

Tetapi yang cuma tegas dan Cekal Berdiri hanya lah Chegu Bard, Dia percaya pada Kepada Fikrah Revolusi ilan Jalan Raya berbanding Pilihan Raya kerana sejarah telah membuktikan hanya ini sahaja cara untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.

Masih ingat lagi!!!!!!

LA JEUNESSE DAN LA RUE – ANAK MUDA NAK MUDA DI JALAN RAYA

Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.

Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.

Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama Jahanamnya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis.

Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti golongan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.

Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.

Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapitalis,melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.

Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis merasa di cabar, lalu kaum buruh turun ke jalan raya.

Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.

Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.

Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.

Justeru krisis ekonomi Erolah ini akan datang melanda kita.

Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

OLEH ITU MARI KITA BERSAMA - SAMA MELETAKKAN CHEGU BARD DI DEPAN DENGAN MENGUNDI NYA SEBAGAI KETUA ANAK MUDA YANG BARU SEBAGAI USAHA DALAM MENGGERAKKAN SATU REVOLUSI DI TENGAH - TENGAH ASIA TENGGARA INI'.

PASTIKAN UNDI CHEGU BARD!

Sunday, October 17, 2010

Chegu Bard adalah Calon Yang tidak di"bayangi sesiapa!

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau.

"Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT.

"Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali.

"Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti.

Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi.

Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Hampir 70% pengundi muda

Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.

Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.

"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun."

"Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.

Shamsul yang sebelumnya dijangka akan mengadakan sidang media hari ini berhubung keputusan mempertahankan jawatan beliau menangguhkannya pada hari esok.

LSS:-

Begitulah Cekalnya seorang Pemimpin Anak Muda yang bernama Chegu Bard.Sebelum Ini Chegu Bard di fitnah kononnya telah menerima wang sebanyak RM400,00.00 dari Datuk Zaid Ibrahim.Siapakah yang telah menfitnah Chegu Bard? Sama lah nasib Chegu Bard seperti LSS yang di fitnah Kononnya LSS ini seorang Anggota Polis Cawangan Khas(SB) yang telah menyelinap masuk ke dalam Angkatan Muda Keadilan ini.

Siapakah yang telah menfitnah LSS? Orang itu terus mencanangkan kepada seluruh pimpinan AMK supaya nama LSS di Senarai hitamkan dalam AMK ini,persoalannya apa dosa LSS sehingga di fitnah sebegitu rupa oleh Hamba Allah ini? .LSS tak pernah menfitnah sesiapa di dalam AMK ini Kecuali Geng United Malays National Organisation.

Tapi LSS tak mahu menyerang "orang itu" kerna biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya,kerana doa insan yang di aniaya sentiasa akan makbul.Begitu juga Seperti Chegu Bard yang di fitnah tanpa bukti oleh beberapa hamba allah yang mana Chegu Bard menerima Habuan sebanyak RM400,000.00.

Kita telah di didik oleh agama untuk membuktikan kesalahan seseorang itu dengan bukti yang nyata dan bukannya fitna semata - mata.Seperti juga LSS yang di tuduh oleh Hamba Allah ini sebagai "SB" dan Chegu Bard dituduh menerima wang sebanyak RM400,000.00 dari Zaid Ibrahim. Mana Buktinya?????

Kepada yang suka membawa fitnah, insaflah..jangan ada pula yang menyambung fitnah ini kepada orang lain sedangkan dia sendiri pun tidak pernah melihat bukti dan menyiasat terlebih dahulu berita tersebut. Berkempenlah secara sihat..terangkan apa agenda yang mahu dibawa serta visi dan misi bukannya memfitnah orang lain. Bukankah fitnah itu lebih teruk dari membunuh?

Kalau lah Chegu Bard hanya Seorang yang pentingkan diri lebih baik Chegu Bard Menuruti langkah Ezam Sesumpah untuk masuk UMNO.Sudah tentu di Kala ini Chegu Bard sudah bergelar Senator dan punya rumah besar serta pemandu peribadi.Tapi Chegu Bard bukan seorang yang Opportunis sama seperti Mangkuk Ayun dari Padang Jawa yang kalah dalam Pemilihan AMK Cabang Shah Alam baru - baru ini dengan 30 undi.Dah Kalah boleh lagi mengendeng - ngendeng kat sebelah SAM.

Matlamat utamanya menyertai wadah perjuangan ini hanyalah semata - mata mahu mengenyangkan perutnya sendiri.Tapi Chegu Bard lebih pentingkan anak bangsanya dari diri sendiri.Revolusi ke arah Perjuangan Anak Muda menjadi sasarannya,Mahu maju dari semua segi aspek kehidupan sebab itu andai kata Chegu Bard di pilih menjadi ketua maka tuntutan untuk mengadakan Kongres AMK Negeri akan tercapai.

Oleh itu wajib lah kita Menyokong dengan memberikan undi kepada Chegu Bard! satu undi dari anda cukup bermakna ke arah Perjuangan Revolusi Anak Muda!

UNDILAH CHEGU BARD DAN CHANG LIH KANG!

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: