Lagu Janji dicapati

Loading...

Friday, July 31, 2009

-Jangan Takut, Jangan Gentar... Mari Turun himpunan Mansuhkan ISA 1- Ogos.

PENTING ! PANDUAN PADA PARA PEJUANG DIHORMATI YANG AKAN TURUN KE PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA.. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH..

GMI-Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA. Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan iniPastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

-Al-Fatihah..


Malaysiakini- ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.


Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999. Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Thursday, July 30, 2009

DNA tu milik siapa? Siapa punya siasatan bodoh ni?



-Hari ini Mahkamah magistrate di beritahu dengan penemuan DNA yang tak di kenali di bahagian luar belakang kot dan tali pinggang yang di pakai oleh mendiang Teoh Beng Hock,agaknya bagaimana siasatan bodoh masih berterusan hanya atas arahan yang di berikan oleh agen - agen BN? di sini kekeliruan timbul tentang kewujudan 3 DNA yang tak di kenali pada pakaian mendiang terutama nya di bahagian tali pinggang mangsa yang konon nya sebagai teka - teki yang konon nya nak di reka untuk mengelirukan keluarga mendiang dan rakyat malaysia .





Keadaan ini semakin pelik dan mengelirukan kerana apa,yang pertama suspek yang berada jauh dengan Mendiang di siasat secara terperinci,tapi persoalan yang paling harus bermain di minda apabila anda meng'imiginasi'kan diri sebagai seorang penyiasat mengapa orang yang berada jauh dari si mati yang harus di siasat? tetapi suspek yang berada dekat dengan mangsa dalam jarak 50 meter Radius sebelum mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati tidak pula di ambil tindakan untuk di siasat termasuk mengeluarkan waran tangkap untuk mereman beberapa pegawai SPRM yang terbabit semasa menyiasat Mendiang Teoh Beng Hock,supaya pegawai - pegawai ini boleh di siasat.Dengan menyiasat pegawai - pegawai rasanya tak perlu lah polis mendapatkan sampel dari 102 orang sebab rasa - rasanya berapa ramai yang berada berdekatan dengan si mati sebelum mendiang mati,mengapa pegawai - pengawai SPRM yang menyiasat Mendiang pada malam itu tak di ambil sampel DNA nya mungkin dari situ keputusan siasatan boleh di perolehi dengan cepat dan tak perlu nak dapatkan sampel dari 102 orang lagi.



Mana bukti rakaman CCTV ? yang merakam siapa yang keluar masuk ke pejabat SPRM,kerana di laporkan penemuan DNA lelaki yang tak di kenali pada kot dan tali pinggang mangsa.


adakah lelaki yang tak di kenali itu masuk ke dalam pejabat SPRM melalui tingkap iaitu dengan memanjat seperti " spiderman" dan membunuh Mendiang Teoh Beng Hock dengan menggunakan taktik misteri atau pun lelaki misteri adalah "pendera khas" yang di gunakan oleh penyiasat SPRM untuk memastikan supaya Mendiang mengaku atas sesuatu yang sengaja "di reka".


kerana penemuan 3 DNA tersebut menguatkan lagi teori raja petra seperti tulisan saya beberapa hari yang lalu yang saya petik di sini.....


" mereka mengugut akan mencampak kan beliau (Mendiang Teoh Beng Hock) kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah"


"Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. "





Kalau begitu cerita nya jadi kalau nak mencampak kan seseorang keluar tingkap di bahagian manakah seseorang "pendera" itu harus memegang ketika mengugutnya? tentulah di bahagian pinggang.Berapa orang di perlukan untuk menjulurkan tubuh mangsa keluar tingkap? tentu lah 3 orang jadi .....

siapakah 3 ekor algojo yang melakukan perbuatan kejam tersebut? mengapa nama penyiasat SPRM masih tak di panggil? tak di reman ? tak di siasat secara terperinci termaksuk mendapatkan segala sampel yang ada di tubuhnya bukan sahaja DNA tapi bau badan,habuk,bulu atau apa sahaja objek yang melekat di badan mangsa.

Jadi jelas di sini siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock terus di manipulasi semata - mata nak melindungi pembunuh sebenar yang berselindung di sebalik tabir kerana bimbang pembunuh itu akan membongkar kan pembunuhan itu adalah salah satu dari drama konspirasi kepada rampasan kuasa yang seterusnya selepas negeri Perak.

Wednesday, July 29, 2009

-Cepat, Kabinet Perlu Tambah Kuasa Suruhanjaya Diraja..

Beng Hock : Peguam Mohon Tunda Inkues, Tunggu Keputusan Kabinet Tambah Kuasa Suruhanjaya Diraja

TVSelangor : Peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini menggesa koroner dalam inkues kematian mendiang supaya menunda siasatan itu sehingga kabinet memutuskan sama ada untuk memberi kuasa tambahan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian mendiang.Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa inkues itu tidak perlu dan tidak bermakna jika kabinet memutuskan untuk memperluaskan terma rujukan suruhanjaya itu bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci atas kematian Beng Hock.
Setakat ini kabinet hanya mengarahkan Suruhanjaya itu untuk menyiasat sama ada SPRM telah melanggar peruntukan hak asasi dalam menyoal Beng Hock lebih 10 jam sebelum beliau dijumpai mati.

Gobind turut meminta inkues itu yang bermula hari ini, ditangguhkan sekurang-kurangnya sepuluh hari bagi membolehkan beliau meneliti laporan bedah siasat Beng Hock dan dokumen berkaitan.Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azmil Muntapha yang bertindak sebagai koroner inkues belum membuat keputusan bersabit permohonan Gobind.
Bagaimanapun wakil Peguam Negara Tan Hock Chuan berkata inkues berkenaan tidak seharusnya dilengahkan. Beliau bagaimanapun bersetuju jika sedikit penangguhan diberi bagi membolehkan peguam dan ahli keluarga Beng Hock meneliti laporan bedah siasatan dan dokumen berkaitan.

Hock Chuan begaimanapun enggan menyerahkan keterangan saksi kepada peguam keluarga Beng Hock, dengan mendakwa tidak ada prosedur undang-undang yang memerlukan beliau berbuat demikian.Gobin memberitahu mahkamah bahawa mengikut Kanun Prosedur Jenayah, semua dokumen berkaitan harus diserahkan kepada peguam bela bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian Beng Hock.
77 orang saksi, termasuk tunang Beng Hock - Soh Cher Wei yang mengandung dua bulan dan dijadualkan berkahwin dengan mendiang pada hari beliau dijumpai mati-diarah untuk memberi keterangan di inkues berkenaan.

Peguam Karpal Singh,anaknya Gobind Singh dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues berkenaan. Anggota keluarga Teoh tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Kira-kira 50 orang wartawan memenuhi dewan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftarkan diri bagi membuat liputan inkues tersebut Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam bertindak sebagai pemerhati badan itu bagi memastikan ketelusan perbicaraan.

-Federal Government?????????????????????

Selangor orders internal audit on reps’ spending of allocations

SHAH ALAM: The Selangor government has directed an internal audit on the spending of state allocations by its assemblymen.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the audit would, among others, ensure that the spending complied with procedures.

“This is our way to assure the public that the accounting of the state’s coffers is continuously monitored,” he said in a statement here yesterday.
Khalid said the auditing would begin as soon as possible in the Petaling District and a report would be presented to the state government within a month.
“After this, it will be made available to the public,” he said.

-Para Pejuang dikasihi : Jangan lupa 1 ogos 2009 Turun Ramai-Ramai..

Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Peta Laluan Bagi Penyokong Anti - I.S.A supaya tak bertembung dengan Penyokong Pro - I.S.A





28 Julai 2009

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat.

Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha AgungParti Keadilan Rakyat

Tuesday, July 28, 2009

-Inilah dinamakan Topeng.. Lidah bercabang.. Talam 2 Muka... kepada Rakyat..


Impian Najib lihat Malaysia makmur- Utusan Melalok.

PUTRAJAYA 23 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut hari jadinya yang ke-56 hari ini dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi lebih makmur dan bersatu sejajar dengan konsep ‘‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’' yang beliau ilhamkan.
Ketika ditemui pemberita di Hotel Marriot di sini selepas merasmikan satu seminar mengenai ekonomi, Perdana Menteri berkata, beliau mahukan rakyat merasakan bahawa mereka turut menyumbang dan dihargai ke arah mencapai hasrat 1Malaysia itu.

Sila Baca ni.. Terima Kasih.

PEGAWAI PERTANIAN DILARANG HADIRI MESYUARAT LIMA NEGERI PEMBANGKANG – berita hairan

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Lagi Satu.. Terima Kasih.

Kerajaan Selangor Bakal Bincang Peruntukan Pembangunan Dengan Kerajaan Persekutuan : Selangorkini.

SHAH ALAM, 20 Julai - Kerajaan negeri Selangor bakal mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan peruntukan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada selangor.
Dalam pada itu, Tan Sri Khalid berkata, Selangor tidak seharusnya mempunyai dua pejabat pembangunan negeri iaitu yang ditadbirkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Tidak perlu ada 2 pejabat untuk pembangunan negeri Selangor, 2 pejabat maknanya pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan persekutuan dan pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan negeri. Tak perlu untuk Selangor saya tak tahu untuk negeri lain tapi untuk Selangor tidak perlu kerana dia merugikan wang rakyat because the overhead cost is double”, tegasnya lagi.

Mengapa perlu disekat?? Rakyat juga menjadi mangsa.. Cakap nak Makmur.

Barisan Nasional seolah-olah tidak mengakui kekalahan mereka di Selangor. Masih ego menyalahgunakan wang pembayar cukai mengikut kemahuaan mereka sendiri. Ape salah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor demi kemakmoran Rakyat. BN menggunakan konsep penjajah iaitu mengongkong dan mengugut sekaligus ingin merampas kuasa di Selangor meskipun ditolak Rakyat Selangor..

Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat. Kenapa nak sekat peruntukan dan kerjasama kementerian yang bertanggunjawab.

Negara dan Negeri ini bukan hak UMNO dan BN, kalau tak bantu, Kerajaan Pusat kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

2 Malaysia.. Rakyat Dikemudiankan. Penjajahan Diutamakan.
Inilah dinamakan Topeng.. Lidah bercabang.. Talam 2 Muka... kepada Rakyat..

Monday, July 27, 2009

UMNO dan Barisan Nasional semakin tertekan


Bila dah semakin hari semakin ramai pahlawan - pahlawan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya Datuk Zaid,Datuk Dr.Chua Jui Meng dan Datuk S. Subramaniam menyertai Pakatan Rakyat manakala di tambah kan lagi ura - ura Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyertai PAS dan keADILan pemimpin - pemimpin UMNO kelihatan semakin hari semakin tertekan dengan situasi ini oleh itu serangan demi serangan ala desparado di lancar kepada Pakatan Rakyat namun itu semua takkan bermakna lagi kerana rakyat telah pun bijak menilai yang mana satu intan dan permata.




Utusan Melayu Akhbar cabuk tanah air melapor konon nya 1000 ahli PKR dari Sabah telah menyertai UMNO setelah beratus - ratus ahli MCA yang menuruti Panglima mereka Datuk Dr.Chua Jui Meng dan beratus - ratus ahli MIC menuruti langkah Panglima mereka iaitu Datuk S.Subramaniam.Apakah ini laporan serangan balas dari tindakan Ahli - ahli BN yang semakin kabur dengan hala tuju UMNO dan Barisan Nasional hari ini.kalau benar mereka menyertai UMNO seperti Hamdan,Norman Taha,Mohd Nazmi,Ruslan Kassim ataupun Lokman Norr Adam dan Ezam Mat Norr,jadi tolong siarkan gambar mereka beramai - ramai sedang memegang borang pendaftaran masuk seperti yang di lakukan oleh Ezam.Takkan lah semua berlaku secara "automatic switch onn off" ada yang masuk dan secara automatik ada yang keluar? jadi kaedah menipu yang terlalu lapuk ini membuat kan masyarakat semakin jelek dengan perlakuan media - media cabuk pro - BN ini.



Presiden UMNO berucap di depan pelajar seolah - olah nak menasihatkan supaya jangan jadi pembudaya fitnah,persoalannya di sini siapa yang mengamalkan budaya fitnah? kata - kata Najib di lihat sebagai "ketam mengajar anak berjalan betul" tapi diri sendiri pun tunggang - langgang.Kalau hari ini Najib mahu bercakap supaya jangan membudayakan Fitnah dia sepatutnya menjwab siapa yang menfitnah Anwar meliwat? di juga harus jawab persoalan siapa yang menfitnah Anwar yang memukul diri sendiri dalam penjara hingga terbukti Rahim Noor yang melakukannya dan ini di akui oleh Tan Sri Rahim Noor sendiri.jadi tak perlu lah Najib nak menasihat kan Mahasiswa tentang pembudaya Fitnah di depan Mahasiswa kerana Penfitnah - penfitnah yang terlalu ramai "dilatih" di dalam UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional yang perlu di "bersih" kan dari Negara dan bangsa ini.



Manakala Muhyiddin di Munyonyo ,Kampala Uganda konon nya mencanang yang AFRIKA BELAJAR DARIPADA MALAYSIA CARA TANGANI RASUAH dan berkata "Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," satu lagi lawak antarabangsa yang tak di jangka bukan sahaja rakyat satu malaysia malah siamang dan beruk afrika pun tergelak pecah - pecah perut apabila di katakan Malaysia nak di jadikan model sebagai salah sebuah negara yang bebas dari rasuah,apakah Muhyiddin tak malu dengan apa yang telah di laporkan oleh media - media antarabangsa tentang apa yang sudah berlaku sebelum ini,apa banggakah Muhyiddin menunjukan Malaysia adalah model mungkin ada diantara peserta Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) akan tertawa kecil mungkin kerana hormat Muhyiddin yang ada di situ kerana mungkin ada di antara mereka yang ada terbaca dalam Daily Mirror atau L.A times mahupun New York Herald Tribune tentang siapa yang merasuah 3 ekor katak di negeri perak,siapa yang di lepaskan oleh SPRM dari di siasat berhubung dengan Rasuah politik dalam pemilihan Agung yang di lakukan oleh pemimpin di dalam parti yang di anggotai oleh Wakil malaysia yang sedang berucap dalam Dialog itu.



Ahli - ahli UMNO pula di ingatkan dan arahkan supaya tidak lagi memanggil PAS,keADILan dan DAP sebagai Pakatan Rakyat dengan alasan PR telah memecah belah kan rakyat,satu lagi tindakan budak - budak yang tak perlu lagi di ulas dengan panjang lebar kerana kalau sampai ke tahap itu lah kenyataan mereka maka UMNO dan Barisan Nasional di lihat semakin terdesak dan tersepit jadi taktik " do it Or die " mungkin taktik terakhir sebelum UMNO tersembam kecundang menyembah bumi.

-UMNO semakin Jaki kepada Pakatan Rakyat

Setelah berbagai cara untuk meruntuhkan keharmonian Pakatan Rakyat Gagal UMNO terus mengarahkan ahlinya supaya memanggil Pakatan Rakyat dengan Pakatan Pembangkang denagan alasan Pakatan Rakyat tak layak menggunakan nama itu kerana dakwanya seelama ini Pakatan Rakyat telah memecah belahkan Rakyat.Nampaknya orang yang bercakap tak pandai nak menapis tutur katanya ,kerana kalau di Dewan Rakyat boleh mereka menggelarkan Pakatan Pembangkang tetapi di negeri - negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat seperti Kedah,Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor yang mana Menteri Besar Pakatan Rakyat bersama - sama Exco dan ADUN - ADUN nya yang duduk di sebelah Kanan Speaker takkan lah nak panggil Pakatan Pembangkang sedangkan mereka yang memerintah.Tetapi yang hairannya Barisan Nasional tidak pernah pula di paggil sebagai Barisan Pembangkang bila mereka berada di pihak pembangkang di ke empat - empat negeri ini.Isu perkataan Pakatan Rakyat yang mereka bising - bisingkan sedangkan isu Bahasa Melayu yang sepatutnya "mereka" yang ketengahkan tak pula di perkatakan atau di pertikaikan sedang isu PPSMI ini melibatkan pembangunan intelektual anak bangsa.

Tetapi Perkataan Pakatan Rakyat pula yang menjadi isu sehingga mereka sanggup menghasut hali - ahli UMNO supaya jangan memanggil mereka sebagai Pakatan Rakyat,alasannya kerana Pakatan Rakyat benyak memecah - belahkan rakyat.Alasan apakah ini? kalau Pakatan Rakyat memecah - belah kan rakyat pastinya Rakyat akan menolak dan memulaukan undi kepada Semua parti - parti komponen di dalam Pakatan Rakyat tetapi dalam 7 pilihanraya kecil Rakyat memberikan mandat dan sokongan kepada Pakatan Rakyat dengan kemenangan melalui aggregeat 6-1 jadi persoalannya dari celah mana UMNO katakan PR telah memecah belah kan Rakyat? tetapi yang selama ini terbukti memecah - belahkan rakyat adalah kenyataan - kenyataan dari Pemimpin - pemimpin UMNO sendiri sehingga menuduh orang cina sedang merampas hak demokrasi dari orang melayu dengan memberi undi kepada YB Datuk Seri Nizar calon dari Parti Islam dalam Pilihanraya di Bukit Gantang,jadi di sini Pemimpin - pemimpin UMNO perlu tanya dan cermin diri sendiri atau ikut saranan muhyiddin Yasin "pergi Masuk sekolah balik" supaya pemikiran mereka lebih matang.Ini kerana ada di antara mereka yang juga berkata;

" Pakatan Rakyat tak layak guna perkataan Pakatan Rakyat kerana mereka tak membela rakyat,kerana selama ini kitalah (UMNO) yang menjadi Pembela atau pakatan rakyat"

Kalau begitu kenapa UMNO dan Barisan Nasional tak guna kan sahaja nama Pakatan Rakyat atau idea yang lebih bagus ialah "tutup" Barisan Nasional dan sertai Pakatan Rakyat rasanya itu idea yang lebih bagus dan baik,bubarkan Barisan Nasional dan masuk Pakatan Rakyat dan beri kerjasama kepada PKR,DAP dan PAS barulah UMNO boleh di berdiri megah sebagai pembela Rakyat.

Tapi pada pemikiran yang logik itu tak akan berlaku,kerana UMNO dah terlalu kronik dengan pengaruh hegemoni nya takkan mahu mereka berpadu dengan Pakatan Rakyat.Jadi pada Pemimpin - pemimpin UMNO janganlah isu perkataan yang nak di perbesarkan kerana ini akan menunjukkan UMNO ini cuma lebih "karut dari cakap" kerana mengkritik sesuatu hal yang secara utomatik akan menghentam diri sendiri,kerana apa? Isu perkataan yang di perbesarkan kononnya di haram kan dari di gunakan tetapi UMNO sendiri ingat bila berhubung soal Bahasa Melayu yang sepatutnya di perjuangkan UMNO sinonim dengan slogan "Hidup Melayu" tetapi di lihat sepi oleh UMNO terutamanya isu PPSMI yang di tuntut oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Datuk Dr.Hasan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said malah UMNO juga turut berdiam diri apabila membiarkan sahaja Pemimpin - pemimpin dalam BN memperlekehkan pejuang - pejuang bahasa ini sehingga memanggil mereka dengan panggilan "anasir"? jadi Parti Melayu jenis apakah UMNO ini ? Apakah perjuangannya ?adakah untuk melayu ? kalau mereka berjuang untuk melayu sudah pastinya mereka akan membantah bukan sahaja perlaksaanaan PPSMI malah membantah permansuhan kuota ekuiti melayu dan bumiputera ,membantah permansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang di lihat sudah pastinya akan membunuh potensi kemajuan usahawan -usahawan muda melayu.

Nampaknya secara terang lagi bersuluh UMNO tak lagi memperjuangkan bangsa tetapi poket - poket sendiri,oleh itu benarlah kata Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang Presiden PAS yang UMNO dan Barisan Nasional sudah sepatutnya berundur dari arena politik tanah air kerana matlamat perjuangan politik mereka semakin hari semakin Kabur.

Friday, July 24, 2009

-Hari Ini Geng Algojo betul - betul serba salah.



Tuhan itu maha adil,Tuhan itu maha kaya,petanda - petanda kejatuhan sebuah Parti perkauman yang lengkap dengan fahaman Zionis kini kelihatan semakin ketara.UMNO yang kononnya membela kepentingan bangsa kini berubah rupa kepada pengkhianat negara.Mereka sanggup gunakan apa sahaja demi mengekalkan kuasa kuku besi selama turun temurun.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di tubuhkan atas saranan Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah untuk menghapuskan jenayah Rasuah hingga ke akar umbi,kini hampa akhirnya SPRM kini menjadi alat pengekalan kuasa yang di peralatkan Oleh UMNO sama seperti Polis.


Media tukang canang geng algojo mendakwa Pakatan hanya Mahu di lihat bersih dan tak mahu di siasat dalam apa pun salah laku,oleh itu tukang canang - tukang canang mereka yang tak bermaruah terus menuduh Pakatan Rakyat bertubi - tubi,sedangkan kalau di fikirkan secara logik kalau Pemimpin Pakatan takut untuk di siasat sudah tentu lah Ean Yong Hian Wah tak mengarahkan SetiaUsaha Politiknya untuk datang ke Pejabat SPRM di Plaza Masalam di seksyen 9 Shah Alam.
Setelah demonstrasi dan Himpunan solidariti buat Mendiang Teoh Beng Hock di adakan yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan kematian Mendiang maka Muncul lah Ketua Geng Algojo United Malays National Organisation Bahagian Ampang serta membawa seramai 50 orang penyokong - penyokong Beruk Afrika berhimpun untuk membantah Siasatan Ke atas SPRM sambil melaungkan - laungkan Slogan Jangan jadikan Malaysia Republik’
DAP, PKR, PAS prejudis, SPRM jadi mangsa’ persoalannya di sini apa "kejadah" mereka berhimpun untuk menyokong kezaliman yang telah di lakukan oleh SPRM


[2207-umnoampang-protest-1.jpg]

Tapi Walau apa pun tindakan yang di lakukan oleh Ketua Geng Algojo ini bersama - sama Beruk - beruk Afrikanya segala nya amat jelas UMNO berada dalam keadaan serba salah.Masih ingat kah lagi kita dengan pada ketika Pemilihan Agung UMNO apabila SPRM campur tangan dalam isu Rasuah mereka bangun dan mencaci - cerca SPRM yang mahu membanteras Rasuah yang berakar Umbi semasa pemilihan tersebut,Masih Ingat kah lagi?

[sprm.jpg]

Tapi Hari ini?

Maka benarlah UMNO hari ini semakin terdesak dalam apa jua hal sekalipun,SPRM yang mereka hina dan caci bila bongkar tembelang amalan Rasuah Ketua Geng Algojo tapi mereka pertahankan SPRM bila SPRM menzalimi pemimpin Pakatan pembangkang.Petanda ini menunjukkan jelas UMNO dan Barisan Nasional pasti akan tersungkur dengan kuasa Rakyat Pada Pilihanraya Umum ke-13.

-Mat Monggol Kelentong lagi.......Suruhanjaya Kelentong di Wujud kan untuk Lindungi si Pesalah

Apabila Mat monggol mengumumkan Suruhanjaya yang di tubuhkan bukan untuk menyiasattetapi adalah untuk menjalankan Inkues terhadap individu - individu yang tebabit dalam kes Teoh Beng Hock kita mula terfikir bagaimana kah Keadilan buat Teoh Beng Hock? Kita Mahu Suruhanjaya Di Raja Khas di tubuhkan untuk menyiasat bukan untuk Buang masa menipu rakyat untuk memperkotak - katik kan keadilan buat Teoh Beng Hock.


Persoalannya di sini apabila Mat Monggol membuat keputusan dengan menubuhkan keputusan menubuhkan suruhanjaya diraja dan inkues – dengan dua bidang kuasa berbeza – bagi menyiasat kematian misteri Teoh Beng Hock sebagai "Mempersendakan keadilan, kebenaran dan ketelusan".

Kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia mesti juga disiasat (oleh suruhanjaya diraja) dan dijawab.
Persoalan ini tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan siasatan.
Tidak perlu untuk inkues ini diteruskan. Suruhanjaya diraja patut menyiasat keadaan kematiannya. Kita juga mempunyai keraguan yang serius terhadap keberkesanan inkues tersebut kerana Suruhanjaya yang di tubuhkan di lihat bukan untuk mencari punca bagai mana Teoh Beng Hock mati tetapi perjalanan dan kelentong yang di tunjukan oleh kepura - puraan Mat Monggol cuma nak Suruhanjaya ini mengesahkan yang Teoh Beng Hock sudah Mati.Ini kelentong jenis apa? Dari tragedi kematian Teoh Beng Hock, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan pimpinan rejim Mat Monggol. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.


Nampaknya Mat Monggol mahu kita lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siasatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.




Mereka juga mahu kita lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa dan tambah lagi dengan laporan - laporan dari akhbar ,media dan website yang menjadi tukang canang - canang bagi geng - geng algojo terutamanya Utusan Merapu yang berteriak macam Histeria menghentam Nizar atas kesalahan memegang lilin dalam upacara Politik tapi bukan keagamaan dan Agenda Daily yang baru - baru ini menuduh yang mana kematian Teoh Beng Hock ibarat lesen besar untuk mengelak dari di siasat,nampaknya pengendali Agenda Daily pun kena Masuk sekolah sama macam orang - orang UMNO seperti yang di suruh oleh Wak Din Sembab.







Sebab yang di pertikaikan kenapa Beng Hock boleh mati dalam siasatan? itu yang patut di ketengahkan bukan soal "lesen besar" atau mahu lari di siasat kerana persoalannya di sini mengapa ada yang mati dalam siasatan.Yang membuatkan kita tidak berpuas hati ialah kenyataan si penulis Jahanam ini memanipulasi dan memutarbelitkan fakta apabila mendakwa yang mana Beng Hock melompat keluar dari Bangunan Plaza Masalam kerana mahu melindungi boss nya sendiri kerana di sini apa yang di putar belit kan adalah Mendiang Beng Hock di katakan adalah Saksi dalam tuduhan penyalahgunaan peruntukan kerajaan Negeri...


Sedangkan seperti apa yang di beritahu oleh Pegawai SPRM sebelum ini yang mana Beng Hock di siasat atas sebab di syaki menyeleweng wang peruntukan sebanyak RM2500.00 sedangkan Agenda Daily memberitahu yang Mendiang adalah Saksi,yang mana satu betul Mendiang Beng Hock adalah saksi atau Suspek?

Adakah ini sema sekadar untuk menutupsesuatu kezaliman,kalau kezaliman ke atas Beng Hock berjaya di tutup,selepas ini giliran siapa pula untuk di bunuh? atau di culik dan di paksa untuk menurut kemahuan si penculik.





Seperti mana yang kita lihat Rejim Pimpinan Mat Monggol menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Mat Monggol menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh Beng Hock yang memang semua orang ingin tahu. Mat Monggol menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.


Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan seorang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. kita jangka satu lagi “cover up” akan berlaku





.




Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kemuka pengadilan.


Kalau mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana untuk membela keadilan buat Teoh Beng Hock, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu,hanya ada satu cara sahaja.





GULINGKAN KERAJAAN PIMPINAN REJIM MAT MONGGOL IAITU PARTI BUDAK NAJIB(BN) DALAM PILIHANRAYA UMUM KE - 13 DAN NAIK KAN KERAJAAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

Baru lah kita dapat lakukan pembaharuan dalam perundangan dan tegak kan keadilan buat Teoh Beng Hock,Kugan dan mereka - mereka yang pernah mati dalam tahanan atau dalam siasatan.



Wednesday, July 22, 2009

-Akhirnya Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan untuk menyiasat Kematian Beng Hock,Geng Algojo kena berhati - hati takut ada yang Kantoi...

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock






[teoh_body.jpg]

Setelah Rakyat Bangkit menyuarakan kemarahan atas kematian Teoh Beng Hock dan bersama - sama mengiringi Jenazah Mendiang untuk di semadikan akhirnya kerajaan Pimpinan Rejim Mat Monggol akur kepada tuntutan rakyat yang mana rakyat tak mahu polis yang mengadakan siasatan tetapi harus di tubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.Adakah ini semua kerana hasutan Pemimpin Pakatan yang menghasut rakyat supaya tak percayakan polis? Tidak sama sekali,kita amat percaya kan pihak polis tetapi ada segelintir pegawai polis yang mungkin terlibat dalam skandal pembunuhan ini akan memanipulasi JSJ sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa pegawai polis yang melakukan akuan bersumpah atas jenayah yang di lakukan oleh Musa Hasan Yang bersengkongkol dengan Lintah darat.Akibatnya Pegawai - pegawai Penyiasat itu terpaksa mengubah kenyataan meraka.











Masih ingatkah lagi dengan Kejadian "Mata Lebam" yang di alami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998? Yang di pertanggungjawabkan ketika itu untuk menyiasat juga adalah pihak polis,tetapi malangnya Pegawai - pegawai polis atasan telah di ikat lehernya oleh geng - geng algojo UMNO sehinggakan mereka membuat kenyataan di dalam media - media tukang - tukang Canang geng Algojo UMNO yang mana Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati dari rakyat.Tukang Canang Penipu Geng - geng Algojo UMNO seperti Berita Hairan,Utusan Merapu dan TV3 suku bagaikan Histeria menghebahkan pada rakyat yang mana Anwar telah mencederakan Dirinya sendiri.


Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu. Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.
Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.
Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.
Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.
Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.
Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.
Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".



Namun Pada Oktober 1998 Timbalan Perdana Menteri ketika Itu Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah menyarankan Penubuhan SuruhanJaya Diraja Menyiasat Kecederaan Datuk Seri Anwar ketika dalam Penjara.Siasatan Demi Siasatan di lakukan sehinggalah pada akhir 1998 Satu Kebenaran telah terbongkar apabila melalui siasatan itu yang melakukan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.Dalam Pada Itu Tan Sri Rahim Noor sendiri telah mengakui itu perbuatannya itu dan Natijah dari perbuatan Tan Sri Rahim Noor dia telah di pecat dari Jawatan KPN dan Menjalani Hukuman Penjara selama 6 bulan manakala 2 ekor mangkuk ayun lagi yang mana telah memalsukan dokumen kecederaan Anwar di penjara Masih lagi bebas dan Hidup bahagia dengan penuh Hina iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail.



Bukan Sahaja Anwar tetapi adik angkatnya iaitu Sukma Darmawan Samistaat,


Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!

Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.


Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:

* Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;



* Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.



* Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.



* Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.



* Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.



* Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.


* Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.




Begitu lah skrip drama yang olah semula oleh geng - geng algojo UMNO,kalau dulu 'Lebam' sekarang 'mati' kalau dulu yang menyiasat adalah polis tapi hari ini yang menyiasat adalah SPRM kerana ini semua adalah skrip perjalanan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana keberkesanan nya telah dilihat apabila penangannya telah di kenakan kepada 3 ekor katak sehingga jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak biarpun selepas ini UMNO dan Barisan Nasional akan berdepan dengan tindakan Antarabangsa di Mahkamah Parlimen Komanwel di London atas sebab mencabul sistem demokrasi,jadi skrip yang sama juga di main kan di Negeri Selangor namun ini yang mereka terima.dengan tertubuhnya Suruhanjaya kita pun akan tertanya bagaimana dengan laporang siasatan polis yang telah di kelentongkan dek Tukang - tukang canang Geng Algojo yang di katakan sudah siap 60 % ? Persoalannya siasatan ini mensasarkan 2 ADUN Pakatan yang seolah - olah di gambarkan sebagai Suspek utama dalam kes ini iaitu Peguam Mendiang M.Manoharan ADUN Kota Alam Shah dan Majikan Mendiang Sendiri Iaitu Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan dan juga Exco Selangor,Sedangkan Suspek yang berada dekat 50 meter Radius dengan Mendiang iaitu Pegawai Penyiasat SPRM tidak pula di sasarkan sebagai suspek utama....sampai "part" ni pun nak kelentong satu Malaysia lagi ke....Dengan tertubuhnya Suruhanjaya ini kita akan saksikan berapa ramai lagi Barua - barua Geng Algojo yang terlibat.......

*Sehingga artikel ini di tulis ke semua pegawai - pegawai SPRM telah pun di gantung tugas untuk memudahkan Suruhanjaya Menjalankan Siasatan.

Dan ketika ini jua lah Ketua Geng Algojo Ampang Isamil Kojo(nama pun dekat - dekat Algojo), petang ini bersama 50 Ekor penyokong Beruk Afrika nya telah turun berdemo untuk menyatakan taat setia dan sokongan mereka kepada SPRM.


[2207-umnoampang-protest-1.jpg]


Mangkuk Ayun - Mangkuk Ayun ini bersama beberapa rakan mereka dari serpihan BN telah berkumpul disebuah tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya milik Towkey antarabangsa.

Mereka telah menayangkan placard dan sepanduk tanda sokongan mereka kepada SPRM.

Mereka juga telah merlaung-laungkan slogan :

‘ Jangan jadikan Malaysia Republik’

DAP, PKR, PAS prejudis. SPRM jadi mangsa’

SYABAS ...DI UCAP KAN KEPADA BERUK - BERUK AFRIKA TERSEBUT KERANA MENYOKONG KEJAHATAN YANG DI LAKUKAN OLEH SPRM.

BAGUZZZ.......................

-Demo Anti-ISA vs Pro ISA??



Malaysiakini-Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara. GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan. Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.

Soalan..
1-Sudah Tiada tarikh lain ke Pewaris ni nak berkumpul?
2-Kalau berlaku pergaduhan siapa nak dipersalahkan?

Nak tanya..
1-Apa alasan mereka mempertahankan ISA ni.. Tak sekolah ke?? Buta IT?? atau Tak pandai baca buku?? Mungkin Otak tak Waras??

Hujah..
1-Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak."Penahanan tanpa bicara di bawah akta ISA adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah."ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.
2-Tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri."Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri... sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela.
3-Piagam hak asasi manusia -ISA bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua."Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi...kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara,"
4-ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa.
5-Tiada apa-apa agama yang meyokong penahanan tanpa bicara kerana ia menentang prinsip keadilan dan kesaksamaan sambil menjatuhkan maruah manusia.bangsa.
6-ISA bercanggah dengan Hak Asasi Manusia, Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta dibawah artikel 5,6,7,8,9,10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.

Sebenarnya..(Bak kata orang tua2 ada udang disebalik batu)
-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah. Kerajaan BN berkuasa untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara. ISA adalah warisan penjajah, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

Kesimpulan...
-Kerajaan BN serupalah macam Penjajah yang menakut-nakutkan Rakyat demi mempertahankan kuasa mereka.

Tindakan..
"Turun beramai-ramai"
PERHIMPUAN MANSUHKAN I.S.A
Tarikh : 01 Ogos 2009
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

-Selangor Juara Liga Super 2009.

Liga Super: PDRM 1 Selangor 6

Tahniah diucapkan pada pasukan SELANGOR kerana berjaya menjuarai Liga Super 2009 biarpun masih berbaki satu perlawanan selepas mereka berjaya membelasah PDRM 6-1 di Stadium Selayang malam tadi.

Selangor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi lambungan Rudie Ramli (minit ke-3) dan tandukan Nasriq Baharom (minit ke-29).
Pada babak kedua, Selangor menambah empat lagi gol hasil tandukan Amri Yahyah (minit ke-46), sepakan penalti Razman Roslan (minit ke-54), tolakan mudah Amirulhadi Zainal (minit ke-71) dan rembatan jarak jauh D. Surendran (minit ke-75).

PDRM bagaimanapun memperolehi gol saguhati pada minit ke-84 menerusi Khairul Izuan Abdullah.

Perlawanan terakhir Sabtu ini, Selangor akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam di mana trofi Liga Super akan disampaikan ketika itu.

Harap musim depan MB dapat beri lebih perhatian kepada Pasukan Bola Sepak Selangor. Disamping kita bekerja memperkukuhkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat Selangor. Bidang sukan dan aktiviti belia yang sihat juga perlu diberi penekanan kepada rakyat Selangor dalam melahirkan belia yang sihat, mempunyai modal insan dan sahsiah yang tinggi. Inilah bezanya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengurustadbir seluruh kepentingan dan hal ehwal Negeri Selangor berbanding Kerajaan BN karat dahulu..

PDRM vs Selangor = 1 - 6
SPRM vs Selangor agak2nye berape SPRM kene bolos??

Monday, July 20, 2009

-Nizar tak melanggari apa - apa batas dalam islam



Dari celah mana yang di katakan ini adalah Perbuatan yang menyalahi agama?



Mengulas tentag kenyataan orang yang terlebih pandai atau terlampau pandai lagi melebihi Ustaz Yusuf Qardhawi atau atau ulama - ulama dalam Malaysia,Tapi yang peliknya Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA ini merasakan ia sesuatu yang haram atau di merasakan yang haram itu hanya pemimpin - pemimpin dari Parti Pembangkaag sahaja,baik lah walaupun aku ni pun tak terlalu pandai untuk mengkaji hukum - hakam dalam isla tapi haruslah kita kaji dari sudut "check and Balancenya" mengapa Hanya Nizar memegang lilin sahaja dituduh melampaui batas budaya islam tapi bagaimana dengan pemimpin dan ketua - ketua geng - geng algojo UMNO yang kononnya mengaku islam tapi melakukan perbuatan bertafakur didepan patung di tugu negara atau yang lebih tepat lagi ia lebih kepada perbuatan menyembah berhala...
Kenapa hal seperti ini tak dikritik dan mengapa Nizar yang menjadi Sasaran?

siapakah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA,Prof Datuk Dr mahmood Zuhdi Ab Majid... adakah statement itu atas dasar ILMU atau KEPENTINGAN POLITIK.. dan siapakah pulak Timb Mufti Kedah.. Adakah ianya jugak bercakap atas dasar ILMU dan dasar POLITIK... jadi di manakah nas - nas yang perlu di ketengahkan,apa maslahahnya,di mana dalil naqi dan dalil aqlinya,ini semu cukup meragukan.

Tapi Kenyataannya iaitu;

"Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini"

Persoalannya di sini di mana halalnya atau di mana haramnya? pemimpin UMNO yang terang - terang merasuah pengundi di Manek Urai dan merasuah Perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO sehingga di tangkap oleh lembaga displin tak ada pulak pensyarah dari jabatan Fiqh atau Usulludin dari mana - mana Universiti nak kritik atau ulas tindakan mereka dari mana sudut halal - haramnya?

Persoalannya yang paling kritis nak di persoalkan ialah baru semalam Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengunjungi PM dan Menteri Israel Ehud Barak tak ada pulak di persoalkan di mana halal - haramnya ?

Tetapi Nizar hanya memegang Lilin untuk memperingati akan kematian Mendiang Beng Hock yang di zalimi sudah di kritik melampaui batas - batas islam,jadi bagaimanakah dengan perbuatan Rasulullah S.A.W yang memberikan penghormatan terakhir ke atas Jenazah seorang pemimpin bukan islam tak di pertikaikan pula halal - haramnya oleh Para Sahabat mahupun Para Cerdik Pandai islam yang ada pada hari ini?

Di sini jua saya pertikaikan mengapa Prof. Cerdik pandai ini tak pertikaikan perbuatan Memegang lilin dan Colok bagi kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimasjid.

Dan tak ada Mana - mana ustaz atau Mufti pun nak menegur perbuatan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Masjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar Masjid.

Tapi bagaimana dengan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO yang kononnya mengaku beragama islam tapi menjemput beberapa bomoh dan dukun untuk melakukan upacara ritual memuang sial ketika memasuki sesebuah dewan atau pejabat Politik yang mereka Rasmi kan daan ini benar - benar berlaku dan terjadi.

Jadi disini apa yang tepat sekali kenyataan dari Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA Hanya lebih kepada Bodek dan Ampu kerana dia hanya mampu mengkritik pemimpin Pakatan yang cuma melakukan hal yang tidak keterlaluan dari segi amalan Islam berbanding pemimpin UMNO yang mengunjungi dan melakukan perbincangan tertutup dengan musuh - musuh islam seperti Israel.

-Agenda melumpuhkan Fokus Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..




Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.Jawapan tegasRakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Polis dan SPRM dipergunakan oleh BN untuk melumpuhkan fokus Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Selangor.. Bayangkan jika beberapa adun dan exco terpaksa turun naik mahkamah dalam melawan pendakwaan kes yang sengaja diada-adakan.. Berapa banyak masa dan wang ringgit yang perlu seseorang adun atau exco habiskan untuk membela diri!??

Satu lagi psywar Barisan Nasional yang diketuai Najib di Negeri Selangor dalam strategi merampas Negeri Selangor.. Mudah-mudahan Rakyat tetap bersama kita dan semakin bertambah.. Mari kita Doakan keghairahan BN akan Memakan diri mereka sendiri.. Amin..

Sunday, July 19, 2009

-Apa Zahid Hamidi bincang dengan Menteri Pertahanan Isreal



Ehud barak Bincang sesuatu dengan Zahid Hamidi Macam mana Nak bunuh rakyat Malaysia

Dalam Satu Laporam Malaysia Insider Zahid dikatakan membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Bejamin Netanyahu..

walaupun pelbagai alasan diberikan tidak patut seorang yang memegang Jawatan Menteri Pertahanan berjumpa dengan Pemimpin ISRAEL yang MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN!!!!

Walaupun dikatakan hanya menemui Ehud Barak, dia juga pemimpin Kanan Israel yang terlibat membunuh Rakyat Palestin, Yang menariknya perjumpaan ini dibuat secara tertutup

Kenapa Buat Secara tertutup lak? takut kena tuduh yang mana Pencacai BN ni dah jadi pengkhianat Bangsa dan Ejen Yahudi ? Hah sekarang lihat lah wahai Rakyat Malaysia siapa yang jadi ejen Yahudi ? kalau Anwar di mana buktinya ?

Rasa - rasa baru beberapa tahun sebelum ini kita melihat dengan jelas dalam akhbar cabuk macam Utusan Melayau yang menyiarkan gambar dengan Jelas antara Mursyidul Awam UMNO iaitu Mahathir dan Geng Yahudi nya George Soros tengah tergelak pecah - pecah perut tapi hari ini Zahid pulak yang menuruti jejak langkah Mahafiraun ini untuk menjadi Pencacai Yahudi yang baru.

Persoalan yang bermain disini ....apa kah yang di bincang diantara Zahid dan Ehud Barak? dalam alasannya pula katanya dia berbincang untuk mencari jalan menyelesaikan konflik antara Israel - Palestin tapi kenapa dia pulak yang kena pergi berunding bukan Anifah Aman sedangkan Anifah Aman adalah Menteri Luar dan Dia hanya Menteri Pertahanan?

Adakah kerana nak dapatkan tips bagaimana nak bunuh rakyat malaysia lagi?

-Mat Monggol terima Panggilan Maut dari Barrack Obama.


Obama : Hello Najib !!! Why you get Conspires with my enemy? you wanna me bring you to the new hell after alltantuya ? Let answer me ?? Damn it !!

Adakah ini yaang di perkatakan oleh Obama? kenapa Presiden Amerika Ini Marah sangat dekat Mat monggol nih? adakah kerana ini...

adakah kerana laporan Akhbar Korea ini?



Korean Times

North Korean Uses Malaysian Bank for Weapons Payment


The transaction of North Korea's suspected shipment of weapons to Myanmar, currently being carried on a freighter tracked by the U.S. Navy, was planned to be paid through a bank in Malaysia and the visit by a U.S. envoy to Malaysia this weekend will focus on ways to cut off the payment transaction, Yonhap reported Saturday citing an unnamed "high-level" source.

"Kim Jong-il will have a hard time collecting his money," the high-level source said, speaking strictly on condition of anonymity. The source declined to identify the bank due to diplomatic concerns.

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razak on by phone.

It also comes as North Korea's Kang Nam freighter is apparently returning home after being tracked by a U.S. Navy destroyer that suspects it is carrying cargo banned under the resolution.


The U.N. Resolution 1874, which reinforced sanctions that were imposed after North Korea conducted its first nuclear test in 2006, bans Pyongyang from exporting any type of weapons. It also bans nations from making financial transactions with North Korea.


AK_47_by_NdotL.jpg AK 47 image by CVTFX111


According to another source in Seoul, the Kang Nam is believed to be carrying small Soviet-era arms such as AK-47 rifles and RPG-7 anti-tank launchers. AK-47s and RPG-7s are two of the most widely traded Soviet-era weapon types that North Korea is capable of producing on its own.

The U.S. believes there are "multiple" North Korean ships used to export weapons

Halamak habis lah kali ini..."confirm" menjawab gilerr punya Mat Monggol kat PBB kenapa Bank malaysia yang di perantara kan oleh najib melakukan pembayaran pembelian senjata dari Korea Utara...

Saturday, July 18, 2009

Misteri Kematian Teoh Ben Hock ada sangkut - paut dengan Teori Raja Petra Kamaruddin

Teori Raja Petra Amat Tepat sekali

Sehari sebelum Kematian Raja Aku telah menerima satu e-mail dari Raja Petra yang cuba meramalkan satu lagi kezaliman yang bakal di lakukan oleh barua - barua geng Algojo.

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut.

[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Kematian Teoh Ben Hock telah di beri amaran oleh Raja Petra

SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah.

Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya.

Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.

Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana UMNO menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia.

Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama.

SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan malah Lebih dari itu. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.Jadi Kezaliman ini di dalangi oleh siapa? kalau tak agen - agen Yahudi UMNO/BN.

*Di Saat Artikel ini di tulis kemarahan UMNO/BN bertimpa - timpa lagi apabila Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng telah pun menyertai Parti keADILan Rakyat.

.

[12ad05efb7e09f9520aac119422fe15c.jpg]

CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN ARMADA - ARMADA GENG ALGOJO UMNO/BN.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: