Lagu Janji dicapati

Loading...

Monday, March 29, 2010

Mat Monggol membina 1 malaysia ke arah satu lagi Israel




Dalam beberapa catatan yang lama dahulu LSS pernah sebutkan yang mana Mat monggol sedang membina Malaysia ini ke arah sebuah lagi negara Israel bukan sahaja dengan pendedahan sebuah syarikat yang bernama APCO yang pernah di gunakan oleh Ehud Barak dalam mempromosi konsep 1 israel,tetapi cara dan kaedah yang di gunakan oleh United MuNkEeE dalam memerintah malaysia ini pun lebih kurang sama dengan Israel.
Masih ingat kah lagi kita

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

traitor_najis.jpg image by justice_fighter

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Namun pun begitu ada kah anda masih ingat akan Tulisan saya sebelum ini,anda juga boleh melihat dan menganalisa dengan sendiri......

SEBUAH NEGARA MALAYSIA CIPTAAN ISRAEL

Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.Jika ada sesiapa yang berani mengkritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AGENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan. Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun. Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa.Mukhabarat - polis rahsia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain.

Zionis Mengusir dan menindas tanpa belas kasihan



Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.
Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain.

Inilah sikap Zionis

Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampung Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Sarawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah.



Tidak kah ini kezaliman yang sama dengan Zionis?




Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan. Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Albar Menteri Keselamatan sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmaqdis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.Jangan terlupa Bilik Rahsia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya.

Kini Satu lagi Konsep 1 Israel di Lancar kan di sebuah negara yang menjadi Boneka kepada Israel yahudi dan British..

Saturday, March 27, 2010

Calon kan Palanivel : Mana Hilangnya Telor United MuNkEeE



Mana perginya kemelayuan geng United MuNkEeE? Mana perginya slogan Hidup melayu? mana perginya Ketuanan? apa itu satu malaysia??? kata ini malaysia Melayu punya?? calon tak laku pun boleh tarok kaa????


mengapa hal ini boleh jadi???


Majlis Tertinggi United MuNkEeE dijangka membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini sementara MuNkEeE Selangor dan MIC mahu meletakkan calon mereka mewakil Barisan Nasional (Bini Najib).

“Saya harap begitu (MT bincang persediaan) tetapi saya tidak pasti...,” kata Setiausaha Kerja United MuNkEeE Abdul Rauf Yusoh ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya hari ini.

Sehubungan itu beliau yakin United MuNkEeE akan membincangkan soal itu memandangkan pilihan raya kecil Hulu Selangor melibatkan isu besar. Masalahnya apa yang isu besar? ini yang buatkan satu malaysia makin tak paham!! sudah lah MCA main gaduh kungfu pas tu geng Samy nak ajak geng Monggol gaduh sebelum PRK ke?


mana pergi telo geng united MuNkEeE?


apasal MIC chop kerusi awal - awal? dah takde calon yang berkredibel ke? kalau kali ni Pakatan letak calon melayu takan lah geng United MuNkEeE nak letak calon bukan melayu...apa kelentong yang nak di jual kali ni??? nak kelentong itu ketuanan melayu mesti sokong bukan melayu ke baru panggil ketuanan melayu!


Takkan nak jual kelentong orang gila Kulim kott!! itu lagi lawak kelentong orang gila yang dah kena reject satu malaysia memang sah kena gelak dek orang hulu selangor,itu hari kelentong power kat tv 3 suku kata Allahyarham Zainal Abidin adalah timbalan menteri Besar UMNO tapi malu gak nak sebut yang Allahyarham ni MP mana?


Kita tunggu kelentong United MuNkEeE di hulu selangor!

Pakatan Mula Gempur Hulu Selangor

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.


Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".


Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

Friday, March 12, 2010

Orang Gila Kulim kena "reject" Satu Malaysia

Sekarang mana orang gila ni nak pergi? baru beberapa minggu lepas Naib presiden PAS Datuk Mahfuz omar telah memberitahu bahawa PAS takkan menerima Zul semula kerana pendirian nya yang tak selari dengan dasar bersama Pakatan.

ni kerana Pakatan membawa konsep ketuanan rakyat tapi orang gila kulim ni heboh nak pertahankan ketuanan melayu oleh itu bermakna PAS pun agak sukar menerima orang gila kulim ini kembali,silap - silap gaya boleh berembat dengan geng Himpunan penyokong PAS yang bukan Islam dan melayu.

oleh yang demikian maka kita rasa orang gila kulim akan bergayut pada ranting dan dahan di dalam geng - geng "Be End" lah pulak.Yang paling harus dan penting orang gila kulim ini sudahpasti akan menyertai United MuNkEeE.Tapi apa kata rakan - rakan MuNkEeE dalam "Be End" ? adakah mereka senang hati?

Ini semua kerana rakan sebantal MuNkEeE dalam "Be End" Gerakan(PGRM) Pulau Pinang menggesa telah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.


Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan racis.


“Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa. Menerima beliau masuk UMNO dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.


Beliau berkata Gerakan agak “cemas” dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Wak Din Debab bahawa pintu geng United MunkEeE “sentiasa terbuka” kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli yang memang berhasrat nak jadi MuNkEeE.


Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya United MuNkEeE janganlah menerima pelampau agama dan racis dalam kumpulannya.Kalau dah macam tu punya rasis sapa nak terima mangkuk ayun ni? mungkin MCA pun akan pertikaikan manakala MIC pun memang dah bengkek.

MCA,MIC dan Gerakan terfikir pelampau perkauman seperti orang gila Kulim hanya akan melaga - laga hubungan baik antara pimpinan komponen "Be End" lebih - lebih lagi antara United MuNkEeE dan dan komponen.

Nampaknya sekarang orang gila kulim bukan sahaja jadi gila dan kera sumbang dalam landskap politik malaysia malah muka tak laku ini pun sukar di terima dalam mana - mana NGO sekalipun.Walaupun bukak NGO sendiri sapa nak "join"? jangankan nak bukak NGO nak bukak kedai bundle pun belum tentu laku.

sebab baru - baru ini Zulkifli Noordin,orang gila yang dipecat daripada PKR pada Sabtu lepas berkata kelmarin beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

Kata orang gila kulim yang mana dia akan menubuhkan satu NGO bersama ulama - ulama PAS, Ulamak dalam PAS hendak bersama-sama Zul mengadakan "roadshow? Siapa ulamak PAS itu? Tuan Guru Nik Aziz tak mungkin, Tuan Guru Haji Hadi pun tak mungkin, jadi siapa? Mungkin Dato Tuan Ibrahim Tuan Man?

Persoalan nya keyakinan yang mana ada ulamak PAS yang akan bersama Zul dan menyokong politik kerangka gilanya adalah satu perkara paling mengarut yang kerana Ulama dalam PAS juga sering tak setuju dengan pandangan orang gila,lebih - lebih lagi ulama seperti Khalid Samad.

Kerana setiausaha agung PAS "cikgu Pa" telah memberikan kenyataan yang cukup menyampah terhadap orang gila kulim ni katanya “Saya tidak mahu layan Zulkifli,” kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai pimpinan‘badut hingusan’ menjejaskan PAS. “Beliau (Zulkifli) sendiri sebelum ini cakap tidak mahu terlibat dengan parti politik, jadi buat apa saya layan dia,” kata cikgu Pa.

Jadi mana Zul nak pergi? tak yah pergi mana - mana ...duduk je tepi jalan raja laut jual putu mayam atau pergi main "buskers" kat central market kah..kah..kah

Wednesday, March 10, 2010

2 tahun bagi Pakatan tapi 2 tahun gila talak bagi United MuNkEeE

Biarpun dua tahun pakatan rakyat memerintah Pulau Pinang UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih dilihat 'gila talak' dan sukar menerima hakikat mereka kini bergelar pembangkang di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sikap itu jelas dapat dilihat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno dan BN masih enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan program untuk kebaikan rakyat negeri itu.

"Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan mana-mana Adun pembangkang untuk mengadakan program kemasyarakatan tetapi jelas, mereka angkuh.

"Untuk adakan juga kita terpaksa menyalurkan melalui agensi lain, " ujar Lim ketika berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor sempena Ulangtahun Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Tegas Lim, mereka bukan sahaja enggan memberikan kerjasama, malah menyerang pula kerajaan negeri dengan isu perkauman dan agama seperti anti Melayu, diktator dan pelampau Cina.

Serangan sedemikian jelas Lim kerana kemarahan segelintir kepimpinan Umno dan BN ekoran syarikat kroni mereka terlepas peluang mendapatkan projek semenjak kerajaan negeri memperkenalkan sistem tender terbuka.

"Tengok kes gerai mereka sanggup mengheret Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama bersekongkol menyerang kita.

"Sepatutnya kita sama-sama membina keutuhan kerana Kerajaan Negeri bukan anti Melayu-Islam, " tegasnya.

Dalam ceramah itu juga, Lim mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan RM100 setahun kepada warga emas bagi menghargai mereka dan berusaha membasmi miskin tegar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.

Pemberian itu akan bermula penghujung Mac ini kepada warga emas berdaftar.

Turut berceramah malam tadi ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Dr Mansor Othman dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Tuesday, March 9, 2010

Seribu Wajah Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor [07/03/2010]


















Laporan Prestasi Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat [2008-2010]



Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini. Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas. Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008). Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz. Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta. Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Sumber : Sekretariat Pakatan Rakyat

-Sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam






Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam dan bukan di Padang Kelab Sultan Selangor yang mana tak di ganggu oleh polis yang di bawah arahan Mat Monggol kali ini bermula Sambutan gilang - gemilang 2 tahun kerajaaan baharu Pakatan Rakyat di selangor yang di hadiri oleh ribuan warga selangor.

Dalam program sambutan ini para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Selangor Khususnya Menteri Besar Tan Sri Khalid dan barisan Exco telah di iringi oleh lebih 150 anggota kawalan keselamatan yang di barisi oleh Angkatan Muda Keadilan Shah alam dan beberapa anggota keselamatan dari Unit amal PAS.




Permulaan Ucapan oleh ahli Parlimen Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa merangkap ketua Whip Pakatan Rakyat iaitu YB Azmin Ali.Ucapan yang seterusnya di sampaikan oleh barisan exco negeri selangor dan pemimpin - pemimpin utama dari ketiga - tiga parti.

setelah lama pemimpin demi pemimpin berucap maka ketibaan ketua Umum parti keadilan Rakyat yang di kawal oleh anggota keselamatan Angkatan Muda Shah Alam di gamatkan dengan laungan " REFORMASI" dan terus di iring sehingga ke pentas.

Dalam beberapa ucapan Dato Seri Anwar menegaskan yang beliau tidak hairan pada mana - mana pemimpin yang telah meninggalkan parti itu kerana tegasnya sesiapa dalam PKR yang tak tahan dengan dugaan dan bersikap opportunnis boleh ambil keputusan keluar dari Parti.

Kerana di dalam kerajaan negeri selangor jangan kan dari barisan nasional malah dari ADUN dari PR sendiri andai tak dapat memberi kan prestasi yang baik kepada rakyat akan di ambil tindakan.

Monday, March 8, 2010

Anjing di hantar untuk halang sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat





Pada ketika Rakyat meraikan kejayaan selama 2 tahun mentadbir kerajaan rakyat di 4 negeri termasuk satu negeri yang di rampas ,sambutan ini menjadi satu acara yang julung - juling kali di geruni oleh geng - geng United MuNkEeE.Di tempat yang penuh bersejarah di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru kini Rakyat menyaksikan satu lagi kezaliman Geng United MuNkEeE .


Seperti Biasa Anjing - Anjing Bulldog di kerah bertrak - trak untuk menghalang sambutan yang penuh meriah.Tetapi rasanya Pemimpin Pakatan Tak menghalang kiranya kalau "anjing - anjing" datang nak makan kerana jamuan memang di sediakan buat tetamu dan juga "binatang peliharan".

[202147pkr04_march7.jpg]


Tapi perlu di ingat jamuan itu untuk tetamu dan "binatang Peliharaan" bukan untuk "anjing Liar" yang nak datang mengigit tak tentu hala.Nampaknya United MuNkEeE dah hilang akal,United MuNkEeE dah habis modal,United MuNkEeE dah makin bangang.


Jamuan makan di katanya perhimpunan haram !

Orang datang pasal nak nikmati jamuan makan,ada nasi ada air sirap sambil dengar Pemimpin berucap bukan nya nak tengok "bulldog - bulldog yang pegang cotar" tertenggek macam badut kat atas tuh! Tapi malang bagi anjing - anjing ini sebab rakyat dah tak takut tapi rakyat jadi marah dan benci kepada Geng United MuNkEeE.

Oleh kerana itu Seluruh Hadirin di padang kelab Sultan Sulaiman Rela munggu sampai pagi walaupun apa jua yang terjadi.Ini semua terjadi kerana semangat marahkan geng United MuNkEeE, menjadi pantang orang Islam dan orang melayu bikin kacau depan Rezeki.Bila Pantang di langgar maka orang melayu pun marah lah.


Bukan Marah hari ini saja pada Geng United MuNkEeE tapi marah sampai bila - bila dan apa yang pasti kemarahan itu akan memarak kan lagi api kebencian pada United MuNkEeE pada PRU- ke 13.Seluruh Rakyat telah menyaksikan pada malam tadi apabila United MuNkEeE memanipulasi kezaliman pihak polis yang kononnya akan menakut - nakutkan orang ramai.


Buktinya beberapa orang anggota Keselamatan dari Skuad AMK yang di tugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang program Jamuan itu itu telah di pukul dengan teruk oleh anjing - yang di bawah perintah Geng United MuNkEeE dengan menggunakkan cotar sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala,antara yang di cederakan oleh "gigitan cotar" anjing - anjing itu adalah Saudara Khalid yang cuba menenangkan keadaan pada ketika itu.


Persoalan di sini ialah apa kejadahnya semua ini di lakukan oleh United MuNkEeE,


apa alasan Hishammudin ?


Rasanya tidak jauh dari Kelab sultan Sulaiman adalah Kawasan Chow Kit yang penuh dengan aktiviti jenayah seperti Pelacuran,pengedaran dadah,ragut dan curi tapi apa kejadahnya diorang(polis) nak menebeng dan merosakkan majlis jamuan ini?


Nampaknya mangkuk ayun yang harus di persalah kerana merosakkan imej pasukan polis di mata rakyat dan menunjukkan polis sekadar di jadikan anjing di mata rakyat adalah Hishammuddin dan Musa Hasan.Polis di jadikan alat kebencian Rakyat terhadap geng United MuNkEeE.

Woitt!!! haram Jadah !

berapa banyak kali United MunKeEeE nak kena maki hamun daa....

Itu hari tuduh Guan Eng jadi diktator,hari ini sapa yang hantar askar Nazi (polis) buat huru - hara kat kampung baru?United MuNkEeE nak bodoh - bodohkan rakyat yang mengatakan Kelab sultan sulaiman itu adalah hak MuNkEeE,itu pasal MuNkEeE tak layak kerana Kelab Sultan Sulaiman adalah hak Kerajaan Negeri Selangor ini kerana Menteri Besar Tan Sri Khalid sendiri adalah Pengerusinya.
Woitt!!! Putu mayam saperr!! yang jadi diktator?????
kalau macam ni lah keadaannya penduduk kampung baru kena bangkit dan lawan.MunKeE guna taktik baru nak rampas tanah kampung baru atas alasan yang sama yang pernah di gunakan oleh mahafiraun iaitu "pembangunan".
Tapi kita percaya orang kampung baru tak bangang macam orang Felda,Orang kampung baru lebih bijak dari orang Kinabatangan,lagi bijak dari orang Rompin dan lagi bijakl dari orang Rompin.Ada bagus orang kampung baru yang tentu kan masa depan kampung baru dari di beri pada geng united MuNkEeE.
maknya kita tunggu MuNkEeE kena sepak dalam PRU seterusnya bersama Anjing - anjing

Friday, March 5, 2010

Buat apa nak pedulikan Orang Gila Kulim !


Biarkan saja Mangkuk Ayun Ni Berambos!!

Petang Semalam Putu Mayam ni telah meng"ugut" jawatankuasa Displin PKR beliau akan keluar daripada PKR sekiranya parti tersebut tidak menukar anggota panel disiplin menjelang Selasa ini kata Putu mayam ni lagi dakwanya panel bukan-Muslim tidak layak menghakiminya diatas hal yang melibatkan hal Islam tapi yang pelik mangkuk ni Tapi tak pernah pulak "hentam" kerajaan Mat Monggol yang membicarakan soal dan masalah berhubung pasal agama di mahkamah Sivil yang mana kes itu di hakimi oleh Hakim Bukan Islam.

Di sini Di persoalkan di mana Konsistensi mangkuk ayun ni?

Baiklah sememangnya di akui kesilapan menerima mangkuk Ayun ni kedalam PKR telah memperlihatkan bagaimana begitu banyak Arang yang telah Terconteng akibat onar yang telah di lakukan oleh sampah - sampah seperti Orang Gila Kulim.

Bukan Baru hari ini Orang Gila Kulim ni buat Masalah.Dulu masa dia kat dalam dia di bimbangi sikapnya kerana selalu memberi kan pandangan Lantang yang bertentangan dengan pandangan dalam jemaah.Oleh kerana itu dia di tendang keluar Dari PAS.

Maka selepas itu tibalah Gelombang Reformasi apabila Dato' Seri Anwar Di pecat dan di fitnah melalui konspirasi jahat yang di rancang oleh mahafiraun.Pada Ketika Dato Seri Anwar Di bicarakan di mahkamah ,mangkuk nie di lihat sentiasa menebeng di lantai mahkamah dan konon - kononnya mahu menunjukkan yang dialah pembela Anwar.

Tapi tak siapa pun tahu yang dia cuma sekadar Tukang Angkat Beg kepada Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Haji Sulaiman, Karpal Singh, Sankaran Nair atau Zainur Zakaria tapi mereka - mereka ini tak pernah mengaku yang mana ini adalah peguam Anwar tapi Mangkuk ni dengan beg ke sana - ke mari di lantai Mahkamah Yang Mana pada ketika terletak di Jalan Raja di sebelah Dataran Merdeka berlagak seolah - olah di diantara peguam utama dalam perbicaraan Anwar Ibrahim.

Lihat Bagaimana putu Mayam ini Ambil Kesempatan melalui Penderitaan Anwar.

Dalam beberapa siri penganiayaan keatas Anwar Putu Mayam ini pernah sibuk ke hulu ke hilir berceramah tentang keracunan Arsenik yang telah terjadi terhadap Anwar,Ya itu memang betul tapi yang tak bestnya ialah kelentong - kelentongnya yang mengatakan Rambut Anwar gugur dan jari dan kuku anwar bertukar menjadi biru seolah menjadikan kelentong itu satu modal untuk meraih populariti dari Orang ramai yang mana dia lah yang selama ini membela Anwar.

Maka hasil dari kelentong - kelentong berkenaan Boleh "melayak" kan dirinya untuk mendabik dada sebagai Peguam Anwar Ibrahim yang terus di jadikan Modal untuk memancing undi demi menaik kan nama putu mayam ini sebagai Ahli Parlimen Kulim.

Tapi setelah dia kembali setelah "misteri Kehilangannya" terbongkar apabila Mahkamah Pilihanraya Mengekalnya sebagai Ahli Parlimen Kulim atas kesilapan teknikal.Ramai aktivis sudah mengesyaki yang memang orang gila kulim dah jadi Barua United MuNkEeE.

Orang gila Kulim jadi glamour dapat masuk utusan Melalok dan berita hairan dari muka depan.Macam mana dia dapat publisiti macam tu melebihi Anwar?bagai ada sesuatu yang tak kena...

hanya selepas itu sedikit demi sedikit orang gila kulim mula melepaskan pelurunya pada muka kawan sendiri Berbanding pada Geng United MuNkEeE.

Para Aktivis masih teringat lagi....

putu mayam ni pernah dapat publisiti hebat sebab hujung tahun 90-an dulu dia sibuk ke sana ke mari ceramah fasal isu murtad. Bukan kerana dia lawyer hebat macam Karpal Singh tapi heboh dok canang cerita ke hulu - ke hilir.

Tapi ada peristiwa yang mengaitkan dengan taik - taik yang pernah di lakukan oleh MuNkEeE ini.

Masih Ingatkah kita dengan Peristiwa "Sandiwara Rampasan Senjata" di bukit Jenalik Grik pada tahun 2000?

Dalam kes di bukit Jenalik dia juga pernah menjadi peguam bela kepada salah seorang tertuduh dalam Kes Tersebut. Dalam kes melibatkan tertuduh itu dia cabut lari selepas kes itu dalam setengah jalan.

Ramai yang tak mengetahui ke manakah menghilangnya Putu Mayam ni,adakah dia seorang penakut? atau memang tak ada kredibiliti dalam tanggungjawab? itu lah wajah sebenarnya.

Selama ini semua orang melihat putu mayam ini berdiri sebagai seorang peguam Syarie kerana dia selalu lantang kononnya memperkatakan tentang kes - kes yang berkaitan dengan Islam tapi apa yang pelik apakah dia seorang peguam syarie?

Ini kerana sebagaimana yang dilaporkan tentang latarbelakang dia ni tak pernah ke UIA(Universiti Islam Antarabangsa) ambil DSLP yang melayakkan seorang peguam untuk diterima sebagai peguam syarie. Apa yang di ketahui juga dia dapat ijazah undang-undang dari New Zealand jadi bila masa dia jadi peguam syarie yang sepatutnya kena tahu hukum - hakam Islam? Ada ke surau atau Madrasah yang letak dia mengajar tafsir Qur'an?

Pelik betul putu Mayam ni, jadi dimana kepakaran nya berhubung hukum - hakam dalam islam kalau dia berkelulusan dari Universiti yang bukan Islam,sekarang ni di mana relevannya dia yang tak boleh di adili oleh panelis Jawatankuasa Displin dari yang bukan Islam?

macam mana dia boleh kelentong yang dia ni peguam syarie dan dah berapa ramai yang dah kena kelentong termasuk Dato' Seri Anwar dek permainan peguam Syarie kelentong Macam Orang Gila Kulim ni.

Kelentong sana dia kata Islam? kelentong sini dia kata bukan Islam? kejap dia kata islam kejap dia kata Melayu,kalau dia rasa dia Ultra Melayu dah buat apa masuk PKR ada Baik dia pergi masuk United MuNkEeE atau Peribumi perkasa ke?

Dah sah memang dia ni seorang yang huru - hara dan tak tentu arah oleh itu nasihat yang terbaik bagi Jawatankuasa Displin PKR tak payah bicarakan Zulkifli Noordin tapi Nasihat supaya tinggalkan ke je Parti ni dan Orang macam Putu mayam ni tak layak menyertai mana - mana Parti dalam negara ni.

Dah cukuplah rasanya ini pengajaran buat Pakatan Rakyat khususnya Keadilan agar berhati - hati dengan kehadiran Mangkuk Ayun yang macam ni.

Wednesday, March 3, 2010

United MuNkEeE bersedih pasal ada Kelentong yang tak menjadi








Kelentong punya kelentong harap - harap menjadi la tapi kali ini ini kelentong United MuNkEeE tak menjadi apabila Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti. Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat


Mereka menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.


Tapi dah memang stail united MunKeEeE selalu bikin kelentongt tak tentu arah, kalau setakat Datuk Zahrain yang dah memang kita tahu apa kes yang berkaitan dengan projek orang kayanya dan kes Orang Gila Kulim memang tak payah nak cerita pasal itu memang kita dah tahu tahu apasal dia boleh jadi macam tu selepas dia hilang kena kidnap dek dek MuNkee - MuNkeEe selama dua minggu.




Kalau lepas kidnap pastu boleh pulak orang gila kulim tukar pendirian,pelik tak pelik memang pelik.




tapi kali ni kelentong MuNkeEe dah bermacam - macam,cukup - cukup lah tu bagi kelentong,jangan nak berlebih - lebih sangat

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: